Wednesday, April 21, 2010

Si kelu dan gagap

Kahwin..heh..

Dah masuk usia “layak berkahwin”, tak habis-habis pertanyaan yang bertalu-talu hadir

Kalau nak ikut impian dan harapan, patutnya aku dah kahwin 4 tahun lalu. Kira ngam-ngam la tu.Awal ke? Sebab aku rujuk mak dan abah punya umur.

Allah kata belum masanya, orangnya tak sesuai, persediaan tak cukup. Redha dan sabar. Formula yang terbaik. Puasa la kalau tak tahan. Aku lama tak puasa menunjukan aku ni tak kritikal,hehe

“Ko, bila lagi? Dah ada ke belum?”

“Ada apa?”

“Owh..kira belum la ni”

“Ntah..”

Siapa yang tak nak, siapa yang tak berhajat. Aku bukan kayu, cuma dulu pernah jadi besi je sekejap.hehe..Ntah-ntah waktu tu pintu langit terbuka tak? Wallahu’alam

Teringat semula dialog antara aku dan seorang sahabat

“Aku tahu, usaha tengah dijalankan untuk kita, tapi Allah tak izin lagi”

“Aku terasa hati kadang-kadang. Memang betul kena baik sangka, tapi aku juga manusia, ada masanya fikiran jahat ni datang..”

“Apa dia?”

“Ada ke yang nak kita ni?”

“Meaning?” Aku angkat kening..Sebenarnya aku faham maksud dia. Cuma aku perlukan penjelasan lagi dari dia.

“OK, kita lahir dari latar belakang yang biasa. Kita ada family problem yang orang susah nak faham, boleh ke orang terima masa lalu kita? Kita bukan lahir-lahir diiringi dengan suasana tarbiyah. Kita hidup dalam suasana lumpur jahiliyah. Aku dan ko sama-sama keluar dari dunia hitam pekat kita. Lagipun kita bukan wanita idaman lelaki soleh yang tipikal.”

Owh..sama dengan tekaan aku.

“Hehehe..apa maksud yang tipikal?”

“Lelaki yang suka wanita yang lemah lembut, pakai kain dan jubah memanjang, jaga tutur kata, jaga ketawa. Diaorang suka wanita yang belajar bidang pendidikan, ambil pengajian Islam, Bahasa Arab,aku dan ko belajar apa? Engineering…Automatik dalam kepala orang karakter yang ambil engineering ni macam mana? Cita-cita ko bukan academician kan? Aku pun bukan. Kita dah kurang dekat situ..”

Siapa je yang sanggup terima kami. Lulusan U** memang biasa cicir bila masuk bab kahwin. Aku setuju dengan point yang ni juga.

“Hmmmm….jujur la aku respond. Aku tidak mengharap lelaki soleh yang tipikal macam yang ko sebutkan. Kalau ada dan dia sesuai, aku takde la nak tolak. Cuma, aku harap jumpa yang luar biasa pada pandangan aku. Yang sentiasa memburu pencerahan macam aku pun best juga. Sebab dia tahu susahnya nak cari hidayah sendiri. Aku suka yang pernah lalui hidup jahiliyah, tapi dia boleh bangun dan tepis jahiliyah sampai dia jadi seorang da’ie. Bukan sebab nasab yang pastinya. Dia faham laluan yang aku dan ko lalu, sebab dia pun lalu tempat yang sama dulu. Orang yang macam ni yang faham bahawa, nak berubah jadi baik bukan senang. Yang sentiasa rasa diri kurang dan berusaha jadi baik. Sentiasa belajar dan betulkan kesalahan diri. Aku faham dia sebab dia tengah berusaha untuk jadi baik. Dan yang paling penting, dia boleh terima keunikan ‘kelembutan’ orang macam kita ni. ”

“Ada ke orang yang macam ni?”

“Insya Allah ada.Bnayak...Aku yakin. Kalau bukan untuk aku, tapi untuk orang lain. Untuk muslimah yang lain.”

“Terfikir ke? Boleh panjangkan hajat dekat yang berkenaan..hehe”

“Selalu fikir, tapi tak la terlalu serius..takut..bukan boleh buat main. Dah masuk dunia ni bukan boleh undo,redo, reformat ke apa..”

“True, jangan dicari, tapi diminta”

“Selalu ke minta?”

“Kadang-kadang..bila teringat, tak selalu..”

“Nampak banyak contoh lelaki yang tak baik, tapi tak nak usaha jadi baik. Payah la macam ni..”

“Kita baik ke?”

“Aku tak baik, tapi aku tengah usahakan..hehe”

Entah la..Wait and see..Kalau aku rasa hidup ni susah, aku doa pada Allah mintak bagi teman. Waktu tu menangis sungguh-sungguh la. Tidak la setiap malam..

Cuma aku dah buat mind dan heart setting untuk mak dan abah awal-awal.

“Mak, abah, aku dah lalu jalan ni, jadi dalam bab jodoh, jangan harap macam orang lain harap. Get ready untuk terima tohmahan orang sekeliling kalau anak perempuan yng sorang ni ditakdirkan kekal dibawah tanggungan abah. Tapi doakan la yang terbagus untuk dia. Kita kena sentiasa sedia untuk sebarang kemungkinan”

Alhamdulillah mereka faham prinsip dan kehendak aku dalam kehidupan. Sebab tu mereka tak cakap banyak.Aku cuma dapat rasa di sudut hati mereka pun hajat nak menantu lelaki yang soleh. Jika diizinkan, tunggu, doa dan usahakan sahaja.

Kepada yang lain, lantak la..aku yang lalui, bukan dorang rasa pun!!

Nak kahwin sebab nak tingkatkan iman. Jadi kena jaga betul-betul. Bukan aku menolak perkahwinan. Nampak gaya je macam orang yang begitu. Sekadar buat pendinding diri supaya tidak melampaui batas.

Kalau ada, ada la..

Hari ni dengar lagi sorang kawan akan bina masjid. Alhamdulillah..

JUNDULLAH


Ha...
Kami generasi pemberani
yang tak takut mati tegakkan kebenaran
walau beribu dera mencaci
juga hinaan bertubi

Kami generasi tarbawi
yang berjiwa qur'ani raih kemerdekaan
menggapai janji-janji Ilahi
meraih nikmat syurgawi

Allah telah membeli dari orang beriman
harta juga diri dengan syurganya yang menawan
dari jihad fi sabilillahi

Hancurkan gunung kedzoliman
mengikis keangkuhan menggapai masa depan
berbekal takwa dan juga keimanan
menapak di jalan kesungguhan

Nahnu jundullahi
di sabilillahi
fi shirotim mustaqimi
ya shadullahuladzim

Monday, April 19, 2010

Peringatan:2 jalan

Berani kamu nak merungut lagi?







Apakah kita tergolong dalam golongan yang bersyukur?

Lumrahnya manusia cepat lupa

Betapa ramai manusia di dunia ini dengan pelbagai kesakitan yang mereka tanggung.

Ada yang hidup sedang menunggu waktu mati.

Ketika kita sedang lena ada yang terkulai kelaparan.

Ketika kita membuang sisa-sisa makanan kita di suatu sudut, ada yang sedang mengutipnya di datu sudut dunia.

Ketika kita muak dengan makanan ala kadar, ada yang makan benda kotor di satu sudut dunia yang lain

Orang yang bersyukur akap pelihara apa yang Allah amanahkan

Orang yang bersyukur akan ambil kisah orang sekelilingnya

Bayangkan betapa banyak nikmat yang Allah beri tetapi betapa banyak nikmat yang kita syukuri.

Sekiranya setiap pagi seumur hidup kita mengucapkan syukur pada Allah pun tidak mampu membayar nikmat sebiji mata yang Allah kurniakan.


Monday, April 12, 2010

Dia:Ummu Hurairah?



Artwork ini, saya dedikasikan buat seorang sahibah: "budak yang suka kucing"

=======================================================


Kenapa baju dia coklat? sebab "budak yang suka kucing" suka warna coklat[seingat saya la..huhu]

Kenapa kucing? sebab dia memang suka kucing.

Dari saya kenal dia sampai sekarang. Kalau dia bercakap tentang kucing boleh jadi berpuluh-puluh hikayat memandangkan mungkin sudah berpuluh-puluh kucing pernah berada di bawah jagaannya. Kamu tak percaya? kamu pergi blog dia. [Promosi beb..huhu]

Dia akan menangis tengok kucing mati, tak payah tunggu kucing mati pun, kucing hilang, kucing lapar, kucing kurus pun dia boleh menangis. Kadang-kadang saya pelik, kucing dia semuanya gemuk-gemuk, tapi dia selaku tuan kucing tak juga gemuk-gemuk. Mengapa ya?

Bukan sahaja kucing betul, kucing dalam 'computer game' mati pun dia akan menangis. Saya tidak berani main permainan komputer yang melastik kucing sampai mati dihadapan dia. Nanti dia akan kata saya kejam sebab lastik kucing itu.

Dia mengingatkan saya pada sahabat Rasulullah yang suka kucing, Abu Hurairah. Salah seorang sahabat Rasul yang paling banyak meriwayatkan hadith.

Bila nampak kucing, secara automatiknya saya akan ingatkan dia.

"Budak yang suka kucing", post ini khas untuk kamu =)
===================================================================

Saturday, April 10, 2010

Bahasa Syurga


Dalam wasiat Imam Hassan Al-Banna, ada disebutkan mengapa kita perlu pelajari bahasa arab

========================================================================

10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
============================================================================
p/s:peringatan ini adalah untuk diri saya sendiri.T_T

Ukhuwah itu indah: Satu Kekuatan



Ukhuwah mempunyai urgensi di medan dakwah, gerakan dan jihad. Dengan ukhuwah yang tinggi, musuh tidak akan mendapat peluang untuk menyusup ke dalam shaf dan mengacaukan barisan. Sebaliknya, mengabaikan ruh ukhuwah dan cinta antar individu akan memberikan kesempatan bagi tumbuhnya benih-benih perselisihan dan akan menimbulkan perpecahan hingga pertikaian yang selanjutnya akan membawa kepada kegagalan dan kehancuran. Allah berfirman yang artinya:

“ … Dan janganlah kamu bertikai, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS. Al-Anfal: 46)

“Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung.”(QS. Al-Hasyr:9)

Ilmu: Satu Pencerahan


Selamat menduduki peperiksaan untuk semua \(^_^)/

Friday, April 9, 2010

Suatu ketika dahulu:Transition state


Teringat kamu, sebab kamu pernah belikan saya ayam percik xD

Semoga kamu beroleh ketenangan dengan cara yang diredhai Allah.


=================================================================

dipostkan pada: KHAMIS, 2008 MEI 29


Jika kamu inginkan perempuan yang baik, maka seharusnya kamu menjadi baik. Dan yakinlah, Insyaallah, Allah akan berikan...


Halus tuturnya membuat aku selalu ingat pesannya yang suatu lama dahulu terukir di benak fikiranku.

Dahulu sebelum kata-kata itu datang menerpa, aku agak liar. Haha, liarku pada mata. Liar dengan keasyikkan perhiasan dunia.

Asal ekor kuda, aku suka. Asal lesung pipit aku juga suka. Tak kurang juga jenis yang riang dan gembira. Itu selalu menghiburkan hati yang lara atas desakan kesunyian. Hm...

Suka hanya pada mata. Namun aku sedar aku lelaki, dan juga manusia yang sukar puas. Tatapan itu harus berulang dan hah, gatal? haha... Nature...

Allah berfirman:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (an-Nuur: 30)

Namun hadirnya dia lagak si doktor mata, memulihkan mata hati ini agar mahu memandang sesuatu yang telah digredkan yang terbaik.

Dia memiliki penampilan yang jarang mahu dijamah oleh mata ini. Helaian lembut itu menutup segala dalamannya. Sempurna, dan benar. Gelaran itu adalah Bertudung Labuh.

Aku dahulu tidak pernah mahu perasan ada kecantikan pada mereka ini. Apa yang buat dia menjadi tertarik kerana penampilannya itu disempurnakan lagi dengan budi dan sopan santunnya.

Kami pernah bertemu. Hah, bayangkan sahaja jarak pertemuan itu tidak kurang dari 2 meter. Namun terima kasih kepada teknologi, kami agak kerap sms. Sungguhpun begitu, tidak pula pernah pula berbual melalui corong ganggang telefon.

Isinya, hanya nasihat dan ilmu. Sering mengingat aku tentang kewujudan Allah. Dia tidak lokek, ilmu berupa 'tips and tricks' versi Islam sering menjadi amalan percakapannya.

Ini tentunya pengalaman baru bagiku. Jarang aku mahu telan amalan percakapan seperti itu. Perubahan, ia adalah positif aku kira kerana aku telah mahu untuk menelannya.

Jika bilang aku sukakan dia. Ya, aku suka. Namun itu bukan cinta. Mungkin kerana tidak serasi. Ukur baju di badan sendiri.

Kalimah di atas itu keluar dari mulutnya tahkala aku menyatakan rasa inginkan perempuan itu dan ini menjadi teman. Dan kalimah itu adalah satu jawapan yang amat memuaskan hati. Dan sehingga hari ini aku masih mengenggamnya.

Hari ini aku memandang langit. Suara kalimah itu bermain secara tiba-tiba di telingaku ketika jauh khayal mengingati si dia. Barangkali satu atau 2 sms mengucapkan salam atas nama sahabat memadai kepada tuan punya kalimah itu.

Terima kasih sahabat. Ingatan ini akan terus ku semat dihati... Dan semoga 'tasbih' itu tidak putus talinya...

===================================================================
entry dari kamu atas nama kenalan =) [kisah zaman jepun, kisah budak baru nak kenal dunia]

"Aku sedar, aku pandang dunia dari sudut lain, dan kau pandang dunia dari sudut yang lain, pandangan kita tentang dunia memang berbeza, umpama langit dan bumi"<--Kamu[zaman jepun]

Kamu tahu, bukan kamu sahaja yang berkata begitu,

"Dunia yang kita nak pergi adalah dunia yang berbeza, ana masih tak bersedia untuk lepaskan dunia ana dan pergi ke dunia anti"<--Myfren [zaman jepun]

"Bukankah kita tinggal dibumi Allah. Bumi yang sama, begitu juga dunia.
Ada yang dunia lainkah?"<--Aura Besi punya monolg

Waktu zaman jepun merupakan waktu transition state yang paling hebat dia punya VERSUS dalam jiwa saya. Waktu nak tanggalkan segala kekotoran yang melekat, waktu nak serahkan hati bulat-bulat untuk di PROSES, waktu untuk mancari identiti diri yang sebenar, waktu untukm menghayati dan memahami tentang hakikat hidup sebagai seorang hamba.

Jadi sebelum ada cakap-cakap tak sedap, tentang ikhtilat dan lain-lain hal, penbaca perlu sedar yang penulis datang dari dunia jahiliyah melalui dunia penjajahan dan akhirnya menemui pencerahan. Entry di atas ditulis oleh kenalan berlaku disaat-saat penulis tengah VERSUS untuk menjadi OPTIMUS PRIME dan mencari pencerahan yang hakiki.

Talian Hayat Untuk Gaza

Aura Besi suka untuk mempromosikan kempen Lifeline4Gaza|Break The Siege:

Tunjukkan yang kita peduli tentang mereka jika kamu benar-benar beriman!!!!




The Mission

Our ultimate vision is to work together with the International community in helping Palestinians to hold every rights on their motherland, and eventually be able to live in peace as any other beings would want to be. We uphold the believes that each Palestinian, including those forcefully living abroad and foreign camps, has every right to return to Palestine. All Palestinian lands that have been robbed by the Zionist must be returned to their rightful owners.

We know it will take years to realise. However, we also know that it will certainly be happened simply because injustices will never last long. And any sensible human being will never let injustices to continue — injustice anywhere is a threat to justice everywhere.

In the meantime, we will work together to help the people in Palestine, particularly those in Gaza that have been caged for some years. Of course we acknowledge that the people of Gaza are perfectly capable of taking care of themselves, but they need their freedom from the horror of Israeli occupation, and they need supports from people like you and me, and people next to you, and people next to me, to let them have the opportunity to rebuild their lives.

We want to break the siege of Gaza. We want to raise international awareness about the prison-like closure of the Gaza Strip and pressure the international community to review its sanctions policy and end its support for continued Israeli occupation. The people of Gaza have the right to farm, fish and build without Israeli interference. We want to uphold Palestine’s right to welcome internationals as visitors, human rights observers, humanitarian aid workers, journalists, or otherwise.

For this reasons, we invite all take part in any way they can to support International efforts to organise voyages to Gaza. The efforts will not back down to the violence of the Israeli military and therefore the coming voyages will consist of more boats and more people. We also want to bring substantial support to the people of Gaza. This is a critical objective, both to meet immediate humanitarian needs, and also to help empower Palestine to have control over its own future, and to help facilitate the reconstruction of Gaza by bringing in essential building materials currently being denied access through the land crossings with both Egypt and Israel.

Source: http://www.lifeline4gaza.org/gaza/


Wednesday, April 7, 2010

Suatu ketika dahulu: Pencerahan

sumber: di sini

Apabila saya baca Hadith Rasulullah itu, saya teringat satu sms yang saya dapat dari seorang "budak yang garang". Daripada sms itu, saya mendapat satu pencerahan. Dan daripada pencerahan tu saya melalui satu "turning point".

Di waktu itu, selepas membaca sms yang diberikan, saya menangis. Setiap kiriman sms yang dihantar oleh "budak yang garang" kepada saya, saya cerna dan fikirkan. Sehinggalah Allah izinkan saya dan pinjamkan kekuatan kepada saya untuk berubah. Menjadi muslim yang lebih baik dan lebih dicintai Allah.

"Kau buatlah apa sahaja dekat dunia ni, kau nak terlentang ke, melompat ke, tergolek ke,berenang ke, asalkan satu je syarat. Pastikan Allah redha dengan apa yang kau buat" [sms dari "budak yang garang", 2005]<---nasib baik tarikh dan haribulan aku tak catat.heh..

"budak yang garang"....heh..

Betul la kau banyak berjasa pada aku. Aku sangat menghargai setiap usaha kau buat untuk aku lepaskan setiap perkara yang Allah tak redha. Terima kasih bagi aku "kunci masuk" ke jalan tarbiyah.

Sekarang baru saya berani buka cerita ni. Sebab saya dah lama tak jumpa "budak yang garang". Kalau dia masih ada lagi dekat sini, takdenya saya akan buat pengakuan secara terbuka macam ini. Nampak kelibat pun dah ketaq lutut. Terus buat-buat tak perasan/tak nampak. Padahal dalam hati tu dah macam rebana ubi waktu hari merdeka. Huhu...Garang sangat tahap gaban. =p

Tuesday, April 6, 2010

Wanita Pahlawan vs Pahlawan wanita

Pahlawan wanita

Di sebalik setiap pahlawan besar selalu ada seorang wanita agung. Begitu kata pepatah Arab. Wanita agung itu biasanya satu dari dua, atau dua-duanya sekaligus; sang ibu atau sang isteri.

Pepatah itu merupakan hikmah psiko-sejarah yang menjelaskan sebahagian dari latar belakang kebesaran seorang pahlawan. Bahwa karya-karya besar seorang pahlawan lahir ketika seluruh energi didalam dirinya bersinergi dengan momentum diluar dirinya; tumpah ruah bagai banjir besar yang tidak terbendung. Dan tiba-tiba sebuah sosok telah hadir dalam ruang sejarah dengan tenang dan konsisten.

Apa yang telah dijelaskan oleh hikmah psiko-sejarah itu adalah sumber energi bagi para pahlawan; wanita adalah salah satunya. Wanita bagi banyak pahlawan adalah penopang spiritual, sandaran emosional; dari sana mereka mendapat ketenangan dan keghairahan, kenyamanan dan keberanian, keamanan dan kekuatan. Lelaki2 menumpahkan energi di luar rumah, dan mengumpulkannya lagi didalam rumahnya.

Kekuatan besar yang dimiliki para wanita yang mendampingi para pahlawan adalah kelembutan, kesetiaan, cinta dan kasih sayang. Kekuatan itu sering dilukiskan seperti dermaga tempat menambatkan kapal, atau pohon rendang tempat sang musafir berteduh. Tapi, kekuatan emosi itu sesungguhnya merupakan padang jiwa yang luas dan nyaman, wanita bisa menjadi tempat bg sang pahlawan menumpahkan sisi kepolosan dan kekanakan mereka, tempat mereka bermain dengan bersahaja dan riang, saat mereka melepaskan kelemahan-kelemahan mereka dengan aman, saat mereka merasa bukan siapa-siapa, saat mereka menjadi anak kecil. Kerana di tempat dan saat seperti itulah para pahlawan ini menyedut energi jiwa mereka.

Itu sebabnya Umar bin Khattab mengatakan, “Jadilah engkau anak kecil di depan isterimu, tapi berubahlah menjadi lelaki perkasa ketika keadaan memanggilmu’. Kekanakan dan keperkasaan, kepolosan dan kematangan, saat lemah dan saat berani, saat bermain dan saat berkarya, adalah ambivalensi-ambivalensi kejiwaan yang justeru berguna menciptakan keseimbangan emosional dalam diri para pahlawan.

“Saya selamanya ingin menjadi anak kecil yang polos.” kata Sayyid Quthub. Para pahlawan selalu mengenang saat-saat indah ketika ia berada dalam pangkuan ibunya, dan selamanya ingin begitu ketika terbaring dalam pangkuan isterinya.

Siapakah yang pertama kali ditemui Rasulullah SAW setelah menerima wahyu pertama dan merasakan ketakutan luar biasa? Khadijah! Maka ketika Rasulullah ditawari untuk menikah setelah Khadijah wafat, beliau mengatakan; “Dan siapakah wanita yang sanggup menggantikan Khadijah?”

Itulah keajaiban dari kesederhanaan. Kesederhanaan yang sebenarnya adalah keagungan; kelembutan, kesetiaan, cinta dan kasih sayang. Itulah keajaiban wanita.

p/s: saya nak jadi pahlawan, bukan wanita disebalik seorang pahlawan semata-mata [walaupun ada hajat juga untuk part yang ini..=''=]..boleh kan?? Baru ada rasa Aura Besi =)
********************************************************
terang-terangan copy dari:http://drprodigy.blogspot.com/

Are you ready??

Pelajari Ilmu


Baru dua hari charge 'battery semangat', dah blur semula....Buat Master memang susah. Belajar memang susah, tapi...

Muaz bin Jabal meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda

“Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya :

(membawa) takut kepada Allah,[betul..aku suka buat jahat]
menuntutnya adalah ibadah, [macam banyak sangat je ibadah aku]
membincangkannya adalah tasbih, [aku jarang bertasbih]
mencarinya adalah jihad, [apatah lagi nak berjihad]
mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah,[bukan kaya manapun]
memberikannya kepada ahlinya adalah pendekatan diri kepada Allah,[terasa jauh dari Allah]
kerana ilmulah petunjuk kepada yang halal dan haram,[betul, aku nampak pencerahan]
menara kepada jalan penghuni syurga, [aku hajat nak masuk syurga]
teman setia di saat kesunyian, [betul, ilmu la yang jadi teman baik]
rakan di masa keseorangan, [nasib baik ilmu ajar aku cari teman baik]
teman berbicara di waktu khulwah, [ada ilmu ni la aku boleh fikir guna akal berpandukan iman]
petunjuk kepada yang membawa bahagia dan yang membawa kecelakaan [aku nak bahagia]
senjata menghadapi musuh, [boleh buat bom]
perhiasan di saat bersama teman-teman.[terjaga sikit akhlak]

Dengan ilmu Allah telah mengangkat (tinggi) kedudukan banyak kaum, sehingga Allah menjadikan mereka pimpinan yang tegak, jejak langkah mereka diikut, perbuatan mereka dicontohi dan pendapat mereka dijadikan pemutus.

Para malaikat terlalu kepingan berteman dengan mereka, sentiasa mengusap mereka dengan sayapnya. Setiap benda lembab, kering, ikan dan binatang laut, binatang buas di darat dan binatang jinak kesemuanya memohon agar mereka diampunkan.

Kerana ilmu menghidupkan hati dari kejahilan, lampu bagi penglihatan di saat kelam. Dengan ilmu hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang pilihan dan darjat yang tinggi di dunia dan akhirat.”

Hadith Riwayat Ibni Abdul Barri dalam Kitab Al-Ilmu

Jadi, janganlah putus asa buat Master. Walaupun susah, ingat hadith nabi ni.

Monday, April 5, 2010

Mereka: Penyejuk hati


Mereka selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulit mimpi indah duniawi
Mereka menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Mereka menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Mereka sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Mereka sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Mereka tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Mereka sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Mereka juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Mereka selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Mereka ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Mereka ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai mereka kerana agamanya dan kerana cinta mereka kepada Maha Pencipta
Andai mereka hilangkan cintaNya, maka hilanglah cintaku pada mereka
Cinta mereka terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih mereka

Siapakah mereka..???
Mereka sahabat-sahabatku

Credits to: Ude, Ummi, Cila, Kak Suzi Adriana

Terima kasih kerana sudi luangkan masa dalam kembara tarbiyah 3 hari lalu, terima kasih atas penyusunan program yang ad-hoc tapi sangat bermanfaat [joging tarbawi, makan jemaah yang sangat lazat,explore the masjid, sharing moment, kelas PERKIM, kedai buku best]. Doakan saya disini selamat sejahtera iman dan tubuh badan, selamat akal dan fikiran, berjalan tarbiyah dengan sempurna. Untuk kamu semua, saya doakan yang sama.

Being me

Being Me is the greatest challenge
to keep on moving when everything messed up
to keep on going when my vision turns upside down
to keep calm when my anger explodes
to keep smiling when all I have is sadness
to enjoy the real happiness that came only for a while

but only this way
these lessons had taught Me how to live
these challenges that made me stronger inside out
these stories that gave me strength to my weaknesses
so I thank YOU GOD
for each fate that u wrote for my Life
is nothing better but THE BEST! "

-by Sof|st|kateD-
www.iluvislam.com

Kenapa kita tak nak memberi

Thursday, April 1, 2010

PALESTIN DIHATIKU



Maksud Hadis:

Siapa yang bukan mengambil berat orang Muslim, bukan dari kalangan muslim. …

Abu Hurairah menyampaikan daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

“Sebahagian daripada umatku tidak akan berhenti berjihad di pintu-pintu Dimashq (Damsyik) dan di pintu-pintu al-Quds (Palestin) dan di sekelilingnya. Pengkhianatan dan pembelotan bagi sesiapa yang berkhianat tidak akan menyakiti mereka sedikit pun. Mereka akan tetap menang, mempertahan kebenaran sehingga saat datangnya kiamat.”

(Riwayat At-Tabarani)

Nahik Ibn Surim as-Sakuni menyampaikan daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

“Kamu akan memerangi golongan kafir sehingga sebahagian kamu yang tinggal akan berperang di Sungai Jordan, kamu di sebelah timur (Jordan pada hari ini) dan mereka di sebelah barat (Palestin yang terjajah).”

(Daripada Ibn Hajar al-Asqalani)

Muadz bin Jabal menyampaikan daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

“Allah Maha Besar akan memberi kamu kekuatan untuk menawan as-Syams (Palestin) selepas kewafatanku.Orang laki-laki dan wanita akan bertahan di sana sampai kiamat. Sesiapa di kalangan kamu yang memilih salah satu daripada pantai-pantai as-Syams (termasuk Gaza) atau Baitul Maqdis, mereka itu berada dalam jihad sehingga hari pengadilan.”

Muawiyah bin Abi Sufyan menyampaikan daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, “Ada dalam kalangan umatku yang sentiasa berada di atas al-haq. Tiada sesiapa yang menentang mereka akan menyakiti mereka sehingga datangnya kiamat.” Para sahabat bertanya, “Di mana mereka itu”? Rasulullah menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis”.

(Iman Ahmad)

Hadis-hadis yang terbit daripada lidah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam adalah satu bukti bahawa apa yang berlaku pada hari ini adalah satu kebenaran yang telah pun disusun oleh Allah subhanahu wa taala. Kita pada hari ini amat beruntung kerana para sahabat hanya mendengar beritanya daripada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam sedang kita menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri. Alangkah ruginya jika kita tidak mengambil sebanyak manfaat daripada peristiwa ini untuk menyuburkan iman dan keyakinan kita untuk berjuang di jalan Allah.

Rakyat Palestin telah menderita kerana di penjara di negara sendiri oleh musuh yang tidak diundang…Palestin menjadi penjara terbesar di dunia. Tentera Zionis telah membina tembok setinggi 8 meter mengelilingi seluruh Palestin dan 30 meter tembok ke bawah tanah…Sejak setahun lalu mereka telah membunuh 1, 500 kanak-kanak, wanita, orang tua, 50 buah masjid, 100 buah masjid musnah sebahagian, 55,000 rumah dimusnahkan, pokok dimusnahkan, melainkan golongan muda dan remaja yang mampu bertindak balas.

Namun…pejuang Palestin yakin, mereka mampu membebaskan Palestin dan tentera Israel akan lari dari tempat yang ditawan. Kanak-kanak berjaya menawan tentera Israel. Mereka membawa keluar lebih 100/1000 tentera Israel dari kereta kebal. Yahudi mengepung Genting Gaza. Darat, laut, udara. Mereka mengepung dari negara Arab lain. Mesir juga mengepung dan tidak membenarkan bantuan masuk.

Tidak ada yang lebih memalukan apabila wakil Britain George Galloway melalui program Viva Palestina 3 (yang bermaksud hidup Palestin) datang membawa bantuan dari Amerika dan Eropah datang ke Mesir utk ke Gaza telah dihalang oleh tentera Mesir. Bantuan dari Arab Saudi, Qatar, Libya dihalang. Umat Islam menghalang umat Islam sendiri untuk mendapat bantuan.

Melalui Viva Palestin, sebanyak 240 buah ambulans dan kenderaan membawa ubat-ubatan, makanan, permainan kanak-kanak dan peralatan sekolah berjaya memasuki Gaza melalui Rafah di sempadan Mesir. Rombongan ini bertolak dari London pada 5 Disember 2009 dan setelah merentas Benua Eropah selama 31 hari, mereka sampai ke Gaza pada 6 Januari 2010. Bantuan ini disumbangkan oleh warga dari 17 negara termasuk Malaysia. Sebanyak 9 buah ambulans adalah sumbangan daripada rakyat Malaysia.

Meskipun rombongan ini selamat sampai untuk menyerahkan barang-barang bantuan yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza yang sudah terkepung dan terkurung selama 3 tahun, namun misi ini hanya berjaya dilaksanakan setelah menerima pelbagai ujian yang amat berat. Lebih malang lagi, kesukaran yang mereka lalui bukan kerana mereka dihalang oleh Israel tetapi halangan itu datangnya daripada negara Islam sendiri. Mesir sebagai jiran terdekat kepada Gaza diharapkan akan memberi sokongan dan memudahkan laluan konvoi sebaliknya mengenakan pelbagai syarat dan menyukarkan usaha untuk menyalurkan bantuan, bahkan bertindak zalim dan tidak berperi kemanusiaan.

Mesir hampir-hampir menggagalkan harapan untuk menyalurkan bantuan sejumlah USD2 juta sumbangan warga dunia yang prihatin tanpa mengira bangsa, agama dan negara. Mesir bertindak menghalang konvoi untuk mendarat di pelabuhan Nuweiba di Semenanjung Sinai. Akibatnya konvoi yang sudah berada di Aqaba, Jordan dan menanti pengangkutan laut untuk menyusuri laut Merah dan mendarat di pelabuhan Nuweiba terpaksa berpatah balik melalui Syria. Dari Pelabuhan Latakia, konvoi terpaksa menggunakan 3 buah feri untuk ke pelabuhan al-Arish melalui Laut Mediterranean. Pelabuahan Al-Arish adalah pelabuhan kecil yang tidak sesuai untuk laluan sejumlah kenderaan sebanyak itu. Di samping itu, pengiring dan sukarelawan terpaksa menaiki kapal terbang dan menyertai kenderaan mereka di pelabuhan Al-Arish. Akibat halangan daripada kerajaan Mesir ini, konvoi terpaksa menanggung kos tambahan melebihi USD500,000.

Sebaik sahaja tiba di Al-Arish, pihak berkuasa Mesir hanya membenarkan sebahagian kecil sahaja pengiring memasuki Gaza. Bantahan daripada sukarelawan telah menyebabkan pasport mereka dirampas dan hanya dikembalikan setelah didesak. Kemudian Mesir mengenakan satu lagi syarat iaitu lebih daripada 50 kenderaan mesti diserahkan melalui Israel. Keadaan ini telah menimbulkan bantahan daripada pengiring konvoi. Kemudian kita diberitahu pihak berkuasa Mesir telah bertindak ganas ke atas sukarelawan dengan membaling batu kepada mereka, memukul, mencederakan dan menangkap beberapa orang anggota konvoi termasuk seorang pelajar perubatan dari Malaysia yang sedang menuntut di United Kingdom.

Musuh telah mampu menguasai dan melemahkan kita dalam peperangan di Yaman, Iraq, Algeria, Mauritania, Somalia. Sehingga mereka mampu menjadikan kita bermusuhan sehingga dalam permainan bola sepak sekalipun. Mesir dan Algeria bergaduh dalam perlawanan bolasepak. Mereka ingin melalaikan pemuda kita dari berjihad.

”Kita telahpun dikepung namun kami berada dalam baik, kami mendapat kurniaan Allah, kami datang untuk memberi tahu rakan-rakan di Malaysia bahawa kami semua baik dengan hidayah Allah. Kami masih dalam keadaan aman sekarang ini. Ya betul kami dikepung daripada makanan, ubat-ubatan, air namun kami berada dalam keadaan baik. Kami akan memerangi Yahudi dengan izin Allah. Kami telah dijanjikan oleh Allah bahawa golongan Yahudi akan berhimpun di Palestin supaya dibunuh di Masjid Aqsa, InsyAllah ia akan berlaku sebagaimana sabda Nabi,”

“ Akan terus ada satu kumpulan di kalangan umatku yang akan menyatakan kebenaran, memerangi musuh mereka, tidak akan memudaratkan mereka sedikitpun, tidak sesiapa yang akan menewaskan atau mencederakan mereka, dan itulah yang akan berlaku sehingga datang pertolongan Allah. Sahabat bertanya di mana mereka Ya Rasulullah, Mereka berada di Baitul Maqdis, di tengah Baitul Maqdis”.

Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada peristiwa yang bukan melukakan umat Islam sahaja tetapi seluruh warga dunia yang masih ada rasa ihsan di hati mereka. Di satu pihak kita menyaksikan bagaimana warga Britain dan rakyat Britain, Amerika Syarikat dan Eropah menaja beberapa buah ambulans dan bekalan ubat-ubatan atas rasa prihatin terhadap penduduk Gaza. Bahkan salah seorang daripada sukarelawan yang menyertai protes di Kaherah adalah seorang Yahudi yang berumur 82 tahun dan merupakan mangsa kepada tragedi pembunuhan beramai-ramai (holoucaust) bangsa Yahudi oleh Hitler semasa Perang Dunia Kedua. Beliau telah menyertai mogok lapar kerana membantah tindakan kerajaan Mesir menyekat bantuan kepada penduduk Gaza. Kita juga menyaksikan beratus-ratus warga Perancis telah dibelasah dengan teruk oleh polis Mesir kerana meyokong penduduk Gaza di Kaherah.

Adakah kita masih rela diri kita hidup dalam kesenangan dan membiarkan saudara-saudara kita menderita sedangkan mereka adalah saudara seaqidah kita..Kita tidak mampu berjuang secara langsung di medan jihad bersama mereka tetapi kita mampu menghulurkan harta kita dan boikot segala produk yang ada kaitan dengan Yahudi dan Amerika serta sekutu2 mereka..itulah jihad kita..agar kita mampu menjawab di hadapan Allah SWT kelak..

P/S: Marilah kita bersama-sama menyumbang kepada tabung Palestin =)