Monday, October 14, 2013

Komen surirumah tentang ilmu

Ilmu pelita hidup
Ilmu penerang dalam kehidupan

Allahu,zaman terlalu maju, siapa yang lambat kita ketinggalan.
Usahakan menambah ilmu
Tak kira ilmu apa
Lagi-lagi ilmu deeniah.

Mahu menjadi ibu membina generasi ummah yang cemerlang perlu ilmu yang saaaaangat luas

Selepas berkahwin, baru kau tahu langit tinggi rendah

Mahu memberi syurga pada anak-anak bukan sesuatu yang mudah

Perlu perancangan rapi dan ilmu yang tinggi
Pendidikan awal anak-anak kepada tauhid perlu dipupuk kasi kuat
Bersabar dengan karenah anak kecil yang rajin mengexplore segala bagai perlu ada kekuatan mental dan pengurusan emosi yang baik


Khaulah Mumtazah yang bijak solehah!


Berusaha menjadi perempuan cantik menawan seperti gadis di hadapan suami, menjadi isteri yang setia melayan keperluan keluarga, serta menjadi ibu kepada anak kecil yang lasak buas adalah satu tugas yang tough!! fufufufu [belum kira adik-adik mad'u yang perlu di jenguk imannya time to time dgn iman sendiri yang turun naik]

Makanya, banyakkanlah pengetahuan
Makanya, perteguhkanlah keimanan

Ilmu yang dipandu dengan iman yang tinggi pemacu kepada tindakan yang membuahkan hasil yang cemerlang! cewah!


p/s: Salam Aidiladha