Saturday, June 2, 2012

Bahagiakah kita?


A:”Bahagiakah kita?”
B:”Di mana bahagia itu?”
   ”Di hujung atau di pangkalnya?”
B: ”Bahagia itu bukan di pangkal jalan, bukan juga di hujung jalan… tetapi ia ada di sepanjang jalan.”

A: ”Bahagia itu apa?”
B: ”Bahagia itu ketenangan!”
A:”Ketenangan itu apa?”
B:”Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.”

A: ”Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?”
B:”Ingat Allah… hati akan menjadi tenang. Tanpa Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.”

A:”Apakah aku telah dapat memberikanmu satu ketenangan?"
B:”Jangan tanyakan itu, sebaliknya tepuk dada tanya dirimu… apakah aku telah tenang?”
A:”Kenapa?”
B:”Hanya orang yang tenang sahaja dapat memberi ketenangan…kebahagiaan itu terlalu maknawi. Tapi ketenangan itu dapat dirasai. Jika kau tanyakan, bahagiakah kita? Ertinya, kau tanyakan tentang ketenangan kita. Dan jika kau tanyakan tentang ketenangan kita… kau sebenarnya bertanyakan sejauh mana kita ingatkan DIA – Tuhan kita!”

Ah, semakin sukar pula mencari jawapan… semakin diselam, semakin dalam
Sayang,

Kembali kita berjauhan…

salam terpisah, senyum tertahan

rindu berbuah, sayang merendang

jauh-jauh begini…

menguji percintaan

Suaramu telus di langit kelabu

setiamu selimut dingin hujanku

arca bayang-bayang malam

sinar remang-remang siang

melukis setiamu di awan gemawan

Terpisah semakin indah

kian terlarut keruhan rasa

terimbau semula nostalgia lama 

berbumbung langit biru

di bawah pokok mangga

Sayang… Jauh itu DEKAT!

sumber: Genta rasa

No comments:

Post a Comment