Sunday, February 26, 2012

Mawaddah Allah





Hati saya sayu~
Sangat sayu bila tengok video ni..
"Tumbuh-tumbuhlah anakku.."
Tapi Allah Maha tahu, mana yang terbaik untuk kami.

"Apabila mati anak seorang hamba, berkata Allah azzawajalla kepada para MalaikatNya: Kamu telah mengambil nyawa anak hambaKu. Jawab para Malaikat: Benar! Berkata Tuhan: Kamu mengambil buah hatinya. Jawab para Malaikat: Benar! Berkata Tuhan; Apa kata hambaKu? Jawab para Malaikat: Dia telah memujiMu dan mengucapkan : Innaa Lillahi wa Innaa Ilaihi Raji'uun. (Kita sekelian kepunyaan Allah, dan kepadaNya kita sekelian akan kembali). Berkata Tuhan: Dirikan bagi hambaKu itu sebuah rumah di syurga, dan dinamakan Baitul Hamdi"
(Riwayat At-Termidzi dan Ibnu Hibban dari Abu Musa Al-Asy'ari)


Semoga mereka akan pimpin kami ke syurga. Insha Allah.

"Siapa saja wanita diantara kamu yang mati baginya 3 orang anak, melainkan mereka menjadi benteng baginya dari api neraka. Maka berkata seorang wanita: Dan 2 orang jugalah! Menjawab Rasulullah: Dan 2 orang juga.""
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Said Al-Khudri)



Dan semoga mereka menjadi benteng untuk kami dari api neraka.

"Anak-anak kecil kamu adalah pengiring-pengiring syurga, mereka akan sentiasa mendampingi ayah-ayah mereka, ataupun katanya, kedua ibu bapa mereka, maka dia pun memegang hujung bajunya, atau tangannya, seperti si fulan ini memegang hujung baju kamu, dia tiada akan terpisah daripadanya, sehingga Allah memasukkannya bersama mereka ke dalam syurga."


Dan, semoga kita dapat berpimpin tangan ke syurga sama-sama nanti ye sayang dan cinta ibu..

"Ya Allah, ya Tuhanku! Ringankanlah kami menanggung musibah dunia. Berikanlahkami sifat redha atas qadha' dan qadarMu! Dan pimpinlah kami di dunia dan di akhirat, kerana Engkau sahajalah sebaik-baik pemimpin, wahai Tuhan sekelian alam!"


Dan, kami berusaha membentengi diri kami dengan iman, dan mensenjatakan diri dengan yakin, semoga kami dapat bertahan dengan musibah yang menimpa. Allah akan mengambil apa sahaja, Allah boleh memberi apa sahaja, dan segala sesuatu yang berada di sisiNya adalah dengan taqdir tertentu.


Allah. Terima Kasih. Memberi yang terbaik untuk kami.

Saturday, February 25, 2012

Heartprints



Berjalan mencari hati-hati yang bersedia untuk di ketuk.

Berpanas berhujan untuk mencari jiwa-jiwa yang ketandusan hidayah, bukan mereka tidak mahu, tapi tidak tahu bagaimana mahu mencari.

Memandang mereka dengan penuh cinta dan kasih sayang,agar suatu masa nanti mereka yang bakal menjadi jiran kita, anak-anak kita, saudara-mara kita, di dunia atau di syurga.

Memberi mereka ruang untuk berubah, memberi mereka masa untuk bertindak dan bergerak menuju redhaNya.

Setiap manusia berbeza pandangan hidupnya, begitu juga pengalaman hidupnya.
Berusaha untuk memberi empati, seolah-olah kita adalah dia.

Berfikir menghidangkan juadah tarbiyah yang terbaik untuk mereka agar hati kita dan mereka sama-sama mengeluarkan kilauan yang indah bersinar.

Berdoa kepada Allah agar mereka adalah orang-orang yang berani ke baris hadapan menjadi jundullah dalam menegakkan agamanya.

Insha Allah..

Janji Allah itu benar.

Friday, February 24, 2012

Mereka: Nilai Cinta



Cinta yang engkau berikan
Pada seorang teman
Itu tanda sempurnanya iman
Bila dengan tulus hati
Kau mencintai
Dirinya bagai diri sendiri

Empati kepada sesama
Buat kita terbiasa melihat dari sisinya
Bagaikan raga yang sama
Sakit dirasa semua tiada merasa beda

Kita hidup berdampingan
Saling membutuhkan
Cinta kasih dan dukungan
Semua akan kau temui
Saat kau mencoba
Bersama saling peduli

Empati kepada sesama
Buat kita terbiasa melihat dari sisinya
Bagaikan raga yang sama
Sakit dirasa semua tiada merasa beda

Rentangkanlah kedua tanganmu
Tebarkan kedamaian pada sesamamu
Bentangkanlah samudera kasihmu
Duka berbagi cerita
Bahagia kita bersama

Cinta-Nya tak pernah berbeda
Bagi seluruh manusia di mana adanya
Di sana hikmah kasih-Nya berada
Tuk raih kebahagiaan bagi setiap insan

Nilai cinta
Yang kau berikan pada sesama
Nilai cinta
Yang kau bagikan untuk semua


Dear best fiends till Jannah;
ur pain my pain
ur tears my tears
ur smile my smile

for the sake of Allah, we love each other

Thursday, February 23, 2012

DaDU1: Ukhuwah Anugerah Allah




“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan aqidah”.

Begitulah ungkapan Al-Imam As Syahid Hassan Al-Banna tentang ukhuwah. Hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan aqidah bermaksud hati itu terikat dengan tauhid kepada Allah dan bukan ikatan yang lain. Ini kerana, tauhid kepada Allah merupakan ikatan yang paling kukuh yang pernah wujud di muka bumi ini. Dengan ukhuwah yang sebegini, barulah kita akan merasai kebahagiaan bersama-sama mereka yang kita cintai samada saudara mara atau sahabat sehingga ke syurga.

Malangnya, dikalangan umat Islam sendiri berlaku pertelagahan lantaran lunturnya ukhuwah.Dari sebesar-besar hubungan antara negara, sehingga sekecil-kecil hubungan sesama roommate, housemate, jiran-jiran ataupun rakan seusrah. Ukhuwah Islamiyah yang sepatutnya diikat dengan ikatan aqidah sudah nipis kerana diliputi dengan karat-karat jahiliyah. Kebanyakan dari kita bersifat individualistic atau mementingkan diri sendiri.

Ukhuwah lahir dari kekuatan kasih sayang. Di mana darjat yang paling rendah ialah “salamatus sadri” iaitu tidak ada di dalam hatinya sebarang halangan dengan saudaranya kerana telah wujud percaya mempercayai antara mereka. Manakala darjat kasih sayang yang paling tinggi ialah “al-ithar” yang bermaksud mengutamakan saudaranya lebih dari diri sendiri.

Sesungguhnya, ukhuwah adalah anugerah Allah yang ditanam di dalam hati-hati orang-orang yang beriman. Ia bukanlah ciptaan manusia atau hasil mana-mana ideology atau pertubuhan duniawi.

Oleh itu, suburkanlah ukhuwah ini dengan proses taaruf. Tingkatkanlah program informal yang dapat memperingkatkan taaruf. Nasihat-menasihati merupakn tuntutan ukhuwah. Nasihat yang diberi dalam suasana ukhuwah adalah bukti kecintaan antara mu’min. Tidak memadai untuk diperkatakan sahaja dalam pelbagai program, tetapi perlu lahir dalam reality kehidupan seharian.

Semaklah manual kehidupan kita (Al-Qur’an), pada seksyen “Panduan dalam Ukhuwah” dalam Surah Al-Hujurat. Semoga dengan guideline yang diberi, kita mampu menzahirkan cinta dan kasih sayang kita yang membeku dalam hati kita kepada saudara kita dalam rangka menuju redhaNya. Wallahu’alam.

Saturday, February 11, 2012

Genggam erat tanganku


"Abang, best tak kawen dengan saya?"

Berani je saya menembak soalan maut kepada beliau.

Dan dia hanya tersenyum

"Abang rasa bertuah sebenarnya"

Tersenyum saya mendengarnya.

"Perkahwinan itu indah dan manis. Insha Allah"

Dan saya touching di situ..hohoho

Agak tersentuh hati saya bila dia sebagai seorang lelaki mengutarakan pandangan berkaitan couple.

"Apa kemanisan orang yang bercouple sebelum nikah dapat ye? Abang cuba letakkan diri abang di tempat mereka. Apa perasaan pertama yang hadir dalam hati bila pertama kali naik kereta sama-sama selepas nikah?"

"Abang rasa apa pertama kali naik kereta berdua selepas nikah?"

"Yang bertanya rasa apa?"

Terangkat sebelah kening saya bila soalan tu terbit dari mulutnya.

Pertama kali saya naik kereta dengan tunang saya, kami bukan berdua tapi bertiga. Lagak seperti seorang mem besar bila saya dan adik perempuan saya duduk dekat seat belakang, manakala tunang saya jadi driver. Tiada sebarang perbualan keluar antara saya dan dia.

Ada juga siri menaiki kereta atau van bersama-sama, tapi kami ditemani dengan ahli keluarga kami yang sudah mumayyiz. Itu pun, hati saya sudah berdebar-debar, dan saya berasa sungguh malu sebenarnya. Kami keluar bersama atas tujuan ziarah untuk ta'aruf dan shopping barang-barang perkahwinan. Itu sahaja.

Terkenang buat pertama kalinya saya naik satu kereta bersama dia sahaja selepas dinikahkan. Hanya kami berdua. Dia memandu dan saya duduk di posisi co-pilot. Hanya Allah sahaja yang tahu dalam hati saya. Malu yang amat. Pandangan saya hanya ke luar tingkap kiri sahaja. Bagaikan digam badan saya pada pintu sebelah kiri. Owh~ bahaya betul. Jadi cicak.

Hati macam rebana ubi. Risau saya driver boleh dengar dendangannya. Owh~

Keadaan memang sunyi, hanya bunyi enjin kereta dan mungkin air-cond. Radio tidak dipasang, mungkin dia selesa tanpa radio. Tapi suasana agak 'ala canggung'. Tiba-tiba, dia bersuara,

"Nak gula-gula?"

Eh?

Malu-malu saya menoleh ke kanan. Memandang wajahnya. Bila mata kami bertemu, cepat-cepat saya tunduk ke bawah memandang 'gula-gula' yang dikatakan.

Cet! Dia sakit tekak rupanya. Itu bukan gula-gula ye tapi strepsil. Strepsil pun strepsil la. Sebiji saya kulum. Owh~ lega tekak saya. Sebab selama dalam kereta saya rasa macam saya telan pasir.Kesat je tekak.

Dalam keadaan cuba mententeramkan perasaan gementar saya, ada sentuhan di tangan kanan saya. Ya Allah!! muka saya jadi beku terus. Macam nak tercekik gula-gula. Jantung saya tak payah nak kata la, ntah joget naga mana berdentam dentum.

Namun, usapan demi usapan dari dia merendahkan volume rebana ubi hati saya, malah saya rasa dah bertukar pulak menjadi irama Canon in D. Berbunga-bunga je rasa. Perlahan-lahan saya menoleh ke kanan, memandang dia yang sedang serius memandu. Dia yang perasan saya menoleh, membalas pandangan saya dan terseyum manis. Senyuman yang mengusik relung hati saya suatu ketika dulu,kini, insha Allah selamanya.

Alhamdulillah. Manis macam gula.

"Abang, best kan kawen dengan saya ^_^ "

Saya hadiahkan dia senyuman yang paling manis yang saya pernah ada.

p/s: ayat over confident tu cuma berani keluar dalam hati jeww~huhu

Friday, February 10, 2012

Dan saya bersyukur menjadi seorang Wanita



To my other half,

Thank you for simply being there
On the cloudy day
On the sunny day

Thank you for sharing your joys
And pain with me
For showing me that I am so special

That my contribution counts to our relationship
I have grown as a person
And I hope you have too

Thank you for simply being my other half
For the special memories
We share together now

For the never ending support
You always give me

I will always love you
I can’t tell you how much
That you mean to me

I pray for our everlasting relationship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was a special and wonderful
And I hope tomorrow will be better
Thank you for everything..

p/s: Dear my love,
How can I put into words what I feel?
My life was complete ^^

Wednesday, February 8, 2012

Mereka: Yang Saya Sayang Kerana Allah



Saya tahu, tentu ramai dah bosan untuk membaca. Alih-alih tentang mereka.Tapi memang mereka.Dan hanya mereka.

Ukhuwah till Jannah. Mudah-mudahan, dengan mereka saya dapat berpimpin tangan berlindung dibawah arasy Allah Yang Mulia di Padang Mahsyar nanti. Ameen.

Allah uji saya. Sekali lagi.Dengan kisah yang sama. Dan saya perasan, Allah menguji untuk memantapkan dan memberi yang terbaik. Semasa proses perubahan fasa 1 ke fasa 2. Bukan sekali Allah uji. Yang lalu, mereka juga menemani dan memahami. Saat saya memerlukan support, mereka menjadi penahan saya daripada tumbang.

Kali ini mereka juga. Ujian fasa 2 ke fasa 3. Mereka menjadi yang pertama ada dekat dengan saya. Allah yang susun, Allah yang menggerakkan hati mereka. Kejadian yang tidak dirancang.

Detik kecemasan dan kritikal yang saya lalui tempoh hari, di tambah lagi dengan kesedihan akibat kehilangan, menjadikan saya lemah. Fizikal, emosi, mental, juga spiritual.

Saat saya memerlukan seseorang, mereka yang datang. Memang betul, bukan mereka yang saya harapkan dapat menjadi saviour saya. Saya mengharapkan knight in shining amour yang membantu saya, tetapi Allah lebih tahu apa yang terjadi. Allah lebih tahu hikmah apa yang patut kami cedok.

SMS yang cukup ringkas yang saya hantar kepada Cila cukup buat dia faham isyarat S.O.S yang saya hantar. Bersama Dija, Cila bergerak pantas menanti kehadiran saya. Saya tahu mereka penat, baru habis kerja. Merempit motor sertamerta terus berkejar menunggu ketibaan saya.Sangat terharu. Terima kasih sebab ada waktu itu untuk saya.

Emosi dan mental saya tidak stabil. Sebaik sahaja Cila dan Dija mendekat, terus saya tumpahkan kesakitan emosi yang saya rasai ketika itu. Terasa kejap pelukan sahabat kepada sahabatnya yang memerlukan.

Mereka bijak bermain bahasa. Mengalihkan perhatian saya ke suatu yang santai dan ringan. Bertanya khabar dan bercerita kisah-kisah lucu yang mereka lalui sepanjang kami tidak bersua. Meringankan emosi saya yang agak berat. Alhamdulillah.

Walaupun dalam dharurat, namun syariat seadaya upaya dijaga. Saya dibawa ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahra. Segala perbelanjaan perubatan ditanggung mereka. Alhamdulillah. Ya Allah, murahkan rezeki mereka, berkati umur mereka. Tetapkan kaki mereka di dalam iman. Sekali lagi, saya menerima gegaran emosi. Saya pasti tersungkur jika tidak bersama mereka malam itu. Perkara yang sama untuk kali kedua.

Dalam masa yang sama Ude tiba. Saya terkejut. Dija menyampaikan khabar kepada Ude mengenai saya. Subhanallah, saya terharu. Ude yang sepatutnya menghadiri bulatan gembiranya bergegas dating menemui saya. Dan malam itu, saya tidak keseorangan. Di sekeliling saya ada wajah-wajah yang saya rindui dan cintai kerana Allah. Mereka ada saat saya susah. Tanpa perlu bertanya atau banyak cakap, mereka menunjukkannya dengan tindakan.

“Kalau apa-apa yang kau nak, bagitahu aku, aku akan tolong. Jangan risau pasal terhutang budi, esok-esok mungkin peluang ko menbantu aku”...Alhamdulillah!

“Terima kasih sebab cari kitorang saat ko tengah dalam keadaan kritikal. Ko tak malu nak minta tolong. Aku rasa kita dah rapat. Aku rasa sangat dihargai”..Subhanallah!

“Rileksla, rumah aku dekat je, anytime boleh datang. Jaga diri”... Allahu Akbar!

Dan saya rasa bahagia...

Saya doakan semoga Allah mudahkan urusan mereka untuk membuat kebaikan.

Tolong doakan mereka juga.

Oh ya, saya sayang mereka. Sayang sangat3333x kerana Allah.

Kedudukan mereka dalam hati saya tak siapa boleh ganti.

There are times when strangers like family~

and family like stranger..............heh (some people say)

Abah kata, orang lain ada yang pengsan sekiranya hal ini jadi pada mereka. Abah, emak, ecal, kakak dan adik2 yang lain bergegar hati-hati mereka bila mendapat berita ini. Sudah tentulah abah dan emak yang paling risau. Sayang emak dan abah. Terima kasih masih lagi susah-susah nak pelihara saya macam biasa walaupun Allah dah angkat taklifan tu.

And family is always there to take care of you..........

Dari peristiwa ini, ramai yang menilai samada baik atau buruknya.

Semoga Allah ampunkan kita di atas kelalaian tanggungjawab kita.