Friday, July 22, 2011

Untitle


Feeling unwell
Wanna find a well
So that I can fell

Thursday, July 21, 2011

Menyambut tetamu


suatu ketika dulu; saya rindu suasana ini!!



Saya suka buat aktiviti makan-makan.

Seronok.

Jemput kawan-kawan semua datang. Masak sama-sama, makan sama-sama. Gurau senda sama-sama. Berkenalan dengan ahli keluarga saya. Terasa ahli keluarga bertambah. Gembira.

Bila rancang buat aktiviti makan-makan, saya suke menawarkan rumah saya jadi tempat beraktiviti.

Menyambut tetamu dengan perasaa gembira. Saya seronok membersihkan rumah. Saya bertungkus lumus sediakan persiapan dengan perasaan bahagia. Owh~ tak tergambar dengan kata-kata!!

Tak lama lagi, tetamu istimewa akan bertandang. Sebulan pula. Tapi saya sepertinya tidak seghairah mana pun.. Owh~ sedih. Suasana mungkin terasa hambar. Tapi saya usahakan untuk bergembira dan teruja dengan kehadirannya.. Harapnya, sempatlah saya menjemput tetamu istimewa ini. Hanya orang terpilih yang kata dia istimewa. Saya nak letakkan diri saya dikalangan yang terpilih itu.

SYAABAN dah siap2 packing.Nak check out.Menanti-nanti RAMADHAN nak check in.Jom 'housekeeping' hati.'Kemas-kemaskan' hati.'Bersih-bersihkan' hati.Agar kita rasa BERSIH dalam RAMADHAN ;) Allahumma ballighna Ramadhan...


Allahumma ballighna Ramadhan

Saya mahu dosa-dosa diampunkan pada Ramadhan kali ini. Allahumma Amin.

Untuk 'dia'; ibu akan jadikan diri ibu solehah. Insha Allah. Walid pun kena usahakan diri untuk soleh ya. Mana tahu, ada tetamu yang tak kurang special nya nak datang kan? Insha Allah.. ^^

Tuesday, July 19, 2011

Doa Dhuha



Kepada Ar-Razzaq, yang sentiasa mengasihi dan mencintai hamba-hambaNya,




Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Album : Hijrah
Munsyid : UNIC

p/s: Allah yang memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, Allah juga yang menurunkan hujan untuk menyuburkan bumiNya.

Thursday, July 7, 2011

'Dia': Hakikat kesukaran


Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya) [Al-Balad:4]

Sebaik sahaja sel pertama dari benih manusia menetap di alam rahim, ia terus mula menghadapi perjuangan dan penat lelah untuk menghadapi suasana-suasana yang sesuai untuk menghadapi hidupnya dan mendapat makanan dengan izinNya. Dan sel akan terus berkembang dalam keadaan seperti itu sehingga tiba saat kelahirannya ke alam dunia. Ketika itu, ia dan ibunya mengalami kesulitan dan kesakitan bersalin. Apabila ia hampir melihat cahaya dunia, badannya terus dihimpit, ditekan, dan ditolak hingga hampir-hampir tercekik semasa dalam perjalanan keluar dari rahim ibunya.

Sejak detik pertama kelahirannya ini, ia mula menghadapi kepayahan dan kesulitan yang lebih berat iaitu kepayahan untuk memulakan proses pernafasan yang belum pernah dialaminya. Bagi yang kali pertama, bayi itu membuka mulutnya dan menggerakkan paru-parunya untuk menyedut dan menghembuskan nafas dengan teriak tangis yang membayangkan kesulitan dan kesukaran memulakan kehidupan. Kemudian sistem penghadaman makanan dan pengedaran darah memulakan kegiatannya yang luar biasa. Ia mengalami kesulitan-kesulitan membuang air sehingga dapat membiasakan perutnya melaksanakan tugas yang baru itu, dan setelah itu ia akan terus menghadapi perjuangan demi perjuangan dalam setiap langkah geraknya. Sesiapa yang melihat bayi ketika hendak merangkak dan berjalan, dapatlah ia fikirkan betapa banyaknya daya usaha dan kepenatan yang dicurahkannya untuk melaksanakan pergerakan yang mudah itu.

[Tafsir Fii Dzilalil Qur'an-Syed Qutb]


Dan, itu baru proses kesukaran yang wajib dilalui ketika masih tiada memori.

Panjang lagi ujian dan dugaan yang Allah akan beri tanda Allah sayangkan hambaNya.

Saya terkesan, dengan kesukaran yang dialami 'dia'. 'Dia' berusaha bersungguh-sungguh. Sedangkan saya tidak membantu banyak. Allah baik kerana kenalkan saya dengan 'dia' seawal ini. Untuk saya mengambil ibrah dan jadikan pelajaran dalam hidup saya. Menyuburkan naluri kasih sayang saya terhadap 'dia'. Saya akan mencintainya dan kenalkan 'dia' dengan Allah bersungguh-sungguh.

Mulai detik ini, saya akan tingkatkan ibadah saya. Saya akan banyakkan bacaan Al-Qur'an saya, saya usahakan untuk menghafal ayat-ayat Allah, saya akan melazimkan diri saya dengan amalan soleh. Semoga dengan ini, saya dapat membantu 'dia' di situ..

Saya rindu nak jumpa 'dia'..

Semoga Allah izinkan kita untuk berjumpa. Insha Allah..

Bersyukur dan bersabar. Saya usahakan untuk adaptasikan dalam diri saya.