Sunday, May 24, 2015

Sacrification

Hijrah bukan benda yang mudah
Kau kena lepas semua benda yang kau ada
Kau kena lepas keselesaan hidup kau
Kau kena lepas segala-galanya

Nak berdiri di tempat baru
Pun bukan benda mudah
Kau belajar bertatih
Lepas tu kau jatuh, kemudian kau bangun lagi
Lepas tu kau jatuh lagi teruk, jatuh lagi, dan lagi..
Sampai kau tak boleh nak bangun

Kau akan rasa sakit
Betul-betul sakit
Lagi-lagi bila kau taknak bubuh ubat pada diri kau yang sakit
Orang-orang keliling tak berapa kenal kau
Kau orang baru, nak tolong pun tak apa, tak nak tolong pun tak kisah

Tapi hakikatnya,
Kau mengharap pertolongan orang lain
Kau teringin nak kembali ke zaman lalu kau
Kau rasa menyesal dengan hijrah ini sebab effect orang keliling kau
Kau buat orang kesayangan kau sedih

Tapi kau kena ingat
Kalau kau tak hijrah, kau jadi lemah
Susah itu menguatkan jiwa
Kau kena belajar bina ketahanan diri
Kau kena belajar tahan rasa sakit
Kau kena tahan untuk berdiri sendiri
Kau kena kuat untuk akhirat kau
Ini pilihan kau
Kau pun tahu kesusahan ini yang kau akan hadapi
Maka inilah yang kau perlu lalui
Walaupun kau tak jangka pun begini teruk benda yang kau nak hadap
Teruskan jalan kau
Jangan toleh belakang

Bertatih sikit-sikit
Sampai hilang sakit
Maka kau boleh berjalan laju
Bergerak lebih jauh
Akhirnya kau berlari jauh ke depan

Ingat, hijrah untuk tingkatkan iman
Maka, tingkatkanlah iman!!

Untuk kesayanganku, kuatlah!! Aku tak kisah pun susah sekarang. asalkan aku dapat tengok kau terbang tinggi sebarkan kebaikan.

Semoga aku akan dapat tempias, sipi-sipi bukti yang aku ada buat sesuatu di dunia ini, sebelum berjumpa Ilahi.



Lelaki ini, banyak yang dia dah korbankan dalam hidup dia untuk kebahagiaan keluarga dia.
How can't I love him? He deserve it!



*Aku menulis dengan semangat dan harapan, agar fasa kejatuhan ini kau boleh menahan sakit, belajar bertatih sikit-sikit, agar kau sampai ke puncak bukit.

Aku menulis bukan sebagai isteri kau, tapi sebagai sahabat rapat kau. 

Wednesday, May 6, 2015

Jus Delima MeySu

Anyone around UTM Skudai yang berhajat untuk minum jus delima, saya ada jual.

Jus buah-buahan campuran
Jus Delima


Harga RM9 untuk kotak 1L sahaja



dan RM3.50 untuk botol kaca 200ml.

Siapa yang nak cuba boleh hubungi saya ye :)

Crazy post

In the middle of my study pathway.........

Arrrrrgggghhhhhhhhhhhhh!!!!
Terasa serabut kepala, macam nak pecah, macam nak hantuk-hantuk kepala!!
Tak tahu apa yang aku buat sekarang
Dengan semua benda bertabur
Tak dapat nak buat connection antara satu big topic denganbig topic yang lain
Dengan salah daftar subjek, awal-awal tak warning, dah salah tak tahu nak betulkan.

Gila la.. Ini memang fasa gila dekat ofis, dekat rumah.

I need a space to breath! Dah macam nak muntah rasanya