Thursday, October 11, 2012

Where's your manner bro??


That’s sound insult bro! Where is your manner?

Teringin nak tegur somebody.  Aku tegur dekat sini.  Kau yang berkenaan, sila baca. Ini untuk kau. Seriously and directly for you.

Lidah tajam macam pisau. Bunyi gurau bagi dia, tapi tuan punya badan yang telan rasa annoying. Ini dia yang dikenali kurang 10 tahun dulu.

Dengan bawa imej Islam (tipikal pada pandangan masyarakat yang ada, Islam itu berkopiah, berjubah, dan menampakkan diri berilmu), tapi dari segi akhlak masih lagi jauh dari yang disarankan Rasulullah. Padahal sentiasa mengalunkan hadith Rasulullah berserta sanad.  Tak perlu di canang apa kau dah buat, mana kau nak pergi dan dah pergi. Kau kata kisah kau unik, tak perlu kau buka-buka.  Takut-takut hilang ikhlas. Bahaya.  Syaitan tu bijak dan licik.

Berusaha menegur manusia ke arah kebaikan, tapi dengan cara  mencantas hati-hati yang baru hendak bertunas rasa Imannya. Tak bagus la bro. Jadi fitnah diri sendiri je. Orang akan nampak Islam tu keras tiada kelembutan,kalau kau terus-menerus buat macam tu. Bukan orang nak dekat dengan kau, makin lari jauh ada la. Hanya kau dan kelompok kau je yang tahan cara macam tu.
 Da’wah itu seni, perkara yang datang dari hati terus masuk ke hati. Sangat halus. Pemberi nasihat perlu rendah hati. Penerima nasihat perlu lapang dada. Ini bahasa hati. Hanya hati yang boleh nilai.

Tidak boleh kah menegur dengan kasih sayang?  

Melihat orang begini, makanya saya juga perlu reflect diri saya. Sifat buruk ini patut saya kikis.
Saya tak suka orang buat begitu, jadi saya harus menjaga diri saya dari jadi begitu.

Seiring dengan perjalanan masa, kadang-kadang kita harap masa boleh merawat. Masa boleh mengubah attitude seseorang. Atas nama kematangan dia pasti berubah. Itu sangkaan kita.

Tapi, jangan letakkan harap itu tinggi. Biasakan diri dengan rasa harap-harap cemas, agar kita tak terkilan dengan sikap manusia terhadap kita.

Sebab aku tahu kau bawa misi penting nak tegakkan deen. Aku doakan segala kekurangan kau Allah tutup dihadapan manusia. Sebab kau antara orang yang sudi bawa risalah agung. Cuma kau kena improve kau punya manner je.

p/s: Bro... bro... ingat kau dah berubah. Aku je yang baik sangka dekat kau rupanya. Tak pandai bergurau rupenye kau ni. FYI, I’m a good observer. Beware. Aku kenal dan cam orang cepat.

p/s/s: That’s sound insult bro “besi karat”? Biadab. Where’s ur manner? Heh. Hilang rasa hormat aku pada kau. Senang-senang je tercabut  hormat kerana perkataan yang kau guna tu inappropriate. Aku harap kau baca. Sebab tugas kau “menyampaikan”. Ni aku nak sampaikan dekat kau pulak. Kau terasa kena insult? No?

Tuesday, October 2, 2012

Kebersihan cerminan keimanan


Bismillahirrahmanirrahim

Post kali ini berkisar kehidupan seharian kita sebagai manusia, tak kira muslim atau tidak.
Sejak kecil lagi di taska atau di sekolah rendah kita selalu di suruh menjaga kebersihan.
Sehinggakan ada hadith (wallahu'alam) yang menekankan tentang kebersihan. Kitab Bimbingan Mu'min karangan Imam Al-Ghazali menekankan aspek Taharah pada awal bab kitab.

Semakin meningkat dewasa, mendalami ilmu yang Allah beri membuatkan saya lebih menghargai alam sekitar. Betapa sakit hatinya saya bila saya lihat orang lain sesuka hati membuang sampah merata-rata. Kadang kala pelajar universiti juga tidak kurang hebat perangai buat sepah + buat sampah di tempat awam. Pantang bagi saya sekiranya individu-individu yang tak bertamadun ini membuat onar di muka bumi. Maaf bahasa agak kasar. Tapi itulah hakikatnya. Dunia atau bumi ini diwariskan kepada kita untuk dipelihara dan dijaga sebaik mungkin. Sudah semestinya itu tanggungjawab kita bersama sebagai manusia yang di beri otak, akal fikiran untuk mentadbir bumi sehabis baik. Begitu banyak kempen kebersihan sejak kita sekolah rendah sampai dah tua bangka macam ni di adakan. Tambah lagi era sustainability, bertambah-tambah lagi tugas kita untuk pikul amanah yang Allah beri.

Teringat saya waktu sekolah rendah, aktiviti pendidikan jasmani saya hanyalah kutip sampah di padang sekolah. Belum cukup lagi, di tambah pula setiap pelajar diwajibkan membawa beg plastik sendiri dengan tujuan untuk mengisi sampah sendiri. Lagi saya dilantik sebagai pengawas kebersihan yang mana hari-hari saya di tugaskan untuk membersihkan longkang dan membersihkan tandas. Saya faham tugasan seorang cleaner!

Dua hari yang lalu, sewaktu saya menunggu bas untuk pulang ke Johor, ada dua orang gadis cantik bersembang. Saya terperasan, salah seorang dari gadis itu membuang tisu muka. Perasaan saya sangat marah kala itu. Mana tidaknya, baru sahaja 3 orang cleaner warga Bangladesh  kalau saya tidak silap baru sahaja membersihkan kawasan tempat kami menunggu bas, sesuka hati dia sahaja buang sampah merata-rata. Geram sungguh saya. Saya pandang beliau dengan pandangan tak puas hati. Pandangan saya menembusi perasaan beliau sehinggan beliau membalas tentangan mata saya. Saya dijeling-jeling oleh kedua-dua gadis itu sambil mereka makan asam boi. Amboi~

Senyap-senyap tangan kiri salah seorang gadis itu sengaja melepaskan plastik asam boi yang di makan tadi. Kali ini betul-betul tidak boleh dimaafkan. Saya memandang beliau sehingga beliau memandang saya semula dengan muka tak berapa suka. Lantas saya menunjuk sampah yang sengaja dijatuhkan. Dia pura-pura tengok tapak kasut. Konon-konon gaya macam terpijak tahi ayam. Tapi saya berkata "Sampah kamu tu tadi terjatuh."

Alhamdulillah dikutip dan disimpan dalam begnya. Susah sangat ke nak jaga kebersihan?

Itu belum lagi kita masuk bab tandas. Bukan tandas awam biasa-biasa. Yang tu confirm bau busuk, bau hancing, malah kadang-kadang kotor. Sudah lah kena bayar, kotor pula (Allergic saya nak membuang di tandas awam. Lagi-lagi tandas yang free). Tapi yang saya nak sentuh adalah tandas masjid. Baru-baru ini juga saya tumpang tandas masjid untuk melepaskan hajat + berwudhu'. Astaghfirullah~ panjang istighfar saya. Bukan tiada air, pam rosak je, tapi ada baldi. Apa la susahnya dan simbah bahan buangan sendiri guna air dalam baldi tu? Tak faham sungguh saya. Sedih saya. Bukankah kamu sambil singgah sambil nak solat. Tak rasa bersalah kah? Kita bukan duduk dekat padang pasir yang takde air, kalau nak berak kena korek lubang, lepas berak timbus balik. Oh Please! ini Malaysia. Negara iklim Khatulistiwa. Cukup air insya Allah. Ada sistem paip yang baik.

Kadang kala, agak lucu tengok gelagat orang. Keluar berjalan-jalan, muka berbedak, berlipstik merah, perfume semerbak, tapi kencing berak tak basuh, sampah dibuang merata-rata, rumah bersepah macam tong kang pecah. Lagi hairan kalau rumah itu rumah orang yang megaku beriman kepada Allah.Jdi, daripada sini, dapat dinilai diri kita bagaimana dalam bab kebersihan.

Pesanan ini untuk saya. Diri saya sahaja, kalau kamu mahu ambil silakan. Kebersihan, kekemasan cerminan peribadi dan keimanan kita sebenarnya. Sejauh mana kita nak jadi hambaNya yang beriman dengan sebenar-benar iman? Tepuk dada masing-masing. Jom. Jadikan kebersihan dan kekemasan itu benda yang penting dalam hidup kita. Kan nak tuju redha Dia. Kita buat busuk, orang lain sakit hati, orang lain sumpah kita. Oh~ Nooooo!

Friday, September 21, 2012

Kekacang Cinta


Saya ada sebalang mix nuts (kekacang campur). Hadiah dari belahan jiwa. Sangat terharu dapat kekacang ni. Sebab saya tahu, belahan jiwa saya sanggup berlapar untuk belikan saya kekacang ini. Saya teringat dengan penuh kasih sayang dia hulurkan sekeping wang kertas pada saya agar saya dapat memiliki kekacang ini. Rasa tersentuh. Berat nak terima, sayang nak menolak. Akhirnya saya terima, sebab saya tahu dia buat semua ini untuk kebahagiaan saya. Saya menerimanya dengan harapan saya dapat berikan nutrisi terbaik kepada yang ada dalam diri saya. Saya nampak keikhlasan dan kasih sayang dia. Sebab tu saya sangat-sangat menghargainya. 

Serius.. walaupun anda rasa “apa la..kacang je pun...” tapi bagi saya ianya sangat berharga. Saya pandang mata dia, saya beri senyuman yang paling manis yang pernah saya ada pada dia. Walaupun waktu tu saya terasa sebak, sebab saya tahu dia perlu simpan banyak duit untuk masa depan kami, tapi dia berusaha bersungguh-sungguh untuk penuhi keinginan saya. Bagi orang macam kami yang biasa-biasa ini, memiliki kekacang begitu, boleh dikatakan mewah. Sebab tu kadang-kadang hati saya rasa berat untuk berkongsi kekacang ini dengan orang lain selain dia. Sebab orang lain tak tahu kekacang ini sangat bermakna buat saya. Duit yang digunakan untuk membeli kacang ini adalah hasil pengorbanan belahan jiwa saya. Dia yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi suami saya.

Rasa segan nak minta yang bukan-bukan dan perkara yang tak bermanfaat dari dia. Sebab selama kami bersama, banyak yang dia telah korbankan dalam hidupnya. Sambil-sambil saya membaca, menulis, menyiapkan kerja-kerja saya, sambil-sambil itu sedikit demi sedikit kacang saya makan. Setiap kali makan, saya rasa bahagia. Setiap kali itu juga saya akan khabarkan betapa bahagianya saya kerana terpilih untuk hidup bersama dia.

Hari ini saya dapat sms dari dia “Besi2 pun dalam hati ada taman... cair dengan kacang. Cewah”. Hehe.. saya tahu dia gembira. Tapi malu-malu kunun. Fufufu.

Buat belahan jiwa saya, saya sayang kamu. Terima kasih berikan saya sebalang kekacang cinta buat saya. Saya gembira. Betul-betul gembira. :)  Eh, tapi saya sayang kamu bukan sebab kacang tu tau~

Sakeenah Mawaddah wa Rahmah selepas berkahwin, Alhamdulillah. Janji Allah itu benar. :)

Sunday, July 22, 2012

Make the best


make the best
tak yah tengok ke belakang
teruskan melangkah

Just wish


I wish that we never met before..
I wish that I'm not associate with you
I wish that I can go far away from you

Wednesday, June 27, 2012

Belahan Jiwa: Senikmat Berbagi

Ekspidisi Bandung; Oktober 2011





Saya tak pandai berbahasa yang berbunga-bunga
Saya tak pandai nak sembunyi ekspresi wajah
Saya jujur dengan perasaan saya
Untuk belahan jiwa saya;

Mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja
menjadi kepompong dan menyendiri
berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam
bertafakkur bersama iman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
melantun kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia
Lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dekapan ukhuwah
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
dengan persaudaraan suci; sebening prasangka, selembut nurani,
sehangat semangat, senikmat berbagi, dan sekokoh janji
(Salim A. Fillah)
Mari hijrahkan cinta; dari benda pada kerja; bahagia oleh memberi, bukan menanti; memahami, bukan mempertanyakan; berkorban, bukan menuntut.
Mari hijrahkan cinta; dari JATUH menuju BANGUN; dari rasa sakit menuju jihad rumit; agar ia menjelma istana, tinggi menggapai surga. (Salim A. Fillah)
p/s: saya peminat uncle salim. weehuu~

Friday, June 22, 2012

Hidup: Takdenya nak rehat didunia!

Menelusuri kehidupan pasca bujang, pergh! Memang mencabar.
Patut la, begitu besar ganjaran yang Allah bagi kepada seorang isteri. Nampak biasa, dan biasa.. namun sesiapa yang sedang melaluinya pasti tahu bagaimana perasaan dan keadaan berhadapan dengannya.

Kalau kail panjang sejengkal, janganlah lautan hendak di duga
Kalau ilmu di dada, persediaan segala aspek tak cukup dalam, jangankan hendak menghadapi tsunami atau gelombang, bahka samudera kehidupan yang biasa-biasa pun belum tentu boleh lepas.

Namun, kehidupan kita itu semua sudah tertulis. Hanya kita mengolahnya menjadikan kehidupan kita lebih bermakna, lebih barakah, lebih bahagia, dan yang paling utama disisi Allah nilainya tidak terkira.

Bila dah sampai usia belia begini terasa perlunya perdalamkan lagi akar iman. Umur meningkat seiring dengan tanggungjawab kehidupan. Lebih berkuasa kita, lebih besar tanggungjawab. Lebih kaya kita, lebih banyak perlu memberi. Lebih pandai kita, lebih banyak perlu berbakti. Semua yang ada dalam diri kita akan dipersoalkan Allah jua. Dimana lagi mahu berpaut, jikalau pokok tempat berteduh akarnya rapuh? Betapa pentingnya memiliki aqidah yang kuat, jelas, mantap. Agar menjadi pelindung diri, bahkan memberi cahaya kepada yang lain.Owh~

Hidup di dunia yang bematlamatkan kehidupan yang bahagia di akhirat, ibarat satu rombongan. Destinasi rombongan adalah ke syurga. Tempat bertolak di dunia. Kita, hanya ada dua peranan. Menjadi membawa beban dalam rombongan, atau kita yang menjadi beban rombongan.

Jalan yang jauh. Kadang-kadang panas, hujan, ribut, jerebu. Makanan tak banyak, sumber sikit. Apa yang perlu kita buat? Menggunakan ilmu yang ada untuk menghasilkan sumber makanan, atau tukang menghabiskan makanan yang ada? Berkongsi makanan yang sikit dengan semua, atau makan sendiri asal lapar kita hilang? Keputusan perlu dibuat. Kita lah yang pilih. Nak memudahkan perjalanan rombongan, atau membebankan rombongan?

Atau kita rasa kita ni susahkan orang, lantas kita yang pisahkan diri kita dari rombongan tersebut? Yang manakah kita? Dan akhirnya kita hanyut di telan arus, lantaran kita tinggalkan rombongan kita, dimakan binatang buas, diculik penjenayah, atau mati terbiar. Ini pilihan-pilihan kita.

Apa timbangan yang kita guna dalam memilih halatuju hidup. Adakah sekadar memuaskan hati sendiri, memenuhi hajat orang yang kita sayangi, menuruti kehendak orang-orang yang berbudi pada kita? Atau buat dengan lapang dada, berserah hati dan diri hanya untuk Rabb.

Ye, saya tahu bunyi biasa ayat di atas.

Bila sampai dalam praktikal kehidupan, apa yang kita pilih?? Boleh jadi buat sebab nak jaga hati sendiri. Boleh jadi buat sebab segan dengan orang yang berbudi. Nampak kecil, tapi benda halus inilah yang membawa halatuju kehidupan kita. Samada ikut rombongan ke syurga atau tersesat jalan menuju ke arah neraka? Owh~

Kadang-kala, bila fikir hidup sendiri terlalu biasa. Sangat biasa. Sampai tak rasa apa. Tak kisah apa, tak peduli apa, sedangkan diluar sana, pada waktu yang sama, ada yang diseksa, tercedera, terkorban, dikorbankan, menjadi korban. Hati mula hilang sensitif terhadap saudara seagama. Ketakutan mula menerpa. Dekat akhirat nanti takutnya aku ni orang yang berkata kepada Allah, "Alangkah baiknya kalau aku ini dulu hanya menjadi tanah didunia.."

Owh..

Saturday, June 2, 2012

Bahagiakah kita?


A:”Bahagiakah kita?”
B:”Di mana bahagia itu?”
   ”Di hujung atau di pangkalnya?”
B: ”Bahagia itu bukan di pangkal jalan, bukan juga di hujung jalan… tetapi ia ada di sepanjang jalan.”

A: ”Bahagia itu apa?”
B: ”Bahagia itu ketenangan!”
A:”Ketenangan itu apa?”
B:”Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.”

A: ”Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?”
B:”Ingat Allah… hati akan menjadi tenang. Tanpa Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.”

A:”Apakah aku telah dapat memberikanmu satu ketenangan?"
B:”Jangan tanyakan itu, sebaliknya tepuk dada tanya dirimu… apakah aku telah tenang?”
A:”Kenapa?”
B:”Hanya orang yang tenang sahaja dapat memberi ketenangan…kebahagiaan itu terlalu maknawi. Tapi ketenangan itu dapat dirasai. Jika kau tanyakan, bahagiakah kita? Ertinya, kau tanyakan tentang ketenangan kita. Dan jika kau tanyakan tentang ketenangan kita… kau sebenarnya bertanyakan sejauh mana kita ingatkan DIA – Tuhan kita!”

Ah, semakin sukar pula mencari jawapan… semakin diselam, semakin dalam
Sayang,

Kembali kita berjauhan…

salam terpisah, senyum tertahan

rindu berbuah, sayang merendang

jauh-jauh begini…

menguji percintaan

Suaramu telus di langit kelabu

setiamu selimut dingin hujanku

arca bayang-bayang malam

sinar remang-remang siang

melukis setiamu di awan gemawan

Terpisah semakin indah

kian terlarut keruhan rasa

terimbau semula nostalgia lama 

berbumbung langit biru

di bawah pokok mangga

Sayang… Jauh itu DEKAT!

sumber: Genta rasa

Thursday, May 17, 2012

Never need a man

Susulan entry yang lepas, Soalan famous untuk anda
 

....“Never need a man,” my mother would advise my sisters and me. “Never need anyone besides God and you’ll never find yourself in a miserable marriage.”...



“Are you married?” they ask as they glance at my ringless ring finger.

I have gotten this question from Muslims, Christians, whites, blacks, men, women, children and especially my students. This question knows no single demographic.

However, the degree of shock to my 30 years of singlehood is most dramatic within my Arab community – especially with my Middle Eastern students.

“What? You’re not married? I have an uncle you know…”

“You’re 30 and not married? Stop scaring them away, Ms. Saidi!”

“Ms. Saidi – I got your back. I made you a profile on eHarmony. You’ve already gotten 23 matches!”

“Don’t you want little Ms. Saidi’s in the world running around with red pens correcting grammar?!”

Each of these quotes has been said with the best of intentions, but it underlies a greater pressure for women (in any culture I think) to be married before 30. After this milestone year, people start to wonder what may be wrong with her (make that me).

I once had a potential suitor – after two days of courting – tell me that I was the one. However, after presenting his intent to marry me to his family and sharing that I was twenty-eight years old, his mother went from being elated to being concerned.

“Why isn’t she married?” mother queried. “Will she be able to have healthy children? Is she too career-oriented? She’ll be old by the time your children are ready for college. Did you think this through?”

Marriage is for better or worse and it seemed the mother convinced her son that he could totally control all factors to ensure that “worse” never came into the picture.

Thankfully, I grew up with strong Muslim women who never ever believed in the Maguire Principle: “You complete me.”

“Never need a man,” my mother would advise my sisters and me. “Never need anyone besides God and you’ll never find yourself in a miserable marriage.” My mother knew what she was talking about.

My mother’s father died while she was an infant. She was the oldest of six half siblings. She was married as a young teenager, brought to America without a driver’s license, illiterate in English and Arabic and only able to speak her mother tongue where no one understood her besides her husband who worked 10-15 hour shifts on the line at Chrysler.

Yet, with all these obstacles, my mother raised five children, got us all enrolled in public schools, found us tutors for our Arabic and Islamic studies, found the time to go to adult education classes to learn English, study and pass the US citizenship exam, and never failed to have breakfast, lunch and dinner on the table and the house running like a machine with each of her children sharing in the responsibilities of being a member of a loving, growing family. I barely remember my father as a child (he’s awesome in his own right), but my mother showed by example that independence breeds self-efficacy, power, and respect of self and others.

Some women may count on a man to bring them all these but therein lies the worst sort of dependence.

To my students and everyone who asks me if I’m married, I say that it will come when the time is right. Marriage should be seen as a supplement to one’s already fulfilling life, not a necessity.

sources: here

Tuesday, May 15, 2012

Soalan famous untuk anda

 Biasa tak kena tanya
"Bila nak kahwin?" masa kita anak dara? Heh..

Katalah yang baru kahwin, ramai tak yang tanya:
"Bila nak dapat baby?"

Soalan-soalan yang pop up dari mulut kita yang berbunyi sedemikian rupa sama la macam ni bunyinya:
"Bila Tuhan nak bagi ko kahwin ni?"
"Bila Tuhan nak bagi ko anak ni?" 

Typical questions for typical group of people --> Bila nak kahwin? Bila dah kahwin, bila nak ada anak? Bila dah ada anak pertama, bila nak tambah lagi? Bila dan ada anak lelaki, bila nak ada anak perempuan pulak? Bila anak-anak dah besar-besar pula, bila anak-anak ko nak kahwin? Bila anak2 dah kahwin pula, bila nak dapat cucu? (On and on and on and on ......)

Saya ada beberapa orang rakan dan kenalan yang pernah melalui pengalaman yang sama. Dan saya faham keadaan itu walaupun situasi saya tidaklah crucial sangat pun. Perlu untuk menjawab soalan yang sama berulang kali. Ibarat telan pasir ketika sedang minum air limau panas. Berbuku rasa dalam dada.

Setelah melalui kehidupan ini, saya dapat satu formula. Jangan bertanya 2 soalan ini kepada mana-mana sahabat atau kenalan saya:

1. Bila nak kahwin
2. Bila nak dapat anak 

Very annoying!
Bagi saya adalah kurang sopan untuk kita tanyakan soalan itu kepada orang lain. Lagi, kepada mereka yang usianya berada di pinggiran 30+++ tahun. Ibaratnya, kita berjumpa kawan lama bersalaman dan berpeluk tubuh dan terus bertanya kepadanya "Eh, kau punya gaji berapa ribu sebulan ea?" Kurang tatasusila okay.

Adakah sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin atau sudah berkahwin dan tidak mendapat anak akan mengalami kehidupan yang suram? Dan yang bertanya pula dengan ekspresi wajah yang menunujukkan belas kasihan di sinar mata yang menyedihkan mengatakan"Sabarlah..". Oh~ bagaimana mahu beritahu kepada kamu yang bertanya, setakat ini kehidupan saya bahagia sehinggalah anda bertanya begitu. Pertanyaan itu seolah-olah berbunyi, "Aku tahu, mesti sedihkan jodoh/anak takde lagi". Oh~ Di sisi Allah itukah nilai kebahagiaan? 

It's good to be single rather than be in bad marriage. Agree? (ini supervisor saya yang cakap)

Baiklah, rezeki, ajal, maut, jodoh kita semua sudah tertulis di luh mahfudz sejak azali. Tapi, macam la kita ni Allah bagi kalendar siap-siap untuk kita tahu semua perkara tersebut? Dan bila ditanya soalan cepuk emas berikut kita mampu menjawab dengan cemerlang dan jayanya. Begitukah yang anda mahu?

Saya tahu, berat mata memandang..Kan? Anda simpati kan? Kesian kan? Tapi tahu tak sebenarnya berat lagi bahu yang memikul. Simpati tak sama dengan empati. Cuba la "eat half on my plate, u chew it, and then u telan. Then, talk". Tak pun "Meh la try pakai kasut aku, best tak kaki ko nak jalan".

Adilkah anda sedap-sedap mulut bertanya, mereka yang ditanya perlu sendiri-sendiri proses hati, pujuk hati, bersangka baik, menderita sorang-sorang menahan rasa (Sebak, sedih, sentap, berbuku, macam-macam rasa lagi yang sukar diungkap), belajar tak ambil port dengan orang kata. Belajar untuk senyum dengan solan cepuk emas tu (aku cepuk baru ko tau!).  Bagi anda itu biasa. Standard la tu kan, tapi fikir la perasaan orang lain (tuan punya diri, mak, ayah, nenek, adik-adik semua dapat tempias).

Sesungguhnya disisi lain, Allah telah mempersiapkan diri orang yang ditanya dengan perisai kesabaran. Begitu juga dengan teropong kesyukuran. Ini hikmah terbesar yang Allah bagi. Allah bagi kami siap-siap dah dua perkara itu untuk memandu perjalanan kami ke syurgaNya. Insha Allah. (Dok banyak sangat serangan bertubi dek pertanyaan korang tu)

Bukan tidak boleh bertanya, alangkah indahnya jika kita bertanya sekadar cukup rasa. Salah ke kalau kita nak tanya khabar,kita tak perlu tanya pasal kahwin, anak, dll tu?

Saya lagi gembira jika orang berkata pada saya:
"Aku doakan, Allah bagi yang terbaik untuk kehidupan kamu. Disisi Allah, kita usahakan untuk menjadi manusia yang paling dicintai Allah"

"Aku akan sama-sama doakan Allah bagi yang terbaik, tapi dengan syarat, berusahalah dengan terbaik juga"

Saya, yang pernah ditanya soalan begitu, saya usahakan proses hati saya sehinggalah saya boleh memberi respon kepada yang bertanya:
"Tolong doakan, supaya Allah bagi yang terbaik dalam hidup aku. Doakan, Allah murahkan rezeki" 
(Jawapan begini tidak akan wujud sekiranya saya tidak melalui proses tarbiyah)

Janji Allah itu benar. Seorang rakan sekolah saya berkongsi:
"Saya pernah dengar Ust. Wan Sohor Bani Leman kata: Kalau kita takde anak di dunia, bila kita masuk syurga kita boleh minta nak anak dan Allah bagi on the spot. Tak payah mengandung, beranak susah-susah macam di dunia. Tau-tau ada je anak. Boleh minta pulak tu umurnye nak besar terus ke, nak baby sepanjang masa ke. Bergenang airmata dengar. Yang penting, usaha sampai masuk syurga insyaAllah.."

***saya pun bergenang airmata. oh~syahdu!

Sesungguhnya setiap dugaan atau ujian atau yang seumpanya yang kita rasakan berat hendak menanggungnya akan menjadi ringan sekiranya kita kembalikan semua perkara itu kepada Allah.Kekuatan tauhid kita yang akan membantu kita untuk menguatkan hati menjadi sepadu besi.

Hadith Rasulullah. (Boleh cek sendiri dekat kitab hadith):
Yang tidak berkata sesuatu dari hawa nafsunya (Nabi Muhammad) SAW telah berkata: Kagumnya dengan urusan orang beriman, sesungguhnya semua urusannya baik,dan tidak berlaku perkara ini kecuali bagi seorang yang beriman;jika ditimpa kegembiraan dia bersyukur; maka baginya itulah yang terbaik, dan jika ditimpa kedukaan dia bersabar, maka baginya itulah yang terbaik.

(Dan hadith ini dilagukan oleh munsyid dari Medan. Kumpulan Maidany dengan tajuk Unik.Boleh google ye)

Pendek kata, ini adalah luahan hati dari wanita yang kamu rasa "oh..kesian dia tak kawin lagi", "oh..sedihnya dia, dah lama kawen tapi takde anak", dll. You name it la. Beware la dengan pertanyaan kita. Mu'min yang baik tu, dia takkan menyakiti mu'min yang lain. Dengan, harta, lidah, tangan, perbuatan. Kita kan nak jadi mu'min yang baik. ^_^

p/s: idea penulisan ini hasil dari discussion di fb kawan sekolah saya. Nur Edzati Kamaludin.
p/s/s: agak-agak, kalau orang tanya lagi waktu kenduri2 or raya nanti kita boleh kita balas dgn sopan n hikmah?


Thursday, May 10, 2012

Step Back

Bila seseorang menuturkan "Ikut suka akulah, hidup aku, aku la yang tentukan"

Bagaimana reaksi anda?

Apa? Kena tengok siapa yang cakap?

Kalau dia orang luar, lantak kau la

Kalau dia kawan sekolah, biarkan la

Kalau dia sahabat, tengok la

Kalau dia keluarga, terpulang la..

Itu tanda alarm merah. Pendek kata kawasan larangan. Jangan masuk

Saya, akan step back. Tinggalkan dia supaya dia menentukan kehidupannya sendiri.

Saya takkan sesekali masuk campur urusan hidup dia.

p/s: wei~ aku tak layak la nak jadi advisor ko. heh.

Tuesday, May 1, 2012

Random: Bersederhana

Bersederhana

Hidup perlu bersederhana.

Bersederhana dalam berkata-kata dan memberi pendapat: Maksudnya, kata-kata yang kita ungkapkan itu, tidaklah menyinggung hati pendengar, tidak kesat, tidak kasar. Jika perlukan ketegasan, maka bertegaslah pada hal yang sepatutnya. Perhatikan juga dengan orang yang bagaimana kita bercakap. Dalam masa yang sama, pastikan juga kata-kata yang kita ucap juga tidak memberatkan kita untuk menanggungnya. Tidak membuat hati kita rosak, tidak meletakkan kita dijurang yang Allah tidak redhai.

Bersederhana dalam memenuhi kehendak harian: Makan,pakai, hidup yang selesa adalah keperluan yang asas untuk kita yang bernama manusia. Bab makanan kadang-kadang saya tersungkur dengan godaan hawa nafsu. Berbual tentang makan sedap, makan best, makan yang high class. Oh! Perlu proses disitu ya. 

Bila bertanya dengan suami, "Abang makan apa hari ni?". Menu biasa yang beliau akan jawab "Nasi, telur/tempe goreng, sayur", "Nasi, sup daging", "Nasi, kentang goreng, sardin".

Dan bila kami makan di luar, sukar untuk beliau  mencari tempat makan yang glamer. Berbeza dengan saya dan kawan baik saya, sebut sahaja lokasi, maka akan tahulah menu apa yang menarik. Oh! Begitu ye kita ni kan..

Saya belajar kesederhanaan dalam makanan daripada suami. Alhamdulillah. Namun saya masih belum berubah sepenuhnya.

Bila bercakap tentang pakaian pula, saya tidaklah terlalu update dengan fesyen terbaru. Sekiranya baju saya sudah lusuh dan buruk. Semua benda nak tanggal (butang, jahitan, labuci-labuci), baru saya akan fikir untuk tukar baju baru. Baru fikir je tau.. Tak tukar lagi baju yang baru. 

Saya rasa saya dah cukup sederhana dan berjimat. Tetapi suami saya laaagi sederhana. Saya pengganas (ganas guna baju sampai koyak, kasut sampai rabak, beg sandang setiap tahun tukar, handbag setiap sem kena tukar sebab dah takde rupa, berpintal-pintal, berbonjot-bonjot, dikerjakan saya). Sedangkan suami saya sangat cermat menjaga barang-barangnya. Andai koyak atau rosak, maka sayalah yang punya angkara ye.. Oh! Tak bagusnya saya ye. Bab ini juga, saya perlu betulkan. 

Tapi itu la kan... Nafsu terlalu menguasai.

Terkesan dengan kisah sahabat Rasulullah SAW apabila menghadapi peperangan. Berjalan jauh, sehingga tapak kasut tertanggal,maka kaki-kaki dibalut dengan kain. Hanya dibekalkan beberapa biji kurma. Kurma itu dikulum. Namun, tenaga yang dicurahkan untuk menggemilangkan Islam bukan main hebat dikerah. Apa la sangat dengan kulum kurma. Tetapi kita pada zaman ini, sedap nye makan lamb chop, nasi beriani dan sebagainya. Canggih pakai i phone, pakai i pad, tahu update status merepak macam artis dekat facebook dan twitter. Di suruh buat kerja, malas lah, susah lah..Insaf.. Jangan kata naikkan Islam, kadangkala, kita yang tunjuk imej buruk dari sudut kita. Na'udzubillah..

Bersederhana dalam mengajak kepada kebaikan: Inginkan kebaikan sememangnya fitrah dalam diri setiap insan. Menyampaikannya baik, menerimanya juga baik. Hak sesama muslim, menyampaikan kebaikan dan memberi peringatan. Itu bagus. 

Tetapi perhatikan juga cara kita mengajak. Tidak perlu menghukum andai kita lihat banyak perbuatan yang salah. Kaji, selidik pandang dengan pandangan baik sangka. 

Kadangkala, kita ni beremosi dalam menyampaikan perkara yang dirasa baik. Maka pandangan kita itulah yang harus diterima pakai. Dan kita lihat juga dia terdiam sebab hujah kita kukuh. Namun, siapa tahu dalam hatinya ada luka-luka lantaran tajamnya kata-kata kita. Sakit pedihnya kita tak hirau pun. Kesian dia. Kita menang berdebat, tapi kalah dalam memenangi hati. Bila hati dah benci.....

Kalau pun dia tak terasa, nanti kita pula yang terasa. Sebab kita geram dia tak mahu berubah.

Bersederhana dalam mencintai makhluk: Makhluk, akan musnah, hancur, berubah. Tapi Allah tidak. Kamu sayang dia sebab baik, bila dia dah berubah buat jahat, kamu sakit hati, maka kamu akan membenci dia. Dia sakit sebab kamu benci dia, kamu sakit sebab dia jahat. Berpada-pada dalam mencintai. Hanya pada Allah sahaja kita boleh serah semua yang kita ada.

Post kali ini hanya random rants.

Saya baru sedar kekuatan bersederhana.

Pertamanya supaya kita tidak zalim

Zalim pada orang lain, zalim pada diri kita.

Zalim= Tidak Adil = Tak meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Tindakan kezaliman akan membawa kesakitan.

Ibaratnya orang berjoging pakai kasut sukan, tapi kamu berjoging pakai kasut high heel. Kamu zalim pada kaki kamu. Padan muka sakit kaki kamu. Apatah lagi kalau kamu letakkan kasut itu di kepala. Laagi kamu zalim. Bukan pada tempatnya tu tau! Letak di kepala kamu pun di kira zalim. Apatah lagi kamu letak kasut kamu di kepala orang lain. Banyak cantek muka kamu ye??

Heh~

Nota ini untuk saya sendiri. Saya ni hidup melampau. Tak sedar diri katanya. Kalau kamu rasa macam ni jugak, kita sama rupenya ye?  Takkan biar je? Sedar pun dah bagus. Tinggal ubah jadi bagus lagi. Jom!

p/s: Fenomena komen melampau selepas BERSIH 3.0. Zalim, zalim... bersederhanalah dalam hidup. Insha Allah, kamu tak zalim.

Friday, April 27, 2012

Untung la~ : Alhamdulillah

Post istimewa ini saya sengajakan kongsikan di sini untuk menghargai insan yang paling saya cintai kerana Allah iaitu suami saya. Saya dapat bahan ini dari facebook "Kita berkenalan Hanya Dalam Laman Muka Buku". 

"Untung la~" ini yang saya dok sebut-sebut depan suami selepas baca bahan di bawah ini. ^___^


Untung la orang perempuan kalau dapat cari bakal suami gini

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas,boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. Honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al- Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata oranglain.

12. Malas juga ke masjid,tapi dia pergi gak dalamsehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan.Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun takpe, boleh tutup lampu –Ustaz Azhar Idrus)


Semalam, saya belajar satu perkara. "Orang yang redha dan bersyukur dengan apa yang Allah dah beri pada dia, adalah orang yang paaaling kaya di dunia". Terima kasih kepada Ummu Hani sebab ingatkan diri saya tentang hal yang satu ini. 


Jadi isteri ada mudahnya, hanya dengan taat dan syukur kepada pemberian suami, maka masuklah ke syurga dengan mana-mana pintu yang kita sukai. Best kan??