Friday, August 12, 2011

Monolog menantu



Menerima perubahan memang payah. Lagi-lagi bila perkara tersebut lain sangat dari rutin kehidupan seharian. Begitu juga, menerima seorang yang asing dalam hidup. Bagaimana proses taaruf bermula, kemudian membina jambatan hati, kemudian berdikit-dikit memupuk kasih sayang. Agak sukar untuk diadaptasi dalam diri. Boleh makan hati sendiri woo~ Itulah hakikat proses tarbiyah untuk membina ukhuwwah. Lambat, payah. Tapi kalau guna laluan lain, laaagi lambat.

Itu dari sudut bila kita menerima orang asing. Tapi, bagaimana pula jika kita yang jadi orang asing?

Perasaan yang tidak selesa. Segan, takut, sensitive, teragak-agak semua bersarang dalam dada.

Kalau dalam bi’ah sendiri kita boleh tunjuk gah, tapi bila kita yang asing, kita yang paling tiada keyakinan diri.

Berkira-kira, teragak-agak. Mencuba dan berusaha untuk positif, tapi tetap tidak berhasil. Seni bersosial tiada. Selalu ada ‘rasa-rasa’ kurang senang dan ragu-ragu, ‘apa diorang fikir?’, ‘macam mana nak memulakan?’,’tidak mahu susahkan orang’., dan bermacam-macam lagi persoalan yang bukan-bukan bermain dalam kepala. Mungkin ini permulaan perkenalan.

Ada orang (saya kot..) yang memerlukan daya tolakkan untuk memulakan. Orang yang rapat sewajarnya memainkan peranan. Membina keyakinan kita, menggalakkan kita untuk memulakan, menghubungkan kita dengan bi’ah yang baru agar perasaan dalam dada bertukar dari sejuk ke hangat. Rasa canggung menjadi tenang dan damai.

Ada juga yang sudah berani mendekati suasana baru, tetapi bila sudah berada di tengah-tengahnya, maka segala ‘rasa-rasa’ yang tak sepatutnya hadir juga. Bagaimana?

Susah kan? Salah tingkah sentiasa. Ya lah, lain padang lain belalang.

Apa pun, hidup mesti diteruskan. Sekali sudah melangkah, makanya tidak wajar untuk berpatah balik. Lalui hidup baru menerima dan menjadi orang asing dengan lapang dada dan hikmah (yang ni yang payah ni..huhu)

Kita merancang, Allah merancang juga. Dan perancangan Allah lagi baik sebab Allah mencintai kita lebih dari kita cintai diri kita sendiri.

Buat sahibbah (cik haji) terima kasih ingatkan saya: “Allah datangkan pasangan kita untuk kita menabur benih amal. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.”

p/s: owh~ bila ice nak break ni..dah nak masuk 6 bulan dah ni..adoi~!

No comments:

Post a Comment