Tuesday, December 14, 2010

Belahan Jiwa:Gerbang kebahagiaan

Hari ni sibuk betul nak post previous articles. Semoga bermanfaat. Hati nak mantap! Semoga Allah redha.

Artikel lama ditulis pada 27 Disember 2009


*****

Hidup kita di dunia ini sentiasa berada di dalam ni’mat Allah tiap saat dan ketika. Segala yang ada pada kita telah diberikan oleh Allah tanpa perlu dibayar secara materialnya. Tapi, sebagai hamba, tanda kesyukuran dan terima kasih kita pada Yang Maha Pencipta, wajib bagi kita membayar harga setiap keni’matan yang kita sedut ini dengan berkhidmat sepenuh hati pada Deen Allah, semata-mata mendapat keampunan Allah dan redha Allah. Semoga kita berada dibawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.

==================================================================================

“Teringin saya untuk berbicara tentang cinta dari sudut yang berbeza. Cinta yang seharusnya saya pandang dari dimensi yang betul. Semoga cinta yang sedang saya semaikan ini tidak sia-sia.”

“Cinta dari dimensi mana pula ni? Ada berapa dimensi la cinta ni ya..heh..”

“Ini cinta yang lain, yang semua orang tidak sanggup untuk hadapinya. Hanya orang terpilih sahaja boleh rasai cinta ini. Saya mahu jadi orang yang terpilih itu. Saya mahu Allah letakkan saya di tempat yang mulia lantaran cinta ini..”

“Bersungguhnya kamu ni..apa yang kamu cintai?”

“Da’wah..Da’wah adalah cinta. Cinta akan menuntut segala-galanya dari diri kita. Sehingga setiap perbuatan kita [makan, tidur, mandi, gosok gigi, membasuh, bermain, bekerja, belajar,etc], bahkan mimpi kita juga sentiasa dibayangi dengan cinta. Cinta kepada da’wah. Cinta kepada da’wah ini mendorong kita untuk pergi kepada masyarakat dan mengislahkan masyarakat. Seorang mu’min hidup dalam keadaan berubudiyah kepada Allah. Rasa perhambaan inilah yang menerbitkan semangat atau titik tolak untuk menguasai masyarakat, rasa sayang kepada orang yang berada disekitar dan bawa mereka keluar dari kemurkaan Allah.”

“Bila kita cintai sesuatu, kita akan beri segala-galanya kepada apa yang kita cintai. Kamu sedar tak apa yang kamu katakan ini? Berat tau apa yang kamu hajatkan ni.”

“Cinta kita kepada Allah akan mendorong kita mengambil langkah-langkah ini. Da’wah apabila menjadi sesuatu yang dicintai, maka akan tersedutlah segala yang ada pada kita sehingga meresap keni’matannya sehingga ke daging serta tulang! Kita mesti merasai hidup di dalam da’wah adalah yang paling ni’mat. Dalam kondisi yang tidak berperang, maka da’wah adalah yang paling utama. Hidup di atas jalan Allah adalah hidup menuju syurga. Setiap hari kita semakin hampir dengan Allah. Setiap muslim mesti fikir bahawa hidup dia di dunia ini adalah untuk masuk syurga. Inilah kebahagiaan yang hakiki, bilamana kita masuk syurga dan berjumpa dengan Allah! Ultimate!! Jadi berbaloilah dengan ganjaran syurga Allah ini.”

“Itu sangat sukar untuk diikuti. Kita bukan rasul, kita lemah, pasti akan tumbang di tengah jalan!”

“Motivasikanlah diri kita dengan syurga. Jangan sesekali kaburkan hati kita dari matlamat yang utama ini. ‘Berjumpa Allah didalam syurga’. Jangan biarkan keinginan untuk masuk syurga kendur. Biarlah langkah-langkah yang kita ambil adalah langkah menuju syurga. Jangan biar orang lain suburkan keraguan dalam hati kita. Biarlah kita pilih kehidupan yang paling baik dan yang paling Allah sukai. Kehidupan kerasulan.”

“Kamu pernah dengar kata-kata ini: Teruskanlah bergerak sehingga kelelahan lelah mengikutmu. Teruskan berlari sehingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruskanlah bertahan sehingga futur itu futur. Teruskanlah berjaga sehingga lesu itu lesu menemanimu.

“Mengapa kamu memilih jalan ini? Biarkanlah orang lain sahaja yang buat. Bukankah ramai yang berda’wah ni. Apalah orang kecil seperti kamu mampu lakukan.”

“Tanggungjawab. Kamu bertanya mengapa, dan jawapan saya adalah tanggungjawab. Tanggungjawab untuk tegakkan ma’ruf akbar, dan runtuhkan mungkar akbar. Sistem batil pasti menjana kemungkaran, sehingga kemungkaran dijadikan industri. Apabila kemungkaran menjadi industri, maka rosaklah masyarakat. Sebab itu hanya cinta kepada da’wah yang mampu melahirkan diri saya yang mampu mancintai masyarakat dan membawa mereka keluar dari kemurkaan Allah. Knowing the path is one thing, to be on the path is another thing, to be maintaining on the path with confidence towards Al-Jannah need a continuous process. Yang penting proses yang betul walaupun hasilnya tak bagus.”

“Teman yang disayangi, iman akan tetap bertempur dengan nafsu syahwat. Bukan amal besar di sisi Allah sebab ramai yang datang, tapi ikhlas yang hadir itu yang ni’mat. Kualiti di sisi Allah yang kita cari, bukan kuantiti pada pandangan manusia.”

“Ini tugas kita. Tugas saya, tugas kamu, tugas dia. Untuk mencintai da’wah. Untuk masuk syurga. Untuk runtuhkan yang batil. Untuk hidup bersama Allah”

“Takkan ada ganjaran untuk kamu. Kamu akan penat.”

“Syurga. Saya ingin ke syurga, dan syurga adalah sebaik-baik ganjaran dan bonus. Jadi saya mesti mendapatkannya. Hanya ada satu peluang sahaja untuk orang macam kita untuk masuk syurga.”

“Apa dia?”

“Peluang untuk memasuki syurga ada 4 jalan: 1. Jalan para nabi, 2. Jalan siddiqin, 3. Jalan syuhada’, 4. Jalan solehin. Kamu mahu ikut jalan yang mana? Kamu bukan nabi, kamu siddiqin macam Abu Bakar kah? Adakah kamu cukup soleh? Jika ya, kamu laluilah jalan yang itu. Hanya satu sahaja peluang yang ada bagi saya. Jalan syahid. Ustaz saya pernah bagitahu, barangsiapa yang berjihad walaupun tak syahid, Allah akan bagi syurga. Kamu nak syurga?”

“Jadi orang yang syahid confirm masuk syurga? Walaupun sebelum ini dia banyak dosa?”

“Tentu sahaja. Kamu tahu, kalau kamu lihat mujahidin Palestin yang gugur syahid, kenapa agaknya mereka tersenyum? Sebab Allah dah mula kira, setitik sahaja darah mereka yang gugur ke bumi, Allah sudah ampunkan dosa-dosa mereka. Bahkan Allah tunjukkan syurga kepada mereka. Jadi mereka berjuang untuk mati di dunia dan hidup bahagia selama-lamanya di syurga. Coolio!!”

“Bagaimana saya ingin jadi macam kamu. Inginkan syurga, mencintai da’wah, berkhidmat untuk agama Allah? Saya juga teringin untuk ke jalan itu”

“Bagaimana agaknya Rasulullah sebarkan roh jihad kepada para Rasul? Apa yang Rasulullah cakap sehingga roh jihad itu berputik? Cerita-cerita tentang aqidah dan tauhid kepada Allah. Cerita tentang Allah yang memberi syurga. Mereka berusaha dapatkan cinta Allah. Mereka memahami tuntutan ke atas mereka. Kefahaman yang diterjemahkan dalam bentuk amalan. Mereka yakin Allah dengar dan perkenankan permintaan mereka. Mereka jelas dengan konsep hidup bersama Allah. Kita. Mari sama-sama pupuk jiwa kita ke arah itu. Belajar lagi tentang tauhid. Baca Al-Quran, ayat-ayat Makkiyah.”

“Waktu sekarang ni, hanya diri saya seorang sahaja yang tahu dan mahu. Bagaimana kalau sudah berkahwin, mampukah teman hidup saya memahaminya?”

“Dengan dorongan iman, apabila sudah ada kesediaan dan mendambakan kekuatan yang berganda, maka fasa kedua menanti kita. Fasa baitul da’wah. Kalau kita hajat kepada teman da’wah, mintalah pada Allah. Dan kalau kita tak jumpa, minta juga sebab Allah suka dengar suara kita. Sehinggalah kita jemu untuk bersuara.”

“Berumahtangga bukannya cetusan fitrah atau mabuk bila terpandang. Hal itu terjadi sebab kita tak jaga pandangan, kita tak jaga adab pergaulan, kita buka hijab hati kita, walaupun hanya berhubung melalui alam maya. Rumah tangga adalah fasa amal. Jadi hindarilah proses yang tak betul dalam rangka untuk membinanya. Waktu berumah tangga, kita berhajat atau beramal? Hajat dan amal adalah berbeza.”

“Tidakkah saya boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja? Itu hak peribadi saya”

“Ramai berkata berumah tangga adalah untuk mendapatkan zuriat. Bagi saya, saya berhajat untuk memanjangkan usia da’wah. Usia kita tak panjang, jadi kita perlu ada pewaris. Pewaris untuk jalan da’wah. Kita perlu tanamkan aqidah yang sahih dalam jiwa zuriat kita. Sebab pertempuran yang sengit sentiasa terjadi antara golongan yang menentang Allah dengan orang yang beriman. Hendakkan penerusan keimanan, perlu ada baitul muslim. Masa depan Islam berada dalam rumah tangga da’wah. Setelah berumahtangga, da’wah mesti dikembangkan. Kalau dulu hidup sendiri, kemampuan terbatas, tapi bila berkahwin tenaga berganda, jadi hasil juga patut berganda. Bagaimana hendak menggandakan keberkesanan da’wah jika teman hidup kita tidak memahami da’wah? Jadi kamu mesti mencari teman yang memahami.”

“Tapi ada sahaja orang yang soleh berkahwin sesama mereka, tapi zuriat mereka tidak soleh. Malah yang tidak soleh memiliki cahaya hati yang soleh.”

“Hasil adalah urusan Allah, tapi proses untuk mendapatkan hasil yang baik adalah urusan kita. Saya beri kamu analogi mudah. Seorang pelajar yang rajin berusaha dan belajar bersungguh-sungguh mendapat keputusan hanya 3A sahaja dalam peperiksaan, dan seorang pelajar yang tidak belajar dan bermain-main mendapat 7A dalam peperiksaan. Jika kamu ada anak, kamu mahu anak kamu contohi siapa? Tak perlu bagitahu saya, kamu jawab dalam hati. Adakah kamu akan menyesal bila kamu sudah mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh? Pahala tentu sahaja akan Allah berikan atas usaha kamu itu sebab kamu lalui jalan yang betul. Orang yang tidak soleh yang memiliki anak yang soleh itu tidak dapat pahala pun walaupun anaknya soleh sebab usaha apa yang dia buat yang melayakkan dia untuk dapat ganjaran? Begitu juga dalam proses memilih teman hidup. Laluilah jalan yang betul. Bukan jalan kabur apatah lagi gelap.”

“Saya tidak cukup baik, saya rasa, saya tidak layak untuk dapat yang baik”

“We are nothing. Kecuali apa yang Allah beri pada kita. Doa pada Allah banyak-banyak, sebab kita bukan sempurna. Fudhail bin Iyadh pernah berkata: Barangsiapa yang meletakkan kesempurnaan, dia akan hidup keseorangan.”

“Bila agaknya masa yang sesuai untuk memasuki fasa kedua pembentukan: Fasa baitul da’wah”

“Bila kamu sudah bersedia menjadi imam dan penjamin di akhirat kelak. Dan pasangan kamu itu adalah seorang yang membantu kamu untuk meningkatkan iman. Musuh sentiasa memastikan kita tidak ada pewaris. Jadi binalah lapisan pewaris yang mantap dengan membina persiapan yang rapi dengan menjalani proses yang betul.”

“Dari topik cinta, kamu bawa saya masuk ke da’wah dan akhirnya singgah ke gerbang kebahagiaan.”

“Pada ketika tenaga kita diperlukan untuk da’wah dan jihad, ketika itu kita patut terima. Mesej saya di sini, marilah sama-sama membina kekuatan menentang arus kebatilan, saudara-saudara kita sedang memanggil kita untuk menolong mereka. Dimana kita sebenarnya?”

TETAPKANLAH MATLAMAT, DAN BETULKANLAH PERJALANAN

No comments:

Post a Comment