Sunday, January 23, 2011

Tazkirah: Bersyukur dengan Islam

Tazkirah edisi KULIM a.k.a Kuliah Lima Minit



Mungkin ini perkara biasa bagi kita bila hadir ke program:

"Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izinNya kita masih mengecapi dua ni'mat yang paling besar iaitu ni'mat Islam dan ni'mat Iman"

Semalam, hati ini bagai digigit semula, setelah sekian lama tidak terusik untuk merasa betapa besarnya ni'mat Islam itu sendiri.

"Dunia ini Allah bagi pada semua orang. Orang baik ke,orang jahat ke, orang beriman ke, orang tak beriman ke, orang yang soleh ke, orang tak soleh ke, orang berilmu ke, orang tak berilmu ke, semua dapat dunia ini. Tapi, Islam itu, Allah bagi kepada orang-orang yang Dia kasihi sahaja."

Terkaku saya, betapa bersyukurnya saya seorang Islam. Alhamdulillah..

Maka ni'mat yang mana lagi yang saya dustakan?

Akhir kata, kalau kita tak infaq, tak berjihad di jalan Allah dan korbankan segala yang kita ada untuk tegakkan Islam, dengan apa kita nak masuk syurga Allah nanti??

Mana janji yang lebih besar melainkan janji untuk dapat syurga Allah?

Takkan ada benda yang baik yang akan kita dapat tanpa pengorbanan


No comments:

Post a Comment