Saturday, January 29, 2011

Aura Besi: Polite

Aura Besi dan sopan santun agak janggal untuk duduk dalam satu baris ayat

Namun Aura Besi boleh berubah

Biasanya Aura Besi sinonim dengan otai dan ganas

Kali ini, biar saya ubah, Aura Besi boleh adapt pada apa-apa situasi

Baik santun mahupun keras..

Dua-dua perlu pada masa dan waktu-waktu tertentu

Semoga dapat bantuan

Sebagai motivasi,

Permaisuri Hatiku dari Hijjaz, mengalun lembut di corong telinga.



Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan dunia

Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharapkan cinta yang Satu
Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu

Malu-mu bernilai
Kata-mu berhikmah
Hati-mu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh~ Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu

Thursday, January 27, 2011

Dia: Nenek saya

saya dan nenek waktu konvo undergrad ^^

Petang ni, lepas saya penat bergolek-golek sambil pulun baca buku Polymer Reaction Engineering bab Coordination Polymerization, tiba-tiba teringat nenek saya dekat kampung.

Sambil-sambil layan blues Alexa-Jangan Kau Lepas, saya rasa nak tujukan lagu jiwang tu untuk nenek saya yang berada di kampung

Nenek saya yang cool dan macho

Saya sayang nenek saya

Nenek saya tak pernah nak beza-bezakan kasih sayang dia ke atas cucunya, walaupun saya tau nenek saya lebih sayangkan Ijan. Huhu..Ijan, aku cemburu dengan ko bai!

Tak kisah la tu

Nenek saya suka pergi surau. Walaupun sudah tua dan takde gigi, nenek tetap tekun bersusah payah kayuh basikal untuk ikuti setiap pengajian dan ceramah dekat surau. Itu membuatkan saya bangga dapat nenek yang suka belajar. Ibrah yang terbesar dan nilai yang baik saya boleh ambil dari peribadi nenek saya.

Nenek saya suka pergi kondangan a.k.a kenduri kawen. Sebab tu network nenek luas. Semua orang dia kawan. Semua orang diangkatnya jadi anak dia. Hehehe.. Nenek saya yang penuh kasih sayang dan penuh dengan sifat ramah dan pemurah. Sebab tu ramai yang sayang. Paling best nenek punya communication skills memang bagus. Pencetus suasana ceria dengan keletahnya. I love u la nenek!!

Kenapa pemurah? Nenek saya banyak pokok pelam yang best-best. Nenek kata nenek ada tanam pokok pelam mengandung. Sebab pelam tu memang tumbuh sepanjang tahun. Siapa-siapa yang mengandung dan mengidam pelam tanpa musim, silalah ke rumah nenek saya. Insha Allah ada. Nenek tak pernah marah orang curi buah pelam. Nenek halalkan dan katakana itu sebagai amal jaria. Mudah-mudahan pokok pelam tu berbuah lebat. Kira nenek saya tak lokek.

Nenek saya disukai oleh kanak-kanak dan bayi-bayi. Sebab nenek pernah ambil upah momong budak a.k.a jaga budak. Untuk mencari sesuap rezeki yang halal, nenek buat kerja itu. Tapi nenek sangat enjoy dengan kerjanya. Kebanyakan cucu-cucu jagaan nenek jarang yang lupakan nenek. Ini terbukti bilamana setiap tahun nenek pasti dapat hadiah baju raya dari makadan bapak budak yang nenek pernah jaga. Bukan sahaja baju, bahkan henset baru pun nenek dapat. Berkat nenek menjaga hubungan yang baik dengan mereka. Alhamdulillah.

Nenek saya juga suka berkebun. Banyak pokok buah dan sayur yang nenek tanam. Bukan buah dan sayur sahaja, bahkan benyak pokok-pokok bunga yang nenek tanam juga. Rumah nenek indah permai. Banyak pula oksigen disekitarnya lantaran tumbuhanan yang menjalankan fotosintesis dan mengeluarkan oksigen. Nenek suka kata dia buat ladang kat tepi rumah. Kesukaan nenek dalam bab perkebunan membuatkan tubuh nenek sihat dan kuat.

Dan paling penting, nenek saya suka berjalan-jalan jauh. Semua tempat nenek dah jejak. Sabah Sarawak je belum. Oi ijan, bila ko nak angkut nenek bai? Agak kagum la jugak dengan nenek yang suka musafir ni. Mantop. Itu juga penyebab kenapa nenek banyak network dan sihat tubuh badannya. Masya Allah.

Apa yang saya dapat belajar dari nenek:

1. Pembelajaran sepanjang hayat. Lagi-lagi hal yang berkaitan ukhrawi. Nenek ajarkan saya jaga hubungan dengan Allah secara tak langsung. Terima kasih nenek!!

2. Menjaga hubungan dengan manusia. Nenek saya memenuhi hak masyarakat. Berziarah dan memenuhi undangan. Nenek melayang orang lain dengan ikhlas. Saya sangat terkesan dengan ini. Sungguh !!

3. Mukmin yang sihat lagi disukai Allah berbanding mukmin yang lemah. Nenek pandai menjaga kesihatan dengan berkebun. Pencinta alam yang sejati. Mana lagi nak jumpa orang muda main tanah. Saya sendiri pun tak berapa kenal pokok.

4. Kasih kepada yang muda. Teringat kepada Rasulullah; Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya ‘Rasulullah telah mencium Al-Hassan bin Ali. Dan diwaktu itu Al-Aqra’ bin Habis sedang duduk bersamanya. Maka berkata Al-Aqra’: Sesungguhnya saya mempunyai 10 anak, dan saya tidak pernah mencium seorang pun diantara mereka. Rasulullah menoleh kepadanya, seraya bersabda: Siapa yang tidak membelasi orang lain, niscaya dia tidak akan dibelasi’. Mungkin atas sebab itu nenek disayangi bukan sahaja oleh anak-anak dan cucu-cucunya, bahkan oleh orang lain juga. Masya Allah.

5. Musafir melihat alam dan berziarah adalah satu perkara yang dapat menghubungkan silaturrahim dan melabar jalur ta’aruf. Dengan ta’aruf maka terjalinnya ukhuwah, dengan ukhuwah maka terjalinnya kasih sayang dan cinta, dengan cinta maka terhasilnya kesatuan. Itulah antara tunjang peningkatan iman.

******************

Nenek, walaupun nenek tak baca post ini, tapi saya nak orang lain tahu bahawa saya ada seorang nenek yang hebat. Nenek yang gagah, nenek yang setia dan cekal. Doa nenek tak pernah putus untuk kami. Nenek wanita yang perkasa pada pandangan mata saya.

Nenek terima kasih lahirkan mak saya. Dari mak saya, maka lahirlah saya. Saya sayang nenek. Sayang sampai ke syurga. Semoga Allah kumpul kita di sana ^^

Wednesday, January 26, 2011

Laluan Hidup: Struggle


I'm struggling in everything:

Study, akhlaq, preparation to be a good wife as well as a good mother

At the same time responsibilities as a student, a daughter, a kind sister still go on

My aim:

Change for good

Change to be a better person

Come along with a lot of responsibilities

Please help me:

Jangan sakat saya atau ketawakan saya

Saya penat tahan rasa

Tolong galakkan saya, jangan demotivated kan saya

Mode:

Berusaha pandang dunia dengan pandangan yang positif

Laluan Hidup: Discover myself

Setiap manusia ada sisi kelam masing-masing, tidak terkecuali saya

Namun disebabkan keajaiban tarbiyah, saya mampu keluarkan diri dari sisi kelam tersebut

Dengan proses ini saya sedar bahawa apa-apa sahaja kebenaran ataupun kebaikan walaupun keluar dari lidah orang yang tidak beriman, mahupun dari lidah seorang anak kecil yang belum baligh, itu adalah hidayah Allah

Saya susah nak membenci orang yang memberikan tarbiyah kepada saya.

Walaupun saya terpaksa menanggung kesakitan, kadang kala diperlakukan dengan kasar, atau dipergunakan untuk kepentingan tertentu, saya tetap rasa terhutang budi pada insan-insan yang telah memberikan hidayah pada saya.

Biarpun orang kata hati saya terlalu lembut, biarpun orang kata saya mudah diperkotak-katikkan, tapi saya tetap tak dapat nak benci orang itu sebab saya pernah berubah lantaran kata-kata dia yang menyebabkan saya kenal akan Allah.

Di sini saya ingin berkongsi tentang keajaiban tarbiyah.

Saya yang dahulunya meletakkan perkara yang negatif di hadapan telah bertukar sedikit menjadi positif dan berusaha memandang yang positif. Walaupun kadang kala hawa nafsu saya menghalang saya berbuat begitu.

Saya berusaha memandang dunia dengan pandangan yang positif, doakan saya untuk positif. Doakan saya untuk buat yang terbaik. Doakan saya untuk berbaik sangka.

Biarkan saya sayang dan cinta kepada orang-orang yang menunjukkan saya jalan hidayah walaupun saya tidak disukai. Apatah lagi orang-orang yang antara saya dengannya terikat oleh jambatan hati yang kukuh Lillahita'ala.

Hidup suburkanlah hati saya dengan sifat kasih dan sayang kepada yang orang yang beriman dan pernah mengucap syahadatain.Amin...

Monday, January 24, 2011

Penconteng jalanan: Al-Quran dan Saya


Hobi saya adalah membaca.
Novel, buku motivasi,buku-buku fikrah, buku-buku pelajaran.
Kalau baca novel tu, kadang-kadang sampai menitis air mata.
Itu dulu la. Saya yang sengal dan jahil.
Sekarang saya masih peduli dengan novel cuma tak terlalu teruja sangat.
Saya banyak baca buku yang boleh menambahkan added value dalam diri saya untuk menjadi muslimah yang solehah dan orang beriman yang sepatutnya Allah kehendaki sekarang. Alhamdulillah. Ini bahana dan menuju transition state. Perubahan fasa orang kata. Ilmu di dada kena banyak kan?
Namun, satu je yang saya masih kurang.
Apabila saya baca Qur'an, hati saya tak bergetar.
Hati saya kaku.
Ibarat baca lepas tu takde apa-apa.
Adakah saya tak cukup bertaqwa sehinggakan Allah tak bagi petunjuk pada saya?

************
dipetik di sini
Baca Quran ni patutnya macam baca novel la.
Patutnya lebih lagi daripada tu.
Baca Quran ni kena ada feel.
Kalau tak,tak bawa makna apa.
Kalau orang baca novel tu boleh feel habis sampai menangis-nangis,baca Quran ni patutnya berkali ganda lebih feel daripada tu.
Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni.
Tu la.Kita ni kadang-kadang berlagak.
Kalau baca Quran dengan terjemahan,kita sentiasa je letak diri kita jadi ‘watak putih’ dalam Quran tu.
Tapi kita lupa,cukup ke kriteria kita nak jadi ‘watak putih’ tu.
Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya kata ‘aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat :
‘wahai orang yang beriman....’, ‘wahai orang mukmin’..... ‘golongan-golongan muhsinin’ tu’.
Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu?
Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?
Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi ‘watak hitam’.
Bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu.
Bayangkan kita la orang yang kena azab.Baru la kita lagi berlumba-lumba nak lari dari jadi golongan-golongan tu.
Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu bila terlampau berangan sangat yang kita ni la ‘watak putih’,sedangkan amal kita nak melayakkan kita jadi ‘watak kelabu’ pun tak cukup qualification.

*************

p/s: Ayuh, kita sama-sama usaha bumikan Al-Quran dalam jiwa. Mereka yang terdahulu telah beriman dahulu sebelum Al-Quran itu di turunkan, kita celik2 mata dah ada Al-Quran. Allah baik bagi kita panduan sejurus kita lahir ke dunia ini. Jadi tanggungjawab kita untuk gunakan manual hidup ini semaksimum mungkin. Tanda kasih kita pada Allah. Sebab kita memang sangat memerlukan Allah.

Sunday, January 23, 2011

Tazkirah: Bersyukur dengan Islam

Tazkirah edisi KULIM a.k.a Kuliah Lima Minit



Mungkin ini perkara biasa bagi kita bila hadir ke program:

"Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izinNya kita masih mengecapi dua ni'mat yang paling besar iaitu ni'mat Islam dan ni'mat Iman"

Semalam, hati ini bagai digigit semula, setelah sekian lama tidak terusik untuk merasa betapa besarnya ni'mat Islam itu sendiri.

"Dunia ini Allah bagi pada semua orang. Orang baik ke,orang jahat ke, orang beriman ke, orang tak beriman ke, orang yang soleh ke, orang tak soleh ke, orang berilmu ke, orang tak berilmu ke, semua dapat dunia ini. Tapi, Islam itu, Allah bagi kepada orang-orang yang Dia kasihi sahaja."

Terkaku saya, betapa bersyukurnya saya seorang Islam. Alhamdulillah..

Maka ni'mat yang mana lagi yang saya dustakan?

Akhir kata, kalau kita tak infaq, tak berjihad di jalan Allah dan korbankan segala yang kita ada untuk tegakkan Islam, dengan apa kita nak masuk syurga Allah nanti??

Mana janji yang lebih besar melainkan janji untuk dapat syurga Allah?

Takkan ada benda yang baik yang akan kita dapat tanpa pengorbanan


Thursday, January 20, 2011

Penconteng jalanan: Gerun? Takut? Ntah..

Ada satu nama yang saya tak boleh tengok sekarang

Nama yang menimbulkan satu perasaan tak sihat

Allah~ apa ntah masalah saya sekarang

Tak mapu buat yang perfect.

Biar saya meluah, kalau tidak ia akan meracun

Sekurang-kurangnya rasa yang tak sihat itu cepat-cepat la padam

Saya tak suka dengan rasa ini

Seolah-olah saya ini seperti pelarian

Pemburu kesempurnaan pada diri saya yang tak pernah nak memenuhi keinganan pemilik nama itu

Maafkan saya

Saya bukan yang terbaik

Self esteem saya agak rendah untuk hal yang satu ini

Sebab saya berusaha menyukai perkara yang saya tak suka

Sampai bila?

Sampai urusan ini selesai..

Mudah-mudahan selesai

Saya dah tak larat

Laluan hidup:Tentang bulan


Subhanallah kak, cantiknya bulan..Bintang pun banyak.. Langit malam ni indah..

Dari dalam kereta saya berbaring di seat belakang bagi menghayati keindahan langit pada malam semalam. Sambil-sambil itu, teringat kepada yang saya sayangi dan saya rindui. Lantas, tangan saya laju menaip SMS untuk berkongsi rasa dan keindahan pada malam itu

"Tengok dekat luar, bulan tengah cantik~ ^^"

**********
"Haah, betul, bulan sangat cantik.. =)"

"Walaupun jauh (macamlah jauh sangat, hehe..) kita tetap pandang bulan yang sama. Hehe.. Haah sangat cantik, bulan penuh"

"Memang aku sedang diluar melihat bulan yang indah mek. Cantik. Macam tau-tau je, hihi.."

"Subhanallah..bintang pun nampak ...(^_^)"

"Bulan ditutup dengan awan tadi kan.. =)"

"Cantik2x.. tengah menghayati jugak, sambil tunggu apek datang. Betulkan motor, tengah jalan bocor~"

"Ye, Subhanallah, saya menyaksikan dari bandar Taman U..hehe.."

"Ala~ sepertinya bulan ditutupi oleh awan yang mendung, saya tercari-cari dari dalam kereta ni. Tak jumpa2x pun. On the way ke Dato' Harun.."

"Tak nampak bulan, pokok tinggi2x~.. Ai, ni menikmati keindahan alam ke mengelamun Naz Kosuke? Hehehe XD"

"Oh dinda, masih teringatkah ketika kita bercengkerama di bawah lampu minyak tanah.. Tq RM20 hari tu.. "

"Ok, aku tengok cermin.. Hahahaha~"

"Saya try jugak nak tengok bulan tu.."

"Ok, jap lagi keluar rumah cari bulan"

"A'ah"

"Akhirnya dapat juga tengok bulan, tolong la orang tu tengok sekarang, boleh tengok sama-sama"

"Sorry, aku tido tadi. Ada apa-apa nak cakap dengan aku ke?"

"Haah, bulan penuh.. Subhanallah"

******

Hati ada sikit tenang walaupun hanya melihat bulan, dan saya tersenyum melihat keindahan bulan. Subhanallah.. Adakah saya sudah menjadi seperti pungguk yang merindukan bulannya?
Ntah.. Saya sendiri tak pasti...Yang saya tahu, saya suka langit malam yang ada bulan dan bintang yang bertaburan. Saya rasa Allah hebat. Masya Allah.. Maka nikmat yang mana lagi yang saya dustakan???

Wednesday, January 19, 2011

Penconteng jalanan: Ajari aku

Galau yang datang dalam hati,

Datang seruntun pertanyaan silih berganti.

Apakah semua yang saya lakukan terlalu dini

Berdegup jantung di dada kendalikan diri

Masih jauh nak gapai syurga abadi,

Jika jiwa dan jasad dimanja dibelai tanpa henti


Sepertinya baru tersedar, hanya Allah tempat bersandar

Yang akan menguatkan hati yang terkapar

Insya Allah, azzam saya akan berlangsung lancar

"Adakah anti sudah siap??!!"

"Ayuh, langsung kita bertakbir!! Allahu Akbar"

**p/s: Semangat saya terbina semula. Allah mudahkan mana yang susah. Allahumma Amin

******


Teach Me – Suara Persaudaraan




Ajari aku tentang sunnah nabiku
[Teach me.. about the sunnah of my prophet]

Ajarilah tentang indahnya ukhuwah
[Teach me about the beauty of brotherhood]

Ceritakanlah tentang para syuhada
[Tell me about the syuhada (martyr) ]

Dan kemuliaan hidup dalam kesyahidan
[..dan the pride of life in the martyrdoom]

Mereka adalah para pembela agama
[They are the defender of this religion]

Penjaga benteng-benteng kehormatan
[They’re guardian in the castles of pride]

Yang telah merelakan jiwa raganya
[that sacrifice their body and soul]

Walau dengan antrean panjang
[even with the long stay in line]

Menggadaikan diri dengan cinta Tuhan
[sell their life for the God’s love]

Chorus:

O .. O… generasi Sholahuddin al Ayyubi
[O..O.. the Saladin al Ayyubi generation]

Sadarkah dirimu tentang hakikat ribathul ukhuwah
[Have you ever known about the bauty of brotherhood]

Dan kau mujahidah al Khonsa di abad ini
[and .. you the al Khonsa struggler in this age]

Didiklah generasi penerus perjuangan para nabi
[teach this generation .. to keep the prophet’s struggle]

Ceritakanlah tentang kegembiraan
[Tell me about the cheerish]

dan kebahagiaan syuhada di medan juang
[and the happiness of the martyr in the warfare]

walau jasad mereka telah tiada
[even their bodys’ been gone]

gugur dalam membela kebenaran
[die as the defender of the truth ]

namun mereka hidup dalam kedamaian
[yet they live in peaceness]

dengan limpahan kasih sayang Tuhan
[and the God’s love and affacetion pour to them]

adakah kau dengan azzam dalam usia yang tergenggam
[Do you have the strong will in your life]

untuk mewujudkan segala asa dan impian
[to make the wish and dream]

adakah kau dengan sabar menghalau jiwa yang tenang
[Are you patience enough to rush your calm soul]

menuju sebuah padang menanti syahid dambaan
[toward the prairie waiting for the hopefull martyrdoom]

chorus:

Ceritakanlah tentang kegembiraan
[Tell me about the cheerish]

dan kebahagiaan syuhada di medan juang
[and the happiness of the martyr in the warfare]

walau jasad mereka telah tiada
[even their bodys’ been gone]

Tuesday, January 18, 2011

Mereka: Seibu sebapa


Mereka yang saya sayang atas dasar pertalian darah

Kini sayang saya pada mereka atas dasar cinta saya pada mereka, Allah suruh saya sayang mereka

Masing-masing dah besar, masing-masing dah ada haluan masing-masing

Semoga kita tetap boleh jumpa selalu

Walaupun bukan di desa indah permai, tapi di kampung abadi di sana: Jannah

Semoga mereka disayangi Allah, dipandang penuh kasih oleh Allah

Semoga Allah bahagiakan hati mereka, semoga Allah tenangkan hati mereka, semoga Allah beri solusi untuk setiap masalah mereka

Atas nama rindu, saya sayang mereka. Sayang sangat-sangat. ^^

Penconteng jalanan: Mode motivasikan diri sendiri


Adakalanya

nak kurung diri dalam bilik, shut down segala connection

Adakalanya

tak nak bercakap dengan sesiapa pun

Adakalanya

tak nak pandang mata sesiapa pun

Adakalanya

tak nak jawab panggilan dari sesiapa

Adakalanya

nak duduk diam tanpa buat apa-apa

Adakalanya

nak bersendirian tak nak buka pintu dan tingkap, minta bagi ruang sebentar

Adakalanya

tak nak kisah dengan hal keliling

Mode "alone" ni tak lama

ada wayar putus dalam kepala

ada benda tak settle dalam hati

nak sambung wayar yang putus

nak settle hati yang rosak

nak overcome semua yang tak OK ni

Doakan, hibernasi ini tak lama

Saya tak senyum langsung hari ni

Sunshine, bagi sikit tempias cahaya kamu

Biar bergula sikit wajah saya

Bertahan, sediakan payung. Jadi-jadi la dok biar hujan turun

Banyak lagi kena make up, banyak lagi benda penting

Yoshh!!!!!

Bangkit2x~ harapan itu masih ada

Pantang undur ke belakang selagi tak sampai ke arah tujuan

Nak jadi komando kena kental, macam Khaulah, Nailah, Syifaa'

Apa barang sedih memanjang, tak rock, tak heartless~

Haish~ tiba-tiba rindu orang kat kampungn la pula. Rindu adik-adik yang sengal dengan lawak yang extreme. Supaya bibir ini tersungging, ade senyum pada wajah. Tak kaku kayu ala-ala batu.

Alhamdulillah, niat nak senyum dah mai da..

"Senyum kepada dunia, maka dunia akan seyum kepadamu"
[Sue dabong, Jan 2011]

Laluan Hidup: Saya tak OK sejujurnya


Boleh jadi apa kamu sukai itu tidak baik bagi kamu, dan boleh jadi juga apa yang kamu tak sukai itu baik bagi kamu.

Sebab ayat Al-Qur'an ini, saya terus teguh berdiri walaupun ada rasa sakit dalam dada saya

Namun, adakalanya saya tak dapat tahan kesakitan itu

Buat sesuatu perkara yang paling tidak saya sukai

Dari dulu lagi saya tidak suka melakukannya

Atas tiket tarbiyah, saya teruskan juga

Saya yang berlagak cekal dan tabah, saya yang kononya kuat

Separuh jalan sudah berlalu, perjalanan saya masih kabur.

Saya masih tak nampak jalan mana yang harus saya lalui

Tapi saya tetap berpura-pura tersenyum dan katakan kepada yang bertanya
"Alhamdulillah semuanya OK dan baik-baik sahaja"

Hakikatnya saya takut, sebab saya tak nampak hala tuju

Dan ada yang mengatakan kepada saya
"Segalanya tak mustahil sekiranya kamu usaha sungguh-sungguh. Allah tak turunkan Mann dan Salwa 'gedebuk!!' macam tu sahaja kalau kamu tak usaha"

Apalagi saya patut buat jika hujah itu yang diberikan?

Hakikatnya saya sedang berusaha untuk positif dan menjadi seekor lebah. Cuba sedaya upaya saya, sekudrat tenaga saya, memujuk hati dan jiwa saya supaya menyukai apa yang tidak sukai.
Saya katakan pada diri saya
"Ini untuk tarbiyah, ini untuk tarbiyah, ini untuk tarbiyah.."

Tapi saya sedar saya tak sekuat itu rupanya. Saya tak seteguh itu. Saya tak jujur pada diri saya. Saya tak rasa seronok dengan apa yang saya lakukan.

Saya berusaha menjadi lebah, memandang kepada kebaikan untuk setiap apa yang saya lalui;
"Jalan kebaikan biasanya susah, hanya orang-orang yang kental dan dipilih oleh Allah sahaja yang layak. Mungkin saya orang itu, dan saya mesti jadi yang terpilih itu"

Adakalanya hilang keikhlasan dalam diri saya, bila hilang ikhlas maka kesan tak berapa baik. Tapi saya berusaha memujuk jiwa saya yang degil menafikan kebolehan yang saya miliki;
"Berangkatlah kamu ke medan jihad dalam keadaan ringan mahupun berat"

Saya terkedu tak mampu berbuat apa dengar hujah itu.

Terpaksa mencari telinga, mendengar sendu tangis saya. Minta maaf, atas sisi kelam saya yang merisaukan orang lain.

Sesungguhnya saya berusaha untuk positif, dan sedang bersungguh-sungguh untuk buat juga yang terbaik. Ini untuk masa depan saya.

Yang pasti saya tekad, saya takkan melalui perkara ini untuk kali yang ketiga lagi. NEVER. Sudah cukup saya makan hati dan tahan rasa saya,

Semoga Allah bantu saya, semoga kamu semua tetap menyokong saya dengan tembakan doa yang tepat kepada Pemilik langit dunia dan seisinya.

Saya harus kuat, walaupun terpaksa berpura-pura kuat. Untuk Allah kan??

Hari ini bila kamu tanya saya saya ok kah?

Saya tak nak jawab apa-apa!!!

Saya nak seseorang yang tak perlu saya cakap saya tak OK, maka dia akan datang kepada saya dan pinjamkan bahu dia pada saya untuk tahan empangan air mata saya yang pecah.

**Sue Dabong, rindu kamu. Kamu yang biar saya pinjam bahu kamu tanpa perlu saya ceritakan apa-apa pun.


Saya menjadi orang yang datang dengan perasaan bercampur baur. Meminjam telinga dan bahu

Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)

Monday, January 17, 2011

Sunshine: Insha Allah


Dear sunshine;

Kecukupan yang dicari, bukan kemewahan

Redha Allah yang ingin diraih, bukan redha manusia

Percaya pada Allah

Pasti ada jalan, sebab Allah dekat dengan kita kan?

Insha Allah

Angkat tangan dan minta pada Dia

Semoga jalan ke arah 'baitul muslim->baitul dakwah->baitul mujahid' berjalan dengan baik dan penuh barakah

Teguhkan hati, kuatkan langkah..Syurga Allah menanti disana. Insha Allah

Dear sunshine;

Mustafa Masyhur ada berpesan :


“ Seorang puteri Muslim sejati tidak patut menerima seorang pemuda yang akan menjadi pasangan hidupnya kecuali ia adalah seorang muslim sejati yang mendukung dakwah islamiyah.”


Individu yang ingin kita pilih adalah individu yang mana ruh dakwah menyala dalam hatinya. Jiwa nya besar dengan cita-cita dakwah.Dan calon impian kita adalah calon yang Allah SWT melihatnya dengan penuh rahmat.


Rumah tangga yang ingin dibangunkan itu sepatutnya menjadi pusat pancaran cahaya. Pusat dakwah islamiyah. Pada dirinya adalah TARBIYAH. Ciri-ciri keimanan yang Allah kehendaki dan sentiasa berhubungan dengan Allah SWT. Niat utama baitul muslim ialah meningkatkan iman kepada Allah SWT. Ia akan menjadi teman dakwah dan jihad.

Berusahalah membangunkan baitu dakwah agar terwujud rumah tangga itu sebagai projector yang memancarkan cahaya dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. Inilah adalah salah satu jalan dan dasar yang penting dalam tarbiyah Islamiyah.

sumber:sini

Belahan Jiwa:The Prophet Urged Men to Keep a Good Company with their Wives

Prophet Muhammad – peace be upon him – has guided his people to keep good company with their wives by word and deed, and there are many traditions of our Prophet Muhammad – peace be upon him – in this regard, and here are some of them:

1- Al Bukhary & Muslim narrated that Abu Huraira – may Allah be pleased with him – reported that Prophet Muhammad – peace be upon him – said: “Treat women kindly, they were created from a rib, and the most crooked part of the rib is the highest part thereof; so, if you tried to rectify the rib it will be broken and if you left the rib as it is, it will remain crooked, and women are like this; therefore treat them kindly”.

There is another narration to the same tradition by Muslim stated: “Women have been created from a rib. She will never be straightened up in the way you wish. If you enjoyed her companionship, then do it with that crookedness, as If you tried to rectify her she will be broken and breaking her means divorcing her.”

The Prophet – peace be upon him – directed men not only to treat women kindly, but also demonstrated their reality to convince men to accept his precious advise, because if the men realized that women are crooked by nature, then they should be patient with women knowing that they cannot be straightforward always, and knowing that they are acting by their very nature; therefore, insisting on the straightforwardness of woman to the ideal level was a point of surprise for the poets, and some of them said:

The Woman is like a crooked rib which cannot be rectified; thus, trying otherwise will break such rib.

Another poet said:

The one who tries to use things beyond their nature is like the one who seeks a torch in water.

2- Prophet Muhammad – peace be upon him – repeated this commandment in several occasions. In his last pilgrimage (Hijjat Al Wadda), our Prophet – peace be upon him – devoted an essential part of his great sermon to this commandment and said: “Treat women kindly, they are captives in your houses, you have no way except to treat them kindly unless they commit a clear-cut abomination, in which case, desert them in the bed, if not feasible, strike them gently but do not cause them any harm, thereafter, if they obeyed you, do not wrong them. You have a right on your wives and your wives have a right on you; your right on them is that they should keep your honor and do not allow any person to enter your houses if you do not like them to enter, and their right on you is to treat them kindly and provide them with clothing and food”. Narrated by Muslim.

The Prophet – peace be upon him reiterated his commandment for woman because he knows well their nature. This nature cannot be tolerated by some of the men who do not have control on themselves when they got angry; thus, their intolerance on the crookedness of women leads them to divorce them; consequently, they lose their wives and scatter their families.

Therefore, the Prophet – peace be upon him – guided Muslim husbands in another tradition to the right way of dealing with their families by saying:

3- “The faithful husband should not hate his faithful wife, because if he hates a certain manner in her character, then he should not forget the other good manners in her character.”

Narrated by Muslim.

4- The Prophet – peace be upon him – said also: “Those who are the best believers are those who have the best manners and the most kind to their families.”

Narrated by At Termithi and others.

5- The Prophet – peace be upon him – said also: “The best of you is the best to his family and I am the best of you to my family”.

6- The Prophet – peace be upon him – said also: “Anything not involving the extolment of Allah is vanity or negligence except four things: exercising shooting, training the horse, playing with his family and learning swimming”.

Narrated by Al Nasa’i.

There are plenty of traditions urging the Muslims to have good manners with their families and relatives

Thursday, January 6, 2011

Dear Sunshine: Mendung

Sekadar menghargai seseorang:

"Saya mencuba untuk rasa apa yang kamu lalui sekarang, walaupun tak dapat memahami sepenuhnya. Satu je saya nak kamu kena tahu ada orang yang yakin dan sentiasa doakan kamu doi sana. Memang la ketawa tu menceriakan suasana, tapi menangis akan buat hati kita lebih lapang dan tenang. Jadi, biar je air mata tu mengalir"
[Ini sunshine saya yang kata hari ini]


Sungguh masuk habuk betul lepas tu..

Alhamdulillah

Biasala kot, student memang selalu ciwek bila belajar susah

"Jila memang macam ni, selalu sangat nangis kalau susah belajar"
[Ini mak saya yang kata].

Kesian mak bila anak dia jauh-jauh call sebab suruh dengar suara orang nangis je. Minta maaf mak.

**banyak yang saya kene cover rupenya. Kritikal n kesuntukan masa. Teruskan menyokong saya ye. Robbuna Yusahhil

Nota hati untuk Aura Besi 7

Man from Makkah, woman from Madinah. Banyak yang saya kena belajar tentang ini. Dan saya memang masih tidak memahami makhluk berlawanan jenis dengan diri saya.

Bersediakah saya??


Nak kahwin?
1. Learn about Islam
2. Learn about woman (surah mujadalah..) 3X ulang
3. Parenting ada kemahiran komunikasi ( cara nk cakap n cara nak dengar)
4. Kukuhkan hubungan dengan Allah SWT
Langkah yang paling utama, yang perlu diberikan perhatian adalah mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT. Tunaikan hak-hak Allah SWT dalam semua urusan kehidupan.

Binalah akaun emosi yang positif dengan pasangan anda jangan sampai kekeringan ‘emosi’. Banyak perceraian hari ini bermula dari kekeringan akaun emosi. Yang ada hanyalah status..
- Kumpulkan pengalaman positif bersama yang dikongsi oleh kedua-dua pasangan, yang akan mengukuhkan hubungan dan menjadi bekalan utama pada ketika berlakunya kekeringan ‘emosi’ terhadap pasangan.
- Elakkan kekeringan emosi .. Rasulullah saw berkahwin dengan Aishah yg sangat muda.
- Perlu rujuk seerah Rasulullah saw.
- Nak bina rumah tangga perlu ada ilmu


Wanita mmg makhluk ‘lain’ memang sensitive, banyak tafsir lain.. Ulama Arab mengubah destinasi 'Man from mars. women from venus' kepada ' Man from Makkah, women from Madinah'. Surah yang turun di Makkah pendek-pendek,,keadaan di Makkah kering kontang, batu-batunya memang keras, begitulah hakikatnya lelaki,,,lihat perkara besar 'simple', kurang sensitif. bahasa orang Makkah agar keras. Berbeza di Madinah, surahnya panjang-panjaang, detail, Madinah subur , masyarakatnya lemah lembut mencerminkan hakikat seorang wanita. Subhanallah...