Wednesday, March 16, 2016

Makin tua makin annoying

Hidup ini satu kitaran.
Bayi-kanak-kanak-remaja-dewasa-tua
Semakin tua orang tua, semakin perangai seperti bayi
Bersabarlah menahan karenah warga jubli emas
Ada pahala disebalik sabar

Thursday, March 10, 2016

Johor tak best 4: Bil air

Sepanjang duduk selangor, bil air untuk 2 biji rumah, tak pernah pun bayar. Melainkan sekali sebab paip bocor. Minimum penggunaan 7 meter padu setiap bulan. Kerajaan bagi air free up to 200 meter padu setiap bulan.

Duduk johor, aku dah start bayar bil air yang orang johor lain tinggalkan. Hampeh. Penggunaan 6 meter padu dan aku kena bayar RM7 atau RM8  tiap bulan Penggunaan sama setiap bulan, tapi harga lain-lain. Kau rasa kenapa? Minimum bayaran tu adalah untuk penggunaan air maksimum 20 meter padu. Pergghhh!! Duduk selangor air tetap free.

Belum lagi masuk part sewa rumah. Mungkin dulu Johorean boleh bangga sebab sewa rumah murah. Sekarang takde beza dengan selangor pun. Sama juga dengan jem. Ya ampunn!! Tol? Boleh tahan jugak harga kalau nak elak jam. Yang xde tol? berjanggut la dalam kereta hadap jem.

Aku tak rasa berhujan emas sangat. Aku tetap rela duduk hometown. Ini sekadar temporary.
Hahaha. Bias menanamkan ketidaksukaan pada johor :p

Haish..

Semakin masa berlalu, semakin meningkat usia, semakin kurang aku menulis. Meluah masih ada. Bersama yang paling akrab di depan mata. Memilih kawan, ya. Memilih comrad, ya juga. Aku, kadang rasa hidup tiada arah tuju. Aku dah jadi keliru dengan kehidupan ini.

Aku dah mula membina pagar-pagar tinggi kembali. Mengurung jiwa dari bebas ditebak. Aku dah mula manggali parit-parit lebar, agar yang diluar tidak menceroboh masuk ke laman hidup.

Haish...back to the initial cycle again.