Tuesday, August 31, 2010

Dia: I'll remember your smile

Lagu tema: I'll remember your smile (Zain Bikha)


i'll remember your smile =')


Where there is a right there is no wrong,
I always thought we were so strong,
but our time just flew by,
there wasnt a chance to say goodbye.

And so confused,
I feel all alone

Deep in my heart,
I know Allah has called you home.

But yea your smile still lingers in my mind,
and yea its so hard i just break down and cry.

I remember the time our friendship was strong,
I remember your eyes find a way to melt my heart,
Most of all I remember your smile.

Some times I lie awake at night the pain in my heart,
I just cant find why did you have to go away,
Yet i know none of us can stay you will always be so special to me.

In the world you will always live as a memory,
but yea your smile still lingers in my mind,
and yea its so hard i just break down,
and cry I remember our freidnship was strong,
I remember your eyes find a way to melt my heart.

Most of all I remember your smile..

========================


Kadang-kadang perasaan rindu tu datang lagi. Betul-betul memberi kesan dalam jiwa. Kita akan lebih menghargai, bila kita pernah rasa kehilangan. Al-Fatehah untuk kamu.

Momentos: Futur


“Nilam, nak tanya boleh tak?”

“Kau nak tanya apa? Sejak bila kau kena mintak izin dulu dari aku baru nak bertanya?”

Nilam bergerak lebih laju. Beg galas dibetulkan kedudukannya di belakang. Banyak sangat bawa buku, sengal pulak rasa bahu.

“Ala kau ni, bila aku bersopan santun sikit dah mula buat muka sengal tak boleh blah dia.”

Tempat sebelah Nilam diduduki. Aku tengah gundah, boleh pulak layan macam ni. Macam tu ke kawan. Anit terus menunduk sambil jari-jemari bermain dengan hujung selendangnya.

Emo pula Anit ni. “Poyo la. Ha, benda apa yang kau nak tanya sampai mintak keizinan aku?. Nah ambil ni.”Chocolate bar dihulurkan kepada Anit. Sensitif pulak petang-petang ni.

“Sebelum tanya, aku bagi mukaddimah dulu la..” Untung buat muka seposen dapat coklat. Ngee~~

“Eceh~~bagus la kau..Hehehe”

“Wei, dengar la..Buat main pulak. Aku mood serius ni. Ini serius..”

“Baik, I shut my mouth and lend my ears.”

Sometimes aku rasa, keadaan aku selalu sangat naik turun.Kalau ikut graf tu ada rupa sinusoidal punya graf. Maksud aku, dari segi keimanan. Sejak akhir-akhir ni la yang paling teruk keadaanya.Tanda-tandanya, aku dah suka balik benda jahat yang aku buat dulu. Aku rasa down sangat. Bahasa budak-budak dakwah futur. Kenapa aku futur? Padahal aku follow halaqah. Adakalanya aku jemu. Apa yang patut aku buat?”

Hmm…Hidup memang macam ni.

Nilam menala pandangan ke langit sambil hujung kaki menguis pasir.

“Semalam, aku pergi surau. Kebetulan ada sorang budak fakulti mekanikal bagi satu tazkirah.”

“Mana kau tau mamat tu mekanikal? Kau ushar dia ea??”

“Banyak la kau.Takde maknenye aku nak membenarkan spekulasi kau tu. Aku kan fakulti mekanikal, jadi aku biasa nampak la muka mamat tu. Dengar la dulu aku nak cerita. Sibuk pulak dia nak menyampuk, padahal dia yang bertanya.”

“Yela, yela..Apa yang mamat Mekanikal tu cerita?”

“Dia tanya, pernah nampak tak orang lemas? Kalau orang lemas tu macam mana? Aku nak tanya kau, kau rasa sebab apa orang tu lemas?”

“Sebab takde pelampung. Kalau tu aku la..Aku mana pandai berenang. Tak pun kaki dia tersangkut dekat akar kayu bawah laut. “

Imaginasi tinggi betul. Laut mana ada akar kayu. Ingat paya bakau ke minah ni. “Maksud aku, keadaan orang yang lemas tu macam mana?”

“Terkapai-kapai, tenggelam timbul.”

True. Tu yang aku nak dengar. Katalah dia stop buat aksi -terkapai-kapai tenggelam timbul- tu dan terus bergerak kehadapan sedaya upaya, rasa-rasa dia boleh selamat tak?”

“Kebarangkalian tinggi boleh. Biasa kalau dalam air kita takkan rasa macam bergerak, tapi hakikatnya kita bergerak. Asalkan kita terus move on ke hadapan. Wei, bukan kalau dah menggelabah tu kau takde masa nak fikir dengan baik dan bertenang ke?”

“Pandai..Macam tu la keadaan yang kau rasa sekarang. Kau kata tadi kau rasa kau macam meningkat, tapi adakalanya kau rasa down. Tu tandanya kau tak nak move on kehadapan. First step, kau kena bertenang dan sediakan diri kau dalam keadaan yang tenang. Macam mana nak tenang? Kalu ikut aku, cukup dengan Al-Qur’an dan solat”

“Tak faham..” Betul tak faham si Anit ni, kening dah bertemu. Dahsyat. Kalau aku snap gambar dia letak kat facebook mesti kena bahan kaw-kaw. Hehe

“Kau berada pada fasa yang sama, pada fasa itu ada naik turunya. Macam keadaan lemas tadi la. Kau tenggelam timbul, tapi kau masih berada pada kedudukan yang sama. Apa kata kau maju kehadapan bergerak lebih tinggi dari fasa yang sedia ada, kau akan rasa sedikit perubahan dan kemajuan kan? Dan pasti kau akan kurang rasa futur tadi. As long as kau move forward, keluar dari zone selesa kau. Insya Allah, perasaan futur tu akan hilang. Kira kau tengah berusaha bermujahadah. Bila kau mujahadah, maksudnya kau tengah berhempas pulas bersihkan diri kau. Memang adakalanya down, tapi dalam keadaan yang semakin kehadapan. Mungkin sekarang dah tiba masanya kau kena naikkan capability diri kau. Sampai bila nak bermain-main di sekitar tempat yang sama sahaja kan?”

“Bergerak kehadapan untuk maju. Walaupun kau rasa kau dah dapat tarbiyah, kau jangan fikir yang kau dah selamat. Hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara,hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana. “

“Kalau kau rasa diri kau tak meningkat, maksudnya kau tengah menurun. Iman yang ada dalam dada kau semakin menyusut. Ubatnya, kau kena tambah semula iman kau dengan meningkatkan kembali bekalan untuk diri kau.”

Renew niat. Ingat, tazkiya tu proses bertahap dan beransur-ansur. Tak kisah la kau baru sedar atau dah lama sedar, setiap hari kita semua bersaing dalam perjalanan menuju syurga. Kau nak ke hadapan atau taknak je. Hanya diri kau yang boleh melaksanakannya. Takde siapa yang dapat melaksanakan tazkiya untuk orang lain.”

“Alhamdulillah, aku jelas. Aku dah tau aku kena buat apa. Teringat Ustaz Noorazman ada cakap, selagi mana hati kita masih cintakan jahiliyah, selagi itu kita takkan dekat dengan Allah. Mungkin aku kena start dari situ.

Yahya Ibn Mu’adh pernah kata dalam salah satu quote dia ”……… aku bukan suruh korang tinggalkan kehidupan duniawi,tapi aku suruh korang tinggalkan dosa. Untuk tinggalkan duniawi tu dikira terpuji,tapi untuk tinggalkan dosa tu tanggungjawab.Dan untuk tinggalkan dosa tu lagi penting dari tinggalkan dunia.”

“Ok lah wei. Dah petang, jom balik. Malam ni kena buat discussion dengan Ijat lagi. Sambil-sambil tu boleh share fikrah dengan dia. Ijat perlukan support system. Kita perlukan Ijat.”

Anit dan Nilam berjalan beriringan menuju ke bus stop. Satu simpulan sudah terlerai. Masih jauh lagi perjalanan untuk menjadi hamba yang dicintai Allah. Teruskan melangkah dan terus melangkah. Menoleh ke belakang sebentar untuk melihat kembali kesilapan lalu supaya dapat dijadikan sempadan. Moga Allah redha.

Monday, August 30, 2010

Momentos: Proses pembentukan diri


“Bukan aku tak nak jadi baik, aku nak sangat. Tapi perjalanannya terlalu sukar. Terlalu banyak yang aku kena betulkan. Aku tak tahu nak mula dekat mana. Aku frust…”

Anit memerhatikan Ijat. Kesian Ijat. Tengah serabut kepala dia. Nilam yang berada disebelahnya di kerling dengan harapan mampu membuat sesuatu.

Jangan la jeling-jeling aku si Anit ni la. Psiko betul. Aku sendiri pun tak ok sangat ni.

“Ijat…”

Kepala Ijat terangkat sedikit bila namanya dipanggil

“Seseorang tak boleh berubah dengan sekaligus. Proses perubahan ni dalam bahasa Al-Qur’an disebut tazkiya. Maksudnya pembersihan jiwa dari perkara-perkara yang mengotori dan tidak dikehendaki.Mendidik jiwa pun boleh dinamakan tazkiya.” Sedaya upaya Nilam memujuk. Ya Allah, bukakanlah kefahaman dalam hati Ijat. Aku berserah kepadaMu Ya Allah..

“Tazkiya………” Benda baru lagi yang aku dengar.

“Kau tahu kan, tahap yang paling ideal adalah penyerahan keseluruhan hidup ini kepadaNya. Setiap apa yang kita lakukan adalah untukNya. Inilah yang ideal-tapi benda ideal tu sangat susah nak capai”

Kau ingat senang ke nak dapatkan ideal gas? Persamaan PV=nRT tu tak semua keadaan gas boleh capai. Macam tu juga situasi kau sekarang. Nak serahkan hidup bulat-bulat pada Allah tu ideal. Kalau senang macam kacang goreng tak ideal la namanya, sebab senag dicapai. Rasa segan la pulak dengan Anit dan Nilam. Baru langkah pertama dah frust. Malu la wei Ijat..

“Kau kena sedar,terima dan faham hakikat ini. Yang penting sekali, memenuhi perjanjian kita untuk serahkan segala yang kita ada untuk Allah adalah usaha yang ideal yang perlu dipelihara.”

“ Inilah yang dikatakan tazkiya. Usaha dan perjuangan untuk mengeluarkan segala yang ada pada kita ke jalan Allah.”

Baik punya kesimpulan Anit. Terimas Sis!!

“Allah tahu kau nak berubah. Allah tahu fitrah kita. Rasulullah sedar akan hakikat diri manusia yang memerlukan proses peningkatan diri secara bertahap-tahap. Rasulullah dan sahabat baginda tidak akan memaksa seseorang yang Islam melaksanakan semua tuntutan sekaligus. Sebaliknya Rasulullah akan ajar dan mengharapkan sahabat baru tersebut melaksanakan sebanyak mana yang dia mampu ditanggungnya pada ketika itu. Al-Qur’an pun diturunkan beransur-ansur.” Aku rasakan Anit, nil ah ayat yang paling skema yang pernah aku guna. Cakap benda serius kena la skema. Tak skema nanti Ijat ingat aku main-mainkan dia pulak.

“Ijat, buatlah mana yang kau mampu dulu. Istiqomahlah dengan yang sedikit. Allah lagi suka. Daripada kau sibuk dok fikir nak buat macam mana tapi satu apa pun kau tak mulakan. Lagi tak baik..”

“Meh kita buat sama-sama. Aku dan Nilam pun nak capai status ideal”

Akhirnya, tertarik juga segaris senyuman dari bibir Ijat. Alhamdulillah Ijat. Kau kena tahu yang sahabat baik pun boleh jadi hidayah yang Allah kurniakan untuk diri kau. Betapa banyak nikmat yang Allah beri dalam hidup kau Ijat. Maka nikmat yang mana lagi yang kau dustakan???

Sunday, August 29, 2010

Momentos: The Change

“Nak bentuk diri menjadi yang lebih baik ingat senang ke?”

“Nak buang karat-karat jahiliyah yang dah menjadi kesukaan hati kita perlukan kekuatan dalaman yang tinggi untuk dibuang.” Serius Ijat menuturkan.

Terhenti suapan Anit dan Nilam bila ayat itu terkeluar dari mulut Ijat.

“Aku nak jadi baik, macam korang. Tolong guide aku mana aku patut pergi”

Kalau boleh sekarang ni juga aku nak buat sujud syukur. Anit berbalas pandangan dengan Nilam.

Hidup di dunia ni kalau takde matlamat, maka akan jadi tak tentu hala la sekelian penduduk di muka bumi ni. Sepatutnya dalam perjalanan hidup ni kita kena set target yang jauh. Kemudian break down kan target tu kepada matlamat yang kecil. Sebab, bila kita ada target, baru kita akan buat perubahan untuk diri kita. Target itu mestilah sesuatu yang kita nak guna dalam hidup, jadi kita mesti faham dalam level yang tinggi.

Suara dalam kepala Ijat bertubi-tubi menyoal tuan punya badan.

Apa kau punya target dalam hidup?

Nak kumpul harta bertimbun sampai tepu?

Nak bawa mak ayah kau pergi haji?

Nak kerja besar dengan gaji yang besar?

Kau pernah fikir apa yang kau nak dalam hidup sebenarnya?

Bila kau dah capai semua-semua tu, apa lagi yang kau nak capai?

Hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara,hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana.

Hidayah yang datang dalam hidup kita adalah peluang yang besar untuk direbut. Sama juga dengan peluang yang ada dalam hidup ni. Ibarat mengejar masa nak naik keretapi, perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri. Terlewat sesaat, makan asap.

Nilam pernah bagitahu pasal hidayah tu pada aku. Waktu tu aku sengih-sengih ala Kerang busuk je. Hari ni baru aku terasa.

Ijat, masih belum terlewat untuk kau bangkit. Kalau nak kira kau ni memang dah patut pikul tanggungjawab sebagai seorang dewasa. Apa yang kau dah prepare untuk galas amanah tu? Takkan lagi sepuluh tahun baru kau nak berubah. Waktu tu kau kena bayar dengan pengorbanan lagi besar. Mungkin masa depan jiran-jiran kau, atau aqidah anak-anak kau dah tergadai, baru nak bertanggungjawab. Sorrylah Ijat, dah lambat sangat.

“Dah tu, aku kena start bila?” Ijat garu kepala yang tak gatal.

“Sekarang la ngok, ingat hidayah takkan singgah dalam hati kau banyak kali. Sekali kau tolak, boleh jadi lepas ni Allah tak nak bagi lagi hidayah tu dekat kau. Tau?” Nilam geleng kepala tengok gaya cuak Ijat. Takpe, perlahan-lahan, kasi khadam dalam hati dan jiwa.

Nilam kata kena start sekarang, dan dan aku terus pergi masjid ni. Ni kira aku menyahut seruan hidayah ke? Eheh~ Astaghfirullah. Ijat, jaga niat, jangan sampai ‘ujub

Jalan menuju Allah hanya diterangi apabila seseorang mengenali kedudukanNya yang utama di dalam hidup dan berusaha membentuk dirinya berpandukan hakikat ini. Rasulullah SAW bersabda:

“Jika seseorang ingin mengetahui dimanakah dia di sisi Tuhannya, dia hanya perlu melihat dimanakah Tuhan dalam hidup dan hatinya. (Hakim)”

Apasal aku rasa ada sesuatu yang menusuk jantung aku ni? Kat mana aku letakkan Allah dalam hidup aku ye? Astaghfirullahal’azim. Sedih gila aku rasa sekarang, sebab aku tau selama di kedudukan aku di sisi Allah kat mana. Ya Allah, ampuni aku..

Perasaan aneh meresap kedalam hati Ijat. Cecair hangat membasahi pipi. Aku akan grab peluang ini.

Saturday, August 28, 2010

Manusia pelupa


Kak, nak tanya, kenapa saya tak dapat allowance saya 2 bulan?

Adik dah renew contract belum? Dah buat surat lanjutan ke?

Surat lanjutan apa tu kak?

Setiap 6 bulan wajib renew surat lanjutan. Kat sini takde sistem automatik

Ya Allah, sungguh saya tak ingat pasal hal ni..jadi macam mana ye kak?

Adik kena ikut prosedur untuk uruskan..bla..bla..bla..tapi kan dik, tak jamin boleh dapat bulan 9. Bulan 10 la kot akan dapat allowance adik tu..

'Apa!!!! start bulan 7, 8,.....10!! woha~ 4 bulan aku takde allowance..
ni la padahnya dia kalau lupa.'

==================================

Dr, saya lupa nak buat surat lanjutan 6 bulan, jadi bulan ni tak dapat allowance lagi

Duit dia sendiri dia boleh lupa?? Macam-macam. Habis sekarang ada duit tak nak guna masa raya?

Er~~ saya ada saving gaji-gaji yang lepas.
'sebenarnya tu duit nak buat phD saya..huhu'

Ada la tu hikmah Allah nak tunjuk

'Agaknya, aku cadang nak beli skirt dan i-pod, nampaknya kena kuburkanlah hasrat tu'.
Didikan untuk saya bersifat qana'ah(bersyukur dengan apa yang ada) agaknya. Alhamdulillah

===================================

Awak dah dapat allowance?

Belum, saya lupa nak renew contract. Jadi kena tunggu sampai bulan 10..huhu..padan muka saya

Ada apa-apa yang boleh saya bantu?

Saya tak tahu nak mintak...

Saya yang bagi. Bak sini account number

Terima kasih~

==================================

4 bulan hidup tanpa allowance...

Nasib baik aku student yang papa tak berharta.

Hikmah bulan ramadhan.

=================================
Manusia bermaksud Pelupa

Dalam bahasa syurga nasiya bermaksud lupa
dan nasiya ada dalam perkataan maNUSIA

Sifat pelupa adalah sifat manusia

Manusia memang lemah dan tak berdaya

Perlukan peringatan sepanjang masa

Lagi-lagi pada hati kita yang selalu jahat ni

Kita perlu sentiasa diingatkan tentang tanggungjawab kita

Tanggungjawab pada Allah, tanggungjawab sesama manusia, tanggungjawab kepada alam

Kalau tak diingatkan, maka akan berlakulah macam-macam perkara yang tidak diingini

Dari situ aku sedar akan keagungang Allah, dan betapa perlunya dalam setiap kehidupan kita bergantung pada Allah.

Cuba bayangkan, kalau Allah memiliki sifat lupa

Pada hari ini Allah lupa nak bagi oksigen

Agak-agak dunia ini jadi apa??

Maha Suci Allah yang jauh dari sifat lupa

===============================

Aku pelupa, dia pelupa, engkau pelupa, mereka pelupa, kami pelupa, kita pelupa

Hakikatnya manusia pelupa

Sifat pelupa ada pro dan kontra

Bayangkan kamu tak dapat lupakan kisah silam yang pahit, adakah kamu mampu untuk teruskan hidup ini?

Bayangkan kamu tak dapat lupakan kesalahan sahabat kamu, adakah kamu mampu memaafkannya kini?

Tapi kalau nak puasa, solat pun lupa tu melampau la kan???

=======================================

Petua mengatasi lupa

1. Mengamalkan membaca Al-Qur'an. Al-Qur'an itu hidayah, hidayah itu cahaya. Inilah antara hikmah Al-Qur'an.

2. Jauhi perkara maksiat sebab maksiat tu menggelapkan hati. Satu maksiat, satu titik hitam dekat mata hati. Mata hati berkait rapat dengan otak manusia. Jika mata hati dah gelap, maka mudahlah ia melupai apa yang diingat sebelum ini. Sebab tu orang cerdik biasanya dikatakan 'terang hati'

3. Sihat badan dan minda cergas. Cara nak bina minda adalah dengan cara cergaskan badan. Sains membuktikan seiap gerakan yang dilakukan menghasilkan tenaga. Tenaga ini yang digunakan untuk menggerakkan sel-sel dalam otak dengan lebih cergas. Apabila minda bergerak cergas, ini akan menguatkan lagi minda seseorang.

4. Tidak bersembang perkara yang melalaikan. Bersembang benda-benda lagho membuatkan kita akan melupakan benda-benda penting. Bersembang yang menyebabkan kita ketawa keterlaluan tidak memberi manfaat yang banyak pada hati dan fikiran kita. Hati dan fikiran saling berkait rapat. Hati lemah, fikiran lemah.

5. Makanan berkhasiat, otak sihat. Makanan yang baik bukan sahaja menyihatkan badan, malah otak juga. Makanan yang berkhasiat menjauhkan kita dari dijangkiti penyakit. Sekaligus mencergaskan minda

p/s: jgn lupa bayar hutang~

Lagu kanak-kanak


aku suka main ni waktu pergi kem Generasi Hadid anjuran Kelab Iqra' tahun 2006 dulu

Teringat Cila punya suara yang paling kuat bila sebut "Telo..telo~telo..telo"

Wednesday, August 25, 2010

Dari mata turun ke hati


Dari mata turun ke hati

Itulah yang sering kita dengar

Tak terkendalinya mata menyebabkan tak terkendalinya hati

Mata yang kotor membuatkan hati kian busuk

Maka apabila kita merindukan hati yang bening, hati yang indah, hati yang selalu nyaman dan akrab dengan Allah

Maka jagalah pandangan

Jagalah dari apapun yang diharamkan Allah

Maka mata hati kita akan menembus menatap kebenaran

Merasakan indahnya kurnia Allah

Merasakan indahnya hidup dalam naungan kasih sayang Allah

Tuesday, August 24, 2010

Dia: Yang tersayang



Seorang sahabat yang baik adalah bila mana, seorang sahabat baik dia dalam kesusahan, kekurangan duit misalnya, maka dia akan membantu sahabatnya itu.

Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian maka sekurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.

Bagi diri aku, walaupun aku dalam susah, dan sahabat aku nak tolong, sekurang-kurangnya aku takkan ambil kesempatan ke atas kebaikannya. Kalau la sahabat aku pinjamkan aku duit, kemudian atas dasar sahabat aku tu nak dapat pahala lebih sahabat aku tadi menghalalkan setiap sen yang dia beri pada aku,maka aku takkan benarkan. Sebab aku pun nak jadi sahabat yang baik bagi dia, biarlah dia tolong aku, tapi kadar yang paling minimum. Aku takkan susahkan sahabat aku itu.

Tanda kamu sayang pada seseorang terserlah bilamana kamu sedaya upaya hendak membuat dia senang kan?

Sahabat aku baik sebab dia suka menolong, tapi aku takkan susahkan dia lebih-lebih..

Beginilah kisah aku dengan sahabat aku.

Bukan aku tak suka minta pertolongan dia, tapi aku tak nak dia susah sebab tolong aku

Walaupun pada dia, dia kata dia tak rasa susah, tapi aku segan dengan dia.

Er~~ cane ye nak terangkan?

Kira aku sayang dia la pendek kata

Sampai bila-bila aku sayang dia

Kerana Allah suruh aku sayang dia

Walaupun dah tak duduk satu Universiti, dia tetap tolong aku

Kebahagiaan apa lagi yang aku hajatkan sekiranya hati ni di penuhi rasa cinta dan sayang dengan kebaikan dan ingatan dia pada aku?


Sunday, August 15, 2010

Menjaga Hati


Duhai Allah

Wahai Yang Maha Menatap

Wahai Yang Maha Dekat

Wahai yang mendegupkan setiap jantung, yang menghela setiap nafas

Ya Allah, Engkaulah yang menghimpunkan kami

Betapa tebal hijab ini Ya Rabb

Kerana kami tidak bisa mendekat kepadaMu

Kerana maksiat yang melumuri diri ini

Ya Allah betapa gelap hati kami

Kerana lumuran dosa yang telah kami perbuat

Sehingga tiada Nampak keagunganMu

Padahal segalanya begitu jelas dan kukuh

Ya Allah, begitu nista diri kami

Sehingga kami malu untuk mengharap kedudukan disisiMu

Tapi kepada siapa lagi diri ini memohon untuk membersihkan diri ini selain kepadaMu

Duhai Yang Maha Mendengar

Ampuni sebusuk apapun diri kami

Ampuni sekiranya nafsu sering menjerumuskan kami

Ampuni sekiranya syahwat sering membuatkan diri berbuat maksiat

Ampuni jikalau amarah sering menjadikan kami berbuat hina dan nista

Ya Allah, sebusuk apapun diri kami

Kami tetap berharap agar bisa memiliki kedudukan di sisiMu

Jangan biarkan dunia ini

Menyilaukan dan memperdayakan kami

Nampakkan Ya Allah, kehinaan dunia ini

Namun berikan kesempatan kepada kami berbuat sesuatu yang terbaik didunia ini

Ya Allah, bimbinglah kamu agar nafsu ini benar-benar berada dijalan yang Engkau sukai

Jangan biarkan kami luluh oleh godaan, tergelincir..terjerumus..Ya Allah

Ya Rabb, berikan kesempatan bagi kami untuk bertaubat

====================================================

Wahai hamba-hamba yang beriman, Allah Maha Menatap, tidak pernah mengecewakan hamba-hamba yang selalu ingin untuk mencintaiNya. Tiada kerinduan terindah selain merindukan Allah.

Saturday, August 14, 2010

Aspek pembentukan diri: FIZIKAL


"Apa perancangan selepas kamu dah grad nanti"

"KAWENN!!!"

"Buat perancangan yang tak yah involve orang luar, kalau involve orang luar dah jadi cerita lain!!"

"Hahaha~~"

"Untuk membuat perancangan, fasa pembentukan diri harus di bina"

==================================
Aspek pembentukan diri boleh dibahagikan kepada 5 bahagian:

1.Fizikal
2.Rohani/ Spiritual
3. Emosi
4. Akal/ Intelek
5.Kemahiran

==================================

ASPEK 1: FIZIKAL






Sepanjang aku hidup, Alhamdulillah Allah belum izin lagi aku merasai kesakitan yang melampau. Menjaga kesihatan fizikal bagi aku bukan satu masalah. Aku suka bersukan, malah dulu aku aktif bersukan ketika zaman remaja. Sekarang masih lagi bersukan..Naik turun bukit FKK di nun jauh di sana.

Sesungguhnya, memiliki fizikal yang sihat membuatkan kita mempunyai tenaga untuk membuat pekerjaan yang berat. Setiap muslim seharusnya menjaga kesihatan masing-masing. Bertepatan dengan hadith Rasulullah SAW :“Mukmin yang kuat adalah lebih dicintai di sisi Allah daripada muslim yang lemah dan pada keduanya ada kelebihan masing-masing”. Hadith ini benar-benar memfokuskan kepada kekuatan dari segi fizikal.

Dulu aku selalu mengeluh bila kena berjalan jauh. Sekarang aku rasa hikmahnya berjalan jauh. Kesihatan terjaga, stamina terbina. Bagi seorang perempuan, kebuasaannya, metabolisma akan menurun selepas umur 30 tahun. Jadi tidak hairanlah kalau kita lihat rata-ratanya selepas menjelang umur 30 tahun badan semakin melebar.

Bagi seorang perempuan juga, menjaga kesihatan itu penting bukan untuk dirinya sendiri sahaja, malah untuk anak-anak yang dikandung nanti. Aku tak tahu sangat biologi, tapi bila ada seorang doktor menasihatkan aku untuk menjaga kesihatan dari sekarang, aku akur. Kerana katanya sewaktu mengandung, kebanyakan zat akan disedut oleh janin, sekiranya kita tidak mendapat zat yang cukup seperti kalsium, maka janin itu akan menyedut kalsium secara terus dari tulang kita. Itu yang terjadinya penyakit tulang yang disebut tulang rapuh atau osteoporosis .

Dan kebiasaanya pula, bagi seorang perempuan, sekiranya badan sudah melebar, maka mereka akan menjalani diet yang tidak seimbang. Mulalah nak sekat pemakanan. Bila makanan yang perlu dimakan pun disekat, maka kuranglah zat yang ada dalam badan. Walaupun nampak kurus, tapi tak sihat nak buat apa kan? Tak seksi..

Apabila usia menginjak ke usia 40 tahun, metabolisma badan semakin lambat. Makin melebarlah badan. Lepas tu, mulalah terasa sakit-sakit kaki dek kerana kaki tak dapat menampung berat badan. Waktu itu, jika baru hendak memulakan latihan fizikal bagi mengurangkan kelebaran, adalah sukar. Pelbagai ragam akan timbul, seperti sakit kaki lah, sakit bahu lah..itu lah..ini lah..dan macam-macam lagi. Kadar metabolisme kita akan tinggi sekiranya kita aktif melakukan aktiviti fizikal.

Oleh itu, aku lebih tuju kepada diri aku, supaya bersyukurlah Allah bagi peluang untuk aku jaga kesihatan dengan berjalan kaki satu universiti. Membina metabolisme dan menjaga berat badan yang ideal...Cheewah!!

p/s: yang lain kita sambung kemudian =)



Thursday, August 12, 2010

Si kelu dan gagap 2

Aku biarkan korang semua fikirkan setting untuk dua scene di bawah ni, aku hanya provide dialog je..ngee~~

“Macamana program semalam?”

“Alhamdulillah, terbaik. Hubungan sesama sahibah semakin erat,pengisian pun dapat. Betul-betul catches the crowd. Alhamdulillah, saya gembira .”

“Alhamdulillah…Dia macamana? OK x?”

“Dia dah bertungkus lumus. Masya Allah, sangat hebat dan penuh komitmen. Saya kagum”

“Alhamdulillah…”

“Kes dia dah selesai?”

“Kes mana? Kes yang A ke yang B?”

“Kes yang A”

“Owh..yang A. Masih menanti jawapan. Masih ditunggu. Tak give up. Tapi jangan risau, saya yakin, dia menanti sahabat. Mudah-mudahan..saya tak tahu masa depan, tapi saya dapat rasakan”

“Alhamdulillah, dah ada yang sanggup. Mengira hari dari sekarang. Calon sudah setuju, tapi sedang menguatkan ekonomi. Maklumlah, sedang belajar dan bekerja. Kita tunggu dia ready. Semoga Allah mudahkan”

“Masya Allah..akhirnya..Alhamdulillah”

Seriously…aku sangat bersyukur untuk mereka..semoga Allah mudahkan jalan dan cekalkan hati mereka. Alhamdulillah. Gila, menitis air mata gembira aku untuk dia. Terima kasih kepada calon yang sudi. Lepas ni kena praktis menyanyi lagu Barakallah la pulak. Sebab kena buat performance secara live =p

“Dia macamana?”

“Alhamdulillah, semakin bertenaga dan bersungguh-sungguh. Saya rasa macam satu rahmat”

“Masya Allah..saling lengkap melengkapi. Ibarat satu badan”

“Satu lagi yang saya kagum, dia setia menanti sahabat. Walaupun dah ramai yang masuk”

“Masya Allah, sahibah kita memang macam tu..sangat setia menanti sahabat. Walaupun dia tak tahu siapa sahabat tu kan..”

“Tapi sahabat pulak..”

“…………………….”

“Tak pe la, kalau bukan sahabat pun tak pe. Asalkan soleh kan? Kita mencari yang soleh, tapi tidak rigid kepada sahabat sahaja kan”

“Betul, setuju..Secara peribadi, saya dah buka hati untuk orang luar, asalkan basic baik. Memang tunggu juga sahabat ni. Tapi bila saya diminta untuk cari sendiri oleh mak cik, waktu pertama kali dengar, rasa luluh sikit la hati saya ni. Faham-faham sendirilah maksudnya apa kan. Rejection..Lepas tu, saya ubah semula mind setting. Bukan menolak perkahwinan, tapi membuka ruang kepada yang berpotensi..hehe..”

“Baguslah.. ada mak cik pernah kata, perjuangan yang sebenar bagi seorang muslimah, ketika mana dia sudah berumahtangga. Di situ baru Allah uji kita betul-betul. Di mana begitu banyak pahala perlu diraih. Asalkan kita berusaha menjadi isteri dan ibu yang solehah.”

“………………..”

“Jadi, jangan terlalu mengharap sahabat. Pernah jumpa seorang kakak ni, berkahwin bukan dengan sahabat, tapi Allah izin, selepas mereka berkahwin, suaminya antara yang paling bersungguh-sungguh dalam medan dan jalan yang kita lalui sekarang”

“Masya Allah”

“Satu sahaja syaratnya, jadilah yang benar-benar solehah ketika hidup dengan si dia. Layanlah si dia dengan sebaik mungkin. Berdoa bersungguh-sungguh semoga Allah merahmati rumah tangga yang di bina.Insya Allah, Allah akan bagi yang terbaik.Allah akan mudahkan jalan. Jutaan hikmah akan keluar. Percayalah dengan janji Allah”

“Dulu, ada yang bertanyakan diri saya, tapi saya letakkan syarat. Bukan saya tak suka dia. Saya sayang dia juga, tapi dia tak faham jalan kita. Saya takut dia tak dapat terima, jadi saya letakkan syarat. Dengan harapan, selepas berkahwin dengan dia, saya dapat teruskan bersama bergerak bersama deru perjuangan ini. Dia tak dapat nak ikut syarat tu, lalu berkahwin dengan orang lain. Sedih sikit la, perasan sedih tu, bagi saya normal la kan. Jauh di sudut hati, saya yakin ini semua susunan Allah. Saya redha”

“Zainab Al-Ghazali pun letakkan syarat kan? Apa salahnya..”

“ Tapi bila difikirkan semula, siapa kita ni berbanding Zainab Al-Ghazali tu?”

“Pernah join satu sharing moment tentang hal ni, ala-ala pillow talk gitu..hehehe..”

“hehehe..”

“Nak tahu? Biasanya, yang letakkan syarat ni mereka yang tak bersedia lagi. Dia tak yakin boleh lalui fasa seterusnya..errr~~…waktu tu, dah sedia ke? Diorang ni, asalkan kita taat dan patuh menjadi isteri solehah, segala keinginan kita asalkan tidak melanggar syara’ pasti dituruti. Lagi-lagi kita nak bina baiti jannati dalam rumah tangga, lagi diorang suka. Malahan diorang akan sokong juga. Insya Allah. Pasti akan ada kemudahan. ”

“Owh.. patut hati saya tak mantap masa tu..tak eager untuk perkara itu.Konon-konon nak tunggu dan buka untuk sahabat. Kira waktu tu, priority saya adalah untuk sahabat. Saya pandang sahabat pada waktu tu special. Mana tahu, susunan Allah lagi baik. Alhamdulillah, Allah dah bagi pencerahan. Semua kita hamba Allah, baik sahabat mahupun tak. Allah tak pandang title, yang Allah pandang sejauh mana ketaqwaan kita yang sebenarnya”

Satu lagi perkongsian biasa sahaja, tentang isu Si kelu dan Si gagap. Aku akan menjadi yang terbaik sewaktu bersama dia. Insya Allah, asalkan dia juga suka untuk belajar improve dirinya, aku dah cukup bahagia.

Wednesday, August 11, 2010

Kerana kamu adalah SAHIBAH

Musafir sebelum Ramadhan

Musafir kali ini membawa sejuta makna.

Berjumpa sahibah yang qowi, buat diri terasa jauh lagi nak capai tahap manusia yang dicintai Allah.

Lain rasanya berziarah dan berjaulah dengan sahibah.

Sebab mereka adalah sahibah.

Sahibah sangat istimewa.

Menimbang sesuatu dengan neraca Allah.

Membuatkan sesuatu yang negatif menjadi positif.

Kami sahibah memang dididik begitu; memandang sesuatu keredhaan Allah.

Walaupun tahap yang ideal belum sampai, tapi sahibah berusaha ke arah itu.

Seribu mungkin jutaan kisah boleh aku lakarkan tentang sahibah

Sahibah yang penyabar melayan karenah adik-adik, ditimpa musibah, diuji dengan dugaan yang berat

sahibah yang sopan santun,anggun, lembut tutur kata, penyayang

sahibah yang tabah,cekal, berani, berkarisma

sahibah yang setia menanti sahabat, hanya kerana memburu kecintaan Allah

itulah sahibah

menjadi penyokong dikala aku hampir roboh

sentiasa mengingatkan dalam membina diri menjadi peribadi mulia

menangis bersama, tanggung masalah bersama, bermusafir bersama, jalan kaki jauh-jauh bersama, naik motor sampai hampir accident sama-sama.

Mana lagi aku nak kutip kenangan macam ni

kenangan yang membina diri dan peribadi

Jauh di sudut hati

Aku luahkan

Aku sayang sahibah, keran Allah suruh aku sayang sahibah.

Sunday, August 8, 2010

....


SUSAH JADI BUDAK TAK PANDAI
IF YOU ARE NOT SMART: DIFFICULT!!

Thursday, August 5, 2010

Hikari VS Fix Hikari


Rasa hati seorang kakak:

Owh~~

Patutla dia tolak

Dia segan kot

atau

Dia tak dapat buat seperti yang orang lain buat kalau dia sambut pelawaan

Aku tak terkejut

Allah bagi aku instinct. Hati kuat mengatakan dia pasti buat perkara tu. Ikut pengalaman, kalau kes macam ni biasa tak nak sambut.

Kebaikan dan kejahatan tak boleh duduk dalam satu bekas

Sekarang bekas tu adalah hati

Jangan sakitkan hati kamu

Aku cuma kesian pada kamu

Kamu terperangkap pada masalah tipikal, terjerumus ke dalam taman larangan itu juga akhirnya

Luaran nampak indah

Tapi hakikatnya palsu

Satu lagi mangsa yang tertipu

Pada najis yang dibalut icing putih dan dibubuh cream dan strawberry

Aku merai yang halal, menolak yang haram

Simple concept

Aku akan menanti dia, sampai dia ready

Sampai Allah bukakan hati dia

Doa aku untuk dia, semoga Allah bagi turning point yang baik dan kesudahan yang baik pada dia. Aku pernah sayang dia dan akan sentiasa sayang dia.

Aku pernah cakap aku sayang dia..Tapi dia tolak..Sebab dia kata dia tak ready untuk sambut HIKARI yang hakiki. Tapi Fix Hikari pula yang dicari. Hmmm~~

Tuesday, August 3, 2010

owh..


Fitrah itu datang semula

Aku yang sudah jadi slow response

Selepas berbulan-bulan baru output keluar

Tentang hal yang satu ini

Tak pernah aku kongsikan


Tiba-tiba ***** dia balik

Tiba-tiba dia masuk dalam mimpi


Owh~~

Pergi la main jauh-jauh

Jadi-jadi la tu

Close the case