Thursday, July 7, 2011

'Dia': Hakikat kesukaran


Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya) [Al-Balad:4]

Sebaik sahaja sel pertama dari benih manusia menetap di alam rahim, ia terus mula menghadapi perjuangan dan penat lelah untuk menghadapi suasana-suasana yang sesuai untuk menghadapi hidupnya dan mendapat makanan dengan izinNya. Dan sel akan terus berkembang dalam keadaan seperti itu sehingga tiba saat kelahirannya ke alam dunia. Ketika itu, ia dan ibunya mengalami kesulitan dan kesakitan bersalin. Apabila ia hampir melihat cahaya dunia, badannya terus dihimpit, ditekan, dan ditolak hingga hampir-hampir tercekik semasa dalam perjalanan keluar dari rahim ibunya.

Sejak detik pertama kelahirannya ini, ia mula menghadapi kepayahan dan kesulitan yang lebih berat iaitu kepayahan untuk memulakan proses pernafasan yang belum pernah dialaminya. Bagi yang kali pertama, bayi itu membuka mulutnya dan menggerakkan paru-parunya untuk menyedut dan menghembuskan nafas dengan teriak tangis yang membayangkan kesulitan dan kesukaran memulakan kehidupan. Kemudian sistem penghadaman makanan dan pengedaran darah memulakan kegiatannya yang luar biasa. Ia mengalami kesulitan-kesulitan membuang air sehingga dapat membiasakan perutnya melaksanakan tugas yang baru itu, dan setelah itu ia akan terus menghadapi perjuangan demi perjuangan dalam setiap langkah geraknya. Sesiapa yang melihat bayi ketika hendak merangkak dan berjalan, dapatlah ia fikirkan betapa banyaknya daya usaha dan kepenatan yang dicurahkannya untuk melaksanakan pergerakan yang mudah itu.

[Tafsir Fii Dzilalil Qur'an-Syed Qutb]


Dan, itu baru proses kesukaran yang wajib dilalui ketika masih tiada memori.

Panjang lagi ujian dan dugaan yang Allah akan beri tanda Allah sayangkan hambaNya.

Saya terkesan, dengan kesukaran yang dialami 'dia'. 'Dia' berusaha bersungguh-sungguh. Sedangkan saya tidak membantu banyak. Allah baik kerana kenalkan saya dengan 'dia' seawal ini. Untuk saya mengambil ibrah dan jadikan pelajaran dalam hidup saya. Menyuburkan naluri kasih sayang saya terhadap 'dia'. Saya akan mencintainya dan kenalkan 'dia' dengan Allah bersungguh-sungguh.

Mulai detik ini, saya akan tingkatkan ibadah saya. Saya akan banyakkan bacaan Al-Qur'an saya, saya usahakan untuk menghafal ayat-ayat Allah, saya akan melazimkan diri saya dengan amalan soleh. Semoga dengan ini, saya dapat membantu 'dia' di situ..

Saya rindu nak jumpa 'dia'..

Semoga Allah izinkan kita untuk berjumpa. Insha Allah..

Bersyukur dan bersabar. Saya usahakan untuk adaptasikan dalam diri saya.

3 comments:

  1. salam..fazira,
    pregnant ye..?
    jaga kesihatan, banykkan berfikir yg positif..(^_^)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah~ kena banyak belajar lagi ni

    ReplyDelete