Monday, March 29, 2010

Ukhuwwah itu indah : the beauty of friendship



Hak Saudara Kita Terhadap Lidah Kita




Friendship 1: Jangan buka aib dia [xmo mengumpat, bohong, atau burukkan keluarganya]. Kalau boleh, kita yang jadi pembela maruahnya






Friendship 2:Doakan sahabat kita sama ada yang hidup atau meninggal dunia




Friendship 2: Berkatalah sesuatu yang menyenangkan hatinya tapi jangan berbohong





Lepas ni saya bercadang nak buka Aura Besi's Friends Club a.k.a Aura Besi FC..heee
Ahli-ahli terdiri daripada:

[Dija, Ude, Faezah, Sue Dabong, Hanna, Bai, Shu,Yana, Nani, Azimah,Rin,...,...]

Siapakah mereka ini?

Mereka la orang-orang yang bersama saya dari dulu kini dan selamanya. Insya Allah

Gambar-gambar yang saya lukis menunjukkan betapa saya menghargai kehadiran mereka dalam hidup saya. Saya sayangkan mereka semua kerana Allah.

Sunday, March 28, 2010

Let The Music Heal Your Soul; Let The Words of Allah Increase Your Imaan

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Alloh
Alunan sholawat kepada Rosul

Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Alloh
Alunan sholawat kepada Rosul

Hiburkan hati yang masih gelisah
Obati hati yang terluka
Ikat kembali persahabatan
dengan iman dan kasih sayang

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

Bersungguh kita dalam bekerja
Seperti hidup selamanya
Beramal sholeh sebaiknya
Seolah esok sudah tiada

Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Alloh
Alunan sholawat kepada Rosul

Hiburkan hati yang masih gelisah
Obati hati yang terluka
Ikat kembali persahabatan
dengan iman dan kasih sayang

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

Pendekar Aura Besi







The Future of Musleemah Warrior

Saturday, March 27, 2010

Bila Cinta Didusta


Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna


Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

Shopping

Infaq memerlukan persediaan minda yang bukan sedikit dan amalan infaq juga tidak dapat dibudayakan tanpa pemerkasaan nilai-nilai taqwa di dalam diri seseorang Muslim. Oleh yang demikian, amalan infaq itu sekaligus merupakan persediaan budaya, minda dan rohaniah. Iaitu keinsafan kepada hakikat-hakikat abadi yang lebih agung dan suci, yang pastinya melebihi kesibukan dan hal-hal remeh keduniaan.

Bila 2 Hati Menyatu




Di dalam persoalan perkahwinan dan pembentukkan rumahtangga muslim, Islam tidak menyempitkan tujuannya hanya untuk menyediakan suasana yang subur bagi mendapatkan anak-anak yang soleh, meskipun ini adalah satu tujuan utama. Islam juga tidak membataskan tujuannya sekadar untuk mengekang pandangan atau menjaga kehormatan, meskipun ini juga matlamat perkahwinan. Islam juga tidak menghadkan tujuannya sekadar untuk menyalurkan nafsu secara syar’i. Bahkan, Islam telah menentukan matlamatnya dengan yang lebih tinggi, yang lebih mulia dan yang lebih jauh jangkauannya. Matlamatnya berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, jihad dan perlaksanaan amal Islami yang luas. Islam telah menentukan bahawa matlamat mendapatkan zuriat yang tertinggi dan utama ialah untuk kelangsungan dakwah dan jihad. Sebagaimana do’a Nabi Zakaria yang terlakar di dalam Al-Qur’an:

“Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai “ (Surah Maryam : 5–6)

“ We get married to increase our iman. Please do not sin!!.”

Benarlah apa yang dikatakan. tujuan kita berkahwin adalah untuk meningkatkan iman. Jika pernikahan itu dilaksanakan atas dasar dosa dan maksiat, dimanakah keberkatannya? Sesuatu ibadah yang didasari dengan dosa, Allah redhakah? Bagaimanakah keadaannya, perkahwinan yang dibina tanpa keredhaan Allah? Janganlah kita membina rumah tangga melalui jalan yang allah tak redha. Kita perlu ingat, syaitan akan bertungkus lumus untuk menggalakkan & menggoda kita berbuat dosa dalam membina baitul dakwah. urusan rumah tangga bukan perkara kecil yang boleh dipandang sebelah mata, kerana ianya adalah urusan syurga neraka.

Oleh itu, wajiblah ke atas lelaki yang mahu mendirikan rumahtangga supaya terlebih dahulu mencari isteri-isteri yang dapat menjadi kubu rumahtangga terutamanya dalam pendidikan anak-anak. Isteri yang soleh dapat memperingatkan suami jika berlaku kealpaan dan kelalaian. Isteri yang soleh memberikan peransang kepada suami untuk bermujahadah tanpa menghalangnya (begitu juga bagi suami yang soleh – pemimpin rumahtangga). Isteri yang soleh menjaga diri ketika ketiadaan suami di rumah walaupun lama peninggalannya. Sepertimana yang disebut dalam hadith Rasulullah:

Mersing

Nostalgia mersing. Waktu ni melawat Rin dekat rumah dia waktu bulan Ramadhan. Dapat la rasa hidup berpuasa dekat felda. Petang sebelum masak untuk berbuka, sempat Rin bawa pergi jalan-jalan pantai. Dekat situ dapat ilham sebab kami sibuk main buaian.

Introduction

Assalamualaikum

The purpose of me to develop this blog is to share some of my artworks, sketches, to all of you. Since I love to draw when I was young, and now I'm looking for it seriously. Welcome to my world, welcome to my life.