Wednesday, April 20, 2011

Mode:Saya mesti kuat!!!


Tak kisah la, ada orang kisah or tidak, saya mesti jadi kuat!!
Saya mesti kuat walaupun saya rasa tak berapa kuat
Saya kena kuat sebab orang lain perlukan kekuatan saya
Saya kena kuat supaya perjalanan saya akan sampai ke penghujung
Tak kisah la ada orang yang concern or tak
Saya mesti kuat walaupun hati saya tak berapa kuat
Saya mesti kuat untuk terus ke hadapan
Walau takde siapa-siapa di sisi saya
Saya tak kisah dan usaha untuk tak kisah
Walaupun air mata saya mengalir sebab kisah, tapi saya kena usaha untuk kuat dan berlapang dada
Saya harus kuat
Walaupun saya harap ada bahu yang boleh tumpangkan air mata saya untuk dikesat
Saya mesti kuat
Walaupun orang yang saya harapkan tak berada di sisi saya selalu
Saya mesti kuat, saya mesti kuat, saya mesti kuat!!


Allah ada untuk saya kan??
Allah dengar kan bisikan hati saya??
Jadi hanya kepada Allah sahaja yang perlu saya bergantung harap!!
Allah~ hambaMu ini lemah, perlukan kekuatan, tolong pinjamkan kekuatanMu untuk hambaMu yang penuh noda ini..Amin

***
I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow

You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong


Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong


Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf


Aura Besi

Sepadu besi

Tanah Selatan

20042011

0809

Mode: Tak nak kisah sudah!!


Nak belajar menyesuaikan diri
Dengan title baru
Dengan suasana baru
Dengan tanggung jawab baru

Ibaratnya macam mula baca buku untuk subjek yang baru
Mula-mula baca blur~
Lepas tu pening-pening sikit
Lepas tu tension sebab baca-baca tak faham
Kena baca sampai habis untuk dapatkan overview
Kena baca berulang kali untuk dalamkan kefahaman
Kena study sikit-sikit untuk fahamkan
Proses yang sakit dan perit
Rasa macam nak campak buku tu dalam sungai
Ke nak campakkan diri atas katil?
Terasa macam bebal sangat
Perasaan yang tak best
Rasa nak nangis je..
Susah bukan main
Tapi tetap kena face jugak benda tu
Hadapi sampai tepu
Lama-lama...
Insha Allah, Allah akan buka pintu
Mula-mula susah, tak suka, baru nak kenal-kenal..
Lama-lama bila dah biasa
Owh~ macam ni rupanya..
Senang je kot...
Alhamdulillah


Tapi itu buku,
Kalau orang macam mana?
Nak kenal dia, nak faham dia
Buku takde perasaan
Orang ade.. jadi lain kat situ
Susah jugak rupanya.
Masalah komunikasi
Tapi inilah kehidupan, kalau tak mana lagi nak belajar?
Rasa macam nak merajuk selalu
Sebab kecik hati
Tapi mana solehah
Owh~ aku masih tak kenal dia lagi rupanya
Sedangkan hidup 5 tahun tak tentu lagi boleh kenal, ni masih baru..alahai~
Berdikit-dikit
Ntah-ntah dia pun bengang dengan aku
Bertoleransi, insha Allah
Kata nak raih Mardhatillah
Jadi kena berlapang dada
Masing-masing baru belajar
Insha Allah ada jalan.
Yakin!!
Yosh!!!

ps: Tak nak contact pun takpe, ikut suka la..huhu.. tengah usaha tak kisah walaupun sebenarnya sangat-sangat kisah. Macam la dia sempat nak baca blog ni. Ceh!!

Berusaha untuk sabar
Aura Besi
Tanah Selatan
20042011
0723

**Selepas malam tadi tido tak berapa nyenyak T_T

Monday, April 18, 2011

Go green:Ibadah tafakur bersama alam


Berkelah atau mukhayyam. Perkara yang saya sukai, selain travel dan membaca. Mendekati alam, merasai keindahan nusantara, kehijaun daun, kebiruan langit dan laut. Subhanallah~ damai. Bila saya tahu semuanya berzikir memuji Allah. Masya Allah~ tenang.

Atas izin Allah, semalam yang permai saya bersama teman baik bermukhayyam ke Hutan Lipur Gunung Pulai. Atas satu tujuan, mentadabbur alam.

Pendakian ke gunung itu dalam rangka mencari air terjun yang indah. Subhanallah memang indah. Airnya hijau kebiruan. Bukan disebabkan lumut. Tapi kerana kejernihannya. Sangat gembira, sangat terpegun. Diri merasa kagum dengan ciptaan Allah.

Orang mengantuk, maka disorongkan bantal. Kalau jumpa air, maka mandilah!!!Dah jumpa air terjun, jika tak berendam adalah satu kerugian besar! Bila lagi nak dapat nikmat macam ini. Terbayang juga difikiran, hanya dengan air terjun, juga hutan membuatkan hati ini rasa gembira dan seronok, apatah lagi jikalau Allah menjanjikan syurga. Apakah perasaan kita ya?

Terkesan dengan kata-kata seorang teman mukhayyam:

"Indah kan tempat yang kita pergi ni.. Sangat indah.. Tapi, tadi waktu kita nak sampai ke sini, agak-agak susah tak?"

Memang susah. berapa kali kaki saya tersangkaut batu. Malah selipar toilet kegemaran saya juga terputus!! Agak mencabar laluannya, lagi-lagi bila kami yang kononnya adventurous memilih untuk menelusuri denai mencari tempat yang baik untuk kami berkelah.

Dan teman itu terus menyambung...

"Macam tu lah hidup kita ni, sesuatu yang indah dan berkualiti memang susah untuk kita mendapatkannya.."

Masya Allah~ ada unsur tarbawi di situ. Kalau kita inginkan syurga, apatah lagi kan kesukaran laluan yang kita kena hadapi. Kalau kita tak susah, dari sudut mana lagiAllah nak ganjari kita dengan pahala?

Sesungguhnya, dengan mendekati alam, memang akan membuatkan saya punya sifat kehambaan meningkat. Subhanallah~ saya mencintai alam.

Namun, tidak semua hamba Allah yang bergelar manusia itu akan akur dan tunduk pada aturannya. Ada juga dikalangan hamba-hambaNya melakukan kezaliman. Tidak berlaku adil pada alam. Sampah sarap dibuang merata-rata. Mencacatkan pemandangan di situ.Astaghfirullah!! Saya sangat geram~~

Dan ada juga tanpa segan silu bermaksiat bersaksikan seluruh alam. Sekumpulan adik remaja bercampur gaul antara lelaki dan perempuan, berpelukan di dalam air membuat hati saya tersayat. Tak sanggup untuk menghadapi situasi tersebut.

Saya kasihkan mereka, saya sayang mereka. Doa saya agar Allah membukakan pintu hidayah untuk mereka. Saya tidak benci mereka, tapi saya benci perlakuan mereka. Dan saya tidak menyalahkan mereka 100% kerana mereka begitu kerana saya juga ada saham untuk membetulkan mereka.

Saya memohon ampun pada Allah di atas ketidak mampuan saya menyampaikan Islam yang sebenar kepada mereka. Sungguh saya sangat sedih.. Selemah-lemah iman saya, hanya kekuatan di dalam hati. Tidak saya tahu dengan cara bagaimana untuk dekati mereka. Ilmu komunikasi saya perlu digilap.

Insaf.. bukan kumpulan itu sahaja, malah ada yang lain juga di kawasan gunug tersebut. Astaghfirullahal'adzim~

Memang kerja sebagai penyebar kebenaran sangat banyak!

Inilah kerja Islami yang paling utama. Menyampaikan Islam kepada orang lain, dalam masa yang sama, membentuk peribadi yang dapat sama-sama bergerak mengangkat Islam. Allahu ghoyatuna!!

Kecintaan kita kepada bumi dan seisinya adalah hasil buah dari keimanan kita pada Allah. Sekiranya kita cintai alam kerana Allah, maka kita takkan berani-berani buat kerosakan kepada bumi. Takkan buang sampah merata-rata, takkan hasilakan carbon dioxide yang banyak sesuka hati. Kita sedaya upaya cuba pelihara bumi ini. Sebab kita akan mewariskan bumi yang indah dan bersih kepada generasi kita.

Kecintaan kita kepada sesama manusia kerana Allah akan menjadikan kita memandang mereka dengan kacamata kasih sayang. Sedaya upaya kita usahakan membawa mereka bersama-sama berjalan seiring dan sejalan menuju syurga. Rasa tanggungjawab kepada Allah untuk menjadikan bumi ini dihuni oleh mereka yang memujiNya.

Sekiranya semua orang menjaga satu sama lain, dan berlumba-lumba menuju ke syurga, makanya bukan sahaja bumi ini akan jadi indah, bahkan kehidupan juga akan lebih harmoni dan bahagia kerana disirami dengankasih sayang semata-mata hanya kerana Allah. Tiada yang lain.

Saya rindu akan suasana itu. Saya ingin menjadi salah seorang yang berusaha membentuk suasana itu. Saya berharap bumi ini akan indah dan permai. Tiada damai abadi selain di sini..Insha Allah.. Tak salah kan saya bercita-cita begini??

Kamu doakan juga ya agar bumi ini indah. Indah sebab ciptaanNya semua berzikit, tunduk dan patuh kepadaNya. Insha Allah. Sama-sama kita doakan.

Indah permai bumi kita
Aman sentosa sejahtera
Lihat sungai yang mengalir
Deru ombak yang berdesir

Hijaunya nusantara
Penyegar pandangan mata
Damai suasana
Ciptaan Allah Maha Esa

Tetapi oh mengapa
Ada saja dalangnya
Mencemari bumi ini
Indahnya dikotori

Oleh itu hai kawan
Bersama kita pastikan
Keindahan bumi tak lagi dinodai
Keindahan bumi tak lagi dicemari

Cintai Bumi Kita-Bangsar Boyz


Aura Besi, Pencinta Alam
Tanah Selatan
18042011
0856

Friday, April 15, 2011

Baiti Jannati: Mencintai tak bererti memiliki

"Mencintai tak bererti memiliki"

Suka untuk saya mengingatkan diri saya sendiri, mencintai sesuatu yang bukan hakiki bererti apa yang dicintai itu pasti akan hilang daripada kita akhirnya.

Saya mencintai dirinya. Peralihan kuasa dari tangan ayah saya ke tangannya menjadikan ketaatan saya juga berubah kepadanya juga.

Jarak yang memisahkan demi tanggung jawab dan ingin mencapai cita-cita Islam menuntut pengorbanan yang boleh tahan hebatnya.

Berjauhan dengan belahan jiwa, tika saya mahu mula belajar mencintainya sedikit demi sedikit membuat hati ada sedikit perit. Walaupun pada luarannya saya nampak 'cool' dan 'macho'!!

Hikmahnya, saya belajar untuk positif dengan perancangan Allah. Ini adalah latihan untuk diri saya dan juga dirinya.

Mana tahu suatu hari nanti kami akan menghadapi ujian yang paling besar kan?

Boleh jadi, dengan jarak ini kami dapat peluang yang banyak untuk perbaiki diri sendiri sebelum Allah campakkan kami ke medan sebenar dalam rumah tangga apabila tinggal serumah nanti.

Dan boleh jadi juga, kami lebih fokus, lebih berusaha untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Allah baik, Dia takkan letakkan hambaNya pada kedudukan yang tidak mampu ditanggung. Dan Allah bagi rintangan sebagai ujian untuk kita lebih dekat dengan Dia. Jadi ini satu keuntungan!! Subhanallah~

Saya sedang berusaha untuk belajar mencintai pejuang di jalan Allah. Mencintainya bererti melepaskan dirinya untuk bergerak menjadi jundullah. Berlapang dada untuk berkongsi dirinya dengan masyarakat. Dan belajar untuk sentiasa kuat agar sayalah orangnya yang mengobarkan semangat juang dalam dirinya. Juga kekuatan saya akan menjadi tenaga kepada dia ketika dia lelah. Sepadu besi yang menjadi pasak, saya harus begitu. Kerana Islam memerlukan rijal untuk membela dan menjulangnya. Dan saya mahu dia begitu!!

Jadi, tidak mengapa sekiranya pada saat ini kami tidak seperti pasangan lain. Ibarat katanya :

"Cinta kita bukan cinta biasa, cinta kita bermatlamatkan syurga. Syurga itu jalannya sukar dan melelahkan."

Tak mengapa, sebab kami merindukan syurga. Tak mengapa terkorban sedikit di dunia. Ini baru permulaan, ini baru sedikit. Jadi tak mengapa...Insha Allah, kami kuat. Doakan kami ya!!

Terlintas juga dalam hati, bagaimana agaknya dengan mereka yang memupuk cinta tak halal. Betapa beratnya siksaan batin. Sudahlah tidak dapat memiliki. Malah belum tentu dimiliki!! Tambahan lagi berjauhan, dengan keterbatasan membuat curahan hati lantaran belum dibenarkan oleh syara'. Itulah saya kira azab dan siksaan kepada jiwa. Berlaku zalim kepada diri sendiri. Makanya ketenangna itu jauh, begitu juga dengan rahmat Allah. Na'udzubillah!!

Peliharalah hati

Cintailah kerana Allah

Apa-apa perkara pun

Jika hendak membenci, membencilah kerana Allah

Itulah sebaiknya

***

Rasa cinta

Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya

Dan kerananya manusia sanggup apa saja

Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta

Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa

Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta

Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai

Mungkinkah si dia akan tetap setia

Setelah kau serahkan jiwa dan ragamu

Mungkinkah kau pastikan tidak akan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga

Sedarlah engkau bunga itu akan layu

Jika kau cintakan manusia

Sedarlah suatu hari dia akan pergi

Jika kau mencintai harta

Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika kau mencintai Ilahi

Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi

Inteam-Cintailah Illahi
***
Yang merindu
Tanah selatan
15042011
1848