Wednesday, December 14, 2011

Sweet moment


Sweet moment

Masing-masing akan ada sesuatu yang sangat ‘memorable’ dalam hidupnya.

Perkara-perkara indah itu perlu dicipta.

Jika dalam rumah tangga, setiap pasangan perlu ada akaun emosi masing-masing.

Makanya, setiap orang seharusnya mengumpul akaun emosi positif yang banyak agar, kehidupan sentiasa ‘sweet’ dan indah. Sebagai bekalan sepanjang hidup kita bersama pasangan kita.

Menyedari akan hal ini, maka saya berusaha keras mencipta penguat kasih antara saya dan belahan jiwa saya melalui tabungan akaun emosi positif.

Demi kerukunan rumah tangga, ataupun dalam bahasa skemanya, ‘membina silaturrahim’ ^^

Berusahalah mulai dari sekarang membina banyak kenangan indah dalam akaun emosi positif.

Apa yang sweet bagi saya?

1. Bila saya membaca Al-Qur’an selepas solat, belahan jiwa akan meletakkan kepalanya diribaan saya. Mendengar bacaan saya, sambil membetulkan tajwid saya. Saya membacakan maksud ayat-ayat Al-Qur’an, dan kami meluahkan apa yang kami rasa dengan ayat-ayat yang dibaca tadi

2. Bila seusai solat, kami membaca ma’thurat bersama-sama, saya mengaminkan bacaan doanya.

3. Bila bermusafir, diatas kereta, motosikal atau bas, kami berdiskusi tentang tarbiyatul aulad.

4. Berbicara melalui talian telefon mahupun ‘chatting’ sambil menyebut kata-kata yang manis, serta memanggil dengan panggilan yang indah. ^^

5. Saling memberi hadiah dan kejutan.

Alhamdulillah, misi 'merapatkan silaturrahim' berjalan dengan baik, walaupun jarak kami jauh. Masih ada lagi beberapa waktu untuk kami hidup bersama dibawah satu bumbung.


Buat belahan jiwa saya;

Jazakallah ^^

1 comment: