Thursday, October 11, 2012

Where's your manner bro??


That’s sound insult bro! Where is your manner?

Teringin nak tegur somebody.  Aku tegur dekat sini.  Kau yang berkenaan, sila baca. Ini untuk kau. Seriously and directly for you.

Lidah tajam macam pisau. Bunyi gurau bagi dia, tapi tuan punya badan yang telan rasa annoying. Ini dia yang dikenali kurang 10 tahun dulu.

Dengan bawa imej Islam (tipikal pada pandangan masyarakat yang ada, Islam itu berkopiah, berjubah, dan menampakkan diri berilmu), tapi dari segi akhlak masih lagi jauh dari yang disarankan Rasulullah. Padahal sentiasa mengalunkan hadith Rasulullah berserta sanad.  Tak perlu di canang apa kau dah buat, mana kau nak pergi dan dah pergi. Kau kata kisah kau unik, tak perlu kau buka-buka.  Takut-takut hilang ikhlas. Bahaya.  Syaitan tu bijak dan licik.

Berusaha menegur manusia ke arah kebaikan, tapi dengan cara  mencantas hati-hati yang baru hendak bertunas rasa Imannya. Tak bagus la bro. Jadi fitnah diri sendiri je. Orang akan nampak Islam tu keras tiada kelembutan,kalau kau terus-menerus buat macam tu. Bukan orang nak dekat dengan kau, makin lari jauh ada la. Hanya kau dan kelompok kau je yang tahan cara macam tu.
 Da’wah itu seni, perkara yang datang dari hati terus masuk ke hati. Sangat halus. Pemberi nasihat perlu rendah hati. Penerima nasihat perlu lapang dada. Ini bahasa hati. Hanya hati yang boleh nilai.

Tidak boleh kah menegur dengan kasih sayang?  

Melihat orang begini, makanya saya juga perlu reflect diri saya. Sifat buruk ini patut saya kikis.
Saya tak suka orang buat begitu, jadi saya harus menjaga diri saya dari jadi begitu.

Seiring dengan perjalanan masa, kadang-kadang kita harap masa boleh merawat. Masa boleh mengubah attitude seseorang. Atas nama kematangan dia pasti berubah. Itu sangkaan kita.

Tapi, jangan letakkan harap itu tinggi. Biasakan diri dengan rasa harap-harap cemas, agar kita tak terkilan dengan sikap manusia terhadap kita.

Sebab aku tahu kau bawa misi penting nak tegakkan deen. Aku doakan segala kekurangan kau Allah tutup dihadapan manusia. Sebab kau antara orang yang sudi bawa risalah agung. Cuma kau kena improve kau punya manner je.

p/s: Bro... bro... ingat kau dah berubah. Aku je yang baik sangka dekat kau rupanya. Tak pandai bergurau rupenye kau ni. FYI, I’m a good observer. Beware. Aku kenal dan cam orang cepat.

p/s/s: That’s sound insult bro “besi karat”? Biadab. Where’s ur manner? Heh. Hilang rasa hormat aku pada kau. Senang-senang je tercabut  hormat kerana perkataan yang kau guna tu inappropriate. Aku harap kau baca. Sebab tugas kau “menyampaikan”. Ni aku nak sampaikan dekat kau pulak. Kau terasa kena insult? No?

Tuesday, October 2, 2012

Kebersihan cerminan keimanan


Bismillahirrahmanirrahim

Post kali ini berkisar kehidupan seharian kita sebagai manusia, tak kira muslim atau tidak.
Sejak kecil lagi di taska atau di sekolah rendah kita selalu di suruh menjaga kebersihan.
Sehinggakan ada hadith (wallahu'alam) yang menekankan tentang kebersihan. Kitab Bimbingan Mu'min karangan Imam Al-Ghazali menekankan aspek Taharah pada awal bab kitab.

Semakin meningkat dewasa, mendalami ilmu yang Allah beri membuatkan saya lebih menghargai alam sekitar. Betapa sakit hatinya saya bila saya lihat orang lain sesuka hati membuang sampah merata-rata. Kadang kala pelajar universiti juga tidak kurang hebat perangai buat sepah + buat sampah di tempat awam. Pantang bagi saya sekiranya individu-individu yang tak bertamadun ini membuat onar di muka bumi. Maaf bahasa agak kasar. Tapi itulah hakikatnya. Dunia atau bumi ini diwariskan kepada kita untuk dipelihara dan dijaga sebaik mungkin. Sudah semestinya itu tanggungjawab kita bersama sebagai manusia yang di beri otak, akal fikiran untuk mentadbir bumi sehabis baik. Begitu banyak kempen kebersihan sejak kita sekolah rendah sampai dah tua bangka macam ni di adakan. Tambah lagi era sustainability, bertambah-tambah lagi tugas kita untuk pikul amanah yang Allah beri.

Teringat saya waktu sekolah rendah, aktiviti pendidikan jasmani saya hanyalah kutip sampah di padang sekolah. Belum cukup lagi, di tambah pula setiap pelajar diwajibkan membawa beg plastik sendiri dengan tujuan untuk mengisi sampah sendiri. Lagi saya dilantik sebagai pengawas kebersihan yang mana hari-hari saya di tugaskan untuk membersihkan longkang dan membersihkan tandas. Saya faham tugasan seorang cleaner!

Dua hari yang lalu, sewaktu saya menunggu bas untuk pulang ke Johor, ada dua orang gadis cantik bersembang. Saya terperasan, salah seorang dari gadis itu membuang tisu muka. Perasaan saya sangat marah kala itu. Mana tidaknya, baru sahaja 3 orang cleaner warga Bangladesh  kalau saya tidak silap baru sahaja membersihkan kawasan tempat kami menunggu bas, sesuka hati dia sahaja buang sampah merata-rata. Geram sungguh saya. Saya pandang beliau dengan pandangan tak puas hati. Pandangan saya menembusi perasaan beliau sehinggan beliau membalas tentangan mata saya. Saya dijeling-jeling oleh kedua-dua gadis itu sambil mereka makan asam boi. Amboi~

Senyap-senyap tangan kiri salah seorang gadis itu sengaja melepaskan plastik asam boi yang di makan tadi. Kali ini betul-betul tidak boleh dimaafkan. Saya memandang beliau sehingga beliau memandang saya semula dengan muka tak berapa suka. Lantas saya menunjuk sampah yang sengaja dijatuhkan. Dia pura-pura tengok tapak kasut. Konon-konon gaya macam terpijak tahi ayam. Tapi saya berkata "Sampah kamu tu tadi terjatuh."

Alhamdulillah dikutip dan disimpan dalam begnya. Susah sangat ke nak jaga kebersihan?

Itu belum lagi kita masuk bab tandas. Bukan tandas awam biasa-biasa. Yang tu confirm bau busuk, bau hancing, malah kadang-kadang kotor. Sudah lah kena bayar, kotor pula (Allergic saya nak membuang di tandas awam. Lagi-lagi tandas yang free). Tapi yang saya nak sentuh adalah tandas masjid. Baru-baru ini juga saya tumpang tandas masjid untuk melepaskan hajat + berwudhu'. Astaghfirullah~ panjang istighfar saya. Bukan tiada air, pam rosak je, tapi ada baldi. Apa la susahnya dan simbah bahan buangan sendiri guna air dalam baldi tu? Tak faham sungguh saya. Sedih saya. Bukankah kamu sambil singgah sambil nak solat. Tak rasa bersalah kah? Kita bukan duduk dekat padang pasir yang takde air, kalau nak berak kena korek lubang, lepas berak timbus balik. Oh Please! ini Malaysia. Negara iklim Khatulistiwa. Cukup air insya Allah. Ada sistem paip yang baik.

Kadang kala, agak lucu tengok gelagat orang. Keluar berjalan-jalan, muka berbedak, berlipstik merah, perfume semerbak, tapi kencing berak tak basuh, sampah dibuang merata-rata, rumah bersepah macam tong kang pecah. Lagi hairan kalau rumah itu rumah orang yang megaku beriman kepada Allah.Jdi, daripada sini, dapat dinilai diri kita bagaimana dalam bab kebersihan.

Pesanan ini untuk saya. Diri saya sahaja, kalau kamu mahu ambil silakan. Kebersihan, kekemasan cerminan peribadi dan keimanan kita sebenarnya. Sejauh mana kita nak jadi hambaNya yang beriman dengan sebenar-benar iman? Tepuk dada masing-masing. Jom. Jadikan kebersihan dan kekemasan itu benda yang penting dalam hidup kita. Kan nak tuju redha Dia. Kita buat busuk, orang lain sakit hati, orang lain sumpah kita. Oh~ Nooooo!