Sunday, February 26, 2012

Mawaddah Allah





Hati saya sayu~
Sangat sayu bila tengok video ni..
"Tumbuh-tumbuhlah anakku.."
Tapi Allah Maha tahu, mana yang terbaik untuk kami.

"Apabila mati anak seorang hamba, berkata Allah azzawajalla kepada para MalaikatNya: Kamu telah mengambil nyawa anak hambaKu. Jawab para Malaikat: Benar! Berkata Tuhan: Kamu mengambil buah hatinya. Jawab para Malaikat: Benar! Berkata Tuhan; Apa kata hambaKu? Jawab para Malaikat: Dia telah memujiMu dan mengucapkan : Innaa Lillahi wa Innaa Ilaihi Raji'uun. (Kita sekelian kepunyaan Allah, dan kepadaNya kita sekelian akan kembali). Berkata Tuhan: Dirikan bagi hambaKu itu sebuah rumah di syurga, dan dinamakan Baitul Hamdi"
(Riwayat At-Termidzi dan Ibnu Hibban dari Abu Musa Al-Asy'ari)


Semoga mereka akan pimpin kami ke syurga. Insha Allah.

"Siapa saja wanita diantara kamu yang mati baginya 3 orang anak, melainkan mereka menjadi benteng baginya dari api neraka. Maka berkata seorang wanita: Dan 2 orang jugalah! Menjawab Rasulullah: Dan 2 orang juga.""
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Said Al-Khudri)



Dan semoga mereka menjadi benteng untuk kami dari api neraka.

"Anak-anak kecil kamu adalah pengiring-pengiring syurga, mereka akan sentiasa mendampingi ayah-ayah mereka, ataupun katanya, kedua ibu bapa mereka, maka dia pun memegang hujung bajunya, atau tangannya, seperti si fulan ini memegang hujung baju kamu, dia tiada akan terpisah daripadanya, sehingga Allah memasukkannya bersama mereka ke dalam syurga."


Dan, semoga kita dapat berpimpin tangan ke syurga sama-sama nanti ye sayang dan cinta ibu..

"Ya Allah, ya Tuhanku! Ringankanlah kami menanggung musibah dunia. Berikanlahkami sifat redha atas qadha' dan qadarMu! Dan pimpinlah kami di dunia dan di akhirat, kerana Engkau sahajalah sebaik-baik pemimpin, wahai Tuhan sekelian alam!"


Dan, kami berusaha membentengi diri kami dengan iman, dan mensenjatakan diri dengan yakin, semoga kami dapat bertahan dengan musibah yang menimpa. Allah akan mengambil apa sahaja, Allah boleh memberi apa sahaja, dan segala sesuatu yang berada di sisiNya adalah dengan taqdir tertentu.


Allah. Terima Kasih. Memberi yang terbaik untuk kami.

1 comment:

  1. semoga ummi dapat bersabar. ana juga pernah merasakan kehilangan sicomel itu. semoga dikurniakan permata hati yang soleh dan solehah..

    ReplyDelete