Wednesday, November 10, 2010

Baiti Jannati: Halaqah cinta



sambungan baiti jannati. Kepentingan halaqah sebelum, semasa dan selama-lamanya. Tak kawen pun patut duduk dalam halaqah.

*************************************************

Kalau kita berhajat kepada kebenaran, Allah akan bagi hidayah dan kita akan berubah. Apa yang menjadi penyebab perubahan? Apa yang kita perlu ada untuk berubah jadi baik?

Pernah dengar tak ayat ini: “Tarbiyah di tangan kamu , di tangan kamu sahaja”. Jadi kita kena berusaha bersungguh-sungguh disertai dengan ikhtiar dan doa.

Imam Hassan Al-Banna ada mengatakan, untuk satu organisasi itu berjaya, kena kembali kepada Islam. Dalam konteks kita organisasi tu, rumah tangga yang bakal kita bina. Manusia sekarang ni banyak yang lupa pada Islam, kalau tak nak lupa kita kena bina suasana ke arah cintakan Islam. Tiada halaqah (usrah) maka takkan tegak system Islam. Halaqah memainkan peranan yang cukup penting. Halaqah yang berjaya membentuk alternative pendidikan dan membentuk peribadi mulia. Tak nak lupa Islam kena cari sumber kekuatan tu.

Dalam halaqah ada 3 perkara asas:

1. Tau’iyah-dapatkan ilmu

2. Tarbiyah-pendidikan

3. Takwin-pembentukan

Macam mana nak berubah kalau takde ilmu, macam mana nak berubah kalau tak amalkan ilmu, macam mana nak berubah kalau kita tak usaha nak membentuk diri, kefahaman, adab-adab dan banyak lagi perkara yang lain.

Kenapa halaqah penting?

Sebab dalam halaqah ada unsur-unsur:

1. Tazkir-mengingatkan

2. Ta’alim-ilmu

3. Taghir-perubahan

4. Ta’dib-adab-adab

5. Takhtit-bergerak cergas

Bagi saya, kita susah nak berubah kalau kita tak nak buka hati untuk berubah. Nak buka hati kena ada ilmu dan kekuatan, tambah istiqomah lagi. Sulit kan? Itulah proses tarbiyah. Kita meningkatnya iman bukan sebab banyak amal yang kita buat, tapi berapa banyak kejahatan dan maksiat yang kita mampu cabut. Bersabar dalam tidak melakukan maksiat lebih sukar berbanding bersabar dalam ketaatan.

Bila kita dah duduk dalam halaqah, kita akan dapat peringatan straight dari Allah. Waktu tu ikhlaskan hati untuk terima teguran. Niatkan untuk ikhlas buat kerana Allah. Kita tahu yang kita satu hari nanti akan balik pada Allah. Takde jalan lain akan kembali kepada Allah melainkan dengan Islam.

Lain-lain hal

Tentang hal sekufu, apa yang kita patut buat adalah melihat dari neraca Allah, bukan hawa nafsu. Kita tengok siapa yang nak hidup dengan kita sepanjang hayat. Doa pada Allah sepenuhnya, serah pada Allah sepenuhnya dan mintak petunjuk kepada Allah yang kita nak kahwin ni kerana apa. Bersihkan niat nak kahwin sebab apa.

Penyerahan hati yang bulat patut ada. Waktu nak istikharah tu, pastikan takde apa-apa perasaan.

Tentang ta’aruf pula, sekadar memadai tahu latar belakang keluarga, peribadi, adik beradik. Lagi manis kalau family kita terlibat sama. Yang lain tu, biarkan lah jadi kejutan dalam perkahwinan kita nanti, tak kira la hal yang baik atau tak.

5 perkara yang perlu disiapkan menjelang perkahwinan

1. Moral + spiritual –the top priority. Rujuk al-Qur’an n sunnah

2. Konseptual-hukum hakam, etika. Adab-adab, aturan

3. Fizikal-jaga badan, jangan makan megi or jajan banyak sangat. Lagi-lagi perempuan. Badan orang perempuan ni bukan untuk diri dia sendiri sahaja, tapi untuk suami dan anak-anak. Jadi be prepared la.

4. Material-ambil sekadar yang perlu untuk kelangsungan hidup.Bagi saya, saya kena kumpul harta banyak supaya saya dapat memberi sebanyak-banyaknya pada orang lain

5. Sosial –ready nak berinteraksi dengan keluarga mertua. Lepas kahwin je dah default dia punya setting. Tiba-tiba ada pak cak, pak cik, pak ngah dan segalanya.

Setiap ujian yang Allah bagi tu untuk dekatkan diri dengan Allah. Rujuk Al-Baqarah:216

Letakkan keyakinan 100% pada Allah


**p/s: Alhamdulillah; saya dah habiskan menulis nota-nota saya

No comments:

Post a Comment