Saturday, November 27, 2010

Laluan Hidup: Jaulah Iman

Penat.
Secara fizikal.
Berjalan jauh yang membuahkan lelah.
Musafir mencari iman.
Musafir membuang gusar.

Jaulah yang berobjektifkan peyuburan jiwa.
Memberi kejutan, sehingga menggeletar badan.
Manusia memang lupa. Memandang kenikmatan mengikut hawa nafsu.
Banyak perkara yang boleh melekakan dari mengingati Allah selalu. Adakalanya tergelincir rasa. Astaghfirullahal'adzim.

Tatkala hati bergoncang hebat.
Bukan degup-degup kerana segan silu.
Salah tingkah kerana meletakkan diri di dalam fitnah.
Air ditelan bak pasir mengalir ke tekak.
Allah..bergetar hati, jantung bekerja dengan laju.
Menghasilkan getaran yang menggoncang rasa ketakutan.
Inilah getaran hati kerana takut tak diampunkan dosa lantaran hati bermaksiat.
Allah..dariMu keampunan dipohon.
Malam yang indah dengan bulan dan bintang, terasa malap.
Mata tak terpejam, hati tak keruan. Bukan pungguk merindukan bulan.

Air wudhu' simbol penyucian jiwa gugur bersama air mata sesal.
Longlai, lemah, tak berdaya.
Hanya Allah mampu menilai dan menimbang.
Astagfirullahal'adzim.
Jangan biar dosa mewarnai hati menjadi hitam.
Semoga Allah ampunkan.
Hari yang diisi dengan kejutan.


*****************************

Mujur, ada yang mengingatkan.
Mujur ada yang mendamaikan.
MABIT. 'Malam Bangunkan Iman Taqwa'
Dimulakan dengan siraman hati yang kontang

"Jangan pernah putus asa dari Rahmat Allah." Terasa tenang

"Kadangkala, jiwa terlena dengan nafsu. Maka iman itu turun naik. Jangan terlanjur banyak sangat, susah untuk reverse".Alhamdulillah

"Mereka yang ada kefahaman Islam, ujian lagi besar". Subhanallah. Berkaca mata

"Syaitan suka duduk keliling orang yang nak buat baik. Kita bukan macam malaikat yang sentiasa suci sempurna. Kadang-kadang menang, kadang-kadang salah. Kalau buat salah, maka betulkan kesilapan dan terus merawat kesakitan apabila hati kita sakit. Berazam untuk bangun balik dan bebaskan diri dari keadaan yang tertawan. Kuatkan jiwa yang lemah denganbertaubat dan sejahterakan hati. "

Peluang itu datang lagi.Allah..Bersyukur sedalam-dalamnya. Alhamdulillah

"Nak bertaubat senang. Beristighfarlah; Astagfirullahal'adzim..Tak kira tempat, tak kira masa." Alhamdulillah, Allah bagi keampunan dengan cara mudah.

"Allah tahu kita lemah, sebab tu Allah tak taklifkan kita supaya ISMAH. ISMAH bermaksud, sentiasa suci dari dosa. Taklifan yang tak mampu disempurnakan. Tapi, Allah suruh kita menuju kepada ISMAH. Seperti Nabi Adam yang berdosa, tapi tak biarkan diri dalam keadaan dosa."

Semoga tergolong dalam golongan yang suka bertaubat.

Tak perlu diulangi kesilapan yang sama akan datang.

"Sekiranya kita pilih kebaikan dan berlaku ikhlas maka tak diragukan lagi yang kita membangkitkan lubuk hati dengan kemanisan iman. Kita hendaklah sedar dari melakukan perkara yang bercanggah. Kita kena izzah dengan Islam."

Mutiara-mutiara berharga berkilau menerangi jalan kehidupan.
Oh..masih ada lagi pantulan sinaran rupanya. Masya Allah.
Maka nikmat yang mana lagi nak didustakan?

Jika diuji oleh Allah, ada sesuatu dalam hati kita yang buat kita rasa gusar.
Maka di situ terselit kasih sayang Allah pada kita.
Kita akan merasa negatif kadang kalanya, lantaran emosi syaitan yang menutupi kasih sayang Allah itu. Sebab tu kita tak nampak di mana letaknya kasih Allah.

Kenapa Allah sayang??

Allah nak tingkatkan sesuatu dalam diri kita. Allah nak dekati kita.

Dengan ujian, akan ada titisan air mata, dengan air mata, akan rasa diri ini kerdil dan hina dihadapan Allah. Itulah sifat kehambaan. Dan takkan selalu kita nak cicipi rasa itu.Kan??

Orang beriman ada kalanya pasti jatuh,namun dia akan naik jauh lebih tinggi lagi.

**p/s: saya nak jadi 'Nur'. Cahaya penunjuk jalan kepada orang lain

Wednesday, November 24, 2010

Mereka: Penyejuk hati [SAMTH]


List saya sudah bertambah

Allah baik sebab temukan saya dengan kawan-kawan yang baik

Alhamdulillah

1. Shuhada
2.Suhaila
3.Rose Hazirah
4. Wan Hafizah
5.Fauzana
6....................
7......................

**ada lagi, akan saya jejaki.insha Allah


Tunggu turn ye..Nanti saya datang. Kita pillow talk dan overnite.

Saya pernah dengar ada orang bilang, kalau kita dak jadi baik dan sangat akrab dengan sahabat kita, cuba kita musafir dengan mereka. Kita pernah tidur rumah mereka.Kita buang air di rumah mereka. Jalinkan hubungan bukan antara 'saya dan kamu' sahaja. Tapi masuk ke dalam hidup dia. Berdiri bersama dia saat dia susah, mahupun senang. Saya gembira kalau mereka gembira. Saya sedih kalau mereka ada masalah.

Sebab saya sayang mereka. Allah suruh saya sayang mereka. Biarlah kita kawan sampai syurga. Izinkan saya pandang dunia melalui kacamata kamu semua. Izinkan saya pakai kasut yang kamu pakai supaya saya tahu apa rasanya.

**p/s: dalam hati ada taman. wee~ ^^

Saya sakit dada



SAKIT DADA

TAK LELAP TIDO

TERKEJUT

KAKU

KELU

GAGAP

CHAPERON

SAKIT SIKIT LAGI

ADOI~


**p/s: saya rasa ada lagi yang sakit dada lebih teruk

Sunday, November 21, 2010

Nota hati untuk Aura Besi 4


**berani ke nak lalu? kalau berani, buat la dosa banyak-banyak

Saya sepertinya sudah tergelincir.

Ibarat saya melalui sebuah jambatan, waktu di tengah-tengah jambatan tu, saya jatuh.

Nasib baik saya sempat berpaut, kalau tidak tentu dah tenggelam dalam sungai. Kalau la sungai tu air, tidak mengapa la kot..Malangnya sungai itu api yang marak. Na'udzubillah..

Allah izin, waktu itu ada orang lain yang lalu jambatan itu, dia ternampak saya hampir terjatuh,. Saya memang dah terbakar sikit. Hujung sandal saya dah dimakan api. Sakit. Panas. Terseksa saya rasa.

Tu lah, jalan tak nak hati-hati. Tak nak berjaga-jaga, main terjal sahaja. Kan dah jatuh.

Mujur orang yang lalu itu menghulurkan tangan untuk tarik saya naik ke atas. Susah nak tarik saya. Sebab saya berat. Berat dosa rasanya. Sebab tu api jilat saya. Saya menangis. Sebab saya takut, mana tahu kalau Allah tak izin orang bantu saya, tentu saya dibakar api dan hangus kan?

Ini pengajaran buat saya, lain kali saya akan hati-hati.

Nampak macam biasa sahaja. Sebab orang lain lalu macam cool. Bila saya lalu, saya jatuh pula. Habis sandal tu terbakar, kaki saya melecur sedikit. Akan ada parut. Bila parut ni nak hilang ya?

Saya kena bersihkan betul-betul diri saya. Kena hati-hati jugak. Sungguh halus perangkap yang syaitan pasang. Nampak indah, macam bagus, sebab buat da'wah. Rupanya saya jatuh juga. Astaghfirullahal'adzim

Da'wah bukan excuse untuk buat benda yang haram jadi halal. Saya kena beringat.

Terima kasih bersusah payah tarik saya. Kamu sangat baik hati.

Tapi saya tengah sakit, dua-dua kaki dah melecur. Saya tak tahan. Nak nangis sekejap boleh tak? Saya nak pujuk hati saya. Saya nak lembutkan hati saya.

**p/s: Hidayah Allah takkan datang selalu, sekali dia datang. Gigit dengan gigi geraham

Saturday, November 20, 2010

Besi: Besi jadi Tahu



"Kakak Besi, boleh tak Kakak Besi tukar nama"

"Eh, kenapa?"

"Kasar la nama Kakak Besi tu..."

"Habis tu nak tukar nama apa yang lembut"

"Kakak Tahu..."

"Hah? Tahu?"

"Sebab tahu lembut"

"Hahahahaha"
[Ini gelak 2 orang dalam watachi]

"Awak buat saya nak makan tahu manis..Hehe"

********************
Luar alam betul la adik Ubi Panda ni ^^

Adakah perlu jadi transformer? Hmm~

**p/s:1. dah lama tak makan taufufa, tahu bakar, tahu jepun, tahu sumbat,rojak tahu. Wee~^^ mana nak cari?
2. Besi jarang makan tahu, tapi suka makan tempe. Kui3x

Friday, November 19, 2010

Nota hati untuk Aura Besi 3


biskut itu nampak lazat kan?? peanut butter mungkin ^^


"Pak Chik tak risaukan kak Caq, sebab kak Caq kuat"

"Allah pilih orang yang kuat macam anti untuk lalui semua ini, takpa..Doa banyak pada Allah"

"Saya yakin Fazirah kuat . Sebab tu Allah izin perkara ni berlaku"

"Mak tak kisah pun kalau Jila nak pergi mana-mana, sebab Jila kuat dan pandai jaga diri"

"Ikut Jila, Jila lebih tahu apa yang Jila buat..Abah ikut je"

"Aku yakin kau boleh lalui semua ni. Kau kan kuat"

"Saya yakin akak boleh lalui..Akak kuat"

"Agak-agak kalau kau nak nangis, aku ada. Tapi aku tahu kau kan kuat."

********************
Mereka kata saya kuat. Saya takkan hampakan harapan mereka. Saya kan Aura Besi, jadi mestilah kena jadi kental dan kuat kan? Alhamdulillah.

Terima kasih kepada yang ambil berat. Terima kasih sebab tak jemu bagi tunjuk ajar. Terima kasih sebab tak lepaskan tangan saya walaupun kamu kata saya kuat.

Semoga Allah pinjamkan kekuatan pada saya. Semoga dengan kekuatan yang Allah pinjamkan itu saya boleh salurkan pada mereka yang memerlukan.

**p/s: Aura Besi harus kuat. Nur Fazirah harus cekal. Jila tak boleh putus asa. Era kena tabah. Faz mesti gagah. Nur jangan pernah lelah.

Tazkirah: Berpagi-pagi murah rezeki

Sebagai muslim, kita digalakkan bangun awal. Sebab Sang Nabi pernah bersabda:

"Ya Allah, berilah keberkatan kepada ummatku yang berpagi-pagi"

Kadang-kadang tu, mak kita pun pesan, bangun lambat rezeki tak masuk. Siapa yang tidur waktu pagi lepas solat subuh, nanti rezekinya dipatuk ayam. Tak tahu la pulak kenapa ayam ya? Agaknya sebab ayam berkokok pagi-pagi kot. Ngee~

Saya setuju. Bila waktu pagi saya kelam kabut, insha Allah seluruh hari itu saya akan kelam kabut juga. Saya rasa sangat tidak seronok.

Banyak kerja boleh diselesaikan bila bangun pagi, lagipun masih segar dan bersemangat, jadi sangat beruntung jika dapat gunakan masa pagi itu dengan sebaiknya.

Hari ini saya bangun pagi sebelum azan subuh. Alhamdulillah. Kemudian menaip seperenggan untuk literature review. Speed sudah naik. Dulu anak siput, sekarang jadi mak siput. Wee ^^

Sejam kemudian, saya dapat SMS dari felo supaya datang ke rumahnya dan bawa cop mohor sekali. Nasib baik saya belum lelap, baru golek-golek atas katil.

Alhamdulillah, saya datang rumahnya dan saya dapat spaghetti free!!! Woha!!

Saya nak highlight yang saya dapat makanan free pagi-pagi je di kala perut saya sedang lapar. Keh3x

Alhamdulillah.

Tu la, kalau kita tidur lepas subuh, rezeki kita akan sempit.

Bak sabda Sang Nabi lagi :

"Tidur diwaktu pagi mewarisi kemiskinan"

Berwaspadalah, jangan tidur lepas solat subuh,kerana ia sesungguhnya menghalang rezeki. Sangat setuju, dah tu kalau tidur lepas subuh, siapa yang nak gentel tepung buat karipap or donat or cekodok pagi-pagi kan? Alamat tak berasap la dapur.

Semoga saya tergolong dikalangan yang rajin bangun pagi. Semoga Allah murahkan rezeki saya. Semoga saya jadi wanita solehah. Boleh praktis jadi ibu mithali. Woha!!

**p/s: Sepertinya spaghetti ini sangat sedap.. ^^

Thursday, November 18, 2010

Nota hati untuk Aura Besi 2

"Selagi Ar-Razzaq tak mati, selagi itu rezeki saya takkan putus"

Saya yakin dengan kata-kata di atas. Yang Maha Pemberi Rezeki Yang Maha Baik takkan biarkan hamba-hambaNya berada di dalam kesusahan sekalipun hambanNya itu berdosa.

Sebagai pelajar, masalah tiada duit atau duit tak cukup adalah satu fenomena biasa.

Yang akan memberi kesan adalah kepada pola pemakanan pelajar itu sendiri. Kalau biasa makan sehari sebanyak 3 kali dengan purata harga RM 2 untuk sarapan pagi, RM 3.50 untuk makan tengah hari dan RM 4 untuk makan sebab masakan panas.

Tetapi apabila sindrom kekurangan duit berlaku [biasanya selepas membayar yuran pelajaran dan yuran asrama disamping membeli buku-buku pelajaran], maka pola pemakana akan berubah. Daripada makan 3 kali sehari bertukar kepada makan sekali sehari, makan mee segera, makan bubur nasi berlaukkan ikan bilis, kicap dan telur goreng.

Saya juga mengalami pengalaman yang sama. Tetapi kebiasaannya fenomena ini berlaku tidak lama. Saya berpegang kepada 'Rezeki Allah yang bagi'. Saya pernah berpuasa berhari-hari sebab nak jimat duit. Alhamdulillah Allah bagi bonus berganda dengan ada orang belanja makan yang sedap-sedap waktu berbuka. Kadang kala berlaku selama seminggu. Adakalnya saya mendapat jemputan makan di merata-rata. Walaupun saya susah, tapi saya tak pernah berlapar. Saya yakin, kalau Allah tak izin, maka saya takkan dapat merasai nikmat itu.


Sempena hari raya aidiladha ini, saya rasakan Allah sangat baik. Sepanjang hari itu, saya tidak keluarkan duit pun untuk membeli makanan. Dari pagi sampai malam dan sampai esok paginya saya dapat makan percuma. Sudahlah percuma, lazat pula. Kan bonus berganda.


Sudahlah begitu, Allah tunjukkan pula supaya saya bertemu denga orang-orang yang baik hati, lagi saya berasa gembira. Allah sangat baik. Jadi adalah tidak patut kalau saya ini jadi orang yang kedekut dan tidak suka memberi. Kan?

Saya tetap yakin, selagi Allah, Sang Pemberi Rezeki hidup, selagi itu rezeki saya takkan putus. Satu pengajaran dan keyakinan yang utuh dalam diri saya. Nak rasa macam ini kena lalui proses. Hati kita kukuh mengatakan bahawa Allah tempat bergantung segala sesuatu.

Saya bersyukur menjadi hamba Allah. Jadi apalagi yang harus saya bayar melainkan dengan ketaatan dan korbankan apa yang saya ada untuk Allah, Rasul dan ummah ini.

**p/s: doakan saya kuat, semoga Allah redha kita

Tuesday, November 16, 2010

Mereka:Penyejuk hati [special edition]

Selama ni, saya selalu buat post tentang sahabat-sahabat baik saya yang bersama dan menyokong saya sewaktu saya menghadapi turning point. Waktu kritikal dalam fasa perubahan yang pernah saya lalui. Mereka ada, setia di sisi saya, membangun bersama saya. Kini, mereka jauh dari mata saya, namun sangat dekat dalam hati saya. Zaman pertama kali saya rasa dengan hati yang saya di sapa hidayah. Mencari hidayah Allah itu satu jihad.

Kini, yang dekat dengan saya hanya adik-adik yang dicintai dan disayangi. Bersama mereka saya istiqomah dengan hidayah yang saya dapat. Bahkan, saya meningkat bersama mereka. Mengekalkan hidayah juga satu jihad.

Siapa mereka? Sahibah-sahibah tanah selatan yang menghiburkan hati saya. Mereka bersama saya saat saya memerlukan teman bicara, teman makan, teman bercerita, teman berhalaqah, teman berDF, macam-macam lagi aktiviti bersama mereka. Mereka boleh di kenali di shoutbox sebelah, keh3x.

Mereka menjadi pengunjung tetap rumah maya saya. Tetamu regular(kecuali mai..jauh nun di auckland) di bilik pembantu felo saya. Wee~ ^^

Untuk mereka yang menjadi sumber kekuatan saya:
1. Nawwar [jama' kepada Nur, meminjamkan telinganya untuk saya]
2.Shah [sahibah sejati sehidup saya di UTM sampai la ni, semoga sampai syurga]
3.Mai [yang jauh di Auckland, banyak belajar bermadah dari dia]
4.Si manis manje[yang nakal dan menegur secara santai dan pedas. wee~^^]

Teruskan menegur, teruskan mengingatkan.
Teruskan bercinta dan berkasih sayang, saling mendoakan dan membetulkan

Tak tau nak terangkan macam mana. Indah kot~~bukan kot, tapi sangat indah ^^

Untuk kak syad, kak tim, pae, intan n teacher atiqah juga. Tak jemu membantu saya, mendengar cerita saya, menasihati saya.

Saya sayang mereka semua. Sayang sampai syurga. Kalau berikan saya segunung emas sebagai ganti kehadiran mereka dalam hidup saya pun saya tak mahu. Mereka sangat bermakna dalam hidup saya.

Untuk yang berkenaan, sayang kamu semua kerana Allah. Semoga kita bersama-sama mencapai tahap jihad yang seterusnya. Menyampaikan hidayah yang kita dapat kepada orang lain. Sebarkan cinta Allah seantero alam.

Semoga Allah redha kita, semoga Allah sayang kita.Semoga nama kita termasuk dalam list sebagai jundullah. Semoga nama kita termasuk dalam list yang akan masuk ke syurga. Katakan amin~

**p/s: jangan pernah penat tegur kesilapan saya.

Momentos: The current situation

"Kak, akak rasa saya dah berubah ke? Maksudnya saya dah lain ke?"

"Erk?, kenapa?"

"Saya rasa saya macam buat benda yang tak betul kot.."

"Akak cume terkejut dengar kau sambung menyanyi tadi..Tak pernah la kot dengar kau buat macam tu.."

"...................."

"Ke sebab hati berbunga-bunga. Kau pun dah explain pada akak kan. Kau sedang mujahadah jaga hati dari ditawan nafsu. Susah tu. Akak faham."

"Saya buat jahat dengan orang. Saya plan nak raya sama, nak ajar neural network, tapi waktu tu saya buat perancangan lain dengan orang yang lain."

"Akak rasa kau sendiri lebih tahu apa yang kau buat. Akak yakin kau tahu kau kene betulkan kan?"

"Yang ajar neural network, saya tak yakin sebenarnya. Saya tak berapa pandai. Tu sebab asyik delay je. Saya akan make up dengan benda lain. Bagi kawan tu buku dan nota-nota. Saya akan study betul-betul dulu.."

"Baguslah dah sedar..Alhamdulillah. Yang satu lagi tu macam mana?"

"Saya takut dengan dia. Saya takut lukakan hati dia lagi. Saya takut ada tindakan dan kata-kata saya yang biasa bagi saya tapi terkesan pada dia. Lagipun tiba-tiba teringat kes yang dulu semula. Sebab tu rasanya saya tak berapa kuat nak face benda yang sama lagi."

"Aku rasa kau ada masalah hubungan hati dengan manusia ni. Tak setel lagi masalah ni."

"Bukan kak...dengan Allah. Selagi dengan Allah tak setel, macam mana dengan manusia nak setel.."

Kepala tersandar di kusyen kereta. Mata menerawang melihat dada langit yang gelap gelita. Tak nampak bintang malam pun.

".................."

"Apa agaknya kau rasa?"

"Saya rasa Allah jauh...Dah sebulan tak duduk halaqah. Budak-budak exam kak. Saya buat kerja, baca buku, baca Qur'an. Tapi tak sama kak..."

Sebenarnya aku takut jauh sangat aku pergi. Lain kalau dah lama tak duduk halaqah ni. Walau sebulan je, aku rasa kesannya pada jiwa.

"Cari sumber kekuatan dari Allah. Kau lagi faham benda-benda macam ni berbanding akak. Akak hajat benda yang sama macam kau dapat.."

"Jom kak...Ajak adik akak sekali. Kita jumpa mak angkat saya. Kita cari kekuatan iman kita."

Alhamdulillah, setelah bertahun jambatan hati terbina, hati-hati itu hidup untuk rindukan sentuhan kasih sayang Allah. Semoga Allah redha. Semoga Allah sayang. Saya, akak, dia, kamu, yang jauh. Seluruh alam. Katakan amin.

***p/s:Saya nak jadi matahari. Yang memberikan cahaya kepada semua. Jadi panggil saya 'Nur'. Semoga 'Nur' dapat terangi hati. Saya mesti kuat!

Monday, November 15, 2010

Cakna: Isu murtad



Isu murtad

lama tak ambil peduli

Hari ni saya belek-belek balik kes-kes murtad yang pernah jadi

Bagi kesedaran pada saya bahawa saya tak buat kerja

Yang dah Islam boleh keluar. Macam mana nak jemput yang bukan Islam masuk

Owh~

Sedih kot. Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka



Links yang berkaitan:

Seerah: Cinta yang buta

**Harimau pun pandai mandi. Keh3x..Cik belang, tak sejuk kah?

Cinta Allah itu buta: Harimau liar menjadi teman

Ja’far bin Zaid bercerita,”Suatu saat, kami ke Kabul utk suatu peperangan. Antara ahli pasukan itu adalah Shilah bin Asyim al-Adawi. Setelah selesai solat isya’, orang-orang berlalu dari tempat solat lalu berbaring dan semuanya tertidur. Semua mata telah tenang. Namun, Shilah masuk ke hutan yg berdekatan.

Aku mengikut jejaknya. Ia mengambil wudu’, kemudian berdiri dan solat. Ketika solat, datang seekor harimau besar mendekatinya, tapi ia tetap solat. Aku takut dengan ngauman harimau itu dan berlindung di pohon besar yang berhampirn.

Namun Shilah, demi Allah tidak menghiraukn harimau itu. Ia tidak takut dan tidak peduli dengan ngauman harimau itu. Shilah sujud dan harimau itu semakin mendekatinya seperti akan menerkamnya. Namun, ternyata harimau itu hanya mengelilingi Shilah dan sedikit pun tidak melukainya. Selesai salam, Shilah berpaling kepada harimau itu dan berkata,

Wahai binatang buas, carilah rezeki di tempat lain.”.


Lalu harimau itu pun pergi. Gaumannya menggetarkan gunung. Shilah tetap solat sampai akhir malam. Ia lalu duduk memuji Allah dengan puji-pujian yang tidak pernah aku dengarkn lalu mengucapkan,


”Ya Allah, Aku mohon kpd-Mu bebaskan aku dari api neraka,atau layakkah orang sepertiku memberanikan diri memohon syurgaMu?”.


Kemudia ia kembali ke tempat tidur semula sehingga para sahabat menyangka ia tidur seperti yang lain sampai pagi. Aku juga ke tempat tidurku. Namun ketika pagi, aku malas dan tidak bersemangat. Allah mengetahui atas semua ini.” (HR Imam Ahmad dan az-Zuhdi)


************

Cinta pada Allah juga boleh buat manusia buta. Buta yang bertambah keterdekatannya dengan Allah.


p/s: 1. Adakah kekuatan cinta kita pada Allah macam ni? Bukan sahaja harimau, di gigit nyamuk waktu solat pun dah gatal-gatal nak menggaru

2. Boleh tak dengan cool dan macho kita cakap dekat cicak dan lipas [huhu~]

"Gi main jauh-jauh, saya nak solat dan study ni. Wee~ ^^"

3. Semoga Allah redha kita, semoga Allah sayang kita.

4. Saya suka makan udang harimau, udang bukan harimau pun saya suke.hehe