Sunday, November 14, 2010

Fungsi Kamu: Ingatkan saya kepada kebenaran


Saya berjalan-jalan melihat blog seketika. Kemudian, saya jumpa kata-kata yang baik di sini. Sebelum ni, memang saya pernah jumpa pun, tapi hari ni baru terdetik nak tampal dekat rumah maya saya sendiri. Bila kita rasa kita tak keseorangan, maka kita akan rasa lebih kuat kan? Saya ada di sini tetap berdiri menjadi Aura Besi. Jom, sama-sama dengan saya jadi mata rantai. Tak banyak, sikit pun jadi la. Asalkan perkara tu Allah redha dan kita buat dengan ikhlas. ^^

"Kita akan berasa sempit apabila memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini hanyalah satu mata daripada mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang akan menyambung perjuangan kita. Orang itu tidak lain tidak bukan ialah GENERASI PEMUDA"- UDMZ

No comments:

Post a Comment