Monday, June 29, 2015

Kecewa

Kita hari ini adalah hasil daripada kita masa lalu
Pengalaman, laluan hidup, orang-orang yang kita jumpa yang mencorakkan kehidupan kita pada masa akan datang.
Hari ini Allah jaga aib kita, mungkin esok Allah buka aib kita
Dan aku tau dah banyak aib aku dah terbuka
Owhh..

Dalam hidup akan ada  orang yang kau respect habis, tapi bbila sampai satu saat, detik kesilapan, orang yang kau respect tu akan jadi somebody yang kau agak annoyed.

Seriously, ini ujian hati. Untuk hati aku bersihkan persepsi buruk terhadap apa yang dia telah lakukan.

Aku sedar, aku akan lalui nasib buruk jika berada disini. Dan kesedaran aku itu memang benar.
Walhal aku ada berharap kesusahan yang aku lalui ini tidak begitu memedihkan dan aku dapat lalui dengan sabar.

Namun, mengenangkan sikapnya seolah-olah lepas tangan atas apa yang berlaku membuatkan aku rasa dipersendakan. Ibarat tikus makmal yang digula-gulakan.

Seriously, kalaupun aku ikut katanya adalah atas dasar aku malas nak layan kata-katanya. Seorang Dominator. Mungkin dia tak sedar dirinya begitu. Biarkan dia terjun dengan labu-labunya.

Kalaupun aku rasa teraniaya lantaran dia, takkan aku khabarkan kepada dia. Biar aku nak menyimpan sendiri. Agar aku dapat menuntut diakhirat nanti.

Sampai satu masa, aku lega, aku harap aku dapat ampunkan kesalahan dia jika dia datang mengaku dan tunduk dan mengatakan dia silap perhitungan, waktu itu, mungkin aku pertimbangkan untuk memaafkan ketidakpekaan dia.

Dia menjadikan aku seorang pendendam dalam diam.
Dia menjadikan aku pemerhati tingkah lakunya dengan teliti untuk aku nilai.
Dan dia menjadikan diri aku hilang...diri yang aku rindu hilang..
Aku berharap takkan jumpa jiwa macam dia lag pada akan datang
Kerana kenal dia, bermakna aku kenal kesakitan.

Wednesday, June 24, 2015

Setitis air mata itu


Petang itu, aku melihat ada setitis air mata dia jatuh. Genangnya empangan di tahan-tahan.
Hanya setitis itu, lalu dia bangkit bangun. Aku lega. Sekurang-kurangnya rasa berat itu dilepaskan. Agar hilang sedikit beban dibahu. Dengan setitis air mata itu, sebagahian kekusutan dalam hatinya berjaya dilepaskan melalui jalan redha hanya kepada Allah.

"Sekarang ni, dia tengah jatuh. Jatuh teruk ke lubuk yang paling dalam. Keluarga dia jauh, murobbi kesayangan dia pun tiada. Kekuatan mana lagi yang dia dapat. Hajat kepada siraman hati, kehadiran menambah resah dihati.."

Itu kesimpulan yang dibuat..mendengar respon begitu, maka jatuhlah air matanya..

"Dengar sini, situasi ini situasi tersepit. Kita nak mengadu kepada orang seperti ada sesuatu yang tak kena dan tak sesuai, kita nak menyalahkan orang, tapi tiada siapa yang perlu disalahkan. Memang ini pilihan kita pada mulanya, ingat kembali mengapa pilihan ini dibuat? Untuk kita keluar dan terbang lebih jauh dan tinggi. ini seruan Ilahi, ini tuntutan yang paling mulia. Untuk apa Allah letakkan kita disudut ini? Untuk apa kesukaran ini yang perlu kita terima? Ya..untuk hati kita. Untuk tapis hati kita dari memohon yang lain selain dari Dia. Hanya Dia..Situasi ini Dia letakkan untuk kita kembali hanya kepada Dia sahaja. Hanya Dia.."

Itu sahaja yang boleh aku lakukan. Tubuhnya aku dakap erat. Agar aku sampaikan padanya dia bukan sendirian. Aku usap kepala dan dahinya agar dapat aku alirkan kekusutan fikirannya. Aku cium dahinya tanda aku rela bersamanya saat kejatuhan dirinya.

Aku mencari matanya untuk aku menebak reaksi darinya. Dan aku temukan setitis air mata itu...

Ini tarbiyah, ini ujian, tanda cinta tanda ingatan. Dia masih sayang kita. Dia masih sayang kita. Sebab kerana ujian ini, kita mampu untuk mencariNya. Aku mohon kamu untuk kuat thabat!!

 

Sunday, June 21, 2015

Abi melukis!!

Tak selalu abi ada di rumah dengan kami. Sejak kami pindah sini, abi akan balik kerja pada waktu malam. Terkadang tu, kami tertidur di ruang tamu sambil menunggu kepulangan abi. Abi biasanya tidak akan mengejutkan tidur kami.

Namun, sempena 1 Ramadhan, abi ada bersama kami seharian. Kami seronok dan gembira. Banyak yang abi lakukan untuk kami. Salah satunya abi ajak kami main lukis-lukis.



Abi beri penerangan pada kami tentang bagaimana mahu melukis. Abi memulakan dengan menunjukkan alatan yang diperlukan. Saya dan adik mendengar dengan penuh khusyuk


Saya mencuba memegang alatan yang abi terangkan tadi. Oh, nampaknya tidak begitu sukar. Kalau begini boleh lah saya melukis selalu dengan tenang.

Abi mula menunjukkan cara untuk melukis, saya berdebar-debar menant nak tengok lukisan abi yang hebat tu. Sebab saya lihat abi bersungguh-sungguh melukis.

Tada!!! inilah dia lukisan abi, Abi tanya pada saya, lukisan apakah ini, saya jawab KATAK!!
Abi cakap saya betul. Yang saya hairan, kenapa ummi saya ketawa berdekah-dekah sampai malam???

KAH.KAH.KAH..

Abi ni lucu la.. Kata ummi.

Thursday, June 11, 2015

Sekiranya kau tahu..


Aku lukiskan wajahnya sekitar 5 tahun yang lalu
Saat aku terkenang kembali kisah aku mulai menyukai dirinya
Dalam diam aku pendam perasaan
Aku tahan rasa cinta yang membunga sewaktu umur remajaku
Akhirnya kuntuman bunga-bunga itu gugur membeku
sehinggalah aku temui gambarnya kembali difoto rakanku
Memori aku kembali ke belakang diusia remajaku
Ya, wajah itulah yang pernah berada dihatiku, tapi telah ku hibernasikan rasa cintaku
Aku masih waras, tidak bermain api dikala muda
Aku masih punya iman, tidak ku kisahkan rasa hatiku pada sesiapa
Aku pendamkan rasa ini disudut hati kecilku yang jauh
Tidak kukhabarkan pada sesiapa tentang rahsia hati ini
Setelah aku yakin dan bersedia untuk melangkah ke fasa baru
Ada doaku yang telah terjawab barangkali
Maka aku usahakan dengan cara yang paling baik paling indah semampu upaya ku
Dan penantian untuk sebuah jawapan tidak semudah itu
Dalam fasa-fasa penantian
Aku lukiskan wajahnya di sketch book ku
Lalu buku itu aku tutup lama
Biar ia tersimpn disitu
Sehinggalah datang berita yang aku tidak bertepuk sebelah tangan
Dia menyambut panggilan cintaku
Kusambung hiasi lukisan wajahnya
Bagaimana lagi aku harus luahkan rasa hatiku
Aku mohon pada Tuhanku agar hatiku ini dipandu
Aku mohon pada Tuhanku agar rasa cinta ini bukannya nafsu
Aku takut ianya mengundang murka Tuhanku
Tapi aku hanya gadis kecil biasa yang cuba meraikan fitrahku
Betapa aku bermujahadah menjaga mata hatiku
Agar tidak dikaburi cinta nafsu
Pujian untuk Tuhanku, kini dialah belahan jiwaku
Dan sudah hampir 5 tahun perkara ini berlaku
Penyambut tanganku dari dua orang tuaku..
Semoga berkekalan hingga syurgaNya.
Kerana Tuhan aku mencintaimu.




Perjalanan 1

Aku berada pada satu situasi dimana aku perlu buat semua benda dari kosong
Aku datang sini selain atas niat untuk belajar, ada diat lain untuk kukuhkan ketahanan diri
Disamping itu, aku dapat jemputan dan pujukan yang khusus untuk aku terus berada di tempat baru

Situasi yang aku lalui sekarang tidaklah seindah mana
Tidak se'gah' mana
Hidup aku cukup-cukup makan paras-paras hidung

Dan mereka yang ada disini menyambut aku dengan girang
Mengharapkan aku memberi sesuatu pada lokaliti mereka
Hakikatnya aku tiada apa yang patut diberi, bahkan aku sendiri yang berhasrat menagih sesuatu dari mereka

Maka, setiap hari aku ditekan, aku diperah untuk beriikan masa, wang dan tenaga aku kepada mereka
Maka ada la dalil dalil "bagaimanakah kemenangan akan tiba jika kau tidak memberi semua yang kau ada untuk pegangan ini.."

Ok fine.

Aku disini, kala ini, hidup dibawah paras kemiskinan yng digariskan oleh kerajaan Malaysia
Untuk survive di era GST ni, kadang kala perlu fikir berkali-kali nak beli air limau ais sejuk.
Setiap hari fikir untuk survive, kira-kira duit minyak, pampers dan susu anak. Sarapan biskut kering, makan tengahari seminimum basic gizi yang boleh, malam skip, kalau ada lebih atau supply short, maka aku akan makan.

Teringin berbisnes, memang ada niat untuk infaq, tapi semampu yang bole.
Tiba-tiba datang seruan "bagaimanakah kemenangan akan tiba jika kau tidak memberi semua yang kau ada untuk pegangan ini.."

Maka aku modalkan barangan untuk berbisnes. Untung ambillah. Apalagi yang boleh kuberi. Walaupun pengendaliannya tidak seikhlas hati. Ini aku sedih. Hanya kerana pegangan ini aku kuatkan diri.

Maka aku dambakan siraman hati untuk terus ikhlas dan kuat.
Namun, air renjisan yang kuharapkan hanya debu-debu yang menyesakkan. Tidak ku lihat ketenangan hatiku. Bertambah kering, sebal..Ini petanda tidak baik

Bagaimana lagi hendak ku pandu hidup ini?
Aku mahu jalan ku menuju tuhan
Tak ku tahu pula adakah sesukar ini kembara kami?

Aku memang berhajatkan kebaikan
Tolong fahami aku banyak kekangan
Terkadang perasaan ku terkorban
Dan aku harus telan dan telan
Untuk terus kekal benar diperjalanan...
Adakah begini nilainya kehidupan?

Thursday, June 4, 2015

PENAT

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku dilahirkan dari keluarga begitu?
Tiada sinar, tiada cahaya
Dari kecil lagi aku mencari jawapan
Aku tak nampak contoh yang baik
Aku tak nampak diri aku terbentuk elok dari rumah tu
Aku dapat peluang keluar, maka aku jumpa dunia yang aku rindui
Sayangnya. dunia tu takde dekat rumah tu
Sayangnya dunia yang indah itu tak dibentuk oleh orang-orang itu
Sampai sekarang, aku tak nampak kebaikan dari situ
Aku dah mulai membenci sikap orang-orang itu
Aku dah mulai hilang rasa cinta dan kasih dari orang-orang itu
Aku dah mulai hilang rasa hormat dari orang-orang itu
Dan aku takde rasa rindu terhadap orang-orang itu..
Yang lalu biarkan berlalu, masa lalu aku akan aku tinggalkan
Asal usul keturunanku akan aku tinggalkan jua..
Selamat jalan semua, selamat tinggal darah daging..
Aku dah PENAT hidup dalam dunia itu..
Hati aku tiada disana, Rindu aku, sudah dibawa jauh..
Hanya yang tinggal peri kemanusiaan.
Hanya itu, dan itu sahaja..
Serik dah...