Wednesday, December 15, 2010

Belahan Jiwa: Membangun Rumah dengan Taqwa

Terlalu mudah hati ini bergetar

Sejak akhir-akhir ini makin kerap getarannya

Allah...

Ini bukan getaran excited seperti yang mereka sangka

Ini getaran yang berbuah cemas, harap dan takut

Allah...

Sangat mudah terusik bila terbaca tentang ayat-ayat yang menekankan tanggungjawab

[Baru tadi saya lari dari tanggung jawab sebagai timbalan bendahari..Allah..]

Tanggung jawab yang menuntut jutaan pengorbanan

Ini bukan kisah cinta sekolah menengah tau!!

Ini kisah cinta nak pergi syurga.

Faham-faham lah laluannya macam mana kan?

Saya tak ingin memakmurkan rumah saya di dunia dengan mengorbankan rumah indah di syurga Aden.

Cita-cita saya ingin membangun rumah saya dengan taqwa

Bagaimana?

Taqwa kepada Allah bererti pertama-tamanya seseorang itu mesti merasa diawasi oleh Allah, mencari apa sahaja yang Dia redhai, dan menjauhi segala yang Dia benci.

Dengan adanya sifat taqwa, maka akan tumbuhlah sifat saling percaya.

Orang muslim yang bertaqwa kepada Allah meyakini pernikahan sebagai ibadah di mana ia bertaqarrub dengannya kepada Allah, dengan menunaikan kewajipannya kepada pasangannya dan anak-anaknya.

Untuk rumah yang seperti inilah kedamaian, rahmat, cinta kasih, dan kebahagiaan turun.

Salah besar orang yang mengira bahawa kebahagiaan rumah tangga terwujud dengan material.

Wang yang melimpah misalnya. Tersedianya rumah megah, perabot aristokrat yang mahal, kenderaan yang nampak gah macam the beetle atau boxter misalnya, pakaian yang bervariasi, alat-alat rumah tangga yang moden jenama IKEA, makanan lazat, sarana-sarana kemewahan, media pemenuh syahwat dan lain sebagainya.

Mimpi indah kebanyakan yang berada disekitar saya tentang rumah tangga tidak lepas dari gambaran materialistik terbatas seperti tadi.

Hakikatnya, kebahagiaan tidak wujud dengan aspek-aspek material murahan dan tidak abadi ini.

Berapa banyak orang yang hidup di istana megah dengan dikelilingi pembantu-pembantu, tetapi tidak ada kebahagian rumah tangga sejati yang dirasakan.

Di sisi lain kita melihat kebahagiaan rumah tangga merebak pada suami isteri yang hidup di pondok yang kecil.

Kebahagiaan itu berasal dari dalam jiwa. Iaitu taqwa kepada Allah yang dilimpahkan Allah Ta'ala kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa.

Taqwa kepada Allah adalah tiang kukuh yang jadi pijakan bangunan keluarga muslim teladan.

Ianya bermula sejak dari proses pemilihan lagi berdasarkan arahan Rasulullah; pilihlah yang elok agamanya, bukan kerana kecantikannya, hartanya, atau keturunannya.

Pembentukan rumah tangga muslim dilandasi ketaqwaan sejak hari pertama pembentukannya.

Barometer-barometer Rabbani dan etika Islam mengendalikan dan mengarahkan langkah-langkah pembangunan rumah tangga muslim sejak lamaran, nikah, pertemuan suami dengan isterinya, dan seterusnya.

Keluarga muslim termasuk institusi penting dalam kehidupan kaum muslimin secara umum.

Keluarga yang baik dari segi aqidah, ibadah, etika, muamalah dan akhlak adalah tunjang kepada pembentukan masyarakat yang sihat bukan sahaja dari segi material duniawi sahaja, malah ukhrawi.

Inilah kerisauan saya. Nak angkat diri jadi calon ahli syurga pun payah, apatah lagi nak ajak keluarga bersama.

Tapi tidak mustahil. Kerana Allah ada. Allah ada untuk tetapkan kaki kita supaya kuat melangkah. Banyak-banyak tembak doa.

sumber:

Urgensi Al-Qudwah di Jalan Dakwah: Mega Projek Menuju Realisasi Cita-cita Dakwah; Syaikh Mustafa Masyhur


**p/s:

1. Dah ready ke nak jadi penjamin di akhirat kelak?? Allahu Akbar. Saya menggeletar badan~ Apatah lagi jadi seorang lelaki...Saya doakan supaya yang jauh itu mantap imannya, kuat kakinya melangkah untuk menuju ketaqwaan. Allah bantu kita. Insha Allah. Teruskan bergerak!
2. Saya kerap mendengar bacaan Al-Qur'an Surah Ali Imran: 134-168 sebagi peneguh hati sekarang

3. Saya selalu mainkan lagu Rindu Muhammadku

4. Saya mahu damai dan tenang.Hilangkanlah nervous ini ^^

No comments:

Post a Comment