Saturday, February 11, 2012

Genggam erat tanganku


"Abang, best tak kawen dengan saya?"

Berani je saya menembak soalan maut kepada beliau.

Dan dia hanya tersenyum

"Abang rasa bertuah sebenarnya"

Tersenyum saya mendengarnya.

"Perkahwinan itu indah dan manis. Insha Allah"

Dan saya touching di situ..hohoho

Agak tersentuh hati saya bila dia sebagai seorang lelaki mengutarakan pandangan berkaitan couple.

"Apa kemanisan orang yang bercouple sebelum nikah dapat ye? Abang cuba letakkan diri abang di tempat mereka. Apa perasaan pertama yang hadir dalam hati bila pertama kali naik kereta sama-sama selepas nikah?"

"Abang rasa apa pertama kali naik kereta berdua selepas nikah?"

"Yang bertanya rasa apa?"

Terangkat sebelah kening saya bila soalan tu terbit dari mulutnya.

Pertama kali saya naik kereta dengan tunang saya, kami bukan berdua tapi bertiga. Lagak seperti seorang mem besar bila saya dan adik perempuan saya duduk dekat seat belakang, manakala tunang saya jadi driver. Tiada sebarang perbualan keluar antara saya dan dia.

Ada juga siri menaiki kereta atau van bersama-sama, tapi kami ditemani dengan ahli keluarga kami yang sudah mumayyiz. Itu pun, hati saya sudah berdebar-debar, dan saya berasa sungguh malu sebenarnya. Kami keluar bersama atas tujuan ziarah untuk ta'aruf dan shopping barang-barang perkahwinan. Itu sahaja.

Terkenang buat pertama kalinya saya naik satu kereta bersama dia sahaja selepas dinikahkan. Hanya kami berdua. Dia memandu dan saya duduk di posisi co-pilot. Hanya Allah sahaja yang tahu dalam hati saya. Malu yang amat. Pandangan saya hanya ke luar tingkap kiri sahaja. Bagaikan digam badan saya pada pintu sebelah kiri. Owh~ bahaya betul. Jadi cicak.

Hati macam rebana ubi. Risau saya driver boleh dengar dendangannya. Owh~

Keadaan memang sunyi, hanya bunyi enjin kereta dan mungkin air-cond. Radio tidak dipasang, mungkin dia selesa tanpa radio. Tapi suasana agak 'ala canggung'. Tiba-tiba, dia bersuara,

"Nak gula-gula?"

Eh?

Malu-malu saya menoleh ke kanan. Memandang wajahnya. Bila mata kami bertemu, cepat-cepat saya tunduk ke bawah memandang 'gula-gula' yang dikatakan.

Cet! Dia sakit tekak rupanya. Itu bukan gula-gula ye tapi strepsil. Strepsil pun strepsil la. Sebiji saya kulum. Owh~ lega tekak saya. Sebab selama dalam kereta saya rasa macam saya telan pasir.Kesat je tekak.

Dalam keadaan cuba mententeramkan perasaan gementar saya, ada sentuhan di tangan kanan saya. Ya Allah!! muka saya jadi beku terus. Macam nak tercekik gula-gula. Jantung saya tak payah nak kata la, ntah joget naga mana berdentam dentum.

Namun, usapan demi usapan dari dia merendahkan volume rebana ubi hati saya, malah saya rasa dah bertukar pulak menjadi irama Canon in D. Berbunga-bunga je rasa. Perlahan-lahan saya menoleh ke kanan, memandang dia yang sedang serius memandu. Dia yang perasan saya menoleh, membalas pandangan saya dan terseyum manis. Senyuman yang mengusik relung hati saya suatu ketika dulu,kini, insha Allah selamanya.

Alhamdulillah. Manis macam gula.

"Abang, best kan kawen dengan saya ^_^ "

Saya hadiahkan dia senyuman yang paling manis yang saya pernah ada.

p/s: ayat over confident tu cuma berani keluar dalam hati jeww~huhu

No comments:

Post a Comment