Thursday, July 11, 2013

Eh, tau-tau da ada baby?

Ahha!

Alhamdulillah, atas rezeki yang Allah bagi.
Boleh la nak share pasal no 2 entry kat bawah nun.

Sebelum ni, saya pernah keguguran 2 kali. Jarak masa rapat-rapat. Selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga, Allah izin mengandung. Tak sampai bulan ke tiga fetal heart janin dah takde. Lepas tu, jarak masa dua bulan selepas kejadian, Allah izin mengandung lagi. Tapi sepertinya saya meletakkan harapan agar kandungan kali ini Allah izin menjadi. Tapi Allah yang Maha Baik tahu kemampuan saya, lepas usia kandungan 4 bulan, saya mengalami pendarahan, bila saya cek, Allah izin janin dah 2 bulan takde. Yang membesar hanya uri. Dalam tempoh masa itu, saya mengalami sedikit tekanan diri. Dengan keadaan badan yang tak sihat plus kehilangan yang kedua. Tak buang masa panjang, saya pergi buat blood screening. Nak tahu punca apa sampai gugur 2 kali. Ye saya tahu baru gugur 2 kali, takkan sampai kali ke 3 baru nak cek kan? Bila dah siasat, saya jumpa pakar dan dia sarankan untuk ambil supplement. Trans Factor namanya. Dari egg yolk. Kena google la nak tahu apekebendanya tu.
 
Selang masa 3 bulan selepas blood screening, dan result pun dah keluar, doktor pakar kata dah boleh kalau nak merancang, Allah izin mengandung lagi. Kali ini memang saya diamkan. Even kepada saudara mara pun ada yang tak tahu. Sesiapa yang sentiasa bersama saya, ada dekat dengan saya, para best friend saya, mereka sahaja yang tahu. Bila kandungan dah besar dalam 5 ke 6 bulan baru ramai jugak la yang tahu. 

Berbekalkan pengalaman dulu, saya punya perasaan waktu itu harap-harap cemas. Takut untuk mengharap lebih-lebih, cemas kalau jadi sesuatu. Dan saya belajar pergantungan kepada Allah yang sangat tinggi. Saya dan suami memang berhabis duit, mengerah tenaga untuk memastikan kandungan kali ke tiga berjaya. Tanda yang kami usahakan sesuatu. Jika Allah tak izin, sekurang-kurangnya kami dah lakukan yang sehabis baik untuk menjaga kandungan ini.

Alhamdulillah, Allah izin, selepas 10 hari saya balik dari UTM,  saya bersalin. Terasa cantiknya susunan Allah tu. Dan kini bersama permata hati Khaulah Mumtazah nama diberi baru saya nampak hikmahnya Allah tak beri saya anak sewaktu saya di UTM dulu. 

Hmmm.. begitu lah.. Kita merancang, Allah juga merancang, tapi perancangan Allah itu lebih baik. Bila refresh balik, perasaan saya mengandungkan Khaulah Mumtazah, sama macam perasaan saya menunggu jawapan dari Abu Khaulah sebelum kami disatukan dulu. Kui3x..

Sepertinya, saya perlu melalui proses pergantungan kepada Allah yang tinggi serta usaha yang banyak dan termampu yang boleh saya lakukan, baru saya dapat merasai manisnya perjuangan pendek dalam hidup saya. Begitu lah ye..

Cerita ini tidaklah terlalu terperinci nanti panjang sangat macam drama swasta pulak, jadi sekadar imbasan kilat sahaja. Apapun, hubungan hati dengan Allah itu penting untuk kita betul-betul bergantung pada Dia.

Salam Ramadhan~ sebagai penutup saya lampirkan gambar budak debab. kui3x~

Ini gambar terbaru, jauh bezakan dengan yang kat bawah. Pipi dah macam pau da!

Kbai. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment