Friday, November 11, 2011

Momentos: Langit tetap biru


biru: tetap menjadi pilihan ^^


Langit tetap biru~

Dah lama tak mendendangkan irama itu.

Nostalgia. Bagaikan di alam mimpi.

Setahun, begitu terasa cepatnya.

Macam-macam perkara berlaku dalam diri saya, dia dan kamu juga.

****

Sudah setahun sejak peristiwa itu. Saya menjadi pungguk, menanti dengan penuh sabar. Berusaha untuk yakin dengan susunan Allah.

Alhamdulillah. 1.11.2011. Dengan rasa kekok,saya mendapat jawapan.

Pada 1.11.2011, dia yang mengingatkan saya semula setelah setahun. oh~ Malu.
'Terima kasih kerana sudi terima diri saya'- saya

Disaat saya mahu tutup cerita, dia datang memberi harapan supaya cerita saya ini ada penyambungnya.

Kali ini, Langit takkan sentiasa biru. Hidup tidak selalu indah. Tapi saya tetap bahagia. Dia ada bersama saya. Melalui kehidupan bersama-sama (bunyi macam ayat drama. Cet). Terima Kasih pada Allah yang teratas, atas Sakinah, Mawaddah n Rahmah yang dikurniakan.

***

Hidup ini umpama sebuah novel. Ada watak, ada latar, ada kisah, ada cerita. Novel kita, bagaimana kita nak karang. Menuju happy ending sehingga ke syurga, atau sekadar di dunia, tetapi di akhirat tempat kita tiada di syurga? Kita adalah penulis cerita kita. Novel kita akan dibaca malah difilemkan di mahsyar nanti. Selepas itu akan di timbang di neraca keadilan. Karanglah cerita kita sebaik mungkin. Sesoleh mungkin, seikhlas mungkin. Kerana ada ganjaran besar di sisi Allah. :)

p/s: Saya mahu kisah 'Langit Biru' saya adalah kisah menuju cintaNya.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    akak!!!!!!!!

    ada typo tu 1.11.2010 setahun ke 1.11.2011
    huhuhu

    alhamdulillah.

    semoga terus istiqomah dijalanNya. sama2 berusaha dan berdoa dan beramal.

    p/s: saya minta maaf banyak2. selamat hari raya aidiladha.. all the best untuk thesis!!

    Aja..Aja...FiGhting!!!]


    ^___^


    cik haji

    ReplyDelete