Friday, April 27, 2012

Untung la~ : Alhamdulillah

Post istimewa ini saya sengajakan kongsikan di sini untuk menghargai insan yang paling saya cintai kerana Allah iaitu suami saya. Saya dapat bahan ini dari facebook "Kita berkenalan Hanya Dalam Laman Muka Buku". 

"Untung la~" ini yang saya dok sebut-sebut depan suami selepas baca bahan di bawah ini. ^___^


Untung la orang perempuan kalau dapat cari bakal suami gini

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas,boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. Honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al- Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata oranglain.

12. Malas juga ke masjid,tapi dia pergi gak dalamsehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan.Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun takpe, boleh tutup lampu –Ustaz Azhar Idrus)


Semalam, saya belajar satu perkara. "Orang yang redha dan bersyukur dengan apa yang Allah dah beri pada dia, adalah orang yang paaaling kaya di dunia". Terima kasih kepada Ummu Hani sebab ingatkan diri saya tentang hal yang satu ini. 


Jadi isteri ada mudahnya, hanya dengan taat dan syukur kepada pemberian suami, maka masuklah ke syurga dengan mana-mana pintu yang kita sukai. Best kan??

Wednesday, April 25, 2012

Jom Dengar: Thesis



"Pada pandangan kamu, apa hukumnya orang yang murtad?"
Satu pertanyaan keluar di sms inbox saya suatu hari.

"Kamu salah tanya orang, saya bukan tempatnya. Saya belajar engineering, bukan deeniyah"
Jawab saya. Bukan tidak mahu melayan, tapi saya yakin sangat, orang yang bertanya itu, lebih faham jawapannya dari saya. 

 "Salah ke kalau nak tukar agama? Dari Islam ke Kristian, atau Buddha"
Ah.. Sudah. Ke situ perginya.

"Aku, bukan taknak jawab, tapi kalau aku jawab, nanti soalan tu kena dekat aku balik. Pandai bagi jawapan, tapi apa yang aku dah buat nak halang orang-orang ni tukar agama?  Aku yang salah jugak, sebab tak cari punca masalah, malas nak dengar, malas nak ambil tahu benda-benda ni semua. Jadi salah aku juga sebab tak bantu selesaikan masalah ummah. Sebab tu aku tak nak bagi jawapan."

Ini jawapan saya; orang yang malas nak buat kerja da'wah. Sila doakan saya supaya cepat-cepat insaf dan sedar. Supaya saya berjaya mengetuk banyak hati untuk cinta Allah.

"Kalau saya kata, saya pun termasuk golongan tu, macam mana?"
Dia bertanya lagi

"Golongan yang mana? Yang malas tu ke?"

"Tak la, golongan yang murtad tu."

"Kalau benda tu dah berlalu, bertaubat pada Allah, betulkan balik aqidah. Allah mencintai orang-orang yang bertaubat. Kalau berlaku sekarang, aku kena jumpa kau sesegera mungkin"

"Kau kena jumpa aku, segera.."


Akhirnya kami buat temu janji, dan bertemu.

Dalam perancangan saya, tidak lah saya mahu terus bertanya terus.Saya berpusing-pusing bertanya tentang kesihatan dia, ibu bapa dia, bercerita tentang buku-buku terbaru, memandangkan kami di toko buku ketika itu.Agaknya terlalu berbunga-bunga mukadimah saya, maka dia yang tidak sabar terus mengajak saya untuk bercakap secara serius mengenai masalahnya.

"Aku nak jumpa paderi, aku nak bayar dia berapa banyak dia nak, walaupun agama aku tergadai, asalkan thesis aku siap"

Ternganga saya dengar..

"Kau tengok thesis ni, aku bertungkus lumus buat tapi kene reject macam tu je..Aku tak boleh terima aku kena reject. Aku rajin, pandai, cantik, tutor kesayangan, apa yang tak kena? Aku berusaha sungguh-sungguh. Kenapa kena buat correction banyak sangat? Allah tak adil." 

Macam peluru ayat-ayat tu keluar daru mulutnya. 

"Kau buat pasal apa ni? Aku nak tengok jap."
 Draft thesis diselak helaiannya satu per satu. 

Kerja yang bagus, nampak bersungguh-sungguh.
Hanya, dia tidak pergi kursus "How to write a thesis".
Dari segi susunan idea, citation tiada, references tak di buat dengan baik, flow of idea yang bertabur, serta grammatical error. 

Hanya ini kau nak tukar agama? Hanya ini kau kata Allah tak adil?
Tapi saya tidak cakap begitu padanya. Saya diam.. 

"Dalam dunia ni, semua masalah ada solusinya."

Dan saya berikan beberapa cadangan untuk dia siapkan thesis tersebut. Terpulang padanya, mahu selesaikan atau cari alternatif lain. Ikut suka dia lah mahu kata apa tentang saya, asalkan saya dah usahakan untuk bantu dia.

"Kau boleh senyum ye, walaupun kau patut grad master tapi kau tak habis-habis lagi.."
Dia tanya saya denga muka kehairanan.
 
"Aku tengah belajar. Belajar sabar, belajar buat sesuatu dengan bersih hati, aku belajar bergantung pada Allah. Sebab aku tahu semua ni berpahala. Kalau Allah tak bagi, semua bersebab. Tak dapat kat sini, tapi insha Allah aku dapat kat sana. Tapi aku kena usaha sungguh-sungguh sampai layak untuk dapat bantuan Allah."

"Aku tak faham, kenapa semua benda kena ada kaitan dengan pahala dan dosa.Orang tak beriman dapat je kebahagiaan tapi kita yang beriman ni Allah tak bagi pun"

Patutkah saya balas kata-katanya. Dia dah tahu apa yang kita akan katakan padanya.

"Aku dapat tarbiyah, aku yakin, Allah takkan kecewakan kita. Aku pandang dunia lain. Kau pandang dunia lain. Sebab tu kau sangat kecewa bila kena reject. Hidup aku tak seindah hidup kau. Aku dari kecil tak pernah dapat apa yang aku nak. Aku nakkan "rumah bertiang", sampai sekarang rumah aku "takde tiang". Rumah kau dah sedia ada, sebab tu kau tak usaha nak betulkan or nak cari."

Saya sangat sedih. Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan tarbiyah.

Dia seorang intelektual. Bijak, istiqomah. Tanpa tarbiyah dia jadi begitu.

Kerja saya, usahakan untuk dia memahami konsep Tauhid Uluhiyah dan Rububiyah yang sebenar. Saya takkan tinggalkan dia begitu sehinggalah saya dah berusaha sehabis baik untuk bantu dia.

Jom doakan dia. Kita sesama muslim kan? Hak untuk dia:Kita doakan dia.


Sesungguhnya, saya masih agak muda dengan pengalaman saya yang tak seberapa. Mungkin, kamu di luar sana, sudah jumpa kes yang extreme. Doakan saya juga menjadi solehah, kuat dan bertenaga. Doakan saya bijak dan critical dalam berfikir.Saya berdo'a agar kelebihan yang saya ada ini dapat disumbangkan kepada yang sepatutnya. Dan doakan, iman saya bertambah mantap. Amin.

Kepada para da'ie/ da'ieyah, gerak-gerakan lah anggota badan anda. Selamilah penyakit masyarakat. Tak cukup memberi hukum, melihat dan komen lebih-lebih. Anda buat (membawa ummah kepada Islam sebenar), maka anda akan tahu. Ummah kita sedang tenat. Pasti anda tak nyenyak tidur.

p/s: Semakin banyak yang kita tahu, semakin besar kuasa atau kekuatan yang kita ada, semakin banyaklah yang perlu kita tanggung dan beri sumbangan kepada yang lain. Sebab apa-apa yang kita ada ni, bukan kita punya pun kan? jadi buat apa disimpan

Sunday, April 8, 2012

Jom dengar..


Saya suka bercakap.

Saya sedar saya suka bercakap sewaktu saya degree.

Seingat saya, saya jarang buka mulut sewaktu saya berada di bangku sekolah. Dan saya bukanlah seorang yang peramah. Saya suka membaca. Itu yang pasti.

Nampaknya menginjak dewasa ni, saya kena tune semula tabiat saya. Dari suka bercakap, kepada suka mendengar. Mendengar dengan sebenar-benar mendengar. Mendengar dengan hati.

Mendengar untuk memberi empati. Saya tidak pasti siapa yang bercakap, tapi kata-katanya begini: "Dengan mendengar, kita secara tak langsung, berjaya menyelesaikan masalah"

Oh! Begitu ya..

Mendengar bukan mudah. Mendengar dengan ikhlas. Lagi-lagi mendengar kebenaran. Apatah lagi kebenaran dalam rangka untuk kita mengubah diri daripada perkara yang kita suka Allah tak suka, kepada perkara yang Allah sangat suka tapi kita tak berapa sangat nak suka.

Mendengar memerlukan kemahiran yang baik. Memerlukan alat penapis berteknologi tinggi yang mampu menapis kata-kata negatif supaya tak beri efek buruk pada hati.

Bila kita hendak belajar mendengar, makanya kita perlu belajar untuk tidak banyak bercakap. Oh! penderitaan yang besar untuk saya ye.

Oleh itu, saya memerlukan tips untuk menjadi pendengar yang baik. Any tips?

U went so soon





Bukan, untuk dia saja, tapi untuk kedua-dua cinta hati saya. Hidup ini pasti berakhir


*****



Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever


You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon


Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever


You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone


There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh


You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon




Artist : Maher Zain
Song : So Soon
Album : Forgive Me
Lyricist : Bara Kherigi, Maher Zain & Mohamed El-Kazaz
Composer : Ronny Lahti
Arranger : Maher Zain