Sunday, November 21, 2010

Nota hati untuk Aura Besi 4


**berani ke nak lalu? kalau berani, buat la dosa banyak-banyak

Saya sepertinya sudah tergelincir.

Ibarat saya melalui sebuah jambatan, waktu di tengah-tengah jambatan tu, saya jatuh.

Nasib baik saya sempat berpaut, kalau tidak tentu dah tenggelam dalam sungai. Kalau la sungai tu air, tidak mengapa la kot..Malangnya sungai itu api yang marak. Na'udzubillah..

Allah izin, waktu itu ada orang lain yang lalu jambatan itu, dia ternampak saya hampir terjatuh,. Saya memang dah terbakar sikit. Hujung sandal saya dah dimakan api. Sakit. Panas. Terseksa saya rasa.

Tu lah, jalan tak nak hati-hati. Tak nak berjaga-jaga, main terjal sahaja. Kan dah jatuh.

Mujur orang yang lalu itu menghulurkan tangan untuk tarik saya naik ke atas. Susah nak tarik saya. Sebab saya berat. Berat dosa rasanya. Sebab tu api jilat saya. Saya menangis. Sebab saya takut, mana tahu kalau Allah tak izin orang bantu saya, tentu saya dibakar api dan hangus kan?

Ini pengajaran buat saya, lain kali saya akan hati-hati.

Nampak macam biasa sahaja. Sebab orang lain lalu macam cool. Bila saya lalu, saya jatuh pula. Habis sandal tu terbakar, kaki saya melecur sedikit. Akan ada parut. Bila parut ni nak hilang ya?

Saya kena bersihkan betul-betul diri saya. Kena hati-hati jugak. Sungguh halus perangkap yang syaitan pasang. Nampak indah, macam bagus, sebab buat da'wah. Rupanya saya jatuh juga. Astaghfirullahal'adzim

Da'wah bukan excuse untuk buat benda yang haram jadi halal. Saya kena beringat.

Terima kasih bersusah payah tarik saya. Kamu sangat baik hati.

Tapi saya tengah sakit, dua-dua kaki dah melecur. Saya tak tahan. Nak nangis sekejap boleh tak? Saya nak pujuk hati saya. Saya nak lembutkan hati saya.

**p/s: Hidayah Allah takkan datang selalu, sekali dia datang. Gigit dengan gigi geraham

No comments:

Post a Comment