Tuesday, August 16, 2011

'Dia': Hakikat kesukaran 3


"Dia" yang ibu sayangi dan nanti-nantikan, Allah izinkan kita jumpa begitu awal. Tempoh masa sayang dalam perut ibu hanya 10 minggu sahaja.

Sayang, begitu kecil sekali sewaktu kamu keluar. Hanya sebesar buah anggur yang kecil. Subhanallah..

Allah baik, Allah bagi ibu dan walid tarbiyah. Allah nak ibu dan walid belajar lebih lagi. Dengan keluarnya kamu dari perut ibu berjaya menginsafkan ibu dan walid. Hanya Allah yang berkuasa atas segala sesuatu.

Walaupun hati ibu bagai digigit, riak wajah walid tak seceria suria, namun kami dapat rasai yang Allah sayang kami. Terima kasih sayang.. Bagi ibu dan walid sedar hanya Allah sahaja tempat yang patut kami bergantung.

Kewujudan sayang yang hanya seketika menjadi batu tolakkan untuk ibu mula belajar menjadi 'ibu' dengan lebih gigih. Banyak yang ibu tak tahu rupanya. Walid pun sama juga. Insha Allah, Allah bagi kami peluang baiki diri.

Semoga Allah izinkan ibu dan walid dapat jumpa adik-adik kamu insha Allah. Walid ada cakap, walid hajat nak jumpa kamu di syurga. Tapi sebelum ke sana, kami di sini mesti berusaha bersungguh-sungguh menjadi hamba yang dicintai Allah.

Sayang ibu, terima kasih sayang~

**Terima kasih Allah~ semoga dosa-dosa kami Kau ampunkan.

p/s: Rasa rindu ibu pada 'dia'...

No comments:

Post a Comment