Friday, April 15, 2011

Baiti Jannati: Mencintai tak bererti memiliki

"Mencintai tak bererti memiliki"

Suka untuk saya mengingatkan diri saya sendiri, mencintai sesuatu yang bukan hakiki bererti apa yang dicintai itu pasti akan hilang daripada kita akhirnya.

Saya mencintai dirinya. Peralihan kuasa dari tangan ayah saya ke tangannya menjadikan ketaatan saya juga berubah kepadanya juga.

Jarak yang memisahkan demi tanggung jawab dan ingin mencapai cita-cita Islam menuntut pengorbanan yang boleh tahan hebatnya.

Berjauhan dengan belahan jiwa, tika saya mahu mula belajar mencintainya sedikit demi sedikit membuat hati ada sedikit perit. Walaupun pada luarannya saya nampak 'cool' dan 'macho'!!

Hikmahnya, saya belajar untuk positif dengan perancangan Allah. Ini adalah latihan untuk diri saya dan juga dirinya.

Mana tahu suatu hari nanti kami akan menghadapi ujian yang paling besar kan?

Boleh jadi, dengan jarak ini kami dapat peluang yang banyak untuk perbaiki diri sendiri sebelum Allah campakkan kami ke medan sebenar dalam rumah tangga apabila tinggal serumah nanti.

Dan boleh jadi juga, kami lebih fokus, lebih berusaha untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Allah baik, Dia takkan letakkan hambaNya pada kedudukan yang tidak mampu ditanggung. Dan Allah bagi rintangan sebagai ujian untuk kita lebih dekat dengan Dia. Jadi ini satu keuntungan!! Subhanallah~

Saya sedang berusaha untuk belajar mencintai pejuang di jalan Allah. Mencintainya bererti melepaskan dirinya untuk bergerak menjadi jundullah. Berlapang dada untuk berkongsi dirinya dengan masyarakat. Dan belajar untuk sentiasa kuat agar sayalah orangnya yang mengobarkan semangat juang dalam dirinya. Juga kekuatan saya akan menjadi tenaga kepada dia ketika dia lelah. Sepadu besi yang menjadi pasak, saya harus begitu. Kerana Islam memerlukan rijal untuk membela dan menjulangnya. Dan saya mahu dia begitu!!

Jadi, tidak mengapa sekiranya pada saat ini kami tidak seperti pasangan lain. Ibarat katanya :

"Cinta kita bukan cinta biasa, cinta kita bermatlamatkan syurga. Syurga itu jalannya sukar dan melelahkan."

Tak mengapa, sebab kami merindukan syurga. Tak mengapa terkorban sedikit di dunia. Ini baru permulaan, ini baru sedikit. Jadi tak mengapa...Insha Allah, kami kuat. Doakan kami ya!!

Terlintas juga dalam hati, bagaimana agaknya dengan mereka yang memupuk cinta tak halal. Betapa beratnya siksaan batin. Sudahlah tidak dapat memiliki. Malah belum tentu dimiliki!! Tambahan lagi berjauhan, dengan keterbatasan membuat curahan hati lantaran belum dibenarkan oleh syara'. Itulah saya kira azab dan siksaan kepada jiwa. Berlaku zalim kepada diri sendiri. Makanya ketenangna itu jauh, begitu juga dengan rahmat Allah. Na'udzubillah!!

Peliharalah hati

Cintailah kerana Allah

Apa-apa perkara pun

Jika hendak membenci, membencilah kerana Allah

Itulah sebaiknya

***

Rasa cinta

Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya

Dan kerananya manusia sanggup apa saja

Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta

Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa

Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta

Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai

Mungkinkah si dia akan tetap setia

Setelah kau serahkan jiwa dan ragamu

Mungkinkah kau pastikan tidak akan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga

Sedarlah engkau bunga itu akan layu

Jika kau cintakan manusia

Sedarlah suatu hari dia akan pergi

Jika kau mencintai harta

Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika kau mencintai Ilahi

Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi

Inteam-Cintailah Illahi
***
Yang merindu
Tanah selatan
15042011
1848

No comments:

Post a Comment