Sunday, July 28, 2013

SYRIA: Allah memuliakan penghunimu




Tiada bait ayat yang mampu di tulis
Air mata tak mampu di empang lagi
Aku tewas lagi dengan perasaan bila mengenangkan saudaraku
Cuba berempati, andai itu Khaulah Mumtazah ku


Ya Allah, kami bersaksi bahawa apa yg terjadi hanyalah kerana dosa-dosa kami.
Ampunkanlah dosa-dosa kami yang menggunung hingga ke langit.
Ampunkanlah dosa-dosa kami yg menjadi hijab pada terkabulnya du'a.

Qul ; Amiiiin




 

Surah Al-Baqarah: Ayat 155-156

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.[155] Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'innalillah wa inna ilaihi raji'un'.[156]"

Islam menuntut kita untuk SABAR dan kembali MENYERAH DIRI kepada Allah apabila diuji dengan pelbagai musibah.

Saidina Umar Al Khattab sendiri menyifatkan musibah sebagai nikmat dalam katanya:

"Aku tidak ditimpa musibah melainkan aku dapati padanya TIGA nikmat. Nikmat PERTAMA, musibah yang menimpa itu bukanlah yang berkaitan dengan agama. KEDUA, musibah itu bukanlah musibah yang besar seperti yang sebelum-sebelumnya. KETIGA, sesungguhnya Allah SWT akan memberi balasan baik daripada musibah tersebut. Kemudian beliau membaca firman Allah dalam Surah Al-Baqarah: Ayat 157 (Mereka itulah yang memperoleh keampunan dan rahmat daripada Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk)"
 



Aku hanya ada teori, mereka sedang membumikannya

SAVE SYRIA,

DO'AKAN MEREKA, KEMENANGAN PASTI MENJELMA

sumber: https://www.facebook.com/pages/Syrian-revolutionary-video/240809659377094?directed_target_id=0


Thursday, July 11, 2013

Kenapa nama dia Khaulah Mumtazah?

Ahha!

Madu Khaulah!

Ehhe!

Nama Khaulah agak asing untuk rakyat jelata yang biasa-biasa yang tak pernah buka kitab seerah. 
Bila saya letak nama KHAULAH, 


Pakcik A: Anak kedua nanti kalau lelaki boleh letak Yusof Taiyyob. Kakak dia Madu Khawla!
Makcik B: Maksud dia ape?
Adik C: Ntah macamana ntah tadi nak nyebut
Makcik A: Kalau nak tau sebut kene baca yang panjang. 'La HAULA wala quwwata illa billah~' [tekanan bacaan pada HAULA ye]

OK, macamacam, tapi takde la teruk sangat. Cuma janggal di telinga orang yang bubuh nama anak Risya, Batrisyia. Arissa, Qistina..bla..bla..bla..

Saya bukan apa, dulu masa tahun 1 UTM, duduk dengan budak nama dia Nu'man. Saya tanya maksud dia apa, dia jawab ko pernah dengar lagu "Cari cari carilah pasangan hidup betul-betul oh kawan.." dari Rabbani. Saya kata pernah kisah pemuda dengan buah jambu ke epal. Pastu dia kata, ha.. kalau nak tahu pemuda tu lahirkan anak nama Nu'man.

Masa 1st time dengar, wah bagusnya bapak dia bagi nama. Bukan maksud, siap cerita lagi.Ada lagu lagi. Jadi dari situ saya dah pasang angan-angan kalau aku bubuh nama anak nanti aku nak bagi cerita. 

Tak lama lepas tu saya jumpa sekumpulan manusia yang namanya agak klasik [Fatimah, Ruqayyah, Nusaibah, Hafsah, Aisyah, Abu Ubaidah]. Ini memang betul-betul klasik! Ini nama insan yang pernah hidup senafas dengan Rasulullah SAW. Laaagi aku teruja. Yela nama saya kan nama minah glamer kat Malaysia. Uhhhuuuu~

Bersempena dengan itu, saya pergi kedai buku beli kitab Seerah 101 Sahabat Rasulullah. Saya cakap dekat suami, nak ambil nama anak, kita refer kitab ni. Agak-agak kalau anak buruk perangai, kita bagi dia baca kitab Seerah supaya dia sedar diri.

Jadi nama Khaulah saya petik dari seorang pahlawan wanita atau mujahidah yang gagah perkasa yang pernah hidup dengan Rasulullah SAW. Khailah Al-Azwar. Tapi haritu jumpa sahabat, dia tanya nama anak, saya jawab Khaulah. Dia pun kata "Ahha! Khaulah binti Tsa'labah!"

Oh? Abang, ada ye Khaulah Tsa'labah? Suami saya suruh cek ayat zihar, yang betanya tu Khaulah Tsa'labah.

Bila orang tanya maksud dia apa? aku tanya dia balik, maksud Khadijah, Aisyah dan Fatimah apadia? Hahaha..

Mumtazah maksud nye cemerlang. Semoga Khaulah cemerlang dunia akhirat. Ameen.

Selepas kelahiran Khaulah, aku buat handout pasal Khaulah Al-Azwar:



OK, maka terjawablah misteri nama anak saya ye..

Kbai. Assalamualaikum


Eh, tau-tau da ada baby?

Ahha!

Alhamdulillah, atas rezeki yang Allah bagi.
Boleh la nak share pasal no 2 entry kat bawah nun.

Sebelum ni, saya pernah keguguran 2 kali. Jarak masa rapat-rapat. Selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga, Allah izin mengandung. Tak sampai bulan ke tiga fetal heart janin dah takde. Lepas tu, jarak masa dua bulan selepas kejadian, Allah izin mengandung lagi. Tapi sepertinya saya meletakkan harapan agar kandungan kali ini Allah izin menjadi. Tapi Allah yang Maha Baik tahu kemampuan saya, lepas usia kandungan 4 bulan, saya mengalami pendarahan, bila saya cek, Allah izin janin dah 2 bulan takde. Yang membesar hanya uri. Dalam tempoh masa itu, saya mengalami sedikit tekanan diri. Dengan keadaan badan yang tak sihat plus kehilangan yang kedua. Tak buang masa panjang, saya pergi buat blood screening. Nak tahu punca apa sampai gugur 2 kali. Ye saya tahu baru gugur 2 kali, takkan sampai kali ke 3 baru nak cek kan? Bila dah siasat, saya jumpa pakar dan dia sarankan untuk ambil supplement. Trans Factor namanya. Dari egg yolk. Kena google la nak tahu apekebendanya tu.
 
Selang masa 3 bulan selepas blood screening, dan result pun dah keluar, doktor pakar kata dah boleh kalau nak merancang, Allah izin mengandung lagi. Kali ini memang saya diamkan. Even kepada saudara mara pun ada yang tak tahu. Sesiapa yang sentiasa bersama saya, ada dekat dengan saya, para best friend saya, mereka sahaja yang tahu. Bila kandungan dah besar dalam 5 ke 6 bulan baru ramai jugak la yang tahu. 

Berbekalkan pengalaman dulu, saya punya perasaan waktu itu harap-harap cemas. Takut untuk mengharap lebih-lebih, cemas kalau jadi sesuatu. Dan saya belajar pergantungan kepada Allah yang sangat tinggi. Saya dan suami memang berhabis duit, mengerah tenaga untuk memastikan kandungan kali ke tiga berjaya. Tanda yang kami usahakan sesuatu. Jika Allah tak izin, sekurang-kurangnya kami dah lakukan yang sehabis baik untuk menjaga kandungan ini.

Alhamdulillah, Allah izin, selepas 10 hari saya balik dari UTM,  saya bersalin. Terasa cantiknya susunan Allah tu. Dan kini bersama permata hati Khaulah Mumtazah nama diberi baru saya nampak hikmahnya Allah tak beri saya anak sewaktu saya di UTM dulu. 

Hmmm.. begitu lah.. Kita merancang, Allah juga merancang, tapi perancangan Allah itu lebih baik. Bila refresh balik, perasaan saya mengandungkan Khaulah Mumtazah, sama macam perasaan saya menunggu jawapan dari Abu Khaulah sebelum kami disatukan dulu. Kui3x..

Sepertinya, saya perlu melalui proses pergantungan kepada Allah yang tinggi serta usaha yang banyak dan termampu yang boleh saya lakukan, baru saya dapat merasai manisnya perjuangan pendek dalam hidup saya. Begitu lah ye..

Cerita ini tidaklah terlalu terperinci nanti panjang sangat macam drama swasta pulak, jadi sekadar imbasan kilat sahaja. Apapun, hubungan hati dengan Allah itu penting untuk kita betul-betul bergantung pada Dia.

Salam Ramadhan~ sebagai penutup saya lampirkan gambar budak debab. kui3x~

Ini gambar terbaru, jauh bezakan dengan yang kat bawah. Pipi dah macam pau da!

Kbai. Assalamualaikum

Wednesday, July 10, 2013

It's been a loooooonnnggg time

Alhamdulillah, SEGALA pujian itu hanya untuk Allah semata-mata.
Yang memberi nyawa kepada saya, yang masih meminjamkan saya seorang suami. Alhamdulillah, kini meminjamkan saya seorang permata hati. Maka nikmat yang mana lagikah yang harus saya dustakan??

Sudah begitu lama..
Agak lama juga, mungkin dak dekat tahun saya tinggalkan laman ini.
Sepanjang tempoh itu, saya mengandung, pulun siapkan draft thesus, bersalin, berpantang, pindah rumah baru, viva, menjadi suri rumah, dan kini membuat correction yang belum siap. Masih berbaki 2 bulan lagi correction tu..

Tak tahu nak start dari mana atau isu apa. Banyak sangat yang ter'miss' cerita:

1. Siapkan thesis, serta proses untuk sampai ke garisan akhir Master
2. Mengandung dalam keadaan tak kecoh sangat dengan orang lain, tau-tau baby dah kaluar-ada sebab untuk tidak menghebohkan sesuka hati
3.Pindah rumah! Akhirnya dapat duduk dengan keluarga asas sendiri.Ummi, Abi dan Khaulah
4. Update anak-lol- perlukah? Macam poyo bunyi
5. Tidak dilupa isu ummat yang sakit tenat, dari benua afrika -Somalia, Mesir- ke tanah yang diberkati-Syiria-, jantung dunia-Palestina- singgah ke Eropah-Turki-, Asia Tenggara-Rohingya-, dan tanah air tercinta-Malaysia.

6. Dan kini, Ramadhan Kareem~

Sepertinya tidak lah saya mahu kongsi semua. Kalau semua kongsi, maka tiadalah manisnya

Untuk kali ini sekadar mahu kenalkan, ahli baru keluarga saya
Khaulah Mumtazah selepas 3 hari dilahirkan
Sekarang dah debab, muka pun dah larik


Kbai. Assalamualaikum