Wednesday, January 26, 2011

Laluan Hidup: Discover myself

Setiap manusia ada sisi kelam masing-masing, tidak terkecuali saya

Namun disebabkan keajaiban tarbiyah, saya mampu keluarkan diri dari sisi kelam tersebut

Dengan proses ini saya sedar bahawa apa-apa sahaja kebenaran ataupun kebaikan walaupun keluar dari lidah orang yang tidak beriman, mahupun dari lidah seorang anak kecil yang belum baligh, itu adalah hidayah Allah

Saya susah nak membenci orang yang memberikan tarbiyah kepada saya.

Walaupun saya terpaksa menanggung kesakitan, kadang kala diperlakukan dengan kasar, atau dipergunakan untuk kepentingan tertentu, saya tetap rasa terhutang budi pada insan-insan yang telah memberikan hidayah pada saya.

Biarpun orang kata hati saya terlalu lembut, biarpun orang kata saya mudah diperkotak-katikkan, tapi saya tetap tak dapat nak benci orang itu sebab saya pernah berubah lantaran kata-kata dia yang menyebabkan saya kenal akan Allah.

Di sini saya ingin berkongsi tentang keajaiban tarbiyah.

Saya yang dahulunya meletakkan perkara yang negatif di hadapan telah bertukar sedikit menjadi positif dan berusaha memandang yang positif. Walaupun kadang kala hawa nafsu saya menghalang saya berbuat begitu.

Saya berusaha memandang dunia dengan pandangan yang positif, doakan saya untuk positif. Doakan saya untuk buat yang terbaik. Doakan saya untuk berbaik sangka.

Biarkan saya sayang dan cinta kepada orang-orang yang menunjukkan saya jalan hidayah walaupun saya tidak disukai. Apatah lagi orang-orang yang antara saya dengannya terikat oleh jambatan hati yang kukuh Lillahita'ala.

Hidup suburkanlah hati saya dengan sifat kasih dan sayang kepada yang orang yang beriman dan pernah mengucap syahadatain.Amin...

No comments:

Post a Comment