Monday, January 24, 2011

Penconteng jalanan: Al-Quran dan Saya


Hobi saya adalah membaca.
Novel, buku motivasi,buku-buku fikrah, buku-buku pelajaran.
Kalau baca novel tu, kadang-kadang sampai menitis air mata.
Itu dulu la. Saya yang sengal dan jahil.
Sekarang saya masih peduli dengan novel cuma tak terlalu teruja sangat.
Saya banyak baca buku yang boleh menambahkan added value dalam diri saya untuk menjadi muslimah yang solehah dan orang beriman yang sepatutnya Allah kehendaki sekarang. Alhamdulillah. Ini bahana dan menuju transition state. Perubahan fasa orang kata. Ilmu di dada kena banyak kan?
Namun, satu je yang saya masih kurang.
Apabila saya baca Qur'an, hati saya tak bergetar.
Hati saya kaku.
Ibarat baca lepas tu takde apa-apa.
Adakah saya tak cukup bertaqwa sehinggakan Allah tak bagi petunjuk pada saya?

************
dipetik di sini
Baca Quran ni patutnya macam baca novel la.
Patutnya lebih lagi daripada tu.
Baca Quran ni kena ada feel.
Kalau tak,tak bawa makna apa.
Kalau orang baca novel tu boleh feel habis sampai menangis-nangis,baca Quran ni patutnya berkali ganda lebih feel daripada tu.
Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni.
Tu la.Kita ni kadang-kadang berlagak.
Kalau baca Quran dengan terjemahan,kita sentiasa je letak diri kita jadi ‘watak putih’ dalam Quran tu.
Tapi kita lupa,cukup ke kriteria kita nak jadi ‘watak putih’ tu.
Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya kata ‘aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat :
‘wahai orang yang beriman....’, ‘wahai orang mukmin’..... ‘golongan-golongan muhsinin’ tu’.
Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu?
Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?
Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi ‘watak hitam’.
Bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu.
Bayangkan kita la orang yang kena azab.Baru la kita lagi berlumba-lumba nak lari dari jadi golongan-golongan tu.
Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu bila terlampau berangan sangat yang kita ni la ‘watak putih’,sedangkan amal kita nak melayakkan kita jadi ‘watak kelabu’ pun tak cukup qualification.

*************

p/s: Ayuh, kita sama-sama usaha bumikan Al-Quran dalam jiwa. Mereka yang terdahulu telah beriman dahulu sebelum Al-Quran itu di turunkan, kita celik2 mata dah ada Al-Quran. Allah baik bagi kita panduan sejurus kita lahir ke dunia ini. Jadi tanggungjawab kita untuk gunakan manual hidup ini semaksimum mungkin. Tanda kasih kita pada Allah. Sebab kita memang sangat memerlukan Allah.

No comments:

Post a Comment