Monday, October 14, 2013

Komen surirumah tentang ilmu

Ilmu pelita hidup
Ilmu penerang dalam kehidupan

Allahu,zaman terlalu maju, siapa yang lambat kita ketinggalan.
Usahakan menambah ilmu
Tak kira ilmu apa
Lagi-lagi ilmu deeniah.

Mahu menjadi ibu membina generasi ummah yang cemerlang perlu ilmu yang saaaaangat luas

Selepas berkahwin, baru kau tahu langit tinggi rendah

Mahu memberi syurga pada anak-anak bukan sesuatu yang mudah

Perlu perancangan rapi dan ilmu yang tinggi
Pendidikan awal anak-anak kepada tauhid perlu dipupuk kasi kuat
Bersabar dengan karenah anak kecil yang rajin mengexplore segala bagai perlu ada kekuatan mental dan pengurusan emosi yang baik


Khaulah Mumtazah yang bijak solehah!


Berusaha menjadi perempuan cantik menawan seperti gadis di hadapan suami, menjadi isteri yang setia melayan keperluan keluarga, serta menjadi ibu kepada anak kecil yang lasak buas adalah satu tugas yang tough!! fufufufu [belum kira adik-adik mad'u yang perlu di jenguk imannya time to time dgn iman sendiri yang turun naik]

Makanya, banyakkanlah pengetahuan
Makanya, perteguhkanlah keimanan

Ilmu yang dipandu dengan iman yang tinggi pemacu kepada tindakan yang membuahkan hasil yang cemerlang! cewah!


p/s: Salam Aidiladha


Tuesday, August 20, 2013

MESIR: Pandangan rakyat Malaysia

Don't compare your life with others.
You have no idea what have they gone through.
 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Saya orang awam yang tinggal di Malaysia. Update berita tentang Mesir melalui fb Mesir Kinidan lain-lain sumber alternatif yang lain. Saya tak engok tv sangat. Uhuk2x. Dan saya ada pendirian saya yang tersendiri.

"Tega-teganya, membantai rakyat tak berdosa, hanya karena ingin berkuasa. Tega-teganya, mengorbankan banyak manusia, hanya karena tidak suka melihat gerakan dakwah memimpin negara." (Ayat ini diciplak dari Pak Cah)

Student  A, pelajar dari Malaysia yang belajar di Mesir. Melalui pengalaman hidup di sana dan update di internet.

 Ini dia kata:

 "Dalam pada kita sibuk dan bersemangat dengan isu Mesir, mohon jangan ada yang melampaui batas selaku warganegara asing di Mesir. Menentukan hubungan diplomasi itu kerja kerajaan. Ya kita boleh desak, boleh cadang, tapi akhirnya kerajaan yang tentukan. Kerajaan pula ada pelbagai faktor yang menentukan keputusan.

Tak berapa nak bijak lah kalau tiba-tiba kita (contohnya) tendang keluar Duta Mesir di Malaysia, sedang 3,500 rakyat Malaysia masih berada di Mesir dan baki 8,000 lebih lagi secang bercuti dan bakal pulang menyambung pengajian. Apakah nasib pelajar dengan jumlah yang ramai ini?

Untuk yang berada di Mesir, siap-siap lah jawapan berlepas tangan kalau ditanya oleh orang-orang awam atau pihak berkuasa.

Antara soalan popular adalah, "enta ma' min?" (Engkau bersama siapa?), sama ada ikhwan ke tentera?

Jawapan favourite saya adalah, "ana Maliziy, ma lisy da'wah beekum" (aku orang Malaysia, aku takda kaitan dengan urusan kamu)
Atau, "ana ma'a masriyyin. Rabbena yunaggi Masr" (ana bersama orang Mesir. Moga Tuhan menangkan/selamatkan Mesir)

Ayat nak play safe...
"


Student B pulak tambah:

"Anda mungkin berkata rakyat biasa Mesir itu bodoh. Kerana menyokong 'youknowwho'. Tapi anda tak tahu keadaan sebenar yg berlaku. Hakikatnya itu bukan sepenuhnya salah mereka. What can I say is, situasi mereka mungkin boleh kita samakan dengan rakyat Malaysia pd waktu pilhanraya.

Akses rakyat majoritinya dg perkhidmatan internet adalah sangat terhad. Anda tak boleh menghukum mereka semuanya membabi buta menyokong 'youknowwho'. Kebanyakannya cuma jahil.

Antara masalahnya apabila mereka percaya bulat-bulat dg segala apa yg dhidangkan oleh media tempatan, spt di dlm link ini, dimomokkan dengan drama2 seperti itu, berita2 palsu dari tv atau akhbar sekalipun.

Apa yg mampu kita lakukan sekarang adalah mendoakan agar lebih ramai yg nampak tentang kebenaran.
" اللهم أَرِنَا الحقّ حقًّاوارْزُقْنَا اتِّبَاعَه وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَه "

P/s : Yang dah tahu kebenaran tp memang kepala batu tak nak mengaku salah tu, kita berlepas diri drpdnya. Serahkan mereka hanya kepada Yang Maha Memberi Pembalasan.
"


 
Surirumah B, surirumah sepenuh masa, asal Malaysia, saudara baru. Duduk Mesir 5 tahun.

"
First of all i don't need to taubat for not supporting Morsi....What have I said that need me to repent?and just because I am not agreeing with your political view doesn't mean you can curse and wish your own Muslim sister in Islam to be cursed by Allah..subahana Allah...I really hope all reverts in Malaysia could see what kind of Muslim brothers and sisters they have around them.Me supporting Gen.Sisi is no one's issue as i don't have problem u supporting Morsi...but the facts need to be right.How do u know that Gen.sisi is supporting Israel?It was the whole egyptians who asked for Morsi down...it wasn;t Gen.sisi's alone decision.I am in egypt and so far or at least since yesterday things are under control.We shall wait and see the future of Egypt...and for those wish that Allah curse me....astagfirullah...He gave me hidayah and u muslims curse me?....I have no comment..May Allah guide you guys to the right path....Never ever wish something bad for your Muslim brothers and sisters in Islam.At least i have nevers said bad things to Muslim Brotherhood.I have never asked Allah to destroy them just because I don't agree with them.My knowledge and experience is something you don't have and you don't know.instead of wondering why i made such statement....u should stop cursing people.SAY GOOD OR REMAIN SILENT.the worst part of a human body is the tongue....so watch what you say.support whoever you want.there can't be two parties who are right...soon the world will come to realise who is right and wrong.Assalamualikum...."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ya Allah, lindungilah diri kami, anak-anak dan isteri-isteri kami dari keinginan untuk berbuat maksiat dan dosa kala saudara-saudara kami sedang berjuang dengan hebatnya di Mesir, di Palestin dan di Syria sana.

Semoga kami tidak terbuai oleh kesenangan dunia yang menyebabkan kami semakin lalai terhadapmu dan alpa terhadap tanggungjawab kami terhadap saudara-saudara seIslam kami.

Live well, live hell, you choose

Nasib dan pengalaman seseorang berbeza, jangan blame orang yang tak sealiran dengan kita secara melulu. Kot terkena dekat saudara baru, mahunya dia murtad dengan sikap kita yang menghukum.

Sunday, July 28, 2013

SYRIA: Allah memuliakan penghunimu




Tiada bait ayat yang mampu di tulis
Air mata tak mampu di empang lagi
Aku tewas lagi dengan perasaan bila mengenangkan saudaraku
Cuba berempati, andai itu Khaulah Mumtazah ku


Ya Allah, kami bersaksi bahawa apa yg terjadi hanyalah kerana dosa-dosa kami.
Ampunkanlah dosa-dosa kami yang menggunung hingga ke langit.
Ampunkanlah dosa-dosa kami yg menjadi hijab pada terkabulnya du'a.

Qul ; Amiiiin




 

Surah Al-Baqarah: Ayat 155-156

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.[155] Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'innalillah wa inna ilaihi raji'un'.[156]"

Islam menuntut kita untuk SABAR dan kembali MENYERAH DIRI kepada Allah apabila diuji dengan pelbagai musibah.

Saidina Umar Al Khattab sendiri menyifatkan musibah sebagai nikmat dalam katanya:

"Aku tidak ditimpa musibah melainkan aku dapati padanya TIGA nikmat. Nikmat PERTAMA, musibah yang menimpa itu bukanlah yang berkaitan dengan agama. KEDUA, musibah itu bukanlah musibah yang besar seperti yang sebelum-sebelumnya. KETIGA, sesungguhnya Allah SWT akan memberi balasan baik daripada musibah tersebut. Kemudian beliau membaca firman Allah dalam Surah Al-Baqarah: Ayat 157 (Mereka itulah yang memperoleh keampunan dan rahmat daripada Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk)"
 



Aku hanya ada teori, mereka sedang membumikannya

SAVE SYRIA,

DO'AKAN MEREKA, KEMENANGAN PASTI MENJELMA

sumber: https://www.facebook.com/pages/Syrian-revolutionary-video/240809659377094?directed_target_id=0


Thursday, July 11, 2013

Kenapa nama dia Khaulah Mumtazah?

Ahha!

Madu Khaulah!

Ehhe!

Nama Khaulah agak asing untuk rakyat jelata yang biasa-biasa yang tak pernah buka kitab seerah. 
Bila saya letak nama KHAULAH, 


Pakcik A: Anak kedua nanti kalau lelaki boleh letak Yusof Taiyyob. Kakak dia Madu Khawla!
Makcik B: Maksud dia ape?
Adik C: Ntah macamana ntah tadi nak nyebut
Makcik A: Kalau nak tau sebut kene baca yang panjang. 'La HAULA wala quwwata illa billah~' [tekanan bacaan pada HAULA ye]

OK, macamacam, tapi takde la teruk sangat. Cuma janggal di telinga orang yang bubuh nama anak Risya, Batrisyia. Arissa, Qistina..bla..bla..bla..

Saya bukan apa, dulu masa tahun 1 UTM, duduk dengan budak nama dia Nu'man. Saya tanya maksud dia apa, dia jawab ko pernah dengar lagu "Cari cari carilah pasangan hidup betul-betul oh kawan.." dari Rabbani. Saya kata pernah kisah pemuda dengan buah jambu ke epal. Pastu dia kata, ha.. kalau nak tahu pemuda tu lahirkan anak nama Nu'man.

Masa 1st time dengar, wah bagusnya bapak dia bagi nama. Bukan maksud, siap cerita lagi.Ada lagu lagi. Jadi dari situ saya dah pasang angan-angan kalau aku bubuh nama anak nanti aku nak bagi cerita. 

Tak lama lepas tu saya jumpa sekumpulan manusia yang namanya agak klasik [Fatimah, Ruqayyah, Nusaibah, Hafsah, Aisyah, Abu Ubaidah]. Ini memang betul-betul klasik! Ini nama insan yang pernah hidup senafas dengan Rasulullah SAW. Laaagi aku teruja. Yela nama saya kan nama minah glamer kat Malaysia. Uhhhuuuu~

Bersempena dengan itu, saya pergi kedai buku beli kitab Seerah 101 Sahabat Rasulullah. Saya cakap dekat suami, nak ambil nama anak, kita refer kitab ni. Agak-agak kalau anak buruk perangai, kita bagi dia baca kitab Seerah supaya dia sedar diri.

Jadi nama Khaulah saya petik dari seorang pahlawan wanita atau mujahidah yang gagah perkasa yang pernah hidup dengan Rasulullah SAW. Khailah Al-Azwar. Tapi haritu jumpa sahabat, dia tanya nama anak, saya jawab Khaulah. Dia pun kata "Ahha! Khaulah binti Tsa'labah!"

Oh? Abang, ada ye Khaulah Tsa'labah? Suami saya suruh cek ayat zihar, yang betanya tu Khaulah Tsa'labah.

Bila orang tanya maksud dia apa? aku tanya dia balik, maksud Khadijah, Aisyah dan Fatimah apadia? Hahaha..

Mumtazah maksud nye cemerlang. Semoga Khaulah cemerlang dunia akhirat. Ameen.

Selepas kelahiran Khaulah, aku buat handout pasal Khaulah Al-Azwar:



OK, maka terjawablah misteri nama anak saya ye..

Kbai. Assalamualaikum


Eh, tau-tau da ada baby?

Ahha!

Alhamdulillah, atas rezeki yang Allah bagi.
Boleh la nak share pasal no 2 entry kat bawah nun.

Sebelum ni, saya pernah keguguran 2 kali. Jarak masa rapat-rapat. Selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga, Allah izin mengandung. Tak sampai bulan ke tiga fetal heart janin dah takde. Lepas tu, jarak masa dua bulan selepas kejadian, Allah izin mengandung lagi. Tapi sepertinya saya meletakkan harapan agar kandungan kali ini Allah izin menjadi. Tapi Allah yang Maha Baik tahu kemampuan saya, lepas usia kandungan 4 bulan, saya mengalami pendarahan, bila saya cek, Allah izin janin dah 2 bulan takde. Yang membesar hanya uri. Dalam tempoh masa itu, saya mengalami sedikit tekanan diri. Dengan keadaan badan yang tak sihat plus kehilangan yang kedua. Tak buang masa panjang, saya pergi buat blood screening. Nak tahu punca apa sampai gugur 2 kali. Ye saya tahu baru gugur 2 kali, takkan sampai kali ke 3 baru nak cek kan? Bila dah siasat, saya jumpa pakar dan dia sarankan untuk ambil supplement. Trans Factor namanya. Dari egg yolk. Kena google la nak tahu apekebendanya tu.
 
Selang masa 3 bulan selepas blood screening, dan result pun dah keluar, doktor pakar kata dah boleh kalau nak merancang, Allah izin mengandung lagi. Kali ini memang saya diamkan. Even kepada saudara mara pun ada yang tak tahu. Sesiapa yang sentiasa bersama saya, ada dekat dengan saya, para best friend saya, mereka sahaja yang tahu. Bila kandungan dah besar dalam 5 ke 6 bulan baru ramai jugak la yang tahu. 

Berbekalkan pengalaman dulu, saya punya perasaan waktu itu harap-harap cemas. Takut untuk mengharap lebih-lebih, cemas kalau jadi sesuatu. Dan saya belajar pergantungan kepada Allah yang sangat tinggi. Saya dan suami memang berhabis duit, mengerah tenaga untuk memastikan kandungan kali ke tiga berjaya. Tanda yang kami usahakan sesuatu. Jika Allah tak izin, sekurang-kurangnya kami dah lakukan yang sehabis baik untuk menjaga kandungan ini.

Alhamdulillah, Allah izin, selepas 10 hari saya balik dari UTM,  saya bersalin. Terasa cantiknya susunan Allah tu. Dan kini bersama permata hati Khaulah Mumtazah nama diberi baru saya nampak hikmahnya Allah tak beri saya anak sewaktu saya di UTM dulu. 

Hmmm.. begitu lah.. Kita merancang, Allah juga merancang, tapi perancangan Allah itu lebih baik. Bila refresh balik, perasaan saya mengandungkan Khaulah Mumtazah, sama macam perasaan saya menunggu jawapan dari Abu Khaulah sebelum kami disatukan dulu. Kui3x..

Sepertinya, saya perlu melalui proses pergantungan kepada Allah yang tinggi serta usaha yang banyak dan termampu yang boleh saya lakukan, baru saya dapat merasai manisnya perjuangan pendek dalam hidup saya. Begitu lah ye..

Cerita ini tidaklah terlalu terperinci nanti panjang sangat macam drama swasta pulak, jadi sekadar imbasan kilat sahaja. Apapun, hubungan hati dengan Allah itu penting untuk kita betul-betul bergantung pada Dia.

Salam Ramadhan~ sebagai penutup saya lampirkan gambar budak debab. kui3x~

Ini gambar terbaru, jauh bezakan dengan yang kat bawah. Pipi dah macam pau da!

Kbai. Assalamualaikum

Wednesday, July 10, 2013

It's been a loooooonnnggg time

Alhamdulillah, SEGALA pujian itu hanya untuk Allah semata-mata.
Yang memberi nyawa kepada saya, yang masih meminjamkan saya seorang suami. Alhamdulillah, kini meminjamkan saya seorang permata hati. Maka nikmat yang mana lagikah yang harus saya dustakan??

Sudah begitu lama..
Agak lama juga, mungkin dak dekat tahun saya tinggalkan laman ini.
Sepanjang tempoh itu, saya mengandung, pulun siapkan draft thesus, bersalin, berpantang, pindah rumah baru, viva, menjadi suri rumah, dan kini membuat correction yang belum siap. Masih berbaki 2 bulan lagi correction tu..

Tak tahu nak start dari mana atau isu apa. Banyak sangat yang ter'miss' cerita:

1. Siapkan thesis, serta proses untuk sampai ke garisan akhir Master
2. Mengandung dalam keadaan tak kecoh sangat dengan orang lain, tau-tau baby dah kaluar-ada sebab untuk tidak menghebohkan sesuka hati
3.Pindah rumah! Akhirnya dapat duduk dengan keluarga asas sendiri.Ummi, Abi dan Khaulah
4. Update anak-lol- perlukah? Macam poyo bunyi
5. Tidak dilupa isu ummat yang sakit tenat, dari benua afrika -Somalia, Mesir- ke tanah yang diberkati-Syiria-, jantung dunia-Palestina- singgah ke Eropah-Turki-, Asia Tenggara-Rohingya-, dan tanah air tercinta-Malaysia.

6. Dan kini, Ramadhan Kareem~

Sepertinya tidak lah saya mahu kongsi semua. Kalau semua kongsi, maka tiadalah manisnya

Untuk kali ini sekadar mahu kenalkan, ahli baru keluarga saya
Khaulah Mumtazah selepas 3 hari dilahirkan
Sekarang dah debab, muka pun dah larik


Kbai. Assalamualaikum