Tuesday, March 6, 2012

Kempen Perkasa Ukhuwah 3



Antara perkara penting dalam berukhuwah adalah ikhlas dalam bersahabat.


Tanda-tanda hati yang ikhlas dapat dilihat;

1.Takutkan kemasyhuran.
Ibrahim bin Adham berkata: "Orang yang cintakan kemasyhuran tidak berlaku benar terhadap Allah".

Fudhahil bin'Iyad berkata: "Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah.Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah?".

Bisyr Al-Hafiy berkata: "Tidak akan merasakan manis kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah-tengah kalangan manusia".

2. Sentiasa khuatir amalan diri tidak Allah terima jika ada riyak menyusup tanpa disedari.

3. Beramal diam-diam secara sembunyi dari publisiti.

4. Tidak asyik dan mengharapkan pujian.

5. Tidak kedekut memuji orang lain yang berhak dipuji.

6. Melaksnakan tanggungjawab khalifah Allah tanpa mengharap pengiktirafan ketokohan juga sebarang jawatan kepimpinan.

7.Mencari keredhaan Allah, bukan redha manusia.

8. Redha dan marah kerana Allah semata-mata.

9. Sabar di sepanjang jalan hidup.

10. Merasa senang sekiranya ada orang lain yang turut bergabung keupayaan dalam melaksanakan amanah Allah.

11. Menghindari ujub dan bangga diri.

12. Terus-menerus menjalani proses pembersihan diri dan nafsu.

sumber:fb HALUANSISWA

Monday, March 5, 2012

Kempen Perkasa Ukhuwah 2


Asas ukhuwah yang paling rendah adalah salamatus sadri (bersangka baik) kepada saudaranya. Jika asas ini pun tiada dalam diri, maka layak untuk letakkan hubungan itu sebagai hubungan yang tiada 'ukhuwah islamiyyah'.
Ini adalah jelas.
Buka hati, cek diri, masih adakah salamatus sadri?
Wah~ seronoknya saya berukhuwah dengan adik-adik KPM yang kiut-miut~ i LOVE kpmbp? uhuhu!

Friday, March 2, 2012

Kempen Perkasa Ukhuwah 1



Saya cuba memandang ukhuwah sesuatu yang indah.

Saya cuba membuahkan ukhuwah hasil keimanan saya.
Kalau ukhuwah saya buruk maksudnya iman saya telah compang camping macam kain buruk

Jadi, saya berazam untuk memperkasakan keimanan saya
agar ukhuwah yang saya rasa itu indah.

Sesiapa yang nak ikut saya betulkan iman, jom!
Siapa yang nak hidup sorang dekat muka bumi Allah ni, rugi seyh~

Secara tak sengaja, kita ni bersaudara, satu ummat.
Lagi-lagi kita di ikat dengan satu aqidah.

Saya nak sayang saudara saya sampai saya boleh beri benda yang paling saya sayang dekat dia.

Yang tak nak dan tak sudi jadi saudara saya, pergi main jauh-jauh. Jangan rosakkan hati saya dengan sikap buruk kamu. Sebab kalau kamu bersikap buruk, nanti saya akan mengumpat.

Iman saya tak kuat lagi. Jadi saya akan mengelakkan diri dari mereka yang berperangai buruk dan pelik supaya saya dapat jaga iman saya semampu yang boleh.

Itu azam saya. Insha Allah. Ameen.

Thursday, March 1, 2012

Overthinking




Hidup ini simple.

Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.

Berfikirlah tentang strategi nak pergi syurga. Lepas tu dibuahkan fikiran itu dengan amal tindakan.

Berfikir secara kritis dan kreatif perlu bila nak plan untuk tegakkan kembali Islam dekat muka bumi. Tindakannya, memperkasakan program tarbiyyah dan da'wah. Kepada siapa?

Kepada diri sendiri la terutamanya, tetapi ajak juga orang lain.

Tak payah fikir benda merapu-rapu dan merepek-repek. Buang masa, membazir air mata. Patut air mata tu buat membasuh dosa lantaran kita sudah bertaubat. Bukan menggunjing saudara seagama membawa cerita diri dihina.

Hidup ini simple, buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.

Kalau dah buat, pulangkan segalanya pada Allah tanda kita sudah bertawakkal selepas berusaha.

Ini nota bukan untuk kamu, jangan perasan ye..

Ini untuk orang yang perasan diri dia sentiasa betul. Macam saya *sarcastic*