Wednesday, June 24, 2015

Setitis air mata itu


Petang itu, aku melihat ada setitis air mata dia jatuh. Genangnya empangan di tahan-tahan.
Hanya setitis itu, lalu dia bangkit bangun. Aku lega. Sekurang-kurangnya rasa berat itu dilepaskan. Agar hilang sedikit beban dibahu. Dengan setitis air mata itu, sebagahian kekusutan dalam hatinya berjaya dilepaskan melalui jalan redha hanya kepada Allah.

"Sekarang ni, dia tengah jatuh. Jatuh teruk ke lubuk yang paling dalam. Keluarga dia jauh, murobbi kesayangan dia pun tiada. Kekuatan mana lagi yang dia dapat. Hajat kepada siraman hati, kehadiran menambah resah dihati.."

Itu kesimpulan yang dibuat..mendengar respon begitu, maka jatuhlah air matanya..

"Dengar sini, situasi ini situasi tersepit. Kita nak mengadu kepada orang seperti ada sesuatu yang tak kena dan tak sesuai, kita nak menyalahkan orang, tapi tiada siapa yang perlu disalahkan. Memang ini pilihan kita pada mulanya, ingat kembali mengapa pilihan ini dibuat? Untuk kita keluar dan terbang lebih jauh dan tinggi. ini seruan Ilahi, ini tuntutan yang paling mulia. Untuk apa Allah letakkan kita disudut ini? Untuk apa kesukaran ini yang perlu kita terima? Ya..untuk hati kita. Untuk tapis hati kita dari memohon yang lain selain dari Dia. Hanya Dia..Situasi ini Dia letakkan untuk kita kembali hanya kepada Dia sahaja. Hanya Dia.."

Itu sahaja yang boleh aku lakukan. Tubuhnya aku dakap erat. Agar aku sampaikan padanya dia bukan sendirian. Aku usap kepala dan dahinya agar dapat aku alirkan kekusutan fikirannya. Aku cium dahinya tanda aku rela bersamanya saat kejatuhan dirinya.

Aku mencari matanya untuk aku menebak reaksi darinya. Dan aku temukan setitis air mata itu...

Ini tarbiyah, ini ujian, tanda cinta tanda ingatan. Dia masih sayang kita. Dia masih sayang kita. Sebab kerana ujian ini, kita mampu untuk mencariNya. Aku mohon kamu untuk kuat thabat!!

 

No comments:

Post a Comment