Tuesday, May 1, 2012

Random: Bersederhana

Bersederhana

Hidup perlu bersederhana.

Bersederhana dalam berkata-kata dan memberi pendapat: Maksudnya, kata-kata yang kita ungkapkan itu, tidaklah menyinggung hati pendengar, tidak kesat, tidak kasar. Jika perlukan ketegasan, maka bertegaslah pada hal yang sepatutnya. Perhatikan juga dengan orang yang bagaimana kita bercakap. Dalam masa yang sama, pastikan juga kata-kata yang kita ucap juga tidak memberatkan kita untuk menanggungnya. Tidak membuat hati kita rosak, tidak meletakkan kita dijurang yang Allah tidak redhai.

Bersederhana dalam memenuhi kehendak harian: Makan,pakai, hidup yang selesa adalah keperluan yang asas untuk kita yang bernama manusia. Bab makanan kadang-kadang saya tersungkur dengan godaan hawa nafsu. Berbual tentang makan sedap, makan best, makan yang high class. Oh! Perlu proses disitu ya. 

Bila bertanya dengan suami, "Abang makan apa hari ni?". Menu biasa yang beliau akan jawab "Nasi, telur/tempe goreng, sayur", "Nasi, sup daging", "Nasi, kentang goreng, sardin".

Dan bila kami makan di luar, sukar untuk beliau  mencari tempat makan yang glamer. Berbeza dengan saya dan kawan baik saya, sebut sahaja lokasi, maka akan tahulah menu apa yang menarik. Oh! Begitu ye kita ni kan..

Saya belajar kesederhanaan dalam makanan daripada suami. Alhamdulillah. Namun saya masih belum berubah sepenuhnya.

Bila bercakap tentang pakaian pula, saya tidaklah terlalu update dengan fesyen terbaru. Sekiranya baju saya sudah lusuh dan buruk. Semua benda nak tanggal (butang, jahitan, labuci-labuci), baru saya akan fikir untuk tukar baju baru. Baru fikir je tau.. Tak tukar lagi baju yang baru. 

Saya rasa saya dah cukup sederhana dan berjimat. Tetapi suami saya laaagi sederhana. Saya pengganas (ganas guna baju sampai koyak, kasut sampai rabak, beg sandang setiap tahun tukar, handbag setiap sem kena tukar sebab dah takde rupa, berpintal-pintal, berbonjot-bonjot, dikerjakan saya). Sedangkan suami saya sangat cermat menjaga barang-barangnya. Andai koyak atau rosak, maka sayalah yang punya angkara ye.. Oh! Tak bagusnya saya ye. Bab ini juga, saya perlu betulkan. 

Tapi itu la kan... Nafsu terlalu menguasai.

Terkesan dengan kisah sahabat Rasulullah SAW apabila menghadapi peperangan. Berjalan jauh, sehingga tapak kasut tertanggal,maka kaki-kaki dibalut dengan kain. Hanya dibekalkan beberapa biji kurma. Kurma itu dikulum. Namun, tenaga yang dicurahkan untuk menggemilangkan Islam bukan main hebat dikerah. Apa la sangat dengan kulum kurma. Tetapi kita pada zaman ini, sedap nye makan lamb chop, nasi beriani dan sebagainya. Canggih pakai i phone, pakai i pad, tahu update status merepak macam artis dekat facebook dan twitter. Di suruh buat kerja, malas lah, susah lah..Insaf.. Jangan kata naikkan Islam, kadangkala, kita yang tunjuk imej buruk dari sudut kita. Na'udzubillah..

Bersederhana dalam mengajak kepada kebaikan: Inginkan kebaikan sememangnya fitrah dalam diri setiap insan. Menyampaikannya baik, menerimanya juga baik. Hak sesama muslim, menyampaikan kebaikan dan memberi peringatan. Itu bagus. 

Tetapi perhatikan juga cara kita mengajak. Tidak perlu menghukum andai kita lihat banyak perbuatan yang salah. Kaji, selidik pandang dengan pandangan baik sangka. 

Kadangkala, kita ni beremosi dalam menyampaikan perkara yang dirasa baik. Maka pandangan kita itulah yang harus diterima pakai. Dan kita lihat juga dia terdiam sebab hujah kita kukuh. Namun, siapa tahu dalam hatinya ada luka-luka lantaran tajamnya kata-kata kita. Sakit pedihnya kita tak hirau pun. Kesian dia. Kita menang berdebat, tapi kalah dalam memenangi hati. Bila hati dah benci.....

Kalau pun dia tak terasa, nanti kita pula yang terasa. Sebab kita geram dia tak mahu berubah.

Bersederhana dalam mencintai makhluk: Makhluk, akan musnah, hancur, berubah. Tapi Allah tidak. Kamu sayang dia sebab baik, bila dia dah berubah buat jahat, kamu sakit hati, maka kamu akan membenci dia. Dia sakit sebab kamu benci dia, kamu sakit sebab dia jahat. Berpada-pada dalam mencintai. Hanya pada Allah sahaja kita boleh serah semua yang kita ada.

Post kali ini hanya random rants.

Saya baru sedar kekuatan bersederhana.

Pertamanya supaya kita tidak zalim

Zalim pada orang lain, zalim pada diri kita.

Zalim= Tidak Adil = Tak meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Tindakan kezaliman akan membawa kesakitan.

Ibaratnya orang berjoging pakai kasut sukan, tapi kamu berjoging pakai kasut high heel. Kamu zalim pada kaki kamu. Padan muka sakit kaki kamu. Apatah lagi kalau kamu letakkan kasut itu di kepala. Laagi kamu zalim. Bukan pada tempatnya tu tau! Letak di kepala kamu pun di kira zalim. Apatah lagi kamu letak kasut kamu di kepala orang lain. Banyak cantek muka kamu ye??

Heh~

Nota ini untuk saya sendiri. Saya ni hidup melampau. Tak sedar diri katanya. Kalau kamu rasa macam ni jugak, kita sama rupenya ye?  Takkan biar je? Sedar pun dah bagus. Tinggal ubah jadi bagus lagi. Jom!

p/s: Fenomena komen melampau selepas BERSIH 3.0. Zalim, zalim... bersederhanalah dalam hidup. Insha Allah, kamu tak zalim.

No comments:

Post a Comment