Tuesday, September 6, 2011

Kalau tak sakit, bukan kehidupan namanya


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Hidup, kalau asyik fikirkan diri sendiri maka jiwa takkan sensitif

Malah Rasul sendiri ada bersabda: Tak sempurna iman seseorang jika dia tak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri atau melebihi daripada mengasihi dirinya sendiri.

Rasa sensitif dengan permasalahan orang lain juga adalah buah keimanan

Hidup akan rasa statik selagimana kita rasa tak pernah bermasalah.

Masalah banyak bila kita sibuk-sibuk ambil tahu dan ambil kisah hal orang lain. Lagi-lagi masalah saudara mara kita, tak kira la ada pertalian darah atau tak,asalkan berdiri tegak atas satu aqidah yang sama.

Simpati perlu diiringi empati

Cuba letakkan diri kita di tempat-tempat mereka yang lebih susah, maka kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada

Allah tak izin kita menikah, tapi ada orang lain cuma 3 jam menjadi isteri. Kuatkah kalau kita duduk di tempat itu?

Allah bagi ujian keguguran, ada orang lain tak pernah rasa mengandung pun. Ni'mat yang kita lupa nak hargai. Asyik mengenang double sickness yang dihadapi.

Allah bagi susah sikit jauh dari suami, tapi orang lain yang duduk dekat dengan suami selalu dan hari-hari kena maki tengking dan sepak terajang. Kebahagiaan yang tak pernah tercapai dek akal fikiran.

Allah bagi rezeki tidak se'gah' orang lain, di kala orang lain boleh beli Vios atau Lancer atau Chevrolete sebiji tanpa rasa berat dan susah, tapi kita nak memiliki sebiji kancil bukan main susah. Tapi nun disana di salah satu sudut dunia, pelarian Somalia kebulur tak makan, Jalan kaki sejauh 400km ni tengah padang pasir terik demi mencari perlindungan tanpa alas kaki. Panas, pedih. Kita?

Inilah hidup, bila kita cuba letakkan diri kita ditempat orang lain yang lebih susah, maka hati akan lembut untul memberi, lebih banyak belajar dan ambil iktibar, meningkatnya rasa syukur dan sabar.

Allah baik, sebab Allah letak kita di tempat yang adil dan sepatutnya.

Hati, lembutlah dengan apa yang Allah beri

Semoga Allah sayang kita, semoga Allah cinta kita

Jom sama-sama kita pergi syurga

Indahnya hidup bila semua faham peranan masing-masing.

Rindu zaman para sahabat. Masing-masing zuhud tapi umat kaya. Bila etika melebihkan orang lain dari diri sendiri meresap dalam diri. Harmoni.

Tegakkan Islam dalam diri kamu, sebelum mahu tegakkan daulah Islam- Hassan Al-Hudaibi

Jentik minda, tembak hati..

1 comment:

  1. lumrah kehidupan...
    setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah tersendiri..
    benda yg kiter rasa baik, belum tentu ia baik untuk kiter..Allah Maha Mengetahui segalanya...

    ReplyDelete