Wednesday, September 29, 2010

Random: Emosi

Hidup tak selau indah

Kalau kita tak rasa pahit, macam mana kita nak kenal indah kan?

Manusia setiap hari berubah

Hati dalam dada selalu berbolak balik

Hari ini mungkin dia yang kita sayangi

Tapi esok lusa, dia yang diterajang dengan kaki

Tergamaknya

Hati saya bagai dirobek

Walau bukan saya bukan ditempat kamu

Tapi hati saya juga rasa sakitnya

Apatah lagi kamu yang lalui

Pandangan saya terhadap mereka :

"Boys are stupid!! Throw them with rock!!
Men too, throw them with pan"

Saya agak emosi kala ini. Saya takkan putus meluncurkan peluru-peluru doa untuk kamu.

Sebab saya sayang kamu. Kerana kamu dan saya adalah bersaudara

Saya tahu kamu tak tahu yang sayang saya terhadap kamu sedalam ini

Walau tak sedalam Pemilik Kasih Sayang, tapi apa yang berlaku pada kamu memberi kesan pada saya

Ini je yang mampu saya tawarkan kepada kamu :

"Kalau nak minta tolong, saya akan tolong, insya Allah"

Dengan harapan kamu boleh rely on di bahu saya


Dan kamu jawab :

"Tq. Fazira"


Air mata saya gugur. Kamu memang tabah dan kuat

Monday, September 27, 2010

Random: Cita-cita



Dulu masa kecik-kecik saya bercita-cita nak jadi wartawan. Kenapa saya pilih ni, saya tak tahu. Agaknya terpengaruh dengan cerita dekat TV.

Bila dah masuk sekolah menengah, Form 1 sampai Form 3 hati saya teringin nak jadi pelukis kartun. Waktu tu mungkin saya terpengaruh dengan komik. Saya sangat galak melukis dan banyak masuk pertandingan.

Meningkatnya umur saya ke Form 4 dan Form 5, saya mula fikir secara serius. Rasanya waktu tu, saya keliru nak jadi apa. Emak mencadangkan saya menjadi seorang doktor perubatan, tetapi saya tolak kerana apabila saya menonton Medic TV saya akan berasa loya. Jadi saya tahu saya tidak mampu menjadi seorang doktor. Saya memasuki aliran Sains tetapi tidak mengambil subjek biologi. Tambahan pula saya bersekolah agama. Jadi saya boleh luaskan skop pilihan saya kepada 3 bahagian : 1. Aliran Deeniyah seperti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, 2. Aliran Sains seperti Fizik dan Kimia, 3. Aliran Perakaunan.

Saya membuat keputusan, antara ketiga aliran itu, yang mana saya hebat, maka saya akan fokus. Saya sangat meminati, bahkan mencintai bahasa Arab. Tetapi saya juga tidak melupakan mata pelajaran yang lain. Apa yang pasti yang selalu menjatuhkan gred saya adalah tiga subjek berhantu [fizik, kimia, add math].

Apabila keputusan SPM diumumkan, Allah izin keputusan saya boleh dikatakan agak baik walaupun bukan yang terbaik. Dalam banyak-banyak subjek, seperti yang dijangka saya agak tidak bernasib baik dengan subjek berhantu seperti yang telah saya sebutkan di atas.

Selepas SPM, saya belajar jadi kuli di kilang elektronik. Emak suruh saya rasai perasaan menjadi seorang kuli. Emak pesan, apabila saya jadi bos suatu hari nanti, saya akan berhati perut kepada orang bawahan saya. Jadi kuli memang susah. Sebab tu saya slalu belajar betul-betul supaya tak jadi kuli lagi.

Segala seperti yang diaturkan Allah, saya menerima tawaran ke matrikulasi. Saya berhajat menunggu tawaran daripada UIA, sebab saya nak jadi Ustazah bahasa Arab waktu. Tapi emak pesan, jangan jadi "Yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran". Yelah, dalam keluarga saya waktu itu kakak je yang baru dapat masuk universiti. Jadi asalkan dapat peluang tawaran universiti atau apa-apa sahaja jalan ke universiti mak kata rembat je.

Di matrikulasi saya mengalami kejutan budaya belajar. Saya belajar secara menghafal bukan memahami konsep. Allah izin saya gagal untuk ujian pertengahan semester. Selepas kegagalan itu, saya belajar dengan menggunakan teknik yang betul. Memandangkan saya bukan budak pandai,maka saya belajar macam nak mati dekat matrikulasi dulu.

Alhamdulillah, hasilnya dapat lah saya masuk universiti yang sekarang saya belajar. Belajar tak habis-habis sampai la sekarang. Tapi saya pilih bidang ini bukan sebab saya suka. Saya pilih sebab saya sedar yang saya suka cabar diri saya. Selepas berjaya menamatkan ijazah sarjana muda, saya menghadiri majlis konvokesyen seperti yang berlaku pada hari ini. Mungkin perasaan saya waktu itu berbunga-bunga sepertimana junior-junior saya rasai sekarang.

Di dalam majlis itu saya memberitahu kepada kawan baik saya yang saya nak jadi Pro-Canselor. Dia hanya ketawa. Dia kata saya nak cari publisiti sebab nak bagi sijil pada budak-budak yang sudah graduasi kononnya. Dan gambar saya pasti ada dalam simpanan setiap dari mereka. Tapi dia lupa yang saya nak jadi orang berilmu. Bila saya jadi Pro-Canselor, saya nak salam anak-anak yang baru graduasi dan berikan kata-kata semangat!! Tapi waktu itu mungkin saya sudah bongkok tiga dan menjanda kerana kematian suami. Owh~ begitu tua rupanya..

Semalam saya ke pesta konvokesyen. Saya berjumpa dengan insan seni. Bak kata Hlovate dalam blogdrivenya, Penconteng jalanan. Saya memberitahu kepada beliau betapa saya meminati lukisan dan seni. Saya belajar sendiri-sendiri untuk menggilap kemahiran melukis saya. Beliau bertanya kepada saya, "Adik ambil bidang apa?", mungkin sebab saya sibuk membicarakan tentang seni lukis dan sebagainya tanpa henti. Jadi dia fikir saya ini seorang pelajar tingkatan lima yang tengah fikir nak masukbidang apa. Saya gembira sebab saya rasa muda kembali.

Tetapi saya memberitahu kepadanya bahawasanya saya sedang menyiapkan sarjana dalam bidang kejuruteraan kimia. Dia terkejut dan geleng kepala. Dia berkata, "Biasanya orang pink ni akan kembali kepada apa yang dia minat". "Pink? saya tak berapa suka pink.." Balas saya. "Bukan, maksud saya, orang seni dan berjiwa seni akan kembali kepada seni semula". Owh~

Waktu itu, saya fikir, macam best jadi insan seni, minat pun minat. Best pun best. Biasa insan seni ni bebas berfikir. Bukan macam buat projek sarjana. Adakah ini tanda bagi diri saya yang malas fikir? oWh!

Jadi bila kamu tanya apa cita-cita saya, saya nak jadi orang yang berilmu yang bagi manfaat kepada orang lain. Saya ingin menegaskan untuk jadi orang berrilmu, kita perlu menderita terlebih dahulu. Tak percaya? Tanya saya.. Saya sedang menderita menyiapkan projek yang saya tak suka buat, tapi kena buat sebab nak memenuhi tuntutan fardhu kifayah.

Saya rasa orang lain tak boleh buat selain saya, sebab tu saya kena buat. Walaupun gaya bahasa macam poyo, saya tak kisah. Kalau nak tahu, buat ni susah nak mampus. Akhir sekali, saya nak memetik hadith Rasulullah:



Inilah ubat saya bilamana saya rasa nak terus balik kampung jadi suri rumah tangga sepenuh masa seumur hidupsahaja. Terima kasih kerana kamu sudi membaca. Hati saya sudah terpujuk juga selepas saya luahkan apa yang terbuku dalam dada. Lantaklah orang nak kata saya poyo atau tak sebab buat blog meluah perasaan. Yang nak belajar tinggi, jangan takut, belajarlah sebab Allah cinta orang berilmu. Percayalah. Dalam Qur'an ada sebut.

Saturday, September 25, 2010

Random: Heartless


Syud (2010) ada kata dalam novelnya, "Dia bukan menunggu. Cuma 'dia'ada disitu, pada ingatannya"

Aku rasa, aku pun macam Zahra. Padahal takde satu tanda pun dia tinggalkan untuk aku kenang,tapi aku tetap ingat dia. Tahu-tahu je dah bertanda dalam dada.

Syud(2010) kata, langit tetap biru!!

Aku memang suka langit biru, tapi untuk hal yang satu ni, aku takkan nampak langit sentiasa biru, sebab tadi baru bertukar jadi kelabu. Awan berat takung air, maka jadilah hujan sekejap-sekejap. Nak nampak langit biru dekat highway je

6 tahun boleh tahan rasa, takkan tak boleh teruskan lagi?

Aku kata, cukup la kot. Patut tutup buku dah ni. Tak larat nak siram pokok bunga hari-hari, bunga-bunga pulak berduri-duri, kadang-kadang tercucuk-cucuk sampai ke tangkai hati. Pedih ulu hati

Bukankah ada ubat mengisi sepi hati. Doa, istikharah dan musyawarah

Hati sepi biar di isi cinta Ilahi, kalau cinta tak bertepi sampai termimpi-mimpi, takde maknanye..

Mana tahu kisah 6 tahun ni ada happy ending?

Happy ending boleh declare dekat syurga sahaja nanti. Nak pergi sana, buat cara nak pergi sana, setakat mujahadah menahan rasa, yakinkah tersenarai nak masuk syurga? Padahal orang lain sibuk pertahankan agama, diri sendiri pulak tak habis-habis kikis noda dosa merata-rata. Bila lagi nak bersedia jadi syuhada'?

Kira nak setel macam mana ni?

Tanya aku ke? amik konsep heartless balik la..Ignorance..macam tak biasa buat muka macho je. Tutup case. Walaupun takde pemadam ajaib, aku padam slow-slow sampai bebas dari virus merah jambu ni. Dah tua-tua pun terkena virus ni lagi, alahai~ Antibody tak cukup power ke?

Habis kalau datang macam mana?

Masalahnya nak datang ke? Selagi tak datang tak yah bising-bising. Selagi tak jadi, galaslah title musafir sepi

p/s: this is the end of the story..

Friday, September 24, 2010

Momentos: Kelu Gagap 3

Standard QC kau cane? Ok tak?

Hihi.urm….susah pulak nak cakap macam mana. Haha..Ala~ kalau mak ayah kau dah berkenan, tuan punya diri pun berkenan, takkan aku nak lebih-lebih kot, Insha allah. Kalau betul dia yang terbaik, dia lulus lah dari QC aku. Ape-ape pun, sedia kan hati untuk terima apa-apa kemungkinan, didik hati baik-baik.

Aku aware benda tu,terima kasih. La ni aku masih aware dan usahakan untuk sentiasa jaga hati.

Ada satu persamaan dengan aku, dia suke anime. Headboy gelak sakan bila tau dia minat anime macam aku

Haha~aku pun gelak sakan jugak

Ingat ustaz, tapi layan katun jepun. Aku pun tak sangka

Dah ustazah pun layan anime jugak, nak buat mcm mana

Haip! Cet!!! tak yah buat muka keji

Muka sopan lah tu

E ee~ aku tau muka kau sekarang ni……Kau lega tak?

Lega?

Kita hampir tak jadi madu =p :))

Masuk angin! aku ingatkan lega ape. Cakap pelik-pelik!! Aku ingat kau nak kata lega sebab byk ketawa dah. Haah, memang aku lega pun, takde pesaing. Hahaha. Macam takda masalah pulak rasa. Hahahaha

Cet! woho~~

Konon, ade hati nak bermadu dengan aku. Hihihihihi

Kau lega kan? kan?

Haha,kenapa nak lega pulak?kau la patut risau, kot la nanti aku tersuka anime jugak macam mana?? ha??? kan ke bahaye tu

haip!!

kuikui

jangan tengok gambar lama-lama, sister; lower ur gaze

Takut terbekenan ke?

Mahal seyh lesung pipit tu dr lesung batu,huh!

Aku tak perasan pulak sebab tak tengok lama kan~~~~

Aku dulu suke dia sebab aku pernah nampak dia tersenyum…sebab tu je?

Haha. Soal sendirik, jawab sendirik

Sendiri mahu ingat la; hisab diri sebelum dihisab

Takpe la, tu sebab masa dulu-dulu. Sekarang mesti ade sebab lain yang lebih kukuh

Hmmm~ :p

haha

:">

Kang aku buat ayat sedap sgt ko cair plak

Eh? ko nk mengayat aku ke?

Tak berani kot, nanti ko syahdu sgt

Romanticisme, permainan syaitan yang paling ampuh; dah ramai yang tewas dalam sejarah kehidupan manusia. Semoga Allah tetapkan kekuatan untuk haling dan kawal dengan cara yang baik. Aku baik, dia baik, insha Allah dapat yang terbaik kan? La ni dalam hati ada Allah. Alhamdulillah

Insha allah. Allah tetap matlamat kita,yang lain-lain tu hanyalah jalan untuk dapatkan redha Allah. Pelbagai cara yg kita guna utk dapatkan redha Allah; baitul muslim salah satunya, jadi sama-sama kita ingat baitul muslim bukanlah matlamat kita; itu hanyalah jalan utk dapatkan redha Allah je.

Close case. End this session

Want to continue?

Soon, when she ready to sing “Barakallah”

Lets pray for good, Lillahi ta’ala

p/s: Mungkin akan ada kontroversi pada entry ini.Hidup perlu ada panduan kan? p/s/s: Kamu pasti tak sangka begitu panjangkan? Miaoww~

Momentos: Kelu Gagap 2

Tu la….Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan. Mana nak tau, jodoh tu kan rahsia Allah. Ia datang macam magik.Kikikiki~

Mudah-mudahan kalau tu yang terbaik

Takutnya aku kalau kena nyanyi lagu barakallah versi live nih!

Cet ;p

Aku tak janji pape kan? Kau je kan yang janji .Haha..Insha allah

Bukan vice versa ke janji ni? Sape-sape punya turn pihak satu lagi kena nyanyi. Kira kau pun terikat la ye

Bukan! Hahahahaha. Tidak!!!! Aku malu :">

Poyo =p

Doa banyak-banyak ye

Kalau betul dia jodoh yang terbaik

Insha Allah. Moga Allah permudahkan

Sudahlah ustaz MAIS, org JAWA pula

Lengkap!

Nak buat cane~WEE!

Kok senang makan tempe. Hihiihiih

Kalau bukan dia orangnya, moga Allah buang perasaan yg ada dalam hati

Pape pun memang kena jaga hati sungguh-sungguh la. Jangan layan sangat perasaan tu. Ingat pesan Pak cik Rosdi, ape-ape pun, kita minta pada Allah. Memang, nak kawal hati sendiri pun kena mintak pada Allah. Memang lah lemah manusia. Susah nak kawal hati sendiri, kena mintak kat Allah jugak

Betul

Sama-sama doa, moga Allah berikan yang terbaik, pada waktu yang terbaik :)

Terima kasih ya ukhti

Sebelum masanya, jangan fikir banyak sangat

Tolong tegur aku ye

Insha allah

Aku bukan hantu sampai 'jangan tegur'

Hahahaha. Masuk angin! Insha allah. Apa-apa yang perlu tegur,kita saling perbetulkan, saling melengkapi

Terima kasih,bila dapat nikmat kasih sayang mcm ni, aku lupa pasal benda lagho yang tak pasti tu, Alhamdulillah

Urm…. Betul,bila kita ade orang lain yang mengingatkan kita terasa kuat sebab ada yang melengkapi kita

p/s: nk tgk gmbr budak tu?

Kat mane? Kau simpan ke?

FB

Ooo, facebook takpe

Yang mane satu? kena melalui QC aku dulu nih!

Momentos: Kelu Gagap 1

ada satu lagi, ni tentang life

kenapa?

fitrah vs fitnah. Tolong nasihatkan aku supaya tetap iman

erk?. Tak reti ler masalah macam mana tu? Maksudnya tindakan kita yg buatkan timbulnya fitnah ke?

Lebih kurang la

Ada kaitan dgn opposite gender ke?

Lebih kurang la, bila dah gaul dgn org lain mcm2 unsur masuk. Takut la benda ni datang lagi

Kita lah yg kena clearkan pegangan kita pada diri sendiri. Masa Allah blum uji kita yakin yang kita takkan buat benda-benda yang lagha ni. Kita rasa kuat sangat keyakinan kita pd Allah, rasa takut sangat nak buat dosa. Sentiasa jelas yang hidup ni pengakhiranny dua je. Syurga..Neraka. Tapi bila Allah dtgkan ujian untuk kita tengok balik stand kita kat mana, Allah nak tengok betul ke kita akan berpegang dengan keputusan yg sama bila keadaan yang perlukan kita buat pilihan antara haq & batil tu. Masa tulah br terbukti iman. Kita kena rasa lah yang iman tu bukan setakat cakap-cakap je, ia perlu dibuktikan dengan amal, dengan perbuatan kita. Amal tu kan buah kepada iman. Jadi kalau kita rasa kita mula goyah bila diuji dgn bnda-benda macam tu, mungkin kita kena murnikan lagi niat kita.

Ikhlas. Mungkin kita belum cukup ikhlas dgn Allah sebab ikhlas ni sangat-sangat susah nk detect. Kadang-kadang kita rasa hati dah cukup ikhlas dah, tapi mungkin ada perkara-perkara yang kita terlepas pandang, ataupun dalam menempuhi kehidupan tu kita tak berapa nak jaga hati. Kurang concern pasal benda-benda macam ni. Maka, hati mula berbolak balik.

Betul la..permurnian niat untuk ikhlas kena selalu. Aku sekarang jaga dengan solat dan Qur’an je yang mampu, itu je praktikal yang buat aku tahan. Owh~sangat susah bila fitrah datang.

Allah akan goncang iman kita, tu yang kita kena sentiasa beringat. Bukanny Allah main cuit-cuit je. Allah goncang sungguh-sungguh ni. Aku selalu ingatkan diri sendiri, nak masuk syurga ni bukannya mudah. Nanti kat syurga tu nak berjiran dengan Rasulullah. Hebatnya Rasulullah tu. Layak ke kita nak berjiran dengan nabi? So nak tak nak, kita msti jadi hebat kena lebih jelaskan matlamat dan memang kita yakin ending kita; syurga dan neraka. Kalau rasa nak syurga hebatnya kita jelaslah macam mana nak dibentuk. Kalau rasa tak boleh, ke tmpat satu lagi la. Itu selalu aku alin bila rasa nak futur, bila rasa macam nak terjebak dengan benda yang bukan-bukan ni. Bukan senang, tapi kita memang kena slowtalk dengan diri kita, ingatkan balik , dunia ni untuk apa yang kita nak kejar sangat. Macam mana kita nak kawal fitrah tu yang penting. Bukanlah maksudnya kita ni keras sangat smpi nak aling fitrah kita, tapi kita cuba semampu yg mungkin untuk kawal dan landaskan fitrah manusia tu ikut jalan yang Allah redha.

Allahu Akhbar !!!

Kena hati-hati sangat. Syaitan ni sgt berpengalaman

Sungguh teruji, aku banyak kali la terjebak. Haish~ Kali ni biar la fitrah tu suci, betul-betul bersih

Kena check balik la. Ape yang tak kena sampai kita hampir terjebak dengan benda yang sama. Mungkin ada bnda yang kita tak perbetulkan lagi.Kena kuatkan pergntungan kta pd Alla, yakin dan usaha ikut cara yg betul. Insha Allah

Astaghfirullahal’azim L .Tolong aku lorongkan fitrah ni ke jalan yang baik

Huhu.Nak bantu macam mana ye? Kita ingatkan antara satu sama lain insha Allah

Kau cakap macam tadi tu nak buat aku meleleh. Sekurang-kurangnya, aku nye stand tak lari. Tergoncang je..

Biasa lah tu

Alhamdulillah. Eh, nak tau ke alkisahnya cane? ;)

Mestilah nak!!!! Hihi

Cet =p

Tuesday, September 21, 2010

'Ilm: Surface learning versus deep learning


Surface Approach
  1. Rote learning
  2. Cutting corners/ sweeping under the carpet
  3. Non-academic priorities exceed academic ones
  4. Misunderstand requirements-eg: thinking that factual recall is sufficient
  5. Negative emotions: anxiety, boredom, cynical view of education
  6. Learning is a drag, just want to get it out of the way,do not enjoy learning
  7. Focus on superficial "signs" of learning-isolated/disconnected facts, inability to relate
  8. Inability to understand content at deep level
Deep Approach
  1. Look for underlying meaning, feel the need and eager to learn, intrinsic curiosity
  2. Giving the best effort, engaging and taking ownership in doing tasks
  3. Appropriate background knowledge
  4. Understand big picture through learning details
  5. Positive emotions: interest, a sense of important, challenge, exhilaration, pleasure in learning
  6. Ability to focus at high conceptual level
  7. Genuine desire to develop self
  8. Genuine preference and ability to work conceptually and look for relationships, rather than with unrelated detail
p/s: agak-agak, kamu lebih banyak surface atau deep?? woha!!

Monday, September 20, 2010

Si kelu dan gagap 3


Oooh...
Burung pun bernyanyi...
Melepas sgala rindu...
Yang terendam malu...
Di balik qalbu...

Oooh...
Anginpun menari...
Mencari arti...
Adakah ini fitrah...
Ataukah hiasan nafsu...

Di dalam sunyi ia selalu hadir...
Di dalam sendiri ia selalu menyindir...
Kadang meronta bersama air mata...
Seakan tak kuasa menahan duka...

Biarlah semua mengalir...
Berikanlah kepada ikhtiar dan sabar...
Untuk mengejar...

Sabarlah menunggu...
Janji ALLAH kan pasti...
Hadir tuk datang...
Menjempu hatimu...

Sabarlah menanti...
Usahlah ragu...
Kekasih kan datang...
Sesuai iman di hati...

Sabarlah menanti...
Bila di dunia ia tiada...
Moga di surga ia telah menunggu...
Bila di dunia ia tiada...
Moga di surga ia telah menanti...

**maidany-menunggu di sayup rindu

Wednesday, September 1, 2010

Momentos: The Past

Laptop di meja study di on kan. Hari ni nak buat pembersihan laptop. Tetikus digerakkan ke folder “old skool picture”. Dengan sekali klik,maka terpaparlah semua isi dalam perut folder “old skool picture”. Dah berzaman gambar ni. Masih ada lagi rupanya dekat laptop aku ni.

Satu persatu gambar dibelek. Nostalgia zaman matrikulasi. Waktu aku tak tetap pendirian. Masalah krisis identity. Kejap tudung besar, kejap tudung kecik. Kejap pakai stokin, kejap sensing seluar. Haish~~ buat malu je. Masih belia, takpe la. Benda dah berlalu. Syukur hari ini lebih baik.

Mata Nilam terpaku pada satu gambar. Gambar yang tidak ingin dilihat. Apasal la tak delete dari dulu. Tak perasan ke? Masalah betul bila teringat benda ni. Wajah itu yang pernah mewarnai dunia remajanya. Kini wajah itu menjadi nightmare dalam hidupnya. Kalaulah aku tak dengar cakap kawan-kawan, mesti aku tak rasa sikit pun penyesalan.

Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan itu. Sudahlah Nilam, tak payah nak berkalau-kalau. Mungkin perkara tu yang sebabkan kau jumpa jalan pulang yang hakiki.

‘Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan allah menyesatkannya kerana mengetahui (Kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya” ( Jatsiyah:23)

Right klik, delete.

Pergilah main jauh-jauh. Banyak masa terbazir sebab terlalu ikutkan trend kehidupan muda mudi masa kini. Padahal buat sebab ikut-ikutan.

Mengapa dia masih berperasaan sedemikian sedangkan telah diusir perasaan itu dari dalam dirinya sejak lama dahulu. Hidupnya kini telah dibebaskan dari perasaan yang membelenggu jiwanya itu. Perasaan serba salah dan dosa yang amat. Kenapa kenangan itu harus kembali semula?

Mujur Allah buka hati aku. Mujur juga Allah tunjukkan siapa dia yang sebenarnya. Lagi, mujur aku dah tak involve dengan bunga-bunga zina lagi.Alhamdulillah..Semua keluatan Allah yang pinjamkan.

Syukur pada Allah. Nilam meraup wajahnya. Benda ni cukup aku je yang tahu. Benda dosa tak elok cerita-cerita dekat orang. Aku dah bertaubat dan serius aku benci dengan perbuatan aku dulu.

Dan dia cuba untuk memadam memori silam namun kisah itu bagaikan berterbangan di kotak matanya yang hampir berair.

Kalau nak dibandingkan Nilam yang 5 tahun lalu dengan Nilam yang sekarang, bagai langit dengan bumi. Lagi-lagi dari segi pengisian hati. Allah cintakan dia! Itu dia sangat pasti kerana Allah masih menyelamatkan dia! Setelah apa yang telah dia lakukan Allah masih sayangkan dia!

“ Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dalam masa yang dekat” ( Nisa:17)

Nilam sedar, dia telah banyak berubah semenjak datang ke situ. Tudungnya mula bertutup kemas. Pergaulannya sangat terjaga. Banyak ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya di situ. Malah dia benar-benar merasakan nikmatnya Islam itu apabila di datang ke tempat ini pertama kali.

Dia sedar dia perlukan teman hidup yang kuat untuk menyokongnya untuk kekal berterusan di atas jalan ini. Yang mampu membimbingnya tanpa kebosanan mengenal penciptaNya dan beramal dengan sunnah NabiNya.

Allah dengar doa-doanya. Dia yakin Allah dengar doanya.

Berdoa’lah dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh, serta yakinlah bahawa doa’ akan dimakbulkan. Sufyan bin Uyayna berkata: “Apa yang seseorang ketahui tentang dirinya tidak patut menghentikannya dari berdoa’ kepada Allah swt kerana Ia memakbulkan permintaan makhluk yang paling jahat, iaitu Iblis, bila ia meminta, ‘Berilah tangguh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan.’ Allah berfirman: ‘Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.’” (7:14-15)”

Jangan pernah putus asa dari rahmat Allah wahai Nilam. Teruskan langkahmu menuju keredhaan Allah. Bergeraklah kea rah syurga Allah. Lekaslah menjauhi neraka Allah. Kuatkan kaki aku untuk mujahadah ini Ya Allah.

Dan air mata itu gugur lagi……..