Tuesday, December 14, 2010

Reflection: Monolog perjalanan tarbiyah

Monolog ini telah saya post kan di rumah lama Quantum Bidadari. Hari ini, saya jenguk kembali rumah lama semula dan mengutip butir-butir bicara yang pernah saya nukilkan di sana. Ini adalah diri saya punya view pada tahun lepas. 7 Disember 2009


*****

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Hari ini bertambah lagi usiaku menunjukkan semakin dekat aku menghampiri kematian. Namun, nikmat Allah tidak juga kunjung padam, udara diberi secara percuma, aqidah dan imanku masih terpelihara,kehidupanku masih lagi tenteram dan bebas dari gundah gulana.

Sesungguhnya, siapa yang sedar bahawa dirinya di bawah pengawasan Allah, maka dia akan jauh dari amalan yang jahat bersama-sama dengan keikhlasan kepada Allah.Hikmah yang tinggi dapat membawa diri dekat kepada Allah. Aku ingin menjadi pembawa hikmah yang tinggi seperti itu, kerana dengan hikmah itu aku dapat mejauhkan diri aku dari melakukan perkara yang pelik-pelik dan tidak diredhai. Itu azam aku. Aku akan sentiasa pegang kata-kata nasihat daripada para murabbiku

“Bekerjalah kamu dan bersegeralah dalam melaksanakan ketaatan kerana kamu memikul risalah yang besar, iaitu meneruskan perjuangan Rasul..”

Mengapa dikatakan besar? Adakah aku bakal dapat menjadi seorang jutawan dan menghasilkan duit berjuta-juta? Adakah aku mampu lebarkan sayap ekonomi dengan luas di atas pentas dunia? Lalu aku boleh menyimpan dengan sebanyak-banyaknya untuk diriku dan membelanjakannya sepuas hatiku? Itulah persepsi masyarakat sekarang yang hanya memandang dari sudut kejayaan ekonomi sebagai yang paling utama. Adakah kerana namaku bakal disebut-sebut oleh manusia seantero alam kerana ini tugas yang besar?

Para murabbiku menyambung lagi

“Ini tugas yang besar kerana diiktiraf oleh Allah”

Pandangan masyarakat hanya megiktiraf nilai ekonomi. Hanya orang yang mempunyai iman yang mantap sahaja nampak perkara ini jauh melebihi skop ekonomi yang terlalu rendah nilainya. Bekerja untuk mendapat pengiktirafan Allah. Bukan manusia. Allah itu satu, hanya penuhi kehendak dan peraturan Allah sahaja sudah cukup dalam hidup ini. Sedangkan manusia itu berjuta-juta bilangannya, bagaimana aku mampu penuhi setiap kehendak mereka? Dari situ, terbuka fikiranku, mahu pilih jalan Allah, ataupun jalan yang direka oleh manusia?

Aku bekerja untuk memberi. Aku bekerja untuk jadi miskin. Sebab itu aku tidak suka orang kaya. Ditahun-tahun yang terakhir sebelum abad pertama Islam berlalu. Kemewahan melanda dunia Islam , lalu mencabar generasi baru yang bakal mengganti genarasi pertama Islam yang unik. Kemewahan telah melalaikan jiwa dan melemahkan keazaman di dalam dakwah dan jihad . Mereka sepatutnya meneruskan dakwah dan jihad untuk menghapus taghut dan menundukkan dunia dibawah naungan Islam.

Mungkin definisi kaya antara kamu dan aku berbeza. Ya,bekerja untuk memberi akan jadi miskin. Bunkankah kita penat-penat memerah keringat, tersimpul otak dan fikiran untuk dapatkan hasil yang lumayan, tapi kita memberi hasilnya pada orang lain. Hanya orang bodoh sahaja yang akan buat begitu. Aku pernah ditentang sebegini ketika aku menyatakan pendapat ku tentang ini dan berkongsi konsep hidupku kepada seorang kenalan. Dan dia berkata,

“Aku masih belum puas dengan dunia ini. Aku masih mahu enjoy. Aku tahu tentang jalan yang kamu mahu pergi itu, tapi aku tidak bersedia untuk mengikutmu ke sana lagi. Biar aku jihad dengan caraku sendiri”

[Bersegeralah teman, marilah bersamaku, berikanlah bantuan kepadaku, bukan untukku, tapi untukmu juga. Dan aku doakan semoga hidayah dan rahmat Allah tetap bersamaku dan untuk dirimu, semoga kita menjadi satu di jalan ini, tidak kira bila masanya nanti.]

Aku tidak ingin menjadi manusia robot yang bekerja siang malam untuk memenuhi keperluan fizikalku semata-mata. Sedangkan dalaman aku kosong. Biar aku begini teman, aku sudah pilih, antara kamu dan tarbiyah, lalu aku pilih tarbiyah. Namun, aku takkan tinggalkan kamu begitu sahaja. Sekurang-kurangnya aku sudah kenalkan kamu kepada dunia tarbiyah, kamu yang memilih untuk tidak mengikut buat masa ini. Harapanku semoga ianya memberi sedikit kesan dalam jiwa kamu.

Bilakah aku akan jadi seorang yang kuat berpegang teguh dengan kitab dan berhajat kepada mas’uliyah? Aku sedar, setelah aku membandingkan ciri-ciri dalam diriku dengan ciri-ciri generasi Al-Quran yang unggul itu. Berjuta batu jauhnya aku tertinggal ke belakang dengan mereka!! Dan Allah itu Maha Adil, Allah belum lagi berikan kemenangan kerana dalam perlumbaan rohani, kita masih yang paling corot. Ini bukan bermaksud kita patut berputus asa. Ini petanda usaha kita mesti berganda.

Dan aku sedar, kalau bukan kerana hidayah Allah, aku yakin aku tak sanggup untuk memikul mas’uliyah. Nampak hebat, alim, wara’ dan baik, padahal aku berperang dengan nafsuku yang sentiasa berusaha menundukkan aku kearah kepuasan hawanya. Aku berperang dalam peperangan yang paling hebat dalam sejarah kehidupan sebagai seorang manusia. Berperang dengan nafsuku!! Kamu juga begitu, dalam diri musuh masih berkuasa, masakan kita mampu menguasai musuh dunia?

Menurut seorang Imam besar, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna;

“Sesungguhnya satu fikrah akan berjaya bila ada keyakinan. Fikrah itu akan menang dan penuh keikhlasan kerana Allah. Bukan untuk cari kemasyuran dan pujian manusia”

Fenomena hari ini bagaimana? Sedangkan kemasyuran dan nama itu yang dicari. Menjadi top 10 dunia dalam senarai jutawan dan sebagainya. Menjadi bintang yang hanya bekelipan diwaktu malam. Bila siang menjelma, kamu pula yang tenggelam. Rapuh.

“Kita tak kan mampu nak bawa mas’uliyah melainkan Allah sudah pilih dan sudah melalui satu proses. Tandanya kamu memberi dan kamu rela berkorban.Kamu beruntung kerana perkara besar ini sudah terletak di bahu kamu. ”

Ya, aku sedar akan hakikat ini. Aku yang dulu masih lagi weng-weng. Kepala masih penuh dengan kerehatan dan keseronokan. Aku tak pernah fikir pasal orang lain, apatah lagi apa yang berlaku pada ummah. Ntah bila agaknya aku mula sensitive dengan hal-hal aqidah dan iman. Seterusnya aku mula bergerak melawan arus masyarakat. Setiap tindakanku mengundang spekulasi sebab berlawanan dengan scenario pada hari ini. Serba serbinya berbeza. Dan aku dikatakan pelik.. Sejak bila aku tak perasan, aku jadi tidak berapa kisah diperkatakan begitu.

Aku telah rasa, bagaimana mengajak manusia bertemu Tuhan. Sedangkan diri aku juga masih lagi bertatih. Ada yang menyambut, ada yang negative. Biasalah, manusia sentiasa termotivasi dengan ganjaran. Jika ada yang menyambut, kita gembira, jika ramai yang menolak kita berduka. Tetapi, kesilapan manusia bukan sebab untuk kita jauh dari Allah. Ini untuk diriku, aku yang kadang kala penat, letih,dan hati terguris bila aku rasakan aku tidak mampu mengeluarkan hasil yang sepatutnya. Hasil yang aku kira pada pandangan mataku sendiri, bukan ikut kacamata Allah. Sedangkan hikmah Allah adalah satu rahsia yang paling seni. Di situ sahaja aku sudah tewas.

Aku sedar aku orang yang memikul beban. Ada satu hadith Rasulullah;

Lebih kurang begini maksudnya;

“Kamu dapati manusia umpama beratus ribu unta, tapi kamu susah nak cari seekor unta yan baik yang boleh memikul beban. Hampir-hampir tidak ada pun seekor unta yang boleh bawa beban dan berjalan beribu batu. Unta yang kuat, dan Nampak cantik susah nak jumpa. ”

Macam it juga hendak memilih manusia untuk memikul beban dan sampai ke matlamat yang agung. Bukan senang nak cari tarbiyah dan melakukan amal jamaie. Tarbiyah yang berjaya dapat merubahkan jiwa individu dan ditafsirkan kepada amal dalam kacamata Allah. Tidak semua orang boleh buat melainkan orang yang hendak serahkan hatinya kepada Allah, dimana hatinya direndahkan untuk diproses sepenuhnya supaya hilang segala cintanya kepada dunia. Kamu sanggup? Bila kamu pilih tarbiyah, maka kamu wajib bersedia denga tanggungjawab yang tidak ada ganjarannya.Kamu bakal miskin di dunia. Jadi bersedialah untuk miskin tapi banyak kerja. Mengapa?

“Kita kena bagi hak kita kepada ummah”

Aku,dia dan kamu? Apa yang telah kamu beri supaya tamadun Islam kembali dijulang? Sepanjang usiamu, apa yang telah aku, dia dan kamu lakukan untuk capai kemenangan?

Kamu masih layan starbuck, mcD, berhibur, mencari dunia hanya untuk diri sendiri? masihkah kamu mahu berlebih kurang sedangkan masih ramai saudaramu yang hanyut dan sengsara.



*****


**p/s: ini adalah saya pada tahun lalu. semoga Allah pandu saya. Amin

No comments:

Post a Comment