Monday, April 18, 2011

Go green:Ibadah tafakur bersama alam


Berkelah atau mukhayyam. Perkara yang saya sukai, selain travel dan membaca. Mendekati alam, merasai keindahan nusantara, kehijaun daun, kebiruan langit dan laut. Subhanallah~ damai. Bila saya tahu semuanya berzikir memuji Allah. Masya Allah~ tenang.

Atas izin Allah, semalam yang permai saya bersama teman baik bermukhayyam ke Hutan Lipur Gunung Pulai. Atas satu tujuan, mentadabbur alam.

Pendakian ke gunung itu dalam rangka mencari air terjun yang indah. Subhanallah memang indah. Airnya hijau kebiruan. Bukan disebabkan lumut. Tapi kerana kejernihannya. Sangat gembira, sangat terpegun. Diri merasa kagum dengan ciptaan Allah.

Orang mengantuk, maka disorongkan bantal. Kalau jumpa air, maka mandilah!!!Dah jumpa air terjun, jika tak berendam adalah satu kerugian besar! Bila lagi nak dapat nikmat macam ini. Terbayang juga difikiran, hanya dengan air terjun, juga hutan membuatkan hati ini rasa gembira dan seronok, apatah lagi jikalau Allah menjanjikan syurga. Apakah perasaan kita ya?

Terkesan dengan kata-kata seorang teman mukhayyam:

"Indah kan tempat yang kita pergi ni.. Sangat indah.. Tapi, tadi waktu kita nak sampai ke sini, agak-agak susah tak?"

Memang susah. berapa kali kaki saya tersangkaut batu. Malah selipar toilet kegemaran saya juga terputus!! Agak mencabar laluannya, lagi-lagi bila kami yang kononnya adventurous memilih untuk menelusuri denai mencari tempat yang baik untuk kami berkelah.

Dan teman itu terus menyambung...

"Macam tu lah hidup kita ni, sesuatu yang indah dan berkualiti memang susah untuk kita mendapatkannya.."

Masya Allah~ ada unsur tarbawi di situ. Kalau kita inginkan syurga, apatah lagi kan kesukaran laluan yang kita kena hadapi. Kalau kita tak susah, dari sudut mana lagiAllah nak ganjari kita dengan pahala?

Sesungguhnya, dengan mendekati alam, memang akan membuatkan saya punya sifat kehambaan meningkat. Subhanallah~ saya mencintai alam.

Namun, tidak semua hamba Allah yang bergelar manusia itu akan akur dan tunduk pada aturannya. Ada juga dikalangan hamba-hambaNya melakukan kezaliman. Tidak berlaku adil pada alam. Sampah sarap dibuang merata-rata. Mencacatkan pemandangan di situ.Astaghfirullah!! Saya sangat geram~~

Dan ada juga tanpa segan silu bermaksiat bersaksikan seluruh alam. Sekumpulan adik remaja bercampur gaul antara lelaki dan perempuan, berpelukan di dalam air membuat hati saya tersayat. Tak sanggup untuk menghadapi situasi tersebut.

Saya kasihkan mereka, saya sayang mereka. Doa saya agar Allah membukakan pintu hidayah untuk mereka. Saya tidak benci mereka, tapi saya benci perlakuan mereka. Dan saya tidak menyalahkan mereka 100% kerana mereka begitu kerana saya juga ada saham untuk membetulkan mereka.

Saya memohon ampun pada Allah di atas ketidak mampuan saya menyampaikan Islam yang sebenar kepada mereka. Sungguh saya sangat sedih.. Selemah-lemah iman saya, hanya kekuatan di dalam hati. Tidak saya tahu dengan cara bagaimana untuk dekati mereka. Ilmu komunikasi saya perlu digilap.

Insaf.. bukan kumpulan itu sahaja, malah ada yang lain juga di kawasan gunug tersebut. Astaghfirullahal'adzim~

Memang kerja sebagai penyebar kebenaran sangat banyak!

Inilah kerja Islami yang paling utama. Menyampaikan Islam kepada orang lain, dalam masa yang sama, membentuk peribadi yang dapat sama-sama bergerak mengangkat Islam. Allahu ghoyatuna!!

Kecintaan kita kepada bumi dan seisinya adalah hasil buah dari keimanan kita pada Allah. Sekiranya kita cintai alam kerana Allah, maka kita takkan berani-berani buat kerosakan kepada bumi. Takkan buang sampah merata-rata, takkan hasilakan carbon dioxide yang banyak sesuka hati. Kita sedaya upaya cuba pelihara bumi ini. Sebab kita akan mewariskan bumi yang indah dan bersih kepada generasi kita.

Kecintaan kita kepada sesama manusia kerana Allah akan menjadikan kita memandang mereka dengan kacamata kasih sayang. Sedaya upaya kita usahakan membawa mereka bersama-sama berjalan seiring dan sejalan menuju syurga. Rasa tanggungjawab kepada Allah untuk menjadikan bumi ini dihuni oleh mereka yang memujiNya.

Sekiranya semua orang menjaga satu sama lain, dan berlumba-lumba menuju ke syurga, makanya bukan sahaja bumi ini akan jadi indah, bahkan kehidupan juga akan lebih harmoni dan bahagia kerana disirami dengankasih sayang semata-mata hanya kerana Allah. Tiada yang lain.

Saya rindu akan suasana itu. Saya ingin menjadi salah seorang yang berusaha membentuk suasana itu. Saya berharap bumi ini akan indah dan permai. Tiada damai abadi selain di sini..Insha Allah.. Tak salah kan saya bercita-cita begini??

Kamu doakan juga ya agar bumi ini indah. Indah sebab ciptaanNya semua berzikit, tunduk dan patuh kepadaNya. Insha Allah. Sama-sama kita doakan.

Indah permai bumi kita
Aman sentosa sejahtera
Lihat sungai yang mengalir
Deru ombak yang berdesir

Hijaunya nusantara
Penyegar pandangan mata
Damai suasana
Ciptaan Allah Maha Esa

Tetapi oh mengapa
Ada saja dalangnya
Mencemari bumi ini
Indahnya dikotori

Oleh itu hai kawan
Bersama kita pastikan
Keindahan bumi tak lagi dinodai
Keindahan bumi tak lagi dicemari

Cintai Bumi Kita-Bangsar Boyz


Aura Besi, Pencinta Alam
Tanah Selatan
18042011
0856

No comments:

Post a Comment