Tuesday, August 16, 2011

'Dia': Hakikat kesukaran 3


"Dia" yang ibu sayangi dan nanti-nantikan, Allah izinkan kita jumpa begitu awal. Tempoh masa sayang dalam perut ibu hanya 10 minggu sahaja.

Sayang, begitu kecil sekali sewaktu kamu keluar. Hanya sebesar buah anggur yang kecil. Subhanallah..

Allah baik, Allah bagi ibu dan walid tarbiyah. Allah nak ibu dan walid belajar lebih lagi. Dengan keluarnya kamu dari perut ibu berjaya menginsafkan ibu dan walid. Hanya Allah yang berkuasa atas segala sesuatu.

Walaupun hati ibu bagai digigit, riak wajah walid tak seceria suria, namun kami dapat rasai yang Allah sayang kami. Terima kasih sayang.. Bagi ibu dan walid sedar hanya Allah sahaja tempat yang patut kami bergantung.

Kewujudan sayang yang hanya seketika menjadi batu tolakkan untuk ibu mula belajar menjadi 'ibu' dengan lebih gigih. Banyak yang ibu tak tahu rupanya. Walid pun sama juga. Insha Allah, Allah bagi kami peluang baiki diri.

Semoga Allah izinkan ibu dan walid dapat jumpa adik-adik kamu insha Allah. Walid ada cakap, walid hajat nak jumpa kamu di syurga. Tapi sebelum ke sana, kami di sini mesti berusaha bersungguh-sungguh menjadi hamba yang dicintai Allah.

Sayang ibu, terima kasih sayang~

**Terima kasih Allah~ semoga dosa-dosa kami Kau ampunkan.

p/s: Rasa rindu ibu pada 'dia'...

Friday, August 12, 2011

Monolog menantu



Menerima perubahan memang payah. Lagi-lagi bila perkara tersebut lain sangat dari rutin kehidupan seharian. Begitu juga, menerima seorang yang asing dalam hidup. Bagaimana proses taaruf bermula, kemudian membina jambatan hati, kemudian berdikit-dikit memupuk kasih sayang. Agak sukar untuk diadaptasi dalam diri. Boleh makan hati sendiri woo~ Itulah hakikat proses tarbiyah untuk membina ukhuwwah. Lambat, payah. Tapi kalau guna laluan lain, laaagi lambat.

Itu dari sudut bila kita menerima orang asing. Tapi, bagaimana pula jika kita yang jadi orang asing?

Perasaan yang tidak selesa. Segan, takut, sensitive, teragak-agak semua bersarang dalam dada.

Kalau dalam bi’ah sendiri kita boleh tunjuk gah, tapi bila kita yang asing, kita yang paling tiada keyakinan diri.

Berkira-kira, teragak-agak. Mencuba dan berusaha untuk positif, tapi tetap tidak berhasil. Seni bersosial tiada. Selalu ada ‘rasa-rasa’ kurang senang dan ragu-ragu, ‘apa diorang fikir?’, ‘macam mana nak memulakan?’,’tidak mahu susahkan orang’., dan bermacam-macam lagi persoalan yang bukan-bukan bermain dalam kepala. Mungkin ini permulaan perkenalan.

Ada orang (saya kot..) yang memerlukan daya tolakkan untuk memulakan. Orang yang rapat sewajarnya memainkan peranan. Membina keyakinan kita, menggalakkan kita untuk memulakan, menghubungkan kita dengan bi’ah yang baru agar perasaan dalam dada bertukar dari sejuk ke hangat. Rasa canggung menjadi tenang dan damai.

Ada juga yang sudah berani mendekati suasana baru, tetapi bila sudah berada di tengah-tengahnya, maka segala ‘rasa-rasa’ yang tak sepatutnya hadir juga. Bagaimana?

Susah kan? Salah tingkah sentiasa. Ya lah, lain padang lain belalang.

Apa pun, hidup mesti diteruskan. Sekali sudah melangkah, makanya tidak wajar untuk berpatah balik. Lalui hidup baru menerima dan menjadi orang asing dengan lapang dada dan hikmah (yang ni yang payah ni..huhu)

Kita merancang, Allah merancang juga. Dan perancangan Allah lagi baik sebab Allah mencintai kita lebih dari kita cintai diri kita sendiri.

Buat sahibbah (cik haji) terima kasih ingatkan saya: “Allah datangkan pasangan kita untuk kita menabur benih amal. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.”

p/s: owh~ bila ice nak break ni..dah nak masuk 6 bulan dah ni..adoi~!

Wednesday, August 3, 2011

'Dia': Hakikat kesukaran 2


Untuk walid yang disayangi kerana Allah;

Allah menyebut di dalam firmanNya,

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.", surah Al-Baqarah ayat 216.


Ayat ini membicarakan tentang Allah mengetahui tentang perkara yang tersirat dan tersurat. Di sebalik ujian yang diturunkan pasti ada hikmah disebaliknya. Yang penting kita berfikir tentang ujian ini dan bersabar.

Muaz berkata, telah bersabda Rasullullah SAW yang maksudnya:

"Demi zat yang diriku di tanganNYA, sesungguhnya bayi yang gugur pasti akan menarik ibunya untuk memasuki syurga, jika ibu berharap pahala keranaNYA." (HR. Ibn Majah & Darimi)


Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasullullah SAW telah bersabda yang maksudnya:

"Bayi yang gugur yang telah mendahului - ku adalah lebih aku sukai daripada seorang ahli perang yang aku tinggalkan di belakangku." (HR. Ibn Majah)


Allah memberi ujian dan rahmatNya melalui banyak cara. Yang diuji dan teruji, pasti menerima ganjaran daripada Allah. Disebalik ujian pasti ada hikmah dari Nya.

Wallahu Alam.

additional info:

Jika janin yang dilahirkan itu belum berbentuk manusia maka darah yang dikeluarkan oleh wanita itu bukan darah nifas, untuk itu ia tetap diwajibkan berpuasa dan shalat, dan puasa yang dilakukan pada hari saat ia melahirkan itu adalah sah. Akan tetapi jika janin yang dikeluarkan itu telah berbentuk manusia maka darah yang keluar adalah darah nifas yang tidak membolehkannya untuk mengerjakan shalat dan juga puasa, dan puasa yang ia lakukan pada hari kelahiran itu menjadi batal. Kaidah dasar dalam masalah ini adalah: Jika janin telah terbentuk maka darah itu adalah darah nifas, dan jika janin itu belum terbentuk maka darah itu bukanlah darah nifas. Jika darah itu adalah darah nifas maka ia dikenakan hukum sebagaimana wanita nifas, dan jika bukan darah nifas maka ia dianggap seperti wanita suci lainnya.

( Majmu’ Fatawa wa Rasa’il Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin, 4/292 )

p/s : ibu berpuasa insha Allah ^^