Thursday, May 17, 2012

Never need a man

Susulan entry yang lepas, Soalan famous untuk anda
 

....“Never need a man,” my mother would advise my sisters and me. “Never need anyone besides God and you’ll never find yourself in a miserable marriage.”...



“Are you married?” they ask as they glance at my ringless ring finger.

I have gotten this question from Muslims, Christians, whites, blacks, men, women, children and especially my students. This question knows no single demographic.

However, the degree of shock to my 30 years of singlehood is most dramatic within my Arab community – especially with my Middle Eastern students.

“What? You’re not married? I have an uncle you know…”

“You’re 30 and not married? Stop scaring them away, Ms. Saidi!”

“Ms. Saidi – I got your back. I made you a profile on eHarmony. You’ve already gotten 23 matches!”

“Don’t you want little Ms. Saidi’s in the world running around with red pens correcting grammar?!”

Each of these quotes has been said with the best of intentions, but it underlies a greater pressure for women (in any culture I think) to be married before 30. After this milestone year, people start to wonder what may be wrong with her (make that me).

I once had a potential suitor – after two days of courting – tell me that I was the one. However, after presenting his intent to marry me to his family and sharing that I was twenty-eight years old, his mother went from being elated to being concerned.

“Why isn’t she married?” mother queried. “Will she be able to have healthy children? Is she too career-oriented? She’ll be old by the time your children are ready for college. Did you think this through?”

Marriage is for better or worse and it seemed the mother convinced her son that he could totally control all factors to ensure that “worse” never came into the picture.

Thankfully, I grew up with strong Muslim women who never ever believed in the Maguire Principle: “You complete me.”

“Never need a man,” my mother would advise my sisters and me. “Never need anyone besides God and you’ll never find yourself in a miserable marriage.” My mother knew what she was talking about.

My mother’s father died while she was an infant. She was the oldest of six half siblings. She was married as a young teenager, brought to America without a driver’s license, illiterate in English and Arabic and only able to speak her mother tongue where no one understood her besides her husband who worked 10-15 hour shifts on the line at Chrysler.

Yet, with all these obstacles, my mother raised five children, got us all enrolled in public schools, found us tutors for our Arabic and Islamic studies, found the time to go to adult education classes to learn English, study and pass the US citizenship exam, and never failed to have breakfast, lunch and dinner on the table and the house running like a machine with each of her children sharing in the responsibilities of being a member of a loving, growing family. I barely remember my father as a child (he’s awesome in his own right), but my mother showed by example that independence breeds self-efficacy, power, and respect of self and others.

Some women may count on a man to bring them all these but therein lies the worst sort of dependence.

To my students and everyone who asks me if I’m married, I say that it will come when the time is right. Marriage should be seen as a supplement to one’s already fulfilling life, not a necessity.

sources: here

Tuesday, May 15, 2012

Soalan famous untuk anda

 Biasa tak kena tanya
"Bila nak kahwin?" masa kita anak dara? Heh..

Katalah yang baru kahwin, ramai tak yang tanya:
"Bila nak dapat baby?"

Soalan-soalan yang pop up dari mulut kita yang berbunyi sedemikian rupa sama la macam ni bunyinya:
"Bila Tuhan nak bagi ko kahwin ni?"
"Bila Tuhan nak bagi ko anak ni?" 

Typical questions for typical group of people --> Bila nak kahwin? Bila dah kahwin, bila nak ada anak? Bila dah ada anak pertama, bila nak tambah lagi? Bila dan ada anak lelaki, bila nak ada anak perempuan pulak? Bila anak-anak dah besar-besar pula, bila anak-anak ko nak kahwin? Bila anak2 dah kahwin pula, bila nak dapat cucu? (On and on and on and on ......)

Saya ada beberapa orang rakan dan kenalan yang pernah melalui pengalaman yang sama. Dan saya faham keadaan itu walaupun situasi saya tidaklah crucial sangat pun. Perlu untuk menjawab soalan yang sama berulang kali. Ibarat telan pasir ketika sedang minum air limau panas. Berbuku rasa dalam dada.

Setelah melalui kehidupan ini, saya dapat satu formula. Jangan bertanya 2 soalan ini kepada mana-mana sahabat atau kenalan saya:

1. Bila nak kahwin
2. Bila nak dapat anak 

Very annoying!
Bagi saya adalah kurang sopan untuk kita tanyakan soalan itu kepada orang lain. Lagi, kepada mereka yang usianya berada di pinggiran 30+++ tahun. Ibaratnya, kita berjumpa kawan lama bersalaman dan berpeluk tubuh dan terus bertanya kepadanya "Eh, kau punya gaji berapa ribu sebulan ea?" Kurang tatasusila okay.

Adakah sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin atau sudah berkahwin dan tidak mendapat anak akan mengalami kehidupan yang suram? Dan yang bertanya pula dengan ekspresi wajah yang menunujukkan belas kasihan di sinar mata yang menyedihkan mengatakan"Sabarlah..". Oh~ bagaimana mahu beritahu kepada kamu yang bertanya, setakat ini kehidupan saya bahagia sehinggalah anda bertanya begitu. Pertanyaan itu seolah-olah berbunyi, "Aku tahu, mesti sedihkan jodoh/anak takde lagi". Oh~ Di sisi Allah itukah nilai kebahagiaan? 

It's good to be single rather than be in bad marriage. Agree? (ini supervisor saya yang cakap)

Baiklah, rezeki, ajal, maut, jodoh kita semua sudah tertulis di luh mahfudz sejak azali. Tapi, macam la kita ni Allah bagi kalendar siap-siap untuk kita tahu semua perkara tersebut? Dan bila ditanya soalan cepuk emas berikut kita mampu menjawab dengan cemerlang dan jayanya. Begitukah yang anda mahu?

Saya tahu, berat mata memandang..Kan? Anda simpati kan? Kesian kan? Tapi tahu tak sebenarnya berat lagi bahu yang memikul. Simpati tak sama dengan empati. Cuba la "eat half on my plate, u chew it, and then u telan. Then, talk". Tak pun "Meh la try pakai kasut aku, best tak kaki ko nak jalan".

Adilkah anda sedap-sedap mulut bertanya, mereka yang ditanya perlu sendiri-sendiri proses hati, pujuk hati, bersangka baik, menderita sorang-sorang menahan rasa (Sebak, sedih, sentap, berbuku, macam-macam rasa lagi yang sukar diungkap), belajar tak ambil port dengan orang kata. Belajar untuk senyum dengan solan cepuk emas tu (aku cepuk baru ko tau!).  Bagi anda itu biasa. Standard la tu kan, tapi fikir la perasaan orang lain (tuan punya diri, mak, ayah, nenek, adik-adik semua dapat tempias).

Sesungguhnya disisi lain, Allah telah mempersiapkan diri orang yang ditanya dengan perisai kesabaran. Begitu juga dengan teropong kesyukuran. Ini hikmah terbesar yang Allah bagi. Allah bagi kami siap-siap dah dua perkara itu untuk memandu perjalanan kami ke syurgaNya. Insha Allah. (Dok banyak sangat serangan bertubi dek pertanyaan korang tu)

Bukan tidak boleh bertanya, alangkah indahnya jika kita bertanya sekadar cukup rasa. Salah ke kalau kita nak tanya khabar,kita tak perlu tanya pasal kahwin, anak, dll tu?

Saya lagi gembira jika orang berkata pada saya:
"Aku doakan, Allah bagi yang terbaik untuk kehidupan kamu. Disisi Allah, kita usahakan untuk menjadi manusia yang paling dicintai Allah"

"Aku akan sama-sama doakan Allah bagi yang terbaik, tapi dengan syarat, berusahalah dengan terbaik juga"

Saya, yang pernah ditanya soalan begitu, saya usahakan proses hati saya sehinggalah saya boleh memberi respon kepada yang bertanya:
"Tolong doakan, supaya Allah bagi yang terbaik dalam hidup aku. Doakan, Allah murahkan rezeki" 
(Jawapan begini tidak akan wujud sekiranya saya tidak melalui proses tarbiyah)

Janji Allah itu benar. Seorang rakan sekolah saya berkongsi:
"Saya pernah dengar Ust. Wan Sohor Bani Leman kata: Kalau kita takde anak di dunia, bila kita masuk syurga kita boleh minta nak anak dan Allah bagi on the spot. Tak payah mengandung, beranak susah-susah macam di dunia. Tau-tau ada je anak. Boleh minta pulak tu umurnye nak besar terus ke, nak baby sepanjang masa ke. Bergenang airmata dengar. Yang penting, usaha sampai masuk syurga insyaAllah.."

***saya pun bergenang airmata. oh~syahdu!

Sesungguhnya setiap dugaan atau ujian atau yang seumpanya yang kita rasakan berat hendak menanggungnya akan menjadi ringan sekiranya kita kembalikan semua perkara itu kepada Allah.Kekuatan tauhid kita yang akan membantu kita untuk menguatkan hati menjadi sepadu besi.

Hadith Rasulullah. (Boleh cek sendiri dekat kitab hadith):
Yang tidak berkata sesuatu dari hawa nafsunya (Nabi Muhammad) SAW telah berkata: Kagumnya dengan urusan orang beriman, sesungguhnya semua urusannya baik,dan tidak berlaku perkara ini kecuali bagi seorang yang beriman;jika ditimpa kegembiraan dia bersyukur; maka baginya itulah yang terbaik, dan jika ditimpa kedukaan dia bersabar, maka baginya itulah yang terbaik.

(Dan hadith ini dilagukan oleh munsyid dari Medan. Kumpulan Maidany dengan tajuk Unik.Boleh google ye)

Pendek kata, ini adalah luahan hati dari wanita yang kamu rasa "oh..kesian dia tak kawin lagi", "oh..sedihnya dia, dah lama kawen tapi takde anak", dll. You name it la. Beware la dengan pertanyaan kita. Mu'min yang baik tu, dia takkan menyakiti mu'min yang lain. Dengan, harta, lidah, tangan, perbuatan. Kita kan nak jadi mu'min yang baik. ^_^

p/s: idea penulisan ini hasil dari discussion di fb kawan sekolah saya. Nur Edzati Kamaludin.
p/s/s: agak-agak, kalau orang tanya lagi waktu kenduri2 or raya nanti kita boleh kita balas dgn sopan n hikmah?


Thursday, May 10, 2012

Step Back

Bila seseorang menuturkan "Ikut suka akulah, hidup aku, aku la yang tentukan"

Bagaimana reaksi anda?

Apa? Kena tengok siapa yang cakap?

Kalau dia orang luar, lantak kau la

Kalau dia kawan sekolah, biarkan la

Kalau dia sahabat, tengok la

Kalau dia keluarga, terpulang la..

Itu tanda alarm merah. Pendek kata kawasan larangan. Jangan masuk

Saya, akan step back. Tinggalkan dia supaya dia menentukan kehidupannya sendiri.

Saya takkan sesekali masuk campur urusan hidup dia.

p/s: wei~ aku tak layak la nak jadi advisor ko. heh.

Tuesday, May 1, 2012

Random: Bersederhana

Bersederhana

Hidup perlu bersederhana.

Bersederhana dalam berkata-kata dan memberi pendapat: Maksudnya, kata-kata yang kita ungkapkan itu, tidaklah menyinggung hati pendengar, tidak kesat, tidak kasar. Jika perlukan ketegasan, maka bertegaslah pada hal yang sepatutnya. Perhatikan juga dengan orang yang bagaimana kita bercakap. Dalam masa yang sama, pastikan juga kata-kata yang kita ucap juga tidak memberatkan kita untuk menanggungnya. Tidak membuat hati kita rosak, tidak meletakkan kita dijurang yang Allah tidak redhai.

Bersederhana dalam memenuhi kehendak harian: Makan,pakai, hidup yang selesa adalah keperluan yang asas untuk kita yang bernama manusia. Bab makanan kadang-kadang saya tersungkur dengan godaan hawa nafsu. Berbual tentang makan sedap, makan best, makan yang high class. Oh! Perlu proses disitu ya. 

Bila bertanya dengan suami, "Abang makan apa hari ni?". Menu biasa yang beliau akan jawab "Nasi, telur/tempe goreng, sayur", "Nasi, sup daging", "Nasi, kentang goreng, sardin".

Dan bila kami makan di luar, sukar untuk beliau  mencari tempat makan yang glamer. Berbeza dengan saya dan kawan baik saya, sebut sahaja lokasi, maka akan tahulah menu apa yang menarik. Oh! Begitu ye kita ni kan..

Saya belajar kesederhanaan dalam makanan daripada suami. Alhamdulillah. Namun saya masih belum berubah sepenuhnya.

Bila bercakap tentang pakaian pula, saya tidaklah terlalu update dengan fesyen terbaru. Sekiranya baju saya sudah lusuh dan buruk. Semua benda nak tanggal (butang, jahitan, labuci-labuci), baru saya akan fikir untuk tukar baju baru. Baru fikir je tau.. Tak tukar lagi baju yang baru. 

Saya rasa saya dah cukup sederhana dan berjimat. Tetapi suami saya laaagi sederhana. Saya pengganas (ganas guna baju sampai koyak, kasut sampai rabak, beg sandang setiap tahun tukar, handbag setiap sem kena tukar sebab dah takde rupa, berpintal-pintal, berbonjot-bonjot, dikerjakan saya). Sedangkan suami saya sangat cermat menjaga barang-barangnya. Andai koyak atau rosak, maka sayalah yang punya angkara ye.. Oh! Tak bagusnya saya ye. Bab ini juga, saya perlu betulkan. 

Tapi itu la kan... Nafsu terlalu menguasai.

Terkesan dengan kisah sahabat Rasulullah SAW apabila menghadapi peperangan. Berjalan jauh, sehingga tapak kasut tertanggal,maka kaki-kaki dibalut dengan kain. Hanya dibekalkan beberapa biji kurma. Kurma itu dikulum. Namun, tenaga yang dicurahkan untuk menggemilangkan Islam bukan main hebat dikerah. Apa la sangat dengan kulum kurma. Tetapi kita pada zaman ini, sedap nye makan lamb chop, nasi beriani dan sebagainya. Canggih pakai i phone, pakai i pad, tahu update status merepak macam artis dekat facebook dan twitter. Di suruh buat kerja, malas lah, susah lah..Insaf.. Jangan kata naikkan Islam, kadangkala, kita yang tunjuk imej buruk dari sudut kita. Na'udzubillah..

Bersederhana dalam mengajak kepada kebaikan: Inginkan kebaikan sememangnya fitrah dalam diri setiap insan. Menyampaikannya baik, menerimanya juga baik. Hak sesama muslim, menyampaikan kebaikan dan memberi peringatan. Itu bagus. 

Tetapi perhatikan juga cara kita mengajak. Tidak perlu menghukum andai kita lihat banyak perbuatan yang salah. Kaji, selidik pandang dengan pandangan baik sangka. 

Kadangkala, kita ni beremosi dalam menyampaikan perkara yang dirasa baik. Maka pandangan kita itulah yang harus diterima pakai. Dan kita lihat juga dia terdiam sebab hujah kita kukuh. Namun, siapa tahu dalam hatinya ada luka-luka lantaran tajamnya kata-kata kita. Sakit pedihnya kita tak hirau pun. Kesian dia. Kita menang berdebat, tapi kalah dalam memenangi hati. Bila hati dah benci.....

Kalau pun dia tak terasa, nanti kita pula yang terasa. Sebab kita geram dia tak mahu berubah.

Bersederhana dalam mencintai makhluk: Makhluk, akan musnah, hancur, berubah. Tapi Allah tidak. Kamu sayang dia sebab baik, bila dia dah berubah buat jahat, kamu sakit hati, maka kamu akan membenci dia. Dia sakit sebab kamu benci dia, kamu sakit sebab dia jahat. Berpada-pada dalam mencintai. Hanya pada Allah sahaja kita boleh serah semua yang kita ada.

Post kali ini hanya random rants.

Saya baru sedar kekuatan bersederhana.

Pertamanya supaya kita tidak zalim

Zalim pada orang lain, zalim pada diri kita.

Zalim= Tidak Adil = Tak meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Tindakan kezaliman akan membawa kesakitan.

Ibaratnya orang berjoging pakai kasut sukan, tapi kamu berjoging pakai kasut high heel. Kamu zalim pada kaki kamu. Padan muka sakit kaki kamu. Apatah lagi kalau kamu letakkan kasut itu di kepala. Laagi kamu zalim. Bukan pada tempatnya tu tau! Letak di kepala kamu pun di kira zalim. Apatah lagi kamu letak kasut kamu di kepala orang lain. Banyak cantek muka kamu ye??

Heh~

Nota ini untuk saya sendiri. Saya ni hidup melampau. Tak sedar diri katanya. Kalau kamu rasa macam ni jugak, kita sama rupenya ye?  Takkan biar je? Sedar pun dah bagus. Tinggal ubah jadi bagus lagi. Jom!

p/s: Fenomena komen melampau selepas BERSIH 3.0. Zalim, zalim... bersederhanalah dalam hidup. Insha Allah, kamu tak zalim.