Wednesday, April 25, 2012

Jom Dengar: Thesis



"Pada pandangan kamu, apa hukumnya orang yang murtad?"
Satu pertanyaan keluar di sms inbox saya suatu hari.

"Kamu salah tanya orang, saya bukan tempatnya. Saya belajar engineering, bukan deeniyah"
Jawab saya. Bukan tidak mahu melayan, tapi saya yakin sangat, orang yang bertanya itu, lebih faham jawapannya dari saya. 

 "Salah ke kalau nak tukar agama? Dari Islam ke Kristian, atau Buddha"
Ah.. Sudah. Ke situ perginya.

"Aku, bukan taknak jawab, tapi kalau aku jawab, nanti soalan tu kena dekat aku balik. Pandai bagi jawapan, tapi apa yang aku dah buat nak halang orang-orang ni tukar agama?  Aku yang salah jugak, sebab tak cari punca masalah, malas nak dengar, malas nak ambil tahu benda-benda ni semua. Jadi salah aku juga sebab tak bantu selesaikan masalah ummah. Sebab tu aku tak nak bagi jawapan."

Ini jawapan saya; orang yang malas nak buat kerja da'wah. Sila doakan saya supaya cepat-cepat insaf dan sedar. Supaya saya berjaya mengetuk banyak hati untuk cinta Allah.

"Kalau saya kata, saya pun termasuk golongan tu, macam mana?"
Dia bertanya lagi

"Golongan yang mana? Yang malas tu ke?"

"Tak la, golongan yang murtad tu."

"Kalau benda tu dah berlalu, bertaubat pada Allah, betulkan balik aqidah. Allah mencintai orang-orang yang bertaubat. Kalau berlaku sekarang, aku kena jumpa kau sesegera mungkin"

"Kau kena jumpa aku, segera.."


Akhirnya kami buat temu janji, dan bertemu.

Dalam perancangan saya, tidak lah saya mahu terus bertanya terus.Saya berpusing-pusing bertanya tentang kesihatan dia, ibu bapa dia, bercerita tentang buku-buku terbaru, memandangkan kami di toko buku ketika itu.Agaknya terlalu berbunga-bunga mukadimah saya, maka dia yang tidak sabar terus mengajak saya untuk bercakap secara serius mengenai masalahnya.

"Aku nak jumpa paderi, aku nak bayar dia berapa banyak dia nak, walaupun agama aku tergadai, asalkan thesis aku siap"

Ternganga saya dengar..

"Kau tengok thesis ni, aku bertungkus lumus buat tapi kene reject macam tu je..Aku tak boleh terima aku kena reject. Aku rajin, pandai, cantik, tutor kesayangan, apa yang tak kena? Aku berusaha sungguh-sungguh. Kenapa kena buat correction banyak sangat? Allah tak adil." 

Macam peluru ayat-ayat tu keluar daru mulutnya. 

"Kau buat pasal apa ni? Aku nak tengok jap."
 Draft thesis diselak helaiannya satu per satu. 

Kerja yang bagus, nampak bersungguh-sungguh.
Hanya, dia tidak pergi kursus "How to write a thesis".
Dari segi susunan idea, citation tiada, references tak di buat dengan baik, flow of idea yang bertabur, serta grammatical error. 

Hanya ini kau nak tukar agama? Hanya ini kau kata Allah tak adil?
Tapi saya tidak cakap begitu padanya. Saya diam.. 

"Dalam dunia ni, semua masalah ada solusinya."

Dan saya berikan beberapa cadangan untuk dia siapkan thesis tersebut. Terpulang padanya, mahu selesaikan atau cari alternatif lain. Ikut suka dia lah mahu kata apa tentang saya, asalkan saya dah usahakan untuk bantu dia.

"Kau boleh senyum ye, walaupun kau patut grad master tapi kau tak habis-habis lagi.."
Dia tanya saya denga muka kehairanan.
 
"Aku tengah belajar. Belajar sabar, belajar buat sesuatu dengan bersih hati, aku belajar bergantung pada Allah. Sebab aku tahu semua ni berpahala. Kalau Allah tak bagi, semua bersebab. Tak dapat kat sini, tapi insha Allah aku dapat kat sana. Tapi aku kena usaha sungguh-sungguh sampai layak untuk dapat bantuan Allah."

"Aku tak faham, kenapa semua benda kena ada kaitan dengan pahala dan dosa.Orang tak beriman dapat je kebahagiaan tapi kita yang beriman ni Allah tak bagi pun"

Patutkah saya balas kata-katanya. Dia dah tahu apa yang kita akan katakan padanya.

"Aku dapat tarbiyah, aku yakin, Allah takkan kecewakan kita. Aku pandang dunia lain. Kau pandang dunia lain. Sebab tu kau sangat kecewa bila kena reject. Hidup aku tak seindah hidup kau. Aku dari kecil tak pernah dapat apa yang aku nak. Aku nakkan "rumah bertiang", sampai sekarang rumah aku "takde tiang". Rumah kau dah sedia ada, sebab tu kau tak usaha nak betulkan or nak cari."

Saya sangat sedih. Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan tarbiyah.

Dia seorang intelektual. Bijak, istiqomah. Tanpa tarbiyah dia jadi begitu.

Kerja saya, usahakan untuk dia memahami konsep Tauhid Uluhiyah dan Rububiyah yang sebenar. Saya takkan tinggalkan dia begitu sehinggalah saya dah berusaha sehabis baik untuk bantu dia.

Jom doakan dia. Kita sesama muslim kan? Hak untuk dia:Kita doakan dia.


Sesungguhnya, saya masih agak muda dengan pengalaman saya yang tak seberapa. Mungkin, kamu di luar sana, sudah jumpa kes yang extreme. Doakan saya juga menjadi solehah, kuat dan bertenaga. Doakan saya bijak dan critical dalam berfikir.Saya berdo'a agar kelebihan yang saya ada ini dapat disumbangkan kepada yang sepatutnya. Dan doakan, iman saya bertambah mantap. Amin.

Kepada para da'ie/ da'ieyah, gerak-gerakan lah anggota badan anda. Selamilah penyakit masyarakat. Tak cukup memberi hukum, melihat dan komen lebih-lebih. Anda buat (membawa ummah kepada Islam sebenar), maka anda akan tahu. Ummah kita sedang tenat. Pasti anda tak nyenyak tidur.

p/s: Semakin banyak yang kita tahu, semakin besar kuasa atau kekuatan yang kita ada, semakin banyaklah yang perlu kita tanggung dan beri sumbangan kepada yang lain. Sebab apa-apa yang kita ada ni, bukan kita punya pun kan? jadi buat apa disimpan

No comments:

Post a Comment