Friday, July 30, 2010

Penawar Hati:Ikhlas


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Sebanyak-banyak kesyukuran aku panjatkan kepada Allah padi hari ini. Penghulu segala hari. Allah beri kenikmatan yang sebanyak-banyaknya untuk aku insafi diri.

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Tidak habis kesyukuran yang aku ucapkan. Kerana Allah masih izinkan aku merasai hidayahnya.Rawat hatinya, bangunlah insan.. Aku pelajari rawatan hati yang paling mujarab. Waktu ini aku benar-benar rasainya.

Allah yang Maha baik. Memberikan ketenangan hati pada tempat yang tidak aku sangka-sangka

Ikhlaslah hati

Ikhlaskan hati

Formula untuk mengubati hati yang rawan

Bagaimana?

Berbuat sesuatu untuk menggapai redhanya

Bagaimana?

Berbuat sesuatu tanpa harapkan balasan manusia selain redhaNya?

Apa tandanya?

Tidak kecewa jika disakiti

Tidak gembira jika dirai atau dipuji

Tidak mengharap untuk dibalas budi

Orang yang ikhlas tidak ada masa untuk sakit hati

Orang yang ikhlas tidak akan pernah merasai kekecewaan

Orang yang ikhlas tidak akan merasai seperti disisihkan

Dimanakah ikhlas?

Bagaimana aku hendak ikhlas. Aku banyak tanggungjawab, aku banyak amanah yang perlu dipikul. Adakalanya aku tidak sedia untuk laksanakan amanah itu. Kerana aku yakin, aku tidak ikhlas saat itu. Bagaimana aku harus lakukan sedangkan ikhlas itu tidak ada? Kemana amalan aku itu akan dicampakka?Adakaha Allah akan menerimanya?

Ikhlas itu ada 3 tempat.

Di permulaan perbuatan

Semasa melakukan perbuatan itu

Selepas mekukan perbuatan itu.

Di dalam Islam, jika berniat melakukan sesuatu yang baik, tanpa belum melakukannya, maka Allah yang Maha Baik sudah memberi ganjaran. Apatah lagi apabila kita melakukannya.

Sebagai contoh, kamu dilantik untuk menjadi imam, kamu sudah berniat bersungguh-sungguh kerana Allah kamu menjadi Imam. Semasa kamu membaca surah dengan suara kamu yang merdu, tiba-tiba hati kamu terdetik, ‘tentu ada yang mengatakan bacaanku baik’. Waktu itu niat kamu untuk ikhlas sudah lari. Maka luruskanlah. Selepas kamu menjadi imam, para jemaah yang menjadi makmum kamu memuji-muji bacaan kamu. Hati kamu tergelincir lagi niatnya. Menjadi seronok sekali. Maka, luruskan kembali niatmu.

Usahakanlah untuk ikhlas diketiga-tiga tempat ini. Allah yang Maha menilai segala perbuatan kamu. Tugas kamu hanya berusaha untuk ikhlas, ikhlas dan ikhlas. Tumdukkan hati kamu untuk ikhlas, pujukklah hati kamu untul ikhlas, didiklah hati kamu untuk ikhlas.

Hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia

Dikatakan, ikhlas itu membuat sesuatu tanpa meminta balasan. Bagaimana dengan bekerja, adakah tanpa menuntut gaji, aku sudah dikira ikhlas. Adakah lagi besar keikhlasan seseorang itu,lagi besar gajinya?

Ikhlas itu adalah hubungan antara manusia dengan Allah, dalam misi untuk mencari redha Allah. Sedangkan bayaran gaji itu adalah antara hubungan kamu dengan manusia.Kamu mempunyai anak kecil, dan kamu meminta Pak Ustaz untuk mengajar anak kamu. Setiap petang Pak Ustaz begitu tekun mengajar anak kamu mengaji. Kamu mengatakan kepada Pak Ustaz,

Oleh kerana saya mahu Pak Ustaz menjaga ikhlas, maka saya tidak memberikan gaji kepada Pak Ustaz. Saya khuatir Pak Ustaz hilang keikhlasannya mengajar anak saya’.

Nah..Kamu zalim. Kamu menggunakan khidmatnya tetapi kamu tidak memberi setimpal dengan pengorbanan dari segi masanya, dan tenaganya mengajar anak kamu. Rasulullah mengajar kita supaya membyar gaji pekerja ketika belum kering keringatnya. Maka, janganlah kamu memberikan alasan ‘menjaga keikhlasan’ untuk menzaliminya.

Perlukah ikhlas kepada pelaku maksiat?

Bagaimana pula, sekiranya aku sedang makan, kemudian dataang kepada aku seorang peminta sedekah. Aku ketahui dia seorang yang malas. Adakah aku harus membantunya,sedangkan hati aku tak ikhlas? Jika disituasi ini, bagaimana harus aku bertindak untuk menjaga hati?

Rasulullah tidak pernah menolak permintaan orang lain. Dikisahkan, ada seorang peminta sedekah yang kamu lihat kuat badannya untuk bekerja tetapi minta sedekah ketika jalan raya sesak. Dia meminta sedekan dari seorang jurutera muda. Maka jurutera ini berkata,

Mintalah pada Allah, dengan banyak beribadah kepadaNya. Bekerja itu juga satu ibadah.”

Si peminta sedeka tadi berasa jengkel dan berkata,

Kereta besar, tapi tidak mahu membantu”.

Lalu dia pergi ke kereta sebelahnya dan dia mendapat wang dari pemandu kereta itu.

Lalu bertanya jurutera muda kepada pemandu kereta sebelah,

Mengapa kamu membantu dia, sedangkan kamu tahu dia masih kuat. Saya menasihati dia supaya bekerja. Kamu juga harus menasihati dia.”

Soalan itu dijawab;

Rasulullah tidak pernah menolak permintaan orang lain. Adalah lebih baik kamu memberikan dia wang, kemudian kamu menasihati dia, mungkin dia kan insaf dan merubah sikapnya”.

Begitulah, keajaiban ikhlas.

Jangan bimbang jika orang yang kamu bantu dengan ikhlas itu adalah wanita penzina.

Jangan bimbang jika orang yang kamu berikan sedekah dengan ikhlas itu adalah penipu.

Jangan khuatir jika orang yang kamu tolong itu, adalah seorang pencuri.

Boleh jadi kerana keikhlasan kamu itu, ketiga-tiga mereka itu bertaubat kepada Allah dan menjadi orang yang soleh.

Ajaibnya ikhlas aku rasakan.

Apakah kelazatan yang aku rasakan sekiranya aku ikhlas?

Kamu akan sentiasa gembira. Kamu merasa enak dan mabuk dengan apa yang kamu lakukan.

Betapa besarnya nikmat Allah kepada orang yang ikhlas

Azam aku sempena Ramadhan. Aku hendak menjadi para mukhlisin yang dicintai Allah

Aku ingin ikhlaskan hati kerana Allah

Aku ingin menjadi manusia yang ikhlas

Aku ingin merasai kegembiraan dengan ikhlas kepada Allah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah


rujukn:

Ustaz Aa Gym,

Pembangunan Modal Insan,

Rawat Hatinya Bangunlah Insan,

ASTRO OASIS.

8a.m-8.30a.m

Jumaat, 30 Julai 2010.

Thursday, July 29, 2010

Sunshine


Semalam

Jalan kaki jauh

Satu universiti aku pusing

Puas

Nangis

Tenang

Geram

Bercampur-campur perasaan

Hari ni, ok da

Alhamdulillah, Allah yang baik

Saat kamu jauh dari yang lain

Maka hampirilah Allah

Mujarab

Hilang kegusaran

Ringan bebanan

Alhamdulillah

===========================

‎"What's wrong with falling down?
You can always stand back up again."

-Kitou Aya, 1 Litre of Tears

==========================

Ibnu Qoyyim:'dlm hidup penuh kegelisahan,ttp hati itu akan kembali tenang bila mengingati Allah..."^^
...subhanallah....

=========================


“Ibadah tanpa adanya peningkatan budi pekerti dalam berinteraksi dengan diri sendiri dan orang lain merupakan suatu bentuk kebohongan” Dr. Akram Ridha.

Kekerasan untuk mengalahkan orang lain tidak pernah menemukan jalan untuk masuk ke dalam akhlakku. Kerana itu aku tidak bermusuhan dengan sesiapa pun kecuali dalam rangka membela kebenaran. Itupun permusuhan datang dari pihak mereka, bukan dariku. Aku telah bersumpah untuk tidak menyakiti seorang pun dengan kata-kata kasar meski pun aku tidak setuju dengan tindakannya atau bahkan mereka menyakitiku.

========================

Wednesday, July 28, 2010

Kejap je



Aku nak nangis..

kejap je

Kenapa?

Sedih

Ego aku bagai dilenyek-lenyek

Multitasking

Banyak yang sangkut

Semua tak menjadi

Dija, Cila

Terima kasih

Sudi meminjamkan masa sekejap

Sentiasa setia saat ego aku terkoyak

Sedih

Biar aku nangis sekejap

Tuesday, July 27, 2010

Ukhuwwah basi: Masuk tong sampah


Sorry to say~~

Aku rasa ukhuwwah kita ukhuwwah yang basi

Ukhuwwah tanpa ruh

=========================================

Siapa yang mampu memberikan pelajaran ukhuwwah Islamiyah hari ini?

Sekarang semua orang sudah dengan dunia masing-masing.

Bahan tentang ukhuwwah hanya bahan rutin yang disampaikan di halaqah-halaqah

Hampir takde ruh ukhuwawh

Hampir tidak ada implementasi dari bahan yang disampaikan oleh aku kepada kamu

Tanggung jawab untuk keselesaan hidup bagi diri sendiri dan keluarga lebih utama dari menyelamatkan kamu yang dirundung masalah

Bahkan aku membiarka kamu menyelesaikan masalah sendiri

Beberapa tahun yang lalu, aku seorang yang sangat memberikan perhatian kepada kamu.

Aku sentiasa sensitif terhadap tingkah laku kamu.

Sentiasa berdoa untuk perkembangan kamu, bahkan rela memberikan waktu untuk kamu

Kehangatan silaturrahim bersama antara aku dan kamu, memberikan semangat luar biasa bagi kamu untuk keluar dari pelbagai masalah.

Bahkan bantuan apapun aku akan kerahkan untuk menyelamatkan kamu

Sekarang aku sangat sibuk untuk SMS kamu

Menelefon sangat payah

Apatah lagi menziarahi kamu.

SIBUK dan pelbagai alasan lain.

Bukan aku saja, bahkan yang lain juga begitu

Memberikan tugasan, amanah dan informasi basi tanpa ruh ukhuwwah

Jadi, macam mana kamu nak belajar tentang aplikasi ukhuwwah yang indah sebagaimana cerita yang aku sampaikan menerusi bahan-bahan halaqah?

=======================================
Alahai~~~rilex2 suda'

Seorang Ulama mengatakan bahwa
manakala kita merasa hubungan kita jauh
dengan orang di sekitar kita
maka koreksilah hubungan kita dengan dengan Allah.
Jika hubungan kita dekat Allah
maka Allah akan menjadikan orang-orang di sekitar kita
dekat dan mencintai kita



p/s: minta tolong untuk aktiviti am susah, apatah lagi aku nak mintak tolong dalam hal-hal peribadi?? masuk longkang la masalah aku nanti.heh..HDA aku tak kuat neh.

TQ Bro: Haikal

classmate matrik: aku jarang cerita tentang dorang.
sebab banyak cerita tak berapa best untuk dikongsi.
haikal :2 dari kiri. sebelah budak bertanduk.



Bila aku kenang balik

Macam mana aku tergerak hati ambil kos Chem E

Masa matrik dulu aku ada sorang classmate

Nama dia Haikal

Baik jugak la

Sebab kalau aku tanya soalan yang aku tak faham dalam kelas, dia yang rajin jawab dengan baik

Orang bijak tak kedekut ilmu

Macam Haikal ni la

Waktu tu aku fikir, kenapa la ada budak yang pandai macam dia ni?

Bila dah hujung-hujung matrik, masing-masing fikir nak ambil kos apa

Kepala aku pulak kosong tak tahu nak buat apa

Jadi satu hari aku ambil kesempatan tanya pada Haikal

"Masuk U nanti ko nak ambil kos ape?"

"Chemical Engineering"

Waktu tu dalam hati, aku kata, "Owh..chemical ada engineerig rupenye". Sumpah aku tak tahu apa-apa.

Haikal ada juga cerita-cerita pasal Chem E ni, tapi aku tak berapa nak faham. Huhu~~

Then, bila UPU keluar, dari pilihan pertama sampai ketujuh berderet Chem E aku minta. Cuma universiti yang berbeza. Aku tak ambil U* sebab aku tau ada Haikal, jadi tak nak la bersaing dengan dia. Sebab aku takut.Takut tak terkejar dia agaknya.

Alhamdulillah, aku jadi aku yang sekarang. Dan niat belajar tu aku dah murnikan semula, bukan kerana Haikal, tapi kerana Allah untuk manusia sejagat.

Hari ni jumpa Haikal dekat G-talk, bertegur sapa sepatah dua kata. Aku gembira sebab dah cakap terima kasih dekat Haikal.

Allah jadikan dia medium untuk aku buat pilihan besar dalam kehidupan aku.



"trm kasih byk2 dkt ko sbb aku pilih chem E sbb ko. huhu"

"hehe xpe, xsalah ko nak bersaing cara sihat kan :)"

"alhamdulillah. sbb dulu aku xtau nk letak benchmark katne. pastu aku kan tny ko nk amik ape, ko ckp chem E"

"ade sorang lagi membe aku pon wat cam ko. dia dapat UMP, chem E gak. xtau ape cite dia skrg harap2 bejaya gak"

"alhamdulillah sgt. mmg ko byk bg crdt dekat aku...serius."

"xtau pe aku wat, ko bkn banyak becakap ngn aku sgt pon dulu..hehe"

"action speak louder than words. aku blaja tgk org buat bukan org ckp"

"oooo.."

Thank you bro~~ Semoga Allah rahmati kamu dan mudahkan perjalanan hidup kamu =)

Monday, July 26, 2010

Duit Kertas: Duit tipu


Hari ni aku pergi talk tentang dinar-dirham. Masya Allah, begitu hebat rupanya undang-undang Allah.

Baru aku sedar, semakin banyak pembangunan yang kita lihat dekat Malaysia pada hari ini, semakin kita banyak berhutang rupanya. Setiap orang yang nak mulakan projek, biasanya akan maminjam kepada bank. Betulkan??

Dianggarkan, hutang setiap rakyat Malaysia pada hari ini lebih kurang RM 9,000 satu kepala. Bayangkan berapa banyak rakyat Malaysia,28,310,000;darabkan bilangan rakyat Malaysia dengan RM9,000. Tak ke dah bertrilion??

Satu statement yang buat aku telan air liur "GULP!!",

Bank is a crime, and bankers are criminal

Selagi sistem perbankan wujud, selagi itu jenayah riba akan terjadi. Maka, semakin banyaklah la hamba-hamba hutang yang wujud lantaran sistem kapitalis ni.

Duit yang hari-hari kita pegang tu, hanya sekeping kontrak. Kalau kita koyak duit kertas tu, ataupun kita conteng duit tu, takkan laku punya lah. Pemilikan kita takde.
Oleh itu, pada kali ini dan akan datang, aku nak buat sikit perkongsian tentang dinar-dirham ni. Aku akui, sebelum malam ni aku tak tahu apa-apa langsung tentang transaksi dinar-dirham dan faedah/kebaikannya.

Aku mulakan dengan berkongsi satu jurnal terbitan IKIM.fm yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Hakimi Ibrahim yang bertajuk Rombakan Sistem Kewangan. Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat membuka mata kita tentang keburukan 'float money' yang berasaskan hutang, dimana dari sistem ini kebanyakan dari kita menjadi hamba hutang.

======================================

ROMBAKAN SISTEM KEWANGAN

(Dr Hakimi Ibrahim)

Pemenang Hadiah Pertama Peraduan Penulisan Artikel Ilmiah Islam (Bidang Ekonomi). Esei ini telah diterbitkan di dalam buku
GLOBALISASI - PERANAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM

disunting oleh:

Nik Mustapha Haji Nik Hassan, Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh

dan Hamiza Ibrahim (1999)

diterbitkan oleh:

IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia), Kuala Lumpur

ABSTRAK

Krisis kewangan yang bermula di Asia pada tahun 1997 perlu dikaitkan dengan rejim kewangan antarabangsa dan dilihat dari sudut periystiharaan 'Perang Riba' oleh Allah dan Rasul-Nya S.A.W di dalam Al-Quran. Musuh dan kaedah peperangan riba mestilah difahami untuk membebaskan kita dari dibelenggu oleh rejim riba ini. Sistem kewangannya berpaksikan dolar Amerika tanpa piawaian emas dan dengan itu semua simbol wang seperti wang kertas semasa tidak mempunyai nilai intrinsik lagi. Maka bercelarulah nilai wang kerana tanpa sandaran hakiki nilainya mudah dispekulasi dan dimanipulasi. Dalam kegawatan ekonomi dan politik negara yang membabitkan permainan spekulasi berindeks dalam pelbagai pasaran termasuk pasaran mata wang, kita perlu menilai semula mata wang menurut Islam. Tradisi kewangan Islam yang tidak pernah mengabaikan emas dan perak membolehkan kita menilai semula hakikat wang kertas, konsep faedah dan sistem perbankan. Masalah wang kertas diketengahkan dan konsep faedah cuba dijelaskan kerana sekarang 'faedah pun tidak berfaedah' apabila simbol wang semasa tiada nilai sebenar. Turut dipersoalkan ialah sistem perbankan yang membenarkan penciptaan kredit atau simbol wang tanpa sandaran emas dan perak kemudian menyewakan wang walaupun di atas nama bank yang bermoral. Implikasi wang E juga diterangkan. Akhir sekali usaha kerajaan Malaysia menangani krisis mata wang dan berhadapan dengan rejim riba ini disaran supaya dilengkapkan dengan mengembalikan sistem mata wang Islam berasaskan Dinar emas dan Dirham perak

Pengenalan

Krisis kewangan masih berlarutan di rantau Asia sejak Mei 1997. Kononnya ini bermula dengan serangan ke atas baht Thailand oleh para spekulator mata wang (Ranjit Gill 1997). Sementara itu Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad telah membuat gesaan di Hong Kong supaya diharamkan perdagangan mata wang (Mahathir 1997).

Sememangnya seruan dari Malaysia itu mulanya tidak diminati oleh masyarakat kewangan dunia. George Soros, spekulator ternama di dunia cuba membangkang seruan tersebut (Financial Times 1997). Walau bagaimanapun akhir-akhir ini saranan Dr Mahathir sudah mula diambil perhatian. Dalam pada itu Dr Mahathir sendiri telah membuat perubahan di Malaysia yang melibatkan kawalan mata wang sambil menolak peranan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di pentas kewangan dunia (Utusan Malaysia 1998a). Selesaian IMF menurut Dr Mahathir sebenarnya semakin memeritkan lagi negara yang menerima pakai bantuannya.

Dalam perkembangan yang berkaitan Dr Mahathir (Utusan Malaysia 1998b) berkata sebenarnya kawalan mata wang oleh Malaysia tidak perlu dilaksanakan di negara ini jika rejim kewangan antarabangsa mampu menghalang pihak tertentu 'merompak' kekayaan negara lain. Beliau juga menambah bahawa struktur sistem kewangan antarabangsa perlu diubah bagi mengelakkan pihak tertentu terus menyerang mata wang negara membangun.

Tidak syak lagi Malaysia secara sedar atau tidak sedang mempelopori suatu perubahan atau rombakan kewangan yang boleh mempengaruhi sistem kewangan dunia. Setiap perubahan memerlukan kefahaman yang mendalam tentang apa yang kita cuba nilaikan semula. Maka perbahasan dalam kegawatan ekonomi perlu ditumpukan kepada persoalan asas tentang mata wang dan sistem kewangan sekarang yang jelas gagal membawa kestabilan kerana sistem yang ada semakin menampakkan sifat spekulatif sahaja.

Perang Riba

Dalam penilaian semula sistem kewangan kita tidak harus lupa kaitan sistem ini dengan masalah riba. Kita mesti memahami bahawa kegawatan ini tidak dapat dipisahkan dari sudut 'Perang Riba' sebagaimana periystiharan perang oleh Allah dan Rasul-Nya di dalam Al-Quran terhadap pengamal riba.

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba, jika kamu adalah orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (yakni meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu............................. (Surah al-Baqarah ayat 278).

Ajakan untuk pembetulan sistem kewangan mestilah agar kita terbebas dari dibelenggu oleh pengamal riba yang diperangi oleh Allah dan Rasul-Nya. Soros, Cohen, Camdessus, IMF dan konco-konconya menampakkan sifat pengamal riba yang nyata kerana mereka boleh merencanakan ekonomi dan politik negara lain dengan kawalan dan permainan sistem kewangan. Kita perlu mengenal musuh dan mengetahui kaedah peperangan riba yang pada peringkat awal ini hanya menggunakan indeks-indeks pasaran yang diputar belit menurut sentimen.

Imran N Hosein, dalam bukunya The Importance of The Prohibition Of Riba In Islam telah mengaitkan wang kertas dengan riba (Imran N Hosein, 1996). Menurut beliau riba ditakrifkan sebagai lebihan yang didapati melalui kaedah yang tidak adil iaitu antara lain seperti penipuan, penyogokan, helah perniagaan dan urus niaga spekulatif. Riba boleh berlaku di dalam bentuk 'pencurian yang sah' (legalised theft) seperti yang mungkin berlaku di dalam sistem perbankan.

Berkenaan dengan wang kertas, penipuan (gharar) telah menjadi asas keuntungan yang tidak adil. Ini berlaku melalui penggantian wang sebenar (emas dan perak) dengan wang artificial yakni kertas. Lebihan didapati dengan kaedah rejim kewangan mencipta wang dari cetakan berlebihan ataupun menyusut nilai wang di tangan orang. Wang ini tidak membolehkan kita menebus atau mendapatkan emas yang menjadi sandaran. Wang kertas dan sistem perbankan sering menjadi simbol institusi penciptaan lebihan (yakni riba). Apa yang dikatakan kuasa pasaran bersama-sama dengan sentimen dan usaha pihak sesetengah bank pusat dapat menentukan tahap susut nilai dan lebihan dalam pencetakan wang.

Pada asasnya perniagaan ialah suatu proses tukar barangan (bartering). Dalam sejarah Islam apabila kita membeli sesuatu barangan contohnya tanah atau beras, kita akan tukar dengan emas (dengan nama Dinar atau apa sahaja) atau dengan perak (contohya dengan nama Dirham). Islam melarang pertukaran wang dalam bentuk emas dengan emas atau perak dengan perak apabila terdapat lebihan kerana ini melibatkan riba walaupun dengan bertempoh masa.

Apabila sistem wang kertas digunakan maka pertukaran wang dengan wang menjadi semakin rumit. Perubahan nilai simbol wang yakni kertas menurut masa (hari, jam dan minit) menyebabkan urusniaga terperangkap dalam pertukaran yang membolehkan lebihan didapati. Lebihan secara helah indeks bandingan wang ini bersifat riba malahan (simbol) wang yang kita perlukan untuk membeli barangan terperangkap dalam 'perniagaan berindeks'. Barangan komoditi dan syarikat-syarikat pun terperangkap dalam sistem berindeks ini. Seterusnya orang seperti George Soros pun boleh berspekulasi melalui indeks tertentu dalam contohnya pasaran mata wang, pasaran saham dan pasaran hadapan.

Hakikat Mata Wang

Kecelaruan tentang mata wang sekarang memaksa kita memahami secara lebih jelas tentang mata wang itu sendiri. Menurut Dr Mahathir mata wang tidak boleh dijual beli kerana ianya tiada nilai intrinsik ( Mahathir 1998a ). Memang benar kenyataan itu kerana mata wang sekarang hanyalah wang kertas yang sah diperlakukan apabila kerajaan membuat periystiharaan tentang nilainya. Ia tiada nilai sebenar seperti mana wang syiling Dinar emas atau Dirham perak dalam zaman kecermelangan Islam. Jika wang sekarang tiada nilai intrinsik maka kenapa ianya masih menjadi suatu komoditi?

Jika wang sudah menjadi komoditi maka tidak hairanlah perkara-perkara seperti pendidikan dan perubatan pun menjadi komoditi. Selagi wang sebagai komoditi tidak dihalang maka sukarlah isu seperti pengkomoditian pendidikan boleh diselesaikan kerana nilai yuran universiti pun 'menari-nari' mengikut rentak indeks mata wang.

Masalah Wang Kertas

Perhatikan beberapa masalah berikut:

a) Wang kertas jika disimpan di rumah (dalam tabung atau di bawah tilam misalnya) akan disusut nilai oleh kuasa pasaran lebih-lebih lagi jika disimpan untuk jangka masa yang lama. Dalam keadaan sekarang sekiranya dibandingkan dengan dolar Amerika Syarikat, wang tersebut boleh disusut nilai dalam tempoh sehari malahan sejam sahaja. Di Indonesia susut nilai rupiah didapati sehingga beratus-ratus peratus (Utusan Malaysia 1998c).

b) Jika demikianlah sifat nilai wang yang disimpan di rumah, ini bererti kita 'terpaksa' menyimpan wang di bank kerana di situ lazimnya wang akan ditokok tambah melalui faedah. Oleh itu susut nilai boleh dielakkan menurut kadar semasa yang diberikan oleh pihak bank. Ini bermakna kemungkinan faedah yang kita dapat dari bank bukanlah keuntungan tetapi 'adjustment' untuk susut nilai yang berlaku.

c) Kemungkinan juga wang yang disimpan di bank pun tidak selamat dari susut nilai yang berlebihan. Malahan wang kertas kita boleh lupus langsung kerana sama ada akaun dibekukan atau bank ditutup. Keadaan itu sudah menjadi agak lazim sekarang di beberapa negara luar. Faedah 100% setahun pun sudah tidak bermakna lagi apabila susut nilai wang semakin menjadi-jadi. Di negara jiran wang disusut nilai melebihi 600% (Utusan Malaysia 1998c).

d) Apabila kita meminjam RM1000 dari sahabat kita dan kita pulangkan RM1000 itu selepas 10 tahun sebagai contoh, kita katakan tiada riba. Dari segi kuantiti memang betul tiada riba. Tetapi 10 tahun lagi RM1000 tidak mempunyai nilai atau kuasa membeli yang sama. Tentulah tidak adil peminjam membayar pada kadar yang sama sebegini walaupun tidak digelar riba.

Contoh-contoh di atas dapat dikaitkan dengan kenapa zaman sebelum merdeka dahulu kita boleh bercakap tentang setengah sen dan suku sen. Menurut pakar ekonomi, perkara ini berlaku kerana faktor inflasi. Tetapi mengikut takrifan Adam Smith (George J W Goodman 1982) di dalam bukunya Paper Money, inflasi bermakna cukai tersirat yang disebabkan oleh lebihan wang kertas yang tercetak.

Sayugia diingatkan bahawa wang kertas seperti dolar Amerika Syarikat dahulunya bersandarkan emas. Setiap cetakan wang kertas mestilah bersandarkan jumlah emas yang tertentu. Dengan demikian wang kertas yang kita gunakan sebenarnya ialah resit untuk kita tuntut emas dari pihak yang berkenaan. Kertas ini dijamin oleh kerajaan biasanya dengan tulisan 'sah diperlakukan' sebanyak mana yang tercatit di atasnya. Resit ini sebenarnya jarang kita guna untuk menuntut emas tersebut. Sebagai contoh pada muka hadapan wang kertas 10 dolar Amerika Syarikat siri 1928 ada tercatit " Redeemable in gold on demand at The United States Treasury............." (Peter Kershaw 1994).

Sejak Ogos 1971 Presiden Nixon telah memutuskan hubungan di antara emas dengan wang kertas dolar Amerika Syarikat. Ketika itu pihak Amerika Syarikat memerlukan belanja yang banyak untuk membiayai perang di Vietnam. Keputusan itu dibuat kerana tuntutan dari negara-negara yang menyimpan dolar untuk mendapatkan emas sudah melebihi emas yang ada di dalam simpanan. Semestinya ini berlaku kerana lebihan cetak wang kertas. Keadaan ini menyebabkan negara Amerika Syarikat tergugat kerana peras ugut melalui tuntutan emas (Adam Smith 1982, Kurtzman 1993).

Tanpa piawaian emas, pihak bank Amerika Syarikat bebas mencipta wang melalui cetakan wang kertas tanpa ikatan dengan simpanan emas lagi. Maka wang kertas dolar pun menjadi wang spekulasi kerana tiada sandaran emas lagi. Semua wang kertas di dunia yang mengambil dolar sebagai bandingan pun turut tiada bersandaran emas.

Kurtzman berkata keputusan yang dibuat Nixon telah menjadikan wang yang asalnya suatu yang benar dan nyata kepada suatu abstraksi tersimpul atau twisted abstraction (Kurtzman 1993). Dalam buku yang sama dikatakan bahawa wang kertas itu masih lagi suatu nota janji untuk pembayaran tetapi pembayaran apa kepada siapa? (It is still a promise to pay. But to pay what to whom?)

Menurut James Dines, penulis buku Mass Psychology, tindakan memarahi spekulator mata wang masih lagi belum mencukupi kerana katanya ini adalah suatu low state of blame selagi kita belum mempertikaikan sistem mata wang kertas itu sendiri dan kembali kepada emas dan perak semula (Dines Letter 1997). Mata wang kertas bukan sahaja nilainya mengikut sentimen dan boleh diberi indeks bandingan lalu diperjudikan bahkan boleh dipaksa menyatakan nilai yang palsu tanpa menurut apa yang dipanggil fundamentals.

Wang kertas telah menjadi semacam sistem kepercayaan psikologi terhadap nilai yang tertera di atasnya dan nilai tukaran yang dipaksa oleh kuasa pasaran.

Alat Perhambaan

Khalid Noorshah menghuraikan dalam ruangan Pandangan Songsang MASSA tentang wang kertas sebagai alat perhambaan (MASSA bil. 126, 1998). Pandangan itu mungkin bukan songsang untuk sebahagian pemerhati masyarakat seperti Goethe, Juenger, Ezra Pound dan Richard Wagner. Melalui tulisan, ucapan, puisi, drama dan muzik, mereka telah mengupas tentang sifat tamak manusia yang melabelkan dan memaksa kertas sebagai simbol wang yang mewakili emas yang belum digali. Goethe (1749-1832) mengkritik wang kertas (note) dalam Faust seperti yang diterjemahkan oleh Louis MacNeice, pada tahun 1952 dalam buku Goethe's Faust:

Be it known to all men who may so require

This note is worth a thousand crowns entire

Which has its guarantee and counterfoil

In untold wealth beneath Imperial soil

And this hereby is a substitute approved

Until such time as the treasure can be moved.

Ezra Pound, pada tahun 1937 menghurai dalam puisi tentang riba dalam Cantos beliau. Katanya Usura Contra Naturam atau riba itu bertentangan dengan fitrah. Beliau mementingkan wang dari logam yang tidak boleh 'beranak pinak' (faedah riba) kerana tidak boleh dicetak sewenang-wenangnya (Metal is not reproduceable).

Kritikan seperti dari Ezra Pound dan Goethe tenggelam dalam sifat tamak dan rakus manusia dan akhirnya kertas itu kini mengambil peranan penting sehinggakan boleh disewa dan dijual beli. Juenger seorang ahli falsafah Jerman pula dalam tahun 1949 telah menulis tentang kemusnahan wang apabila emas dan perak tidak digunakan lagi sebagai wang. (Lihat The Destruction of Money dalam The Failure of Technology oleh Juenger).

Richard Wagner pula melalui operanya Der Ring Des Nibelungen-Das Rheingold telah memerihalkan tentang kuasa yang disebabkan oleh penyimpanan emas di gua yang terkawal (Fort Knox?) dan melalui rantaian riba (Ian Dallas 1990).

Sekarang sistem kertas itu juga membolehkan hasil negeri kita diuftikan secara tidak langsung kerana wang kertas boleh disusut nilai sewenang-wenangnya. Malahan nasib pemimpin pun bergantung pada kertas yang boleh diberi indeks bandingan dengan wang kertas cetakan Amerika Syarikat. Yang menghairankan ialah kita boleh menerima 1000 keping syiling 1 sen Amerika Syarikat untuk ditukarkan dengan hampir 4000 keping syiling 1 sen Malaysia. Adakah syiling mereka dibuat daripada emas atau ketumpatan logam syiling Amerika Syarikat sangat tinggi? Jika tidak apakah yang menyebabkan syiling Amerika Syarikat lebih berat walau pun bilangannya sedikit? Kenapa kita menerima berat bayangan dan khayalan ini ?

Wang kertas memang sudah jelas merupakan suatu sistem wang paksaan. Nilainya sekarang bukan sahaja boleh dipaksa tetapi mempunyai nilai spekulasi dan manipulasi. Nilai wang emas dan perak tidak boleh dipaksa kerana nilainya hanya menurut berat.


p/s: oleh kerana esei di atas panjang, maka aku akan sambung untuk post yang seterusnya.


Saturday, July 24, 2010

Apa yang tak OK jadi baik? Dah cuba ke..



Post ni adalah reply untuk post sebelum ini Tak payah nak baik sangat.

Apa masalah jadi baik?

Dah tau diri tu tak baik, berubah lah

Berubah

Sakit

Tapi kena la buat

Dah cuba usahakan ke?

Memang dah berubah jadi baik tak semudah kamen rider menjelmakan dirinya menjadi wira melawan raksasa.

Tak caya tengok la step dorang bertukar kat bawah ni



Nak bertukar macam kamen rider?? Cool dan macho kan?



Kena pakai alat dia ni dulu. Pakai dekat pinggang la seelok-eloknya.
Lepas tu, cakap 'HENSHIN!!!' sekuat hati



Lepas dah cakap henshin tu, pastu jadilah kamen rider pink ni




Ni adalah alat yang digunakan oleh kamen rider untuk berubah.
Agak-agak nak berubah jadi baik, ada jual tak alat macam ni? Kalau ada aku nak 10


======================================
Memang betul,itulah kita. Belum buat tapi sudah menilai. Kita belum puasa tapi sudah persoal akan kesannya.Bolehkah puasa mencegah aku dari kemungkaran?Kalau puasa jadi lapar,bila lapar aku tertekan,lagi la aku nak cari perempuan. Puasa tu zaman Rasulullah bolehlah sebab orang arab memang budaya dia pakai labuh-labuh,lambang kekayaan lagi tapi kat sini,semua perempuan pakai buka aurat. Kalau terpaksa puasa seumur hidup untuk jaga nafsu,berbaloikah? Dan banyak lagi imaginasi-imaginasi kita walhal kita tidak pernah mencuba walaupun sekali.

Bukan dalam konteks menjaga nafsu sahaja,bahkan semua.

Dalam konteks belajar,macamana aku nak belajar kalau apa yang lecturer bebel aku tak faham? Walhal kita tidak pernah cuba untuk pergi ke tempat lecturer dan tanya secara terus kepada lecturer supaya lecturer dapat jelaskan apa yang kita tidak faham.

Dalam konteks berubah,macamana aku nak kurangkan waktu tidur kalau badanku asyik lemah? Walhal kita tidak pernah cuba untuk membetulkan jadual hidup kita supaya tiada masa dibazirkan dan waktu tidur kita menjadi cukup.

Dalam konteks beramal,macamana nak qiamullail kalau kerja berlambak dan aku terpaksa tidur lewat? Walhal kita tidak pernah cuba untuk tidur dulu selepas isyak dan bangun qiamullail,selepas itu siapkan kerja rumah.

Ya,kita tidak pernah cuba berubah.

Tidak hairanlah kalau orang Kelantan menjelaskan perkataan ‘cuba’ itu sejelas-jelasnya sebab ‘cuba’ itu sangat susah difahami dan dibuat.

“Acu-cuba-try-test” Keempat-empat perkataan itu memberi maksud yang sama.

Mulai hari ini,berhenti merungut dan acu-cuba-try-test lakukan! Kalau anda ingin berubah,usah difikirkan rintangan-rintangan yang bakal melanda,sebaliknya fikirlah kesan yang akan jadi bila anda berubah. Sudah menjadi fitrah,untuk berubah sememangnya akan ada halangan,walhal dalam perkara seronok sekalipun ada rintangan cuma kadang-kadang disebabkan keseronokan yang bakal kita alami,segala rintangan tidak terasa.Macam naik Roller Coaster,walaupun track nya berpusing-pusing,tapi disebabkan keseronokannya,kita lupa ketakukan kita.

Justeru, carilah kekuatan yang ada dalam diri, pujuklah diri sendiri. Beri semangat kepada diri kita sendiri, jangan berharap kepada orang lain, takut kelak kita akan kecewa. Bisikkan kepada diri kita sendiri bahawa kita mampu mengharungi setiap dugaan dengan izin Allah, bermohon dan merayulah kepada Allah. Berdirilah di atas kaki sendiri

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

Seronok buat jahat ni. Best..Bitter Sweet orang kata. Tapi percayalah, buat jahat ni seronoknya sekejap, lepas tu akan rasalah kegersangan hati yang melampau. Sampaikan perasaan itu adakalanya boleh membunuh hati. Jangan putus asa jadi baik..

Apa yang ditunggu lagi,jom berubah ke arah kebaikan! Insya Allah kita berjaya! Gambaruzo!!!

Kopi pasta dari:http://azzariyat.com/ tapi aku dah edit2 sikit


p/s:Rasulullah SAW bersabda: “Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada, ikutilah perbuatan buruk itu dengan kebaikan sesungguhnya kebaikan akan menghapus keburukan dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.” (Hadis Hasan Riwayat Al-Tirmizi).

Tak payah nak baik sangat


Hari ni aku rasa, susah dan lecehnya nak jadi budak baik..Ingat senang ke? Visi dan misi ntah ke mana, niat pulak dah tak betul. Aku rasa aku dah tewas. Tewas sangat-sangat. Tak rasa manisnya..Serius.

================================================

Sebenarnya ramai daripada kita yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Paling tidak pun suka terhadap kebaikan dan ingin menjadi baik. Namun, kita selalu gagal untuk melaksanakannya. Ada sahaja masalah yang menghalang kita untuk menjadi baik dan membuat kebaikan. Ramai juga daripada kita yang tidak mahu berbuat dosa. Bencikan kejahatan. Namun, kita sering dan sentiasa terdorong untuk melakukannya.

Kita seperti hilang kuasa dan kawalan terhadap hati dan diri kita sendiri. Seakan-akan ada kuasa lain yang lebih kuat pengaruhnya terhadap diri kita berbanding apa yang kita inginkan. Mengapa ini yang berlaku??

Hakikatnya, kita tidak pernah terlepas dari diburu oleh dua musuh utama yang sentiasa menyorong kita kearah kejahatan. Ya, merekalah syaitan dan hawa nafsu kita sendiri.

Apakah kita harus terus mengalah kepada dua musuh ini dan membiarkan mereka menjadi pemimpin diri ini?

Bagaimanakah harus kita berdepan dengan dua musuh ini dan mengembalikan pimpinan kepada diri sendiri?

Kunci utama : Mujahadah

Dalam dunia nyata juga, musuh hanya dapat dikalahkan dengan peperangan. Cuma bezanya, musuh zahir itu dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata. Namun, musuh batin, yang tidak dapat dilihat dan tidak tahu di mana wujudnya, bilakah berlakunya, ternyata lebih licik dan lebih susah untuk mendepaninya. Peperangan melawan musuh yang tidak nyata inilah yang dinamakan mujahadah.

Kita terasa susah untuk memeranginya kerana hakikatnya peperangan itu berlaku dalam diri kita sendiri. Berperang dengan hawa nafsu sendiri terasa seakan berperang dengan diri dan kehendak sendiri. Hanya dengan ilmu sahaja yang dapat mendorong kita menyukai apa yang patut disukai dan membenci apa yang patut dibenci. Namun, setakat tahu, tidak bermakna boleh melahirkan mampu.

Ramai yang tahu tapi tetap tidak mampu. Kerana musuh yang lagi satu tidak pernah berhenti dan berputus asa mengajak kita menjadi peneman mereka di neraka kelak. Syaitan itu hakikatnya makhluk paling kreatif dan paling tinggi sifat juangnya dalam menyeru kita kearah kejahatan. Begitu juga dengan nafsu yang tak pernah lesu. Maka, kuasa yang kita ada hanyalah dengan bermujahadah.

Sejarah awal penciptaan manusia lagi sudah Allah ceritakan, Nabi Adam a.s. juga tertipu dengan perangkap syaitan sehingga terkeluar dari syurga Allah. Dengan mengetahui hakikat kedua-dua musuh yang tidak pernah kenal erti penat dan tidak pernah berehat dan berputus asa dalam memperdayakan kita, wajarkah kita untuk bermujahadah sekali sekala sahaja?

“Aku dah cuba dah untuk jadi baik, tapi susah sangat…ada je halangan…”
“Aku baru nak belajar tak meniru dalam peperiksaan, tapi minggu ni sibuk sangat, memang tak sempatlah nak ulangkaji sendiri…”
“Aku baru je nak jadi pendiam sikit…dapat kelas dengan kawan-kawan yang banyak cakap la pulak…”

Kalau tidak pun, setelah kita berjaya atasinya untuk sesuatu tempoh.

“yeah..nampaknya takde la susah sangat nak jadi baik ni…”
“oh…Allah dah dengar dah doa aku rupanya…”

Dan akhirnya kita kembali memberikan kemenangan itu kapada syaitan dan nafsu juga. Syaitan itu paling kreatif dalam memperdayakan kita. Saat susah untuk bermujahadah, dibisikkan kata-kata hasutan agar kita berputus asa. Setelah berjaya, disuruh berhenti pula, cukuplah setakat itu. Dikurniakan pula rasa cukup dengan amal yang ada.

Ketahuilah sesungguhnya mujahadah itu adalah perjuangan yang tanpa henti. Perjuangan sehingga roh kita kembali kepada pencipta-Nya. Tiada jaminan langsung, bagaimanakah pengakhiran hidup kita nanti. Berjayakah atau kecundangkah? Segalanya bergantung kepada mujahadah kita untuk terus berada dalam redha Allah di setiap ketika dalam hidup ini, dalam setiap yang diusahakan dan dilakukan pada saat ini dan hari-hari mendatang.

Prinsip asas dalam mujahadah adalah istiqamah. Mujahadah tidak akan mampu memberi kesan selagi kita tidak konsisten dan istiqamah dalam memperjuangkannya. Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.

Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisten.

Firman Allah SWT :
"Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau diperintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka.”(As-Syura :15)
Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka.
Yakinlah dengan firman Allah SWT :
Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan kami, benar-benar Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” (al-Ankabut : 69)
Syeikh Imam Al-Ghazali Berkata :

‘‘Mujahadah adalah kunci hidayah tidak ada kunci untuk memperoleh hidayah selain Mujahadah”