Thursday, January 20, 2011

Laluan hidup:Tentang bulan


Subhanallah kak, cantiknya bulan..Bintang pun banyak.. Langit malam ni indah..

Dari dalam kereta saya berbaring di seat belakang bagi menghayati keindahan langit pada malam semalam. Sambil-sambil itu, teringat kepada yang saya sayangi dan saya rindui. Lantas, tangan saya laju menaip SMS untuk berkongsi rasa dan keindahan pada malam itu

"Tengok dekat luar, bulan tengah cantik~ ^^"

**********
"Haah, betul, bulan sangat cantik.. =)"

"Walaupun jauh (macamlah jauh sangat, hehe..) kita tetap pandang bulan yang sama. Hehe.. Haah sangat cantik, bulan penuh"

"Memang aku sedang diluar melihat bulan yang indah mek. Cantik. Macam tau-tau je, hihi.."

"Subhanallah..bintang pun nampak ...(^_^)"

"Bulan ditutup dengan awan tadi kan.. =)"

"Cantik2x.. tengah menghayati jugak, sambil tunggu apek datang. Betulkan motor, tengah jalan bocor~"

"Ye, Subhanallah, saya menyaksikan dari bandar Taman U..hehe.."

"Ala~ sepertinya bulan ditutupi oleh awan yang mendung, saya tercari-cari dari dalam kereta ni. Tak jumpa2x pun. On the way ke Dato' Harun.."

"Tak nampak bulan, pokok tinggi2x~.. Ai, ni menikmati keindahan alam ke mengelamun Naz Kosuke? Hehehe XD"

"Oh dinda, masih teringatkah ketika kita bercengkerama di bawah lampu minyak tanah.. Tq RM20 hari tu.. "

"Ok, aku tengok cermin.. Hahahaha~"

"Saya try jugak nak tengok bulan tu.."

"Ok, jap lagi keluar rumah cari bulan"

"A'ah"

"Akhirnya dapat juga tengok bulan, tolong la orang tu tengok sekarang, boleh tengok sama-sama"

"Sorry, aku tido tadi. Ada apa-apa nak cakap dengan aku ke?"

"Haah, bulan penuh.. Subhanallah"

******

Hati ada sikit tenang walaupun hanya melihat bulan, dan saya tersenyum melihat keindahan bulan. Subhanallah.. Adakah saya sudah menjadi seperti pungguk yang merindukan bulannya?
Ntah.. Saya sendiri tak pasti...Yang saya tahu, saya suka langit malam yang ada bulan dan bintang yang bertaburan. Saya rasa Allah hebat. Masya Allah.. Maka nikmat yang mana lagi yang saya dustakan???

No comments:

Post a Comment