Friday, December 31, 2010

Nota hati untuk Aura Besi 6


Penjagaan hati yang sihat saleem memang susah

Allah~

Jangan biar hati ini terbuai pada cinta yang fana'

Jangan biar hati ini lalai pada pesona dan indah dunia

Siramilah hati ini dengan hidayahMu, supaya hati ini sentiasa mencintaiMu

Tiada yang lain bagi hati ini melainkan cinta dan rindu dariMu

Hai hati~ jadi-jadi la mencair, tinggikan lagi takat lebur, supaya sukar untuk dicairkan dengan keindahan sementara. Sandarkan rasa itu kepada Pemilik Segala Yang Menciptakan Rasa.

Adoi~ hati ini sentiasa berbolak balik, sentiasa bergejolak

Memang terasa lemah sebab hati ini bukan milik diri ini.

Patut la rasa hati ini sakit

Agak lama tak makan ubat hati

Dah lama tak disuluh

Beginilah jadinya

Allah~

Peliharalah hati ini menuju ke tempatnya yang betul

Lantak la manusia-manusia tu nak kata apa, asalkan hati ini tetap rindu firdausi Mu

Bantu saya jaga hati saya

Jangan leburkan hati saya

Saya tak nak cinta selain cintaNya

Hanya cintaNya

Hanya Dia

Dia sahaja

Untuk Dia

Demi Dia

Kerana Dia

Allah~

Belahan Jiwa: Dengarkanlah



Kepada yang jauh, kepada yang suka mendengar, jom kita dengar sesuatu yang lebih bermanfaat. Buka hati, buka jiwa, buka minda untuk terima siraman hidayah dari Allah. Sebagai jalan untuk kita lebih dekati Dia dan jadi hamba bersyukur.








Wednesday, December 29, 2010

Belahan Jiwa:Mujahidah Sejati

Mujahidah Sejati : Nahwan Nur ^^


Artist: Nahwan Nur
Album: Di Kala Hati Bercahaya
Song Category: Nasyid
Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah
Aisyah Fatimah, menjadi muqarrabin
Bbermujahadah, merebut cinta
Dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa
**p/s: Masya Allah, macam mana nak jadi ni? haish~ besi..besi..

Belahan Jiwa: Wahai Mujahid

Siapa nak jadi mujahid???

Yang jauh, balasan untuk Nahwan Nur, Mujahidah Solehah ^^

Laluan hidup: Allah~ saat aku perlukanMu

Berbaik sangka pada Allah

Allah takkan letakkan kita pada tempat yang salah

Kita yang menzalimi diri kita dengan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik seperti yang ditakdirkan Allah sekiranya kita berusaha. Takdir itu terletak di hujung usaha manusia.

Saya yang rasa kelam kelibut, dan semua perkara berpunca dari kesilapan saya. Allah baik nak bagi tarbiyah. Saya dah tak boleh nak banyak songeh atau nak memanjakan diri sendiri lagi.

Adakah saya kurang berdoa? jika saya berdoa, adakah doa saya sungguh-sungguh? Allahu Rabbi, di mana saya letakkan Allah dalam hati ini??

Dekat situ dah ada point kenapa saya rasa susah sekarang. Mungkin sebab saya kufur nikmat Allah, sebab tu saya jadi macam ni. Saya kena make up balik kekurangan saya. Robbi Yusahhil~

Sampaikan saya jadi malu untuk menangis, tapi saya tak kuat sangat. Terpaksa la saya menitiskan juga air mata tu.

Allah~ hanya Dia yang mengetahui isi hati saya. Hanya Dia yang tahu siapa saya yang sebenarnya. Dan Dia tetap Maha Baik meletakkan saya di tempat yang sesuai. Hanya saya yang buta dan jauhkan diri dariNya.

Allah~semoga urusan saya mudah, perjalanan saya membina masjid mudah, perjalanan saya membina diri saya mudah, perjalanan saya menjadi alim mujahid mudah. Hanya Dia, dan cuma Dia yang dapat tolong saya.

Allah janji, kalau saya berdoa, maka pertolongan Dia sangat dekat. Tetapi dengan syarat saya harus berusaha sehingga seluruh tenaga saya habis!!

Allah~

Pinjamkan kekuatan kepada saya yang lemah ini.

Allah~

Pada siapa lagi perlu saya seru?

Allah~

Biarkan rasa kehambaan ini tetap bersemi dalam jiwa. Biarkan saya rasa nyaman dengan hidup menjadi hamba dan bertuhankan Allah. Jangan keluarkan saya dari barisan~

Thursday, December 23, 2010

Nota hati untuk Aura Besi 5


Kejutan yang diiringi perubahan

Alhamdulillah satu transition state yang merubah diri seseorang dari tidak baik kepada lebih baik

Bila hati menunduk mencari kebaikan, bila jiwa direndahkan dalam rangka untuk dibersihkan. Barakah Allah pasti mengiringi

Rahsia Allah, takdir Allah, rahsia langit..

Siapa kita nak lawan kan?

Kita tak dapat ubah sesuatu peristiwa yang telah terjadi, tapi yang kita mampu ubah adalah perasaan kita terhadap peristiwa itu.

Inilah pandangan kita, bergantung kepada nilai mana yang kita nak ambil sebenarnya?

Neraca akhirat, atau neraca dunia

Live well, live hell

you choose, I choose

Allah tak pernah mungkir janji, dan tiada sebab untuk tidak mencintai Dia yang selayaknya di Maha Besarkan.Allahu Akbar!!

"Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur"[Al-Baqarah:185]

Wednesday, December 22, 2010

Quotation:DS, December 2010




"Saya keras, tapi saya suka kelembutan"
(DS, December 2010)

Saya pun sama, dan saya tengah berusaha menjadi transformer!! Doakan saya. Insya Allah.

Perjalanan untuk naik anak tangga ke dua~Semoga Allah mudahkan. Amin. Robbuna Yusahhilna.

Quotation:Atiqah Nasir, December 2010


Bila saya katakan:

Bersediakah saya?
Bersediakah dia?
Dia katakan pada saya:

Allah tahu yang terbaik
dah sampai masa kakak ada teman dakwah
being together ups and downs
supporting each other
having shoulder to cry on

Untuk yang jauh, see people keep believing on us. Jadi kita mesti kuat. Kita mesti prepare. Kita tau kan apa yang kita hajatkan kan? Jadi temankan saya berlari ke sana untuk mencapainya. May Allah bless us ^^

Monday, December 20, 2010

Random: Minta maaf kepada yang berkenaan

Minta maaf

saya tak nak buat sebab saya takde kekuatan nak buat

saya tak tahu nak buat apa

saya tak sedia nak buat

saya ada kerja lain kena buat

minta maaf

saya yang lemah


Saturday, December 18, 2010

Mode: Berhadapan dengan nightmare

Masa saki baki yang tinggal akan dihabiskan bersama mereka yang hidup di sekitar saya. Yang memberi tenaga kepada saya, yang sentiasa menyokong saya. Selepas ini, pasti akan ada perubahan, tak tahu berapa besar perubahan itu.

Sesenja semalam dihabiskan bersama suara yang dirindui dari jauh, Nawwar chan.

Tengah cuti, makanya takde la makhluk yang menebeng di bilik PF melainkan semut-semut kecil yang cari makan. Biasanya petang-petang Nawwar chan akan datang berkunjung, bercerita, bercakap-cakap. Semalam saya dalam state yang tak berapa betul, menagih kasih dari Nawwar chan. Terima kasih Nawwar chan, entah jadi ntah tidak minum petang keluarga dia sebab saya dah menculik tugas sebelah telinga dia untuk saya spill yang berselirat dalam kepala.

Kena face jugak nightmare. Bukan yang berkenaan tak tahu saya tak suka buat benda tu, tapi dipaksa juga. Saya yang kecil dan hina dina ini mana la tahu sangat tentang dunia. Ilmu perdebatan juga tak hebat, tak tahu macam mana nak stand kan opinion untuk escape. Sudahnya melarikan diri dan tak ambil peduli. Langsung-langsung

Sebab tu jadi seperti siput, bahkan lebih lembab dari siput!! Pemberontakan yang memakan diri akhirnya. Owh~

Dah separuh jalan. Teruskan je la. Emosi kena stabil. Online dengan Allah selalu. Bak kata Nawwar chan.

Aura Besi bukan besi. Aura Besi adalah manusia. Manusia mesti lebih baik dan lebih tangguh!!

Owh~ Kuatkah saya nak berdepan dengan perkara yang paling saya tak suka dalam dunia. Yang menyebabkan hidup saya huru hara!!

Mengadap sahaja benda itu, separuh dari kekuatan saya layu. Bagai bunga yang diracun. Owh~

Nawwar chan, kamu mesti tahu kan maksud saya apa. Yang berkenaan juga tahu, sebab saya terlalu transparent dan sangat mudah untuk dibaca. Owh~

Hanya Allah, Nawwar chan dan Yang berkenaan yang memahami situasi saya. Biar hanya mereka sahaja yang tahu dan mereka sahaja. Full stop!!!

Tapi sampai bila saya nak bergantung harap pada Nawwar chan? Allah.. Gantikan sesuatu yang baik buatku..Owh~

Semangat ada sikit baik, saya akan mulakan, Dengan tenang. Semoga emosi stabil. Tolong jangan rosakkan mood saya!! Saya kena bertukar jadi heartless supaya saya jadi kayu n batu; hanya statik.

Kalau saya tak senyum maksudnya saya nak jadi kayu. Jangan kecik hati. Semua benda tidak penting kala ini melainkan nightmare. Saya kena berperang dengan nightmare!!!

Friday, December 17, 2010

Laluan Hidup: [ *** ]






***
Allah~
I just couldn't move

Here, I was with myself crying..

I was still frozen

Can you hear the soft symphony from my deepest heart?

I have to be good person at what i do....

Now turn to the new leaves of my life,

in the end...

I will know who I am

soon...

Random: Heartless 1

Kadang-kadang apa yang kita suka tu tak semestinya baik bagi kita. Apa yang Allah susun untuk kita tu, sebenarnya dah cukup baik dah. Siapa kita nak tentang susunannya.

Jadi-jadi la kot, jangan lari lagi dari masalah. Lagi saya lari, lagi besar masalah tu. Stop. Face it. Dah setahun lebih dah. Bila nak setel?? Astaghfirullahal'adzim

Susah. Tiada ikhlas mengiringi. Macam mana nak cerita?

Berangkatlah ke medan jihad samada kamu rasa berat atau ringan.

Kan dah kena sekali.

Janganlah jadi transparent sangat. Orang boleh baca riak muka tu. Cover-cover la sikit. Pengawalan emosi tak ok.

Terlalu sangat banyak cipta alasan untuk avoid. Tahu lah susah. Sebab susah la kena selesaikan. Jangan lari sorok bawah karpet. Express persoalan yang ada dalam kepala. Jangan simpan, sekurang-kurangnya tulis atas kertas.

Usaha tak banyak. Perasan buat banyak tapi takde ape pun.


**p/s: SILA ABAIKAN POST MEREPEK INI!!!!

Wednesday, December 15, 2010

Belahan Jiwa: Membangun Rumah dengan Taqwa

Terlalu mudah hati ini bergetar

Sejak akhir-akhir ini makin kerap getarannya

Allah...

Ini bukan getaran excited seperti yang mereka sangka

Ini getaran yang berbuah cemas, harap dan takut

Allah...

Sangat mudah terusik bila terbaca tentang ayat-ayat yang menekankan tanggungjawab

[Baru tadi saya lari dari tanggung jawab sebagai timbalan bendahari..Allah..]

Tanggung jawab yang menuntut jutaan pengorbanan

Ini bukan kisah cinta sekolah menengah tau!!

Ini kisah cinta nak pergi syurga.

Faham-faham lah laluannya macam mana kan?

Saya tak ingin memakmurkan rumah saya di dunia dengan mengorbankan rumah indah di syurga Aden.

Cita-cita saya ingin membangun rumah saya dengan taqwa

Bagaimana?

Taqwa kepada Allah bererti pertama-tamanya seseorang itu mesti merasa diawasi oleh Allah, mencari apa sahaja yang Dia redhai, dan menjauhi segala yang Dia benci.

Dengan adanya sifat taqwa, maka akan tumbuhlah sifat saling percaya.

Orang muslim yang bertaqwa kepada Allah meyakini pernikahan sebagai ibadah di mana ia bertaqarrub dengannya kepada Allah, dengan menunaikan kewajipannya kepada pasangannya dan anak-anaknya.

Untuk rumah yang seperti inilah kedamaian, rahmat, cinta kasih, dan kebahagiaan turun.

Salah besar orang yang mengira bahawa kebahagiaan rumah tangga terwujud dengan material.

Wang yang melimpah misalnya. Tersedianya rumah megah, perabot aristokrat yang mahal, kenderaan yang nampak gah macam the beetle atau boxter misalnya, pakaian yang bervariasi, alat-alat rumah tangga yang moden jenama IKEA, makanan lazat, sarana-sarana kemewahan, media pemenuh syahwat dan lain sebagainya.

Mimpi indah kebanyakan yang berada disekitar saya tentang rumah tangga tidak lepas dari gambaran materialistik terbatas seperti tadi.

Hakikatnya, kebahagiaan tidak wujud dengan aspek-aspek material murahan dan tidak abadi ini.

Berapa banyak orang yang hidup di istana megah dengan dikelilingi pembantu-pembantu, tetapi tidak ada kebahagian rumah tangga sejati yang dirasakan.

Di sisi lain kita melihat kebahagiaan rumah tangga merebak pada suami isteri yang hidup di pondok yang kecil.

Kebahagiaan itu berasal dari dalam jiwa. Iaitu taqwa kepada Allah yang dilimpahkan Allah Ta'ala kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa.

Taqwa kepada Allah adalah tiang kukuh yang jadi pijakan bangunan keluarga muslim teladan.

Ianya bermula sejak dari proses pemilihan lagi berdasarkan arahan Rasulullah; pilihlah yang elok agamanya, bukan kerana kecantikannya, hartanya, atau keturunannya.

Pembentukan rumah tangga muslim dilandasi ketaqwaan sejak hari pertama pembentukannya.

Barometer-barometer Rabbani dan etika Islam mengendalikan dan mengarahkan langkah-langkah pembangunan rumah tangga muslim sejak lamaran, nikah, pertemuan suami dengan isterinya, dan seterusnya.

Keluarga muslim termasuk institusi penting dalam kehidupan kaum muslimin secara umum.

Keluarga yang baik dari segi aqidah, ibadah, etika, muamalah dan akhlak adalah tunjang kepada pembentukan masyarakat yang sihat bukan sahaja dari segi material duniawi sahaja, malah ukhrawi.

Inilah kerisauan saya. Nak angkat diri jadi calon ahli syurga pun payah, apatah lagi nak ajak keluarga bersama.

Tapi tidak mustahil. Kerana Allah ada. Allah ada untuk tetapkan kaki kita supaya kuat melangkah. Banyak-banyak tembak doa.

sumber:

Urgensi Al-Qudwah di Jalan Dakwah: Mega Projek Menuju Realisasi Cita-cita Dakwah; Syaikh Mustafa Masyhur


**p/s:

1. Dah ready ke nak jadi penjamin di akhirat kelak?? Allahu Akbar. Saya menggeletar badan~ Apatah lagi jadi seorang lelaki...Saya doakan supaya yang jauh itu mantap imannya, kuat kakinya melangkah untuk menuju ketaqwaan. Allah bantu kita. Insha Allah. Teruskan bergerak!
2. Saya kerap mendengar bacaan Al-Qur'an Surah Ali Imran: 134-168 sebagi peneguh hati sekarang

3. Saya selalu mainkan lagu Rindu Muhammadku

4. Saya mahu damai dan tenang.Hilangkanlah nervous ini ^^

Mereka: Dua wajah


Saya berusaha menjadi yang memahami

Kalau saya tak faham pun, sekurang-kurangnya saya boleh mendengar

Untuk kamu, saya nak jadi saudara yang terbaik buat kamu

Minta maaf sebab sepertinya saya tak mampu sahabat yang terbaik buat kamu

**********

**********

Kawan mungkin engkau lihat ia selalu
Tersenyum padamu
Namun dibalik senyumnya
Ternyata ia menyimpan duka yang pilu

Kawan mungkin engkau lihat ia selalu
Bercanda padamu
Namun di balik riangnya
Ternyata ia menyimpan air mata sayu

Kita terkadang menyembunyikan perasaan kita
Ooo…yang sebenarnya pada manusia
Untuk menyimpan wajah hati kita yang sesungguhnya
Ooo…seperti dua wajah pada satu tubuh

Lihatlah lebih dekat saudara kita
Agar tidak menerka isi hatinya
Bila tiada dapat mennjadi teman baiknya
Jadilah saudara yang selalu mendo’akannya

Setiap kita punya kisah
Setiap kita punya cerita
Setiap jiwa punya rahasia
Di mana hanya Allah yang tahu
Kita tiada tahu…..

Tuesday, December 14, 2010

Belahan Jiwa:Gerbang kebahagiaan

Hari ni sibuk betul nak post previous articles. Semoga bermanfaat. Hati nak mantap! Semoga Allah redha.

Artikel lama ditulis pada 27 Disember 2009


*****

Hidup kita di dunia ini sentiasa berada di dalam ni’mat Allah tiap saat dan ketika. Segala yang ada pada kita telah diberikan oleh Allah tanpa perlu dibayar secara materialnya. Tapi, sebagai hamba, tanda kesyukuran dan terima kasih kita pada Yang Maha Pencipta, wajib bagi kita membayar harga setiap keni’matan yang kita sedut ini dengan berkhidmat sepenuh hati pada Deen Allah, semata-mata mendapat keampunan Allah dan redha Allah. Semoga kita berada dibawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.

==================================================================================

“Teringin saya untuk berbicara tentang cinta dari sudut yang berbeza. Cinta yang seharusnya saya pandang dari dimensi yang betul. Semoga cinta yang sedang saya semaikan ini tidak sia-sia.”

“Cinta dari dimensi mana pula ni? Ada berapa dimensi la cinta ni ya..heh..”

“Ini cinta yang lain, yang semua orang tidak sanggup untuk hadapinya. Hanya orang terpilih sahaja boleh rasai cinta ini. Saya mahu jadi orang yang terpilih itu. Saya mahu Allah letakkan saya di tempat yang mulia lantaran cinta ini..”

“Bersungguhnya kamu ni..apa yang kamu cintai?”

“Da’wah..Da’wah adalah cinta. Cinta akan menuntut segala-galanya dari diri kita. Sehingga setiap perbuatan kita [makan, tidur, mandi, gosok gigi, membasuh, bermain, bekerja, belajar,etc], bahkan mimpi kita juga sentiasa dibayangi dengan cinta. Cinta kepada da’wah. Cinta kepada da’wah ini mendorong kita untuk pergi kepada masyarakat dan mengislahkan masyarakat. Seorang mu’min hidup dalam keadaan berubudiyah kepada Allah. Rasa perhambaan inilah yang menerbitkan semangat atau titik tolak untuk menguasai masyarakat, rasa sayang kepada orang yang berada disekitar dan bawa mereka keluar dari kemurkaan Allah.”

“Bila kita cintai sesuatu, kita akan beri segala-galanya kepada apa yang kita cintai. Kamu sedar tak apa yang kamu katakan ini? Berat tau apa yang kamu hajatkan ni.”

“Cinta kita kepada Allah akan mendorong kita mengambil langkah-langkah ini. Da’wah apabila menjadi sesuatu yang dicintai, maka akan tersedutlah segala yang ada pada kita sehingga meresap keni’matannya sehingga ke daging serta tulang! Kita mesti merasai hidup di dalam da’wah adalah yang paling ni’mat. Dalam kondisi yang tidak berperang, maka da’wah adalah yang paling utama. Hidup di atas jalan Allah adalah hidup menuju syurga. Setiap hari kita semakin hampir dengan Allah. Setiap muslim mesti fikir bahawa hidup dia di dunia ini adalah untuk masuk syurga. Inilah kebahagiaan yang hakiki, bilamana kita masuk syurga dan berjumpa dengan Allah! Ultimate!! Jadi berbaloilah dengan ganjaran syurga Allah ini.”

“Itu sangat sukar untuk diikuti. Kita bukan rasul, kita lemah, pasti akan tumbang di tengah jalan!”

“Motivasikanlah diri kita dengan syurga. Jangan sesekali kaburkan hati kita dari matlamat yang utama ini. ‘Berjumpa Allah didalam syurga’. Jangan biarkan keinginan untuk masuk syurga kendur. Biarlah langkah-langkah yang kita ambil adalah langkah menuju syurga. Jangan biar orang lain suburkan keraguan dalam hati kita. Biarlah kita pilih kehidupan yang paling baik dan yang paling Allah sukai. Kehidupan kerasulan.”

“Kamu pernah dengar kata-kata ini: Teruskanlah bergerak sehingga kelelahan lelah mengikutmu. Teruskan berlari sehingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruskanlah bertahan sehingga futur itu futur. Teruskanlah berjaga sehingga lesu itu lesu menemanimu.

“Mengapa kamu memilih jalan ini? Biarkanlah orang lain sahaja yang buat. Bukankah ramai yang berda’wah ni. Apalah orang kecil seperti kamu mampu lakukan.”

“Tanggungjawab. Kamu bertanya mengapa, dan jawapan saya adalah tanggungjawab. Tanggungjawab untuk tegakkan ma’ruf akbar, dan runtuhkan mungkar akbar. Sistem batil pasti menjana kemungkaran, sehingga kemungkaran dijadikan industri. Apabila kemungkaran menjadi industri, maka rosaklah masyarakat. Sebab itu hanya cinta kepada da’wah yang mampu melahirkan diri saya yang mampu mancintai masyarakat dan membawa mereka keluar dari kemurkaan Allah. Knowing the path is one thing, to be on the path is another thing, to be maintaining on the path with confidence towards Al-Jannah need a continuous process. Yang penting proses yang betul walaupun hasilnya tak bagus.”

“Teman yang disayangi, iman akan tetap bertempur dengan nafsu syahwat. Bukan amal besar di sisi Allah sebab ramai yang datang, tapi ikhlas yang hadir itu yang ni’mat. Kualiti di sisi Allah yang kita cari, bukan kuantiti pada pandangan manusia.”

“Ini tugas kita. Tugas saya, tugas kamu, tugas dia. Untuk mencintai da’wah. Untuk masuk syurga. Untuk runtuhkan yang batil. Untuk hidup bersama Allah”

“Takkan ada ganjaran untuk kamu. Kamu akan penat.”

“Syurga. Saya ingin ke syurga, dan syurga adalah sebaik-baik ganjaran dan bonus. Jadi saya mesti mendapatkannya. Hanya ada satu peluang sahaja untuk orang macam kita untuk masuk syurga.”

“Apa dia?”

“Peluang untuk memasuki syurga ada 4 jalan: 1. Jalan para nabi, 2. Jalan siddiqin, 3. Jalan syuhada’, 4. Jalan solehin. Kamu mahu ikut jalan yang mana? Kamu bukan nabi, kamu siddiqin macam Abu Bakar kah? Adakah kamu cukup soleh? Jika ya, kamu laluilah jalan yang itu. Hanya satu sahaja peluang yang ada bagi saya. Jalan syahid. Ustaz saya pernah bagitahu, barangsiapa yang berjihad walaupun tak syahid, Allah akan bagi syurga. Kamu nak syurga?”

“Jadi orang yang syahid confirm masuk syurga? Walaupun sebelum ini dia banyak dosa?”

“Tentu sahaja. Kamu tahu, kalau kamu lihat mujahidin Palestin yang gugur syahid, kenapa agaknya mereka tersenyum? Sebab Allah dah mula kira, setitik sahaja darah mereka yang gugur ke bumi, Allah sudah ampunkan dosa-dosa mereka. Bahkan Allah tunjukkan syurga kepada mereka. Jadi mereka berjuang untuk mati di dunia dan hidup bahagia selama-lamanya di syurga. Coolio!!”

“Bagaimana saya ingin jadi macam kamu. Inginkan syurga, mencintai da’wah, berkhidmat untuk agama Allah? Saya juga teringin untuk ke jalan itu”

“Bagaimana agaknya Rasulullah sebarkan roh jihad kepada para Rasul? Apa yang Rasulullah cakap sehingga roh jihad itu berputik? Cerita-cerita tentang aqidah dan tauhid kepada Allah. Cerita tentang Allah yang memberi syurga. Mereka berusaha dapatkan cinta Allah. Mereka memahami tuntutan ke atas mereka. Kefahaman yang diterjemahkan dalam bentuk amalan. Mereka yakin Allah dengar dan perkenankan permintaan mereka. Mereka jelas dengan konsep hidup bersama Allah. Kita. Mari sama-sama pupuk jiwa kita ke arah itu. Belajar lagi tentang tauhid. Baca Al-Quran, ayat-ayat Makkiyah.”

“Waktu sekarang ni, hanya diri saya seorang sahaja yang tahu dan mahu. Bagaimana kalau sudah berkahwin, mampukah teman hidup saya memahaminya?”

“Dengan dorongan iman, apabila sudah ada kesediaan dan mendambakan kekuatan yang berganda, maka fasa kedua menanti kita. Fasa baitul da’wah. Kalau kita hajat kepada teman da’wah, mintalah pada Allah. Dan kalau kita tak jumpa, minta juga sebab Allah suka dengar suara kita. Sehinggalah kita jemu untuk bersuara.”

“Berumahtangga bukannya cetusan fitrah atau mabuk bila terpandang. Hal itu terjadi sebab kita tak jaga pandangan, kita tak jaga adab pergaulan, kita buka hijab hati kita, walaupun hanya berhubung melalui alam maya. Rumah tangga adalah fasa amal. Jadi hindarilah proses yang tak betul dalam rangka untuk membinanya. Waktu berumah tangga, kita berhajat atau beramal? Hajat dan amal adalah berbeza.”

“Tidakkah saya boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja? Itu hak peribadi saya”

“Ramai berkata berumah tangga adalah untuk mendapatkan zuriat. Bagi saya, saya berhajat untuk memanjangkan usia da’wah. Usia kita tak panjang, jadi kita perlu ada pewaris. Pewaris untuk jalan da’wah. Kita perlu tanamkan aqidah yang sahih dalam jiwa zuriat kita. Sebab pertempuran yang sengit sentiasa terjadi antara golongan yang menentang Allah dengan orang yang beriman. Hendakkan penerusan keimanan, perlu ada baitul muslim. Masa depan Islam berada dalam rumah tangga da’wah. Setelah berumahtangga, da’wah mesti dikembangkan. Kalau dulu hidup sendiri, kemampuan terbatas, tapi bila berkahwin tenaga berganda, jadi hasil juga patut berganda. Bagaimana hendak menggandakan keberkesanan da’wah jika teman hidup kita tidak memahami da’wah? Jadi kamu mesti mencari teman yang memahami.”

“Tapi ada sahaja orang yang soleh berkahwin sesama mereka, tapi zuriat mereka tidak soleh. Malah yang tidak soleh memiliki cahaya hati yang soleh.”

“Hasil adalah urusan Allah, tapi proses untuk mendapatkan hasil yang baik adalah urusan kita. Saya beri kamu analogi mudah. Seorang pelajar yang rajin berusaha dan belajar bersungguh-sungguh mendapat keputusan hanya 3A sahaja dalam peperiksaan, dan seorang pelajar yang tidak belajar dan bermain-main mendapat 7A dalam peperiksaan. Jika kamu ada anak, kamu mahu anak kamu contohi siapa? Tak perlu bagitahu saya, kamu jawab dalam hati. Adakah kamu akan menyesal bila kamu sudah mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh? Pahala tentu sahaja akan Allah berikan atas usaha kamu itu sebab kamu lalui jalan yang betul. Orang yang tidak soleh yang memiliki anak yang soleh itu tidak dapat pahala pun walaupun anaknya soleh sebab usaha apa yang dia buat yang melayakkan dia untuk dapat ganjaran? Begitu juga dalam proses memilih teman hidup. Laluilah jalan yang betul. Bukan jalan kabur apatah lagi gelap.”

“Saya tidak cukup baik, saya rasa, saya tidak layak untuk dapat yang baik”

“We are nothing. Kecuali apa yang Allah beri pada kita. Doa pada Allah banyak-banyak, sebab kita bukan sempurna. Fudhail bin Iyadh pernah berkata: Barangsiapa yang meletakkan kesempurnaan, dia akan hidup keseorangan.”

“Bila agaknya masa yang sesuai untuk memasuki fasa kedua pembentukan: Fasa baitul da’wah”

“Bila kamu sudah bersedia menjadi imam dan penjamin di akhirat kelak. Dan pasangan kamu itu adalah seorang yang membantu kamu untuk meningkatkan iman. Musuh sentiasa memastikan kita tidak ada pewaris. Jadi binalah lapisan pewaris yang mantap dengan membina persiapan yang rapi dengan menjalani proses yang betul.”

“Dari topik cinta, kamu bawa saya masuk ke da’wah dan akhirnya singgah ke gerbang kebahagiaan.”

“Pada ketika tenaga kita diperlukan untuk da’wah dan jihad, ketika itu kita patut terima. Mesej saya di sini, marilah sama-sama membina kekuatan menentang arus kebatilan, saudara-saudara kita sedang memanggil kita untuk menolong mereka. Dimana kita sebenarnya?”

TETAPKANLAH MATLAMAT, DAN BETULKANLAH PERJALANAN

Reflection: Monolog perjalanan tarbiyah

Monolog ini telah saya post kan di rumah lama Quantum Bidadari. Hari ini, saya jenguk kembali rumah lama semula dan mengutip butir-butir bicara yang pernah saya nukilkan di sana. Ini adalah diri saya punya view pada tahun lepas. 7 Disember 2009


*****

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Hari ini bertambah lagi usiaku menunjukkan semakin dekat aku menghampiri kematian. Namun, nikmat Allah tidak juga kunjung padam, udara diberi secara percuma, aqidah dan imanku masih terpelihara,kehidupanku masih lagi tenteram dan bebas dari gundah gulana.

Sesungguhnya, siapa yang sedar bahawa dirinya di bawah pengawasan Allah, maka dia akan jauh dari amalan yang jahat bersama-sama dengan keikhlasan kepada Allah.Hikmah yang tinggi dapat membawa diri dekat kepada Allah. Aku ingin menjadi pembawa hikmah yang tinggi seperti itu, kerana dengan hikmah itu aku dapat mejauhkan diri aku dari melakukan perkara yang pelik-pelik dan tidak diredhai. Itu azam aku. Aku akan sentiasa pegang kata-kata nasihat daripada para murabbiku

“Bekerjalah kamu dan bersegeralah dalam melaksanakan ketaatan kerana kamu memikul risalah yang besar, iaitu meneruskan perjuangan Rasul..”

Mengapa dikatakan besar? Adakah aku bakal dapat menjadi seorang jutawan dan menghasilkan duit berjuta-juta? Adakah aku mampu lebarkan sayap ekonomi dengan luas di atas pentas dunia? Lalu aku boleh menyimpan dengan sebanyak-banyaknya untuk diriku dan membelanjakannya sepuas hatiku? Itulah persepsi masyarakat sekarang yang hanya memandang dari sudut kejayaan ekonomi sebagai yang paling utama. Adakah kerana namaku bakal disebut-sebut oleh manusia seantero alam kerana ini tugas yang besar?

Para murabbiku menyambung lagi

“Ini tugas yang besar kerana diiktiraf oleh Allah”

Pandangan masyarakat hanya megiktiraf nilai ekonomi. Hanya orang yang mempunyai iman yang mantap sahaja nampak perkara ini jauh melebihi skop ekonomi yang terlalu rendah nilainya. Bekerja untuk mendapat pengiktirafan Allah. Bukan manusia. Allah itu satu, hanya penuhi kehendak dan peraturan Allah sahaja sudah cukup dalam hidup ini. Sedangkan manusia itu berjuta-juta bilangannya, bagaimana aku mampu penuhi setiap kehendak mereka? Dari situ, terbuka fikiranku, mahu pilih jalan Allah, ataupun jalan yang direka oleh manusia?

Aku bekerja untuk memberi. Aku bekerja untuk jadi miskin. Sebab itu aku tidak suka orang kaya. Ditahun-tahun yang terakhir sebelum abad pertama Islam berlalu. Kemewahan melanda dunia Islam , lalu mencabar generasi baru yang bakal mengganti genarasi pertama Islam yang unik. Kemewahan telah melalaikan jiwa dan melemahkan keazaman di dalam dakwah dan jihad . Mereka sepatutnya meneruskan dakwah dan jihad untuk menghapus taghut dan menundukkan dunia dibawah naungan Islam.

Mungkin definisi kaya antara kamu dan aku berbeza. Ya,bekerja untuk memberi akan jadi miskin. Bunkankah kita penat-penat memerah keringat, tersimpul otak dan fikiran untuk dapatkan hasil yang lumayan, tapi kita memberi hasilnya pada orang lain. Hanya orang bodoh sahaja yang akan buat begitu. Aku pernah ditentang sebegini ketika aku menyatakan pendapat ku tentang ini dan berkongsi konsep hidupku kepada seorang kenalan. Dan dia berkata,

“Aku masih belum puas dengan dunia ini. Aku masih mahu enjoy. Aku tahu tentang jalan yang kamu mahu pergi itu, tapi aku tidak bersedia untuk mengikutmu ke sana lagi. Biar aku jihad dengan caraku sendiri”

[Bersegeralah teman, marilah bersamaku, berikanlah bantuan kepadaku, bukan untukku, tapi untukmu juga. Dan aku doakan semoga hidayah dan rahmat Allah tetap bersamaku dan untuk dirimu, semoga kita menjadi satu di jalan ini, tidak kira bila masanya nanti.]

Aku tidak ingin menjadi manusia robot yang bekerja siang malam untuk memenuhi keperluan fizikalku semata-mata. Sedangkan dalaman aku kosong. Biar aku begini teman, aku sudah pilih, antara kamu dan tarbiyah, lalu aku pilih tarbiyah. Namun, aku takkan tinggalkan kamu begitu sahaja. Sekurang-kurangnya aku sudah kenalkan kamu kepada dunia tarbiyah, kamu yang memilih untuk tidak mengikut buat masa ini. Harapanku semoga ianya memberi sedikit kesan dalam jiwa kamu.

Bilakah aku akan jadi seorang yang kuat berpegang teguh dengan kitab dan berhajat kepada mas’uliyah? Aku sedar, setelah aku membandingkan ciri-ciri dalam diriku dengan ciri-ciri generasi Al-Quran yang unggul itu. Berjuta batu jauhnya aku tertinggal ke belakang dengan mereka!! Dan Allah itu Maha Adil, Allah belum lagi berikan kemenangan kerana dalam perlumbaan rohani, kita masih yang paling corot. Ini bukan bermaksud kita patut berputus asa. Ini petanda usaha kita mesti berganda.

Dan aku sedar, kalau bukan kerana hidayah Allah, aku yakin aku tak sanggup untuk memikul mas’uliyah. Nampak hebat, alim, wara’ dan baik, padahal aku berperang dengan nafsuku yang sentiasa berusaha menundukkan aku kearah kepuasan hawanya. Aku berperang dalam peperangan yang paling hebat dalam sejarah kehidupan sebagai seorang manusia. Berperang dengan nafsuku!! Kamu juga begitu, dalam diri musuh masih berkuasa, masakan kita mampu menguasai musuh dunia?

Menurut seorang Imam besar, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna;

“Sesungguhnya satu fikrah akan berjaya bila ada keyakinan. Fikrah itu akan menang dan penuh keikhlasan kerana Allah. Bukan untuk cari kemasyuran dan pujian manusia”

Fenomena hari ini bagaimana? Sedangkan kemasyuran dan nama itu yang dicari. Menjadi top 10 dunia dalam senarai jutawan dan sebagainya. Menjadi bintang yang hanya bekelipan diwaktu malam. Bila siang menjelma, kamu pula yang tenggelam. Rapuh.

“Kita tak kan mampu nak bawa mas’uliyah melainkan Allah sudah pilih dan sudah melalui satu proses. Tandanya kamu memberi dan kamu rela berkorban.Kamu beruntung kerana perkara besar ini sudah terletak di bahu kamu. ”

Ya, aku sedar akan hakikat ini. Aku yang dulu masih lagi weng-weng. Kepala masih penuh dengan kerehatan dan keseronokan. Aku tak pernah fikir pasal orang lain, apatah lagi apa yang berlaku pada ummah. Ntah bila agaknya aku mula sensitive dengan hal-hal aqidah dan iman. Seterusnya aku mula bergerak melawan arus masyarakat. Setiap tindakanku mengundang spekulasi sebab berlawanan dengan scenario pada hari ini. Serba serbinya berbeza. Dan aku dikatakan pelik.. Sejak bila aku tak perasan, aku jadi tidak berapa kisah diperkatakan begitu.

Aku telah rasa, bagaimana mengajak manusia bertemu Tuhan. Sedangkan diri aku juga masih lagi bertatih. Ada yang menyambut, ada yang negative. Biasalah, manusia sentiasa termotivasi dengan ganjaran. Jika ada yang menyambut, kita gembira, jika ramai yang menolak kita berduka. Tetapi, kesilapan manusia bukan sebab untuk kita jauh dari Allah. Ini untuk diriku, aku yang kadang kala penat, letih,dan hati terguris bila aku rasakan aku tidak mampu mengeluarkan hasil yang sepatutnya. Hasil yang aku kira pada pandangan mataku sendiri, bukan ikut kacamata Allah. Sedangkan hikmah Allah adalah satu rahsia yang paling seni. Di situ sahaja aku sudah tewas.

Aku sedar aku orang yang memikul beban. Ada satu hadith Rasulullah;

Lebih kurang begini maksudnya;

“Kamu dapati manusia umpama beratus ribu unta, tapi kamu susah nak cari seekor unta yan baik yang boleh memikul beban. Hampir-hampir tidak ada pun seekor unta yang boleh bawa beban dan berjalan beribu batu. Unta yang kuat, dan Nampak cantik susah nak jumpa. ”

Macam it juga hendak memilih manusia untuk memikul beban dan sampai ke matlamat yang agung. Bukan senang nak cari tarbiyah dan melakukan amal jamaie. Tarbiyah yang berjaya dapat merubahkan jiwa individu dan ditafsirkan kepada amal dalam kacamata Allah. Tidak semua orang boleh buat melainkan orang yang hendak serahkan hatinya kepada Allah, dimana hatinya direndahkan untuk diproses sepenuhnya supaya hilang segala cintanya kepada dunia. Kamu sanggup? Bila kamu pilih tarbiyah, maka kamu wajib bersedia denga tanggungjawab yang tidak ada ganjarannya.Kamu bakal miskin di dunia. Jadi bersedialah untuk miskin tapi banyak kerja. Mengapa?

“Kita kena bagi hak kita kepada ummah”

Aku,dia dan kamu? Apa yang telah kamu beri supaya tamadun Islam kembali dijulang? Sepanjang usiamu, apa yang telah aku, dia dan kamu lakukan untuk capai kemenangan?

Kamu masih layan starbuck, mcD, berhibur, mencari dunia hanya untuk diri sendiri? masihkah kamu mahu berlebih kurang sedangkan masih ramai saudaramu yang hanyut dan sengsara.



*****


**p/s: ini adalah saya pada tahun lalu. semoga Allah pandu saya. Amin

Monday, December 13, 2010

Belahan Jiwa: Lafaz Sakinah


Saat lafaz sakinah bermula:

Aku terima nikahnya.....

Maksudnya apa perjanjian ijab qabul itu?

Maksudnya:

Aku terima dengan segala tanggung jawab untuk mentarbiyah wanita ini daripada ayahnya pindahkan pada aku!

Janji akan jaga iman dia sampai dia penuh yakin dan bahagia bila beriman kepada Allah

Janji akan jaga ibadahnya sampai khusyu'

Janji akan jaga akhlaknya sehinggakan tidak ada akhlahnya melainkan akhlak mu'min.

Aku terima untuk didik iman dia.

Aku terima untuk didik ibadah dia.

Aku terima untuk didik akhlak dia.

Aku terima untuk siapkan dia untuk jadi ibu untuk para mujahid yang bakal dilahirkan

Aku akan didik dia untuk jadi teman dakwah

Insha Allah

Ya Allah.. serius, saya menggeletar menaip ayat-ayat ini.

Agak-agak jadi tak orang nak nikah dan shake hand dengan tok kadi kalau dalam lafaz aku terima nikahnya itu, setiap bait perjanjian yang berat ada dalam fikiran?

Memang lah berat.

Patut disebut Mitsaaqon Gholizoh..Perjanjian yang berat.

Fuh~memercik peluh den!!

Lepas itu, selepas 10 tahun cek balik, adakah tertunai janji-janji yang kita lafazkan itu?

Ingat ya, ini bukan perjanjian antara tok kadi dengan pengantin lelaki ataupun perjanjian antara pak mertua dengan anak mertua, tapi perjanjian antara seorang lelaki yang sudah bersedia untuk pikul tanggungjawab dengan Allah subhanawata'ala. Masya Allah!!

Allah jadi saksi. Dihalalkan diri yang sebelum ini haram kepada halal atas dasar tarbiyah!! Kita nak sebarkan Islam dengan tarbiyah kan?

Inilah nikah sebagai persiapan untuk jihad, berbeza bernikah untuk penyaluran hawa nafsu semata-mata.

Bukan nikah ibarat terjun ke laut tapi tak tahu apa-apa. Rasa macam tau dah laut tu dalam, tapi tak prepare apa-apa. Tak ke bahaya tu??

Jadi jelaskan matlamat nikah untuk apa.

Dah jelas belum nak nikah nanti kerana apa? ^^

p/s: Ya Allah..Mudahkan jangan susahkan. Kuatkan jangan lemahkan. Redhakan usaha ini.


Belahan Jiwa: Balik kampung akhirat

Nak bawa diri kita menjadi calon ahli syurga pun payah, apatah lagi nak bawa anak-anak yang bakal lahir nanti.

Inilah yang saya fikirkan sejak akhir-akhir ini. Sungguh, bergetar dengan firman Allah dalam Surah At-Tahrim ayat 6:

.........Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka....


Inilah hakikat pernikahan.

Bernikah.

Kerana nak pergi ke syurga.

Bujangan tak boleh ke?

Boleh, cumanya, tak dapatlah nak merasai sebahagian besar firman Allah yang dikhususkan untuk mereka yang berkahwin. Sebahagian daripada agama itu tidak sempurna jika kita bujangan.

Urusan bernikah adalah urusan syurga, bukannya urusan duit hantaran atau bagaimana nak set up kenduri dan sebagainya. Mari kita buka hati dan minda dan sedaya upaya kita ubah pandangan kita tentang hakikat pernikahan yang sebenar.

Inilah dia yang dikatakan perjanjian yang berat!!

Bukan sekadar tempat penyaluran hawa nafsu yang halal.

Agak kasar jika saya katakan, apa beza kita dengan lembu jika bernikah itu hanya sekadar memuaskan hawa nafsu?? Full stop!!

Bernikah untuk meningkatkan iman, dan untuk memastikan Islam itu tersebar dan kerja-kerja dakwah berjalan. Begitu juga dengan tarbiyah diri sendiri. Sepatutnya selepas bernikah segala hal berkaitan dengan iman kita harus meningkat.

Apa kemampuan yang perlu ada untuk bernikah?

Ibn Qayyim Al-Jauziyah ada mengatakan, pasangan yang bernikah atas dasar imana dan taqwa, maka perkahwinan itu sendiri akan meningkatkan keimanan.

Brothers please, you get married to increase your imaan!!
Sungguh, selepas nikah dapat memberi khusyu' di dalam solat, dapat tadabbur Al-Qur'an bersama, dapat tahajjud bersama, sarapan dengan Ma'thurat bersama.

Masya Allah.

Indah, kerana dipenuhi dengan ibadah.

Kenapa perlu buat semua ini? Kerana ruh kita juga perlu makanan. Kita takkan ada tenaga kalau kita tak buat perkara-prerkara yang memberi makan kepada ruh.

Rumahtangga adalah perjalanan bersama menuju Allah. Ibarat perjalanan balik kampung halaman, cumanya perjalanan ini adalah perjalanan balik ke syurga. Jadi dalam perjalanan ke sana, kita saling perlu bantu membantu, sokong menyokong dan saling menguatkan.

Seronok tak bila kita balik kampung waktu hari raya atau cuti semester? Best kan? Ke tak nak balik kampung?

Rumahtangga adalah proses kita balik kampung yang abadi. Kebahagiaan itu akan dirasa dengan balik kampung. Bayangkan perjalanan kita balik kampung sewaktu hari raya. Best sangat-sangat kan?

Masya Allah, Subhanallah, Indah. Sangat-sangat indah. Jika itu yang wujud dalam rumahtangga.

Saya nak ajak kamu semua bayangkan, andaikata kita sudah mempunyai keluarga dan ada anak-anak sendiri. Sewaktu musim lebaran, kita bersiap-siap kemas hendak pulang ke kampung, malangnya anak-anak kita tak mahu ikut, apa perasaan kita?

Sedih tak? Kita semangat ni nak jumpakan anak-anak kita dengan mak ayah kita. Tapi mereka enggan. Tentu sahaja ada perasaan yang tidak best jauh di sudut hati kan?

Bgaimana cara kita nak memujuk anak-anak kita itu?

Nah...

Begitu juga dengan perjalanan kita ke syurga. Takkan kita rasa seronok kita sorang diri masuk syurga sedangkan anak-anak kita tertinggal kan?

Jadi apakah persiapan kita?

Pertanyaan ini saya berikan kepada kamu untuk difikirkan

Apakah yang kita cari dalam pernikahan?

Apakah yang kita cari dalam kehidupan ini?

Soalan ini untuk saya juga.

Kemana hala tuju niat saya? Adakah sekadar dunia, atau jauh melangkau tujuh petala langit hingga hinggap di negeri abadi. Syurga yang penuh nikmat, atau neraka yang penuh azab.

Live well, live hell. You choose. Because the choice is in your hand~

Belahan Jiwa: Alur Perayaan Cinta 2

sambungan..................

3. Litaskunu Ilaihaa. Supaya kalian tenteram, tenang padanya. Kata Allah, kalau pernikahan dimulai dari kesejiwaan, maka automatik seorang suami akan merasakan ketenteraman pada isterinya, dan seorang isteri akan merasakan ketenteraman pada isterinya. Apa itu sakinah? Sakinah inilah yang menyebabkan pernikahan disebut separuh agama seseorang. Dengannya seorang insan boleh mengoptimumkan potensinya sebagai Abdullah dan Khalifah. Inilah ketenteraman. Tenteram kerana gejolak syahwat telah menemukan saluran yang halal dan suci, tenang kerana ada sahabat yang lekat mendokong perjuangan.

4. Wa ja'ala bainakum mawaddatan. Mawaddah harus diuasahakan dan diproses. Mawaddah seperti yang kita tahu adalah bagaimana kita menyalurkan cinta sehingga terbit rasa hati yang indah dan berdebar-debar. Mawaddah adalah cinta erotis-romantis. Bentuknya boleh di ekspresikan dari bentuk yang paling batin sampai yang paling zahir, dari sifatnya emosional hingga seksual. Inilah mawaddah!

5. Wa (ja'ala bainakum) rahmatan. Rahmah juga harus diusahakan sebagaimana mawaddah. Ini adalah cinta bukan sekadar kasih sayang. Diibaratkan sebagai cinta antara ibu dan anak. Bagaimana? Hanya memberi tak harap kembali, bagai sang suria menyinari dunia. Inilah dia cinta yang memberi bukan meminta, berkorban bukan menuntut, berinisiatif bukan menunggu dan bersedia bukan berharap-harap. Inilah cinta keibuan.

Jadi persoalannya, kenapa banyak pernikahan yang gagal??

Ia terjadi kerana plotnya kacau.

Pernikahan yang tidak dimulai dengan kesejiwaan tapi justeru dengan mawaddah. Sebelum menikah sudah menikmati cinta yang erotis-romantis. Atau disebut sebagai pacaran dan seumpamanya.

Inilah perayaan cinta yang dialurkan oleh syara' dalam Al-Qur'an.

Wallahu'alam

sumber: Saksikan bahawa aku seorang Muslim; Salim A. Fillah

Sunday, December 12, 2010

Random: Hati, tenanglah

Hati saya sedang tak keruan tiba-tiba.

Semua susunan Allah

Tiba-tiba rasa tak layak nak melangkah ke tangga seterusnya

Banyak yang saya tak tahu rupanya

Dalam masa 3 bulan apa yang boleh saya buat?

Ya Allah.. Mudahkanlah.......

Allah...Bantulah hambaMu ini..

Saya bukan macam orang lain

Saya lain, saya lain, saya lain

Saya segan, saya lain..

Ya Allah, mudahkan, bagi ketenangan

Ya Rasul, biarlah aku mengingati Allah dan Rasul,

Supaya saya tenang

Supaya saya damai,

Supaya saya tak lupa cinta Allah dan Rasul

Belahan Jiwa: Alur Perayaan Cinta 1

Saya ingin mengajak diri saya menyemak semula ayat dari Surah Ar-Rum ayat 21:

" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kalian dari anfus (jiwa-jiwa) kalian sendiri, azwaaj (pasangan hidup), supaya kalian ber-sakinah kepadanya, dan dijadikanNya diantara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"

Menurut Salim A. Fillah dalam bukunya Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim, terdapat satu sistem yang paling baik untuk merayakan cinta seperti yang disebut dalam ayat di atas.

1. Min anfusikum. Dari jiwa-jiwa kalian. Ertinya hal yang pertama yang dibicarakan Al-Qur'an tentang pernikahan manusia adalah kesejiwaan. Ruh ibarat tentera bak kata Sang Nabi yang mulia. Wajib memberi komitmen kepada Allah dan agamanya. Meskipun belum saling melihat, sudah ada kesepakatan. Mudah jika visi hidup masing-masing untuk memperjuangkan agama Allah. Seperti yang saya pernah post dahulu, pastikan kita berkahwin dengan orang yang hendak bawa kita ke syurga. Baru ada keseragaman dalam tindakan dan segala-galanya.

2. Azwaajan. Pasangan hidup. Tidak berlama-lama, sesudah kesesuaian jiwa, Al-Quran segera mengatakan bahawa menjadi suami isteri. Orang selalu berfikir untuk mencari pasangan yang tepat, barulah hubungan akan berhasil. Berhentilah mencari orang yang tepat, dan jadikan orang yang disamping kita yang memang sedia hebat itu sebagai orang yang tepat. Marilah kita menjadi manusia yang 'menjadikan' bukan 'mencari'. Ada dua hal di dunia ini; menikahi orang yang dicintai, atau mencintai orang yang dinikahi. Yang pertama adalah kemungkinan, sedangkan yang kedua adalah kewajipan.

bersambung......

*p/s: sudah cukup masa, saya kena tulis paper ^^

Friday, December 10, 2010

Mereka: Superwoman kamu memang kuat!!




Saya dikelilingi wanita-wanita yang hebat

Wanita yang tabah

Wanita yang kental

Wanita yang cekal

Wanita yang perkasa

Wanita yang seteguh karang

Allah titipkan ujian yang berat buat mereka

Allah hidangkan pengalaman hidup yang getir dan pahit buat mereka

Allah Maha Baik. Allah sayang mereka. Allah sayang mereka lebih dari saya. Allah sayang mereka dengan ujian-ujian yang menaikkan darjat mereka menjadi tinggi.

Saya rasa tak layak jadi Aura Besi.

Tapi saya tetap bersyukur sebab Allah Maha Tahu yang saya tak kuat macam mereka dan beri saya ujian yang selayaknya buat saya. Allah Maha Baik. Saya bersyukur jadi hamba Allah.

Jika Allah bagi saya pengalaman yang sama, adakah saya segagah mereka?

Melihat ada air mata yang menanti masa untuk gugur di pelupuk mata mereka, hati saya dipagut satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Air mata itu tak mengalir, sekadar terbit memberikan sinar yang pahit. Senyum nipis tanpa gula tanpa perasa menghias sepasang bibir itu.


Dada rasa sebu. Ntah..Owh Allah..., tunjukkan saya hikmah dan kebaikan dari kisah-kisah mereka.

Saya merayu, tolong bahagiakan hati mereka. Tolong datangkan damai dalam jiwa mereka. Tolong bagi mereka ketenangan dalam hidup mereka. Tolong jangan sakiti hati mereka lagi. Luangkan sedikit masa untuk selami perasaan dan hati mereka. Sekeras-keras hati mereka, mereka masih lagi seorang wanita yang mempunyai fitrah untuk dibela. Tanggungjawab kamu pelihara mereka. Tunaikan amanah kamu sebaiknya!! Tolonglah saya merayu pada kamu. Saya rayu sungguh-sungguh pada kamu.

Mereka yang saya sayang, mereka yang saya cinta. Mereka sumber kekuatan saya, mereka perubah pandangan saya tentang dunia.

Saya, meyerap tenaga dari mereka yang hebat dan saya gelarkan SUPERWOMAN. Saya menyedut kekuatan dari kegagahan hati meraka.

Kepada semua SUPERWOMAN yang saya iktiraf di hati saya. Doa saya untuk kamu semua takkan penat untuk tetap kuat.Saya akan doakan kamu semua mencapai tingkat kebahagiaan yang paling tinggi. Syurga.

Allah sayang mereka yang bertawakkal..

Allah sayang mereka yang berusaha.

Allah sayang mereka yang istimewa.

Kamu memang istimewa di hati saya.

Saya sayang kamu.

Sayang kamu sehangat mentari di waktu dhuha.

Seindah pantai yang putih dan di pukul badai.

Sayang kamu seperti saya sayang diri saya.

Saya nak makan dari pinggan kamu, sebab saya nak rasa apa yang kamu rasa.

Saya nak memahami kamu supaya saya sentiasa menjadi penyokong dan penguat kamu.

Sepadu besi yang menjadi pasak, saya nak jadi pasak itu buat kamu.

Saya tahu bahu saya tak berharga dan tak seperti yang kamu harapkan, tapi saya tetap ada sepasang telinga dan hati untuk mendengar dan sayang kamu.

Allah...kabulkanlah doa-doa mereka.

Tunaikan permintaan mereka.

Jadikan mereka orang-orang yang Engkau cintai, sayangi dan berkahi.


**p/s: Kamu yang kuat, saya doakan kamu temui apa yang kamu hajatkan ^^


Thursday, December 9, 2010

Laluan Hidup:Hijrah

Semoga tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru Hijrah buat semua.

Alhamdulillah, Allah beri keizinan dan kesempatan pada kita untuk hirup aroma udara tahun baru lagi. Semoga Allah redha dengan kita.

Semoga perkara-perkara yang telah saya lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Allah larang dalam tahun ini, dan saya belum bertaubat daripadanya, sedangkan Allah belum redhai, dan Allah memang tidak akan melupakannya dan Allah begitu baik tidak mengazabkan saya, malah memberi saya peluang supaya saya bertaubat selepas saya menceburkan diri melakukan maksiat itu, maka saya mohon keampunan dari Allah.

Semoga Allah memberi ampunan kepada saya dan mana-mana perbuatan saya sepanjang tahun lepas yang Allah redhai dan yang telah Allah janjikan ganjaran pahalanya, maka saya pohon diperkenankan akan perbuatan yang telah saya lakukan itu. Dan Allah tidak akan menghampakan saya. Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

Dan bila kamu bertanya kepada saya, apakah kenikmatan hidup yang telah saya kecapi seumur hidup saya, maka saya berbangga menjawab, 'Saya bersyukur menjadi Hamba Allah'.

Allah Maha Baik pada saya. Memberikan saya kehidupan, memberikan saya perasaan cinta dan rindu kepadaNya. Maka, nikmat yang mana lagi yang saya dustakan??

Seiring dengan pertukaran tahun, usia saya juga bertukar nombor. Bertambah satu angka. Awal Muharram lalu mengingatkan saya bahawa Allah telah memendekkan lagi jarak antara saya denganNya, semakin kurang tempoh beramal, semakin kubur mempersiapkan tempat untuk saya, semakin bersedia malaikat maut datang menjemput saya, semakin dekat masa amalan diperhitung..dan semakin hampir haruman firdausi atau azab jahannam.

Mengenangkan hal ini, maka hati saya kecut.

Allah... jangan biarkan saya lalai dari mengingatiMu selalu.

Semoga saya menjadi wanita yang solehah, kuat, sabar, cantik.

Semoga saya disayangi dan dikasihi Allah.

Semoga saya dibantu untuk meningkatkan kehidupan saya.

Semoga rezeki saya dimudahkan.

Semoga tubuh badan saya disihatkan

Semoga setiap lagkah saya diselamatkan, dan dimudahkan.

Izinkan saya meneguk nikmat barakah. Izinkan saya kecapi nikmat mawaddah yang indah, sakinah yang mendamaikan dan rahmah yang sejahtera.

Mulai detik ini saya akan berusaha menjadi yang terbaik, untuk Allah. Amin~

**p/s: 1. Fasa melalui transition state bermula
2. 1 Muharaam:Hari ini dalam sejarah

Saturday, November 27, 2010

Laluan Hidup: Jaulah Iman

Penat.
Secara fizikal.
Berjalan jauh yang membuahkan lelah.
Musafir mencari iman.
Musafir membuang gusar.

Jaulah yang berobjektifkan peyuburan jiwa.
Memberi kejutan, sehingga menggeletar badan.
Manusia memang lupa. Memandang kenikmatan mengikut hawa nafsu.
Banyak perkara yang boleh melekakan dari mengingati Allah selalu. Adakalanya tergelincir rasa. Astaghfirullahal'adzim.

Tatkala hati bergoncang hebat.
Bukan degup-degup kerana segan silu.
Salah tingkah kerana meletakkan diri di dalam fitnah.
Air ditelan bak pasir mengalir ke tekak.
Allah..bergetar hati, jantung bekerja dengan laju.
Menghasilkan getaran yang menggoncang rasa ketakutan.
Inilah getaran hati kerana takut tak diampunkan dosa lantaran hati bermaksiat.
Allah..dariMu keampunan dipohon.
Malam yang indah dengan bulan dan bintang, terasa malap.
Mata tak terpejam, hati tak keruan. Bukan pungguk merindukan bulan.

Air wudhu' simbol penyucian jiwa gugur bersama air mata sesal.
Longlai, lemah, tak berdaya.
Hanya Allah mampu menilai dan menimbang.
Astagfirullahal'adzim.
Jangan biar dosa mewarnai hati menjadi hitam.
Semoga Allah ampunkan.
Hari yang diisi dengan kejutan.


*****************************

Mujur, ada yang mengingatkan.
Mujur ada yang mendamaikan.
MABIT. 'Malam Bangunkan Iman Taqwa'
Dimulakan dengan siraman hati yang kontang

"Jangan pernah putus asa dari Rahmat Allah." Terasa tenang

"Kadangkala, jiwa terlena dengan nafsu. Maka iman itu turun naik. Jangan terlanjur banyak sangat, susah untuk reverse".Alhamdulillah

"Mereka yang ada kefahaman Islam, ujian lagi besar". Subhanallah. Berkaca mata

"Syaitan suka duduk keliling orang yang nak buat baik. Kita bukan macam malaikat yang sentiasa suci sempurna. Kadang-kadang menang, kadang-kadang salah. Kalau buat salah, maka betulkan kesilapan dan terus merawat kesakitan apabila hati kita sakit. Berazam untuk bangun balik dan bebaskan diri dari keadaan yang tertawan. Kuatkan jiwa yang lemah denganbertaubat dan sejahterakan hati. "

Peluang itu datang lagi.Allah..Bersyukur sedalam-dalamnya. Alhamdulillah

"Nak bertaubat senang. Beristighfarlah; Astagfirullahal'adzim..Tak kira tempat, tak kira masa." Alhamdulillah, Allah bagi keampunan dengan cara mudah.

"Allah tahu kita lemah, sebab tu Allah tak taklifkan kita supaya ISMAH. ISMAH bermaksud, sentiasa suci dari dosa. Taklifan yang tak mampu disempurnakan. Tapi, Allah suruh kita menuju kepada ISMAH. Seperti Nabi Adam yang berdosa, tapi tak biarkan diri dalam keadaan dosa."

Semoga tergolong dalam golongan yang suka bertaubat.

Tak perlu diulangi kesilapan yang sama akan datang.

"Sekiranya kita pilih kebaikan dan berlaku ikhlas maka tak diragukan lagi yang kita membangkitkan lubuk hati dengan kemanisan iman. Kita hendaklah sedar dari melakukan perkara yang bercanggah. Kita kena izzah dengan Islam."

Mutiara-mutiara berharga berkilau menerangi jalan kehidupan.
Oh..masih ada lagi pantulan sinaran rupanya. Masya Allah.
Maka nikmat yang mana lagi nak didustakan?

Jika diuji oleh Allah, ada sesuatu dalam hati kita yang buat kita rasa gusar.
Maka di situ terselit kasih sayang Allah pada kita.
Kita akan merasa negatif kadang kalanya, lantaran emosi syaitan yang menutupi kasih sayang Allah itu. Sebab tu kita tak nampak di mana letaknya kasih Allah.

Kenapa Allah sayang??

Allah nak tingkatkan sesuatu dalam diri kita. Allah nak dekati kita.

Dengan ujian, akan ada titisan air mata, dengan air mata, akan rasa diri ini kerdil dan hina dihadapan Allah. Itulah sifat kehambaan. Dan takkan selalu kita nak cicipi rasa itu.Kan??

Orang beriman ada kalanya pasti jatuh,namun dia akan naik jauh lebih tinggi lagi.

**p/s: saya nak jadi 'Nur'. Cahaya penunjuk jalan kepada orang lain

Wednesday, November 24, 2010

Mereka: Penyejuk hati [SAMTH]


List saya sudah bertambah

Allah baik sebab temukan saya dengan kawan-kawan yang baik

Alhamdulillah

1. Shuhada
2.Suhaila
3.Rose Hazirah
4. Wan Hafizah
5.Fauzana
6....................
7......................

**ada lagi, akan saya jejaki.insha Allah


Tunggu turn ye..Nanti saya datang. Kita pillow talk dan overnite.

Saya pernah dengar ada orang bilang, kalau kita dak jadi baik dan sangat akrab dengan sahabat kita, cuba kita musafir dengan mereka. Kita pernah tidur rumah mereka.Kita buang air di rumah mereka. Jalinkan hubungan bukan antara 'saya dan kamu' sahaja. Tapi masuk ke dalam hidup dia. Berdiri bersama dia saat dia susah, mahupun senang. Saya gembira kalau mereka gembira. Saya sedih kalau mereka ada masalah.

Sebab saya sayang mereka. Allah suruh saya sayang mereka. Biarlah kita kawan sampai syurga. Izinkan saya pandang dunia melalui kacamata kamu semua. Izinkan saya pakai kasut yang kamu pakai supaya saya tahu apa rasanya.

**p/s: dalam hati ada taman. wee~ ^^