Tuesday, November 9, 2010

SISTER FOREVER: Fatehah/Fazirah 3

Ini adalah post lama, first time menulis. Zaman guna multiply. Kisah adik. Waktu saya berada di tahun 3 undergrad. Tengah latihan industri. Balik dari kerja singgah pasar malam dekat Bangi. Dan keluarlah artikel ini. Tribute to adik. Mengenang kisah bersama adik. Nurul Fatehah

*************************

Semalam balik ofis dalam pukul 5 petang. Allah izin bas datang lambat pula. Kira-kira pukul 7 petang baru ada sebiji bas. Alhamdulillah, ada juga bas akhirnya. Semalam gak, Allah izin dapat cari makanan dekat pasar malam. Kalau minggu-minggu sebelum ni pergi waktu petang, oleh kerana bas lambat, jadi plan pergi pasar malam tu pun ter”delay” secara tak rasmi. Tak lama pun pergi sebab tak tahan dengan kesesakan lalulintas dekat pasar malam tu. Habis je pilih-pilih makanan terus je cari jalan keluar untuk balik. Waktu lalu satu jalan tu, tiba-tiba terperasan sorang adik buta tengah duduk betul-betul dekat tengah laluan jalan minta sedekah.

Ntah kenapa tiba-tiba rasa sayu je hati. Tak tau daya apa yang menolak untuk berpusing balik dan pergi kearah adik tu. Terhenti seketika depan adik tu…Lepas tu, kaki terus melangkah mencari jalan pulang. Sepanjang perjalanan, kepala berat memikirkan dan memgenangkan sesuatu..

Rindunya pada Nurul Fatehah..adik tadi persis Nurul Fatehah..Cahaya Pembukaan..Apa agaknya khabar terbaru dari Nurul Fatehah. Dah pandai Braille ke belum? Agak2nya da sampai mana Nurul Fatehah menghafal juzuk ‘amma ye? Ape dzikir-dzikir baru yang Nurul Fatehah dapat kali ni..macam mana kawan-kawan Nurul Fatehah ye? Ada tak diorang cubit dan pukul lagi? Baju-baju Nurul Fatehah siapa yang uruskan agaknya?..Nurul Fatehah……

Hati ini betul-betul sayu, hanya mampu berdoa semoga Nurul Fatehah sentiasa terpelihara, semoga Nurul Fatehah sentiasa riang gembira dan terhibur dengan dzikrullah yang selalu di bacanya. Sebab Nurul Fatehah, muncullah Aura Besi dengan harapan untuk membela Nurul Fatehah. Aura Besi akan sentiasa ada bila Nurul Fatehah perlukan bantuan. Aura Besi akan jaga Nurul Fatehah sampai akhir hayat Aura Besi. Tak kira ke mana Nurul Fatehah pergi, insya Allah Aura Besi takkan biarkan Nurul Fatehah kesunyian. Aura Besi sentiasa doakan Nurul Fatehah tenang,tabah dan bersabar.

Nurul Fatehah, ingat satu je perkara ni. Walaupun Aura Besi tiada suatu hari nanti, tapi Nurul Fatehah mesti yakin, Allah tidak akan biar Nurul Fatehah keseorangan.

Bila teringat Nurul Fatehah, hati Aura Besi akan menangis..Tangisan yang sukar untuk dizahirkan. Hanya Allah yang tahu membaca hati setiap hambaNya.. Nurul Fatehah, jaga diri baik-baik. Allah sayang Nurul Fatehah, sebab tu Allah jadikan Nurul Fatehah insan yang sangat istimewa.Aura Besi bangga sebab Allah kurniakan Nurul Fatehah untuk Aura Besi jaga dan pelihara..Semoga Allah beri Aura Besi kekuatan untuk tunaikan amanah yang diberi.

Malam tu, tidur tak lena lantaran terkenangkan Nurul Fatehah..tanpa disedari, air mata menitis tika mata terpejam………………….

************************************

Malam ni terkenang adik. Semoga Allah izin Jumaat ni Allah mudahkan jalan

**p/s:Buat kawan-kawan SAMTH yang sedang bertarung dengan kehidupan dunia. Terus kuatkan kaki melangkah.Jangan pernah penat minta pada Allah dalam sujud-sujud yang lama di dinihari

No comments:

Post a Comment