Tuesday, November 9, 2010

SISTER FOREVER: Fatehah/Fazirah 2

Ada yang kata artikel saya terlalu radiant sekarang, jadi saya nak kasi malap sikit. ^^

*****************

Hari ni UTM blackout.

Semalam pun UTM blackout sekejap.

Ini kisah semalam

Sebagai pembantu felo yang perasan berdedikasi, saya terus mendail ke bahagian keselamatan

“Assalamualaikum, saya nak buat aduan dari KDSE. Kat sini blackout la encik. Tolong ambil tindakan”

“Adik, kitorang kat sini pun blackout”

Woha!!

Owh, blackout secara besar-besaran rupanya.

Maghrib nak masuk dah, sat lagi nak berbuka.

Saya menuju ke bilik sahibah . Membawa sebiji mangkuk sebab nak makan tomyam. Wee ^^

Lupa dengan kejadian blackout, tangan terasa gatal nak tekan suis lampu.

Aik, kenapa gelap.Lupa~

Owh, takde letrik

Macam mana nak makan ni? Tak Nampak khazanah dalam kuah tomyam.

Tiba-tiba waktu makan dalam gelap ala-ala candle lite dinner yang takde candle, saya teringat Fatehah.

‘Macam mana ye adik selama ni makan dalam gelap?’

Sekurang-kurangnya, saya masih lagi nampak remang-remang cahaya.

Tapi adik terus gelap gelita.

Apa yang saya fikirkan saya luahkan

“Apa agaknya Fatehah rasa ya masa mula-mula dunia dia jadi gelap? Bukan sahaja makan, tapi serba serbi..”

Saya membawa mood yang tak berapa baik masa makan, bukan apa, saya rasa sesuatu yang tak berapa best. Sedih. Mungkin jugak la kot.

“Saya bersyukur Allah bagi saya mata untuk melihat. Baru terasa nikmat cahaya yang masuk dalam retina dan ditafsir oleh otak. [Betulkah? Tak pernah belajar bio.]”

Hari ni punya kisah

Mak tadi call

“Hari jumaat minta Jila pergi sekolah adik ya. Uruskan hari-hari terakhir adik dekat sekolah. Jumaat malam dia dah balik Selangor dah. Cikgu mintak kakak datang bawa balik barang-barang adik dan dokumen dari pihak sekolah.”

Owh, adik dah nak tinggalkan Johor, tinggal Kak Jila sorang kat sini.

Lepas ni, kalau rindu family macam mana?

Dulu sekurang-kurangnya adik ada. Boleh sambut birthday sama-sama. Beli kek dan jajan sikit,kita potong kek sama-sama. Setiap tahun adik tunggu.

Akan datang,ada lagi ke saya peluang tu? Untuk menghabiskan masa dengar cerita adik yang dah mula pandai bercerita. Saya tak tahu nak rasa ape sekarang.

Lega? Bukan. Happy? Tentulah tidak. Jauh? Entah. Apa ye? Sebak kot. Ada rasa berbuku dalam dada.

Tapi rasa yang nak kata best, bukan best. Nak kata tak best pun tak. Entah.

Harap-harap ada teman nak pergi sekolah adik jumaat ni

Kalau takde, terpaksa sewa teksi

Semoga Allah mudahkan jalan

Semoga Allah tenangkan hati

Bila masuk bab family, hati ada sikit terusik. Asalkan itu family, pasti ada air mata yang menitik. Sebab saya sayang family saya. Sayang sangat-sangat.

**p/s: Hati dibuai pilu sebentar~

No comments:

Post a Comment